Ahad, 22 September 2019

Misteri Peti Besi Berpuaka di Jugra


Salam semua. Semoga  hari ini  bertambah kemuliaan dan ketakwaan kita semua. Bersyukur Atok diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup keampunanNya di samping menghela keluar dosa-dosa semalam. Atok dan Tok Wan korang alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Harap korang pun begitu juga.Jom Atok sambung cerita semalam. Setelah lama Jugra kesepian, tiada khabar berita, tiba-tiba masuk surat khabar, berita yang pelik,misteri dan mistik. Atok ada terbaca kisah ini, terjadi pada tahun 1960. Berita tentang batuan berwajah almarhum Sultan Abdul Samad di lereng bukit Jugra berhampiran tokong Cina, tak jauh dari istana lama itu. Kemudian kisah penjaga makam diraja yang tiba-tiba lumpuh setelah ditolak jatuh oleh makhluk halus daripada bukit tersebut. Atok rasa ada baiknya korang baca sendiri petikan akhbar itu.

 
          
           
            
           


Kemudian pada tahin 1968, kewujudan peti besi ini berdepan dengan pelbagai perkara pelik dan luar biasa. Pengarah  Muzium Negara, Dato'Shahrom Yeop, pada masa itu berminat untuk mempamerkan peti besi Sultan ini untuk tatapan umum. Maka beliau dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Tuanku Abdul Rahman, DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia ketika itu untuk mengalihkan dan membawa peti itu ke Kuala Lumpur.  Harus diingat beliau (YDPA) pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Langat suatu masa dahulu dan beliau mengetahui perihal peti misteri ini. Lagipun, istana tersebut masih milik kekandanya, Tengku Yaakob. Maka operasi memindahkannya dirancang. Namun beberapa perkara pelik berlaku pada hari kejadian. Salah satu daripadanya adalah kesukaran yang dihadapi kakitangan muzium untuk mengangkat peti sehingga terpaksa menggunakan khidmat kren.
"Memang pelik kerana saiz peti itu hanya satu meter panjang dan setinggi paras paha. Secara logiknya ia boleh diusung oleh empat hingga lima orang.
Pihak penduduk yang gempar dengan pemindahan peti itu membuat laporan polis.  Penjaga peti itu, YM Raja Sakiah binti Raja Mustar memanjangkan hal ini ke pendengaran Timbalan Menteri Besar Selangor pada masa itu, memohon campurtangan politik agar dipulangkan kembali peti itu.
Bahkan, seorang bomoh wanita terkenal di Jugra, memberi amaran bahawa penduduk Jugra akan ditimpa malapetaka jika peti itu tidak dipulangkan segera.

"Kejadian misteri itu tidak berakhir di situ kerana selepas dipindahkan ke muzium berlaku banyak gangguan terhadap kakitangan dan pelawat.
Ia hangat diperbincangkan apabila pengawal yang bertugas di muzium negara sepanjang tempoh pameran peti tersebut berasa tidak senang dan sering terdengar bunyi yang aneh walhal peti tersebut tidak mempunyai isi apa-apa.


"Lebih kurang seminggu kemudian pihak muzium mengambil keputusan menghantar semula peti itu ke tempat asalnya,''
Dalam perjalanan ke Jugra dengan diiringi oleh polis dengan mengambil masa lama kira-kira 7 jam.Kereta yang membawa peti itu tidak boleh bergerak dengan laju seolah-olah membawa bebanan yang amat berat. Apabila sampai di perkarangan istana kren yang sudah sedia menunggu hampir patah ketika menurunkan peti tersebut. Akhirnya Pak Ungku (Raja Kassim) dapat menurunkan peti itu bersama seorang rakannya dan dimasukkan ke dalam istana tersebut dengan mudah. Yang peliknya walau tidak bermangga, peti besi yang padu itu sukar dibuka penutupnya. Peti besi tersebut kini aman ditempatkan di Istana Jugra.

Sewaktu Peti besi milik Al Marhum ini telah dikembalikan ke Istana lama tersebut pada waktu itu ramailah penduduk tempatan dan pengunjung luar tidak mengira bangsa dan agama yang datang melihat sendiri akan Peti besi tersebut. Mungkin selama ini ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan Peti tersebut. Hanya apa bila liputan meluas dipaparkan didalam akbar barulah orang ramai mengetahuinya. Sewaktu orang ramai berduyun duyun datang untuk melihat sendiri Peti tersebut terdapat juga segelintir kumpulan,dan individu tertentu yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan, yakni perbuatan Syirik,khurafat dan bidaah. Kumpulan atau individu ini adalah KAKI NOMBOR EKOR atau 4D.Biasanya kegiatan ini akan dijalankan pada malam hari. Selain itu ada juga kumpulan atau individu yang datang bagi tujuan BERNAZAR diatas satu satu hajat atau permintaan atau penyakit.
Nauzubillahhiminzolik.

Raja Kassim Raja Jaafar, adalah pemegang amanah sebuah peti besi milik Sultan Abdul Samad - sultan keempat negeri Selangor. Pak Ungku telah diamanahkan untuk menjaga peti besi itu oleh ibu tirinya. Sejak daripada itu, beliau kerap ke istana lama itu untuk memastikan "keselamatannya". Namun demikian, ada pihak yang menceroboh kedalam Istana dan melakukan upacara pemujaan seperti mendapatkan nombor ekor dan lain-lain tujuan menggunakan khidmat bomoh. Walaupun ditegur, tetapi mereka sangat degil bahkan menengking sesiapa yang menghalang perbuatan syirik yang dilakukan. Kerana tidak tahan, Pak Ungku mengambil keputusan untuk tidak lagi menjaga peti besi tersebut.


