Sabtu, 5 Jun 2021

Legenda Buaya Keramat di Jugra dan Amukan Buaya di Klang

Salam buat semua  anak cucu Atok. Syukur Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk kita menikmati sehari lagi kehidupan di atas muka bumiNya. Wah, seronok sangat korang baca entri Atok yang lepas , pasal Harimau Keramat di Jugra. Ramai sungguh peminatnya, di luar jangkaan Atok! Daripada komen-komen korang dalam FB, memang nampak sangat korang tak tahu tentang sejarah Kuala Langat. Dah Atok katakan Kuala Langat dan Jugra ini penuh misteri. Antara pusaka dan puaka hanyalah garis halus yang memisahkan. Masih kabur antara kekufuran dan ketakwaan serta keimanan yang jitu hanya kepada Allah SWT. Bukan maksud Atok hendak membuka pekong di dada atau mencari-cari kesilapan orang-orang kita dahulu  dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi  Allah ini, tetapi Atok hendak maklumkan kepada kita semua sebagai ibrar atau pengajaran buat kita,.Sebagai umat Islam, peluklah Islam itu kuat-kuat. Ikutilah keseluruhan ajarannya, bukan diambil sebahagian dan dibuang selebihnya, atau Islamnya pada syariat tetapi pada hakikatnya penuh kesyirikan kepada Allah. Ingatlah Allah mengampunkan semua dosa manusia kecuali dosa syirik terhadapNya.. 

Kepada penduduk sekitar Jugra, sama ada anak jati mahupun perantau, Atok nak ingatkan. Tiada yang dapat memberi manfaat atau kemudaratan tanpa izin Allah.  Perkataan Keramat itu sendiri bermaksud anugerah Allah kepada seseorang, khusus baginya, kerana ketaatan hamba itu kepada Allah atas dasar keimanan yang penuh. Bukan atas kemungkarannya kepada perintah Allah. Justeru, tidak tepat sama sekali perkataan semulia Keramat ini diletakkan di sisi perkataan atau perkara yang menyalahi Kalimah Dua Syahadah yang diperakukan oleh semua umat Islam, sama ada yang terdahulu atau kita yang masih hidup ini. 

Kepada keluarga-keluarga yang mewarisi ‘kependekaran’ datuk nenek kita di Jugra suatu masa dahulu Atok minta maaf. Memang Atok katakan mereka jahil. Maka, janganlah kita mewarisi kejahilan mereka sehingga kini. Buangkanlah waris jari hantu yang kita miliki itu. Bebaskan diri kita dan keturunan kita daripada permasalahan mereka. Bahkan doakanlah agar dosa datuk moyang kita diampuni Allah yang Maha Esa, Maha Pengampun dan Maha Penyayang itu. Bacakan surah AlFatihah buat mereka. Hentikanlah membaca mantera ketika malam Jumaat. Jangan kita cemari kemuliaan malam Jumaat itu dengan uparaca syirik lagi menyesatkan itu. 

Oklah, entri Atok kali ini masih tentang Jugra. Bukan pasal harimau, tetapi buaya pulak. Masih Atok nak buat perbandingan anatara mitos dan realiti.  Ramai juga pembaca yang komen hari itu tentang buaya putih yang dianggap keramat oleh orang kampung dahulu.  Jangan marah kalau Atok cakap pemikiran orang-orang kita dahulu memang membahayakan. Kita seolah-olah berdiri di tepi jurang, antara keimanan dan kekufuran. Terlalu sedikit perbezaan kita dengan orang Asli, Sakai, Jakun bagai. Beza kita cumalah kita mengaku Islam, mereka kafir. Kita pakai seluar dan baju, mereka masih bercawat. Tapi realitinya, kita masih amalkan kepercayaan lama yang mereka amalkan. Kita masih” bertabik Datok, anak cucu tumpang lalu “ ketika memasuki hutan. Kita masih percaya akan semangat hutan, semangat haiwan tertentu, bahkan masih mempercayai jelmaan seseorang dalam diri haiwan tertentu. Waduh, sudah jauh kita tersesat!

Selagi pintu taubat masih terbuka, selagi kita masih bernyawa, ambillah kesempatan untuk bertaubat kepadaNya. Taubat Nasuha, taubat sungguh-sungguh. Bersihkan hati daripada setiap titik hitam dalam diri kita, noda dan dosa. Kembalinya kita nanti kepadaNya dalam keadaan suci bersih, seumpama kita baru dilahirkan. Amin.

Kalau begitu, kenapa Atok tulis cerita-cerita penuh misteri ini? Memang  cerita ini cerita mitos, misteri, khurafat. Sebagai pendidik, Atok mesti tunjukkan kepada semua jalan salah dan ciri-cirinya. Kemudian, Atok pandu pembaca kembali ke jalan yang benar. Biar nampak hitam dan putihnya. Lagi pun di sebalik ceritanya ada suratan takdir dan cerita sejarah kehidupan manusia di situ. Itu sahaja niat Atok. So, be open minded, tetapi at the same time, biarlah iman sebagai panduan. Berguru untuk mencari ilmu, bertanya kepada yang tahu. Itu pegangan orang berilmu dan beragama.