HANYA menunggu masa untuk menyembah bumi. Itulah gambaran yang tepat kepada sebuah rumah agam yang terselindung di sebalik rimbunan semak-samun di Kampung Permatang Pasir, Jugra. Atas rasa tanggungjawab dan amanah, peti besi tersebut sudah tiada di istana usang itu kerana telah dipindahkan oleh kaum kerabat sultan iaitu Raja Kasim yang mendakwa bertanggungjawab menjaga peti berkenaan. Sehingga ke hari ini, peti besi itu tersimpan di rumah Yang Mulia Raja Kassim di Kampung Permatang Pasir.

Oklah, Atok memang tak kenal dan tak pernah berjumpa dengan Almarhum Raja Kassim ini, tapi salah seorang cucu lelakinya pernah menjadi anak murid Atok ketika Atok jadi Guru Disiplin di SMK Jugra sekitar 1997-2003. Boleh tahanlah juga perangai cucu Pak Ungku ini. Pernah jugalah merasa 'air tangan'  Atok kat punggung dan pipi dia. Tapi Atok pasti dia dah matang dan bertanggung jawab macam datuknya juga. Peti itu menyimpan 1001 rahsia. Yang menakjubkan, ia tidak berkunci, tetapi sukar dibuka. Tidak ada apa-apa di dalamnya, kecuali beberapa naskah surat khabar lama.

Rujukan....
PENGALAMAN MISTIK @ Istana Bandar & Masjid Sultan Aleadin Shah, Jugra https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=709958&extra=&page=2&mobile=2
www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/441067/amp#ampshare=https://www.nst.com.my/lifestyle/sunday-vibes/2018/12/441067/lets-learn-more-about-one-selangors-greatest-rulers-sultan
http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2013/04/sejarah-kegemilangan-kuala-langat.html?m=1
https://hafizmusleem.wordpress.com/2013/07/31/nr2-bukit-jugra-banting/
http://projekmakam.blogspot.com/2015/05/makam-sultan-abdul-samad-makam-panglima.html?m=1
https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=354809208291694&id=194689100970373
http://www.krissmerah.com/2019/07/misteri-peti-besi-istana-jugra-apa-yang.html?m=1
http://arashmisteri.blogspot.com/2012/08/peti-besi-sultan-abdul-samad-al-marhum.html?m=1







6 ulasan:

  1. ������

    BalasPadam
  2. Saya dan 2 rakan sekerja pernah lihat peti besi ini secara tidak sengaja disebelah kiri semasa ziarah Istana Jugra yg sgt uzur strukturnya selepas ziarah makam diraja Jugra tahun 1992. Bila dah tahu kisah peti besi ini saya sekali lagi 1995
    Selepas itu datang kali terakhir 2003 dan sempat bercerita dgn Pak Ungku (Raja Yaakub) hal peti besi ini

    BalasPadam
  3. ....ketika itu peti besi telah berada dirumah Pak Ungku dlm bilik khas. Pada tahun 1992 saya berjaya membuka peti besi itu dgn membaca bismilah..... dan selawat 3 kali. walaupun rasa gementar dan takut namun dikuatkan hati jg hanya sekadar nak lihat apa yg ada di dalamnya...waktu itu hari hampir senja dan bila terbuka shj diiringi dgn bunyi spt besi karat berkeriuk serta merta bau kemiyan yg sgt harum menerpa dan terlihat sebuah tmpt bara tembaga dan seketul kemiyan. Dgn rasa yg amat takut, peti besi itu saya tutup dan terus meninggalkan Istana Jugra itu. Apabila keluar dari Istana terlihat sebuah rumah lama terbiar kosong yg dikatakan milik Raja Zainal. Sebenarnya ada "benda" yg memerhati kami semasa dtg tadi dan berhenti mengelilingi rumah itu.
    Tahun 1995 saya dan famili round2 Di Jugra dan singgah tapi malang sekali peti besi tidak ditemui dan Istana lama Jugra telah menyembah bumi dan tidak tahu peti besi dimana.
    Setelah terbaca dlm buku Dian, peti besi itu berada dibawah jagaan Pak Ungku itu yg saya ziarah beliau tahun 2003 dan bercerita tentang peti besi ini. Pak Ungku jg bercerita sejarah sultan2 Selangor, peperangan waktu zaman raja2 itu dan apa yg ada dlm Bukit Jugra.
    Akhir cerita saya minta izin untuk mengambil gambar Pak Ungku dan peti besi. Pak Ungku ada berkata peti besi ini beliau diwariskan untuk menjaganya dan setiap hari khamis mlm jumaat akan " dimandikan" air limau dan"diasapkan" kemiyan. Beliau tidak tau selps beliau meninggal dunia nnt siapakah yg akan diwariskan menjaga peti besi ini.
    Sekianlah kisah benar yg saya coretkan untuk Tapan umum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum..boleh saya dapatkan nombor telefon saudara untuk saya hubungi..saya berhajat untuk mencari raja kasim..dengan niat yang baik atas faktor kesihatan....harap sangat pihak saudara bole berkongsi maklumat..terima kasih

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. waalaikum salam...bertanyalah kepada waris dan keluarganya di Kg. Permatang Pasir, Jugra

    BalasPadam

Seronoknya Berhari Raya di Klang.....Suatu Masa Dahulu

Salam buat semua. Atok muncul lagi. Hehehe...Sengaja Atok sambung balik cerita Atok hari itu pasal Puasa dan Raya. Orang Melayu ini berbeza ...