Cukuplah celoteh Atok pagi-pagi PKP ini. So, hari ini Atok nak bahagi-bahagikan entri  kali ini kepada 3 bahagian; Pertama, mitos tentang buaya dan pawang buaya, kemudian pengalaman penangkap buaya, seterusnya realiti serangan buaya di Jugra, Kuala Langat dan Klang. Panjang betul cerita kali ini! So, sebagai pembaca cerita Atok yang setia, korang bacalah sehingga ayat terakhir Atok,ya. Jangan skip pulak. Kesiankanlah kat Atok, berhari-hari buat research kat internet ini untuk santapan korang semasa PKP ini. Wah, pandai sungguh Atok merayu ya! Kalau korang rasa ada kebaikan cerita Atok ini, kongsikanlah dengan kawan-kawan. Biar ilmu Atok yang sedikit ini bercambah menjadi pahala bekalan Atok di akhirat nanti. Tapi kalaulah korang rasa  macam sampah ajer, beritahu Atok. Bak tagline kawan Atok yang berniaga burger kat Seremban iniihah, “Kalau sedap beritahu kawan, tak sedap beritahu saya”. HAHAHA..Selamat membaca.

PENGENALAN

Buaya merupakan rumpun reptilia pemangsa besar separa akuatik yang tergolong dalam order Crocodilia (atau Crocodylia). Buaya mula-mula muncul 83.5 juta tahun dahulu

Perkataan buaya dalam bahasa Melayu diturunkan dari perkataan leluhur bahasa Melayu-Polinesia buqaya yang bermaksud "buaya" dan juga "tamak". Perkataan yang sama diturunkan kepada pelbagai bahasa yang dituturkan Nusantara dan juga memaksudkan haiwan yang sama.

Habitat alami buaya adalah sungai, danau, lahan basah, kadang juga air payau dan air berlumpur. Dalam keadaan lapar buaya akan memangsa hewan kecil atau besar bahkan manusia. Buaya juga akan menyerang siapapun yang masuk teritorialnya.

Pada umumnya, buaya adalah pemangsa serang hendap, tetapi strategi memburu berbeza mengikut spesies buaya dan mangsa. Cara buaya memburu mangsanya terbilang unik, yakni berenang dengan lambat mendekati mangsa. Mangsa daratan dihendap dari tepi air lalu dicakup dan dilemaskan. Buaya tidak dapat mengunyah dan perlu menelan makanan bulat-bulat, maka mangsa yang terlalu besar untuk ditelan perlu disiat-siat. Buaya mungkin sukar menguruskan haiwan yang tebal kulit, dan oleh itu perlu menunggu sehingga bangkai menjadi reput dan mudah pecah. Untuk menyiat tisu dari bangkai besar, buaya memusing-musingkan bangkai sambil menggonggong dengan rahang, iaitu pergerakan yang dipanggil "death roll" (golekan maut).

Sebagai pemangsa yang cukup efisien, buaya selalunya menduduki kemuncak rantai makanan dalam persekitaran berair. Buaya merupakan pemangsa oportunis yang paling berbahaya di dalam air dan tepi air. Diketahui lapan spesies menyerang manusia atas pelbagai sebab, sama ada untuk melindungi wilayah, sarang dan anak-anak; secara tidak sengaja apabila menyerang haiwan peliharaan seperti anjing; atau untuk makanan, kerana buaya besar-besar dapat mengambil mangsa sebesar manusia atau lebih. Spesies yang paling banyak datanya dalam hal ini ialah buaya katak, Buaya katak turut telah menyebabkan kematian di Malaysia, New Guinea, dan lain-lain, bahkan di Sarawak terdapat khabar angin mengenai seekor buaya katak gergasi yang makan manusia digelar Bujang Senang. Buaya amat membenci pencerobohan wilayah oleh buaya lain, manusia, perahu mahupun kanu. Buaya yang besar mahupun kecil mampu menyerang, tetapi yang menyebabkan kematian rata-ratanya jantan besar-besar. Makin besar buaya itu, makin perlunya mengejar mangsa besar, terutamanya babi, lembu, kuda dan manusia. Kebanyakan orang yang diserang oleh buaya ketika berenang atau berendam. 

Kehadiran buaya putih dewasa, sesuatu yang sangat jarang serta pelik, biasanya buaya putih mati ketika masih bayi. Menurut pakar zoologi penampakan pucat buaya putih disebabkan oleh hipomelanisme, kondisi rendahnya pigmen melanin pada kulit. Kemungkinan hipomelanisme disebabkan genetik atau kondisi yang dialami semasa berada dalam telur. Penampilan itu jelas berbeda dibandingkan warna buaya pada umumnya. Kemungkinan hipomelanisme ini disebabkan genetik atau kondisi yang dialami semasa berada dalam telur.


"Selama masa inkubasi, jika telur menjadi terlalu panas di sarang, bisa ada penyimpangan dalam pembelahan sel dan menyebabkan mutasi," 

Mutasi tersebut mencakup "mutasi warna atau pola yang berbeda pada kulit".

MITOS BUAYA KERAMAT (BUAYA PUTIH)

 Di Nusantara ini banyak kedengaran kisah pasal buaya putih. Legenda buaya putih selalu diceritakan oleh orang tua untuk gambarkan kehebatan ilmu pahlawan dulu-dulu. Ada juga yang disampaikan sebagai pengajaran buat masyarakat. Beberapa kisah buaya putih yang popular seluruh Malaysia:

1. Di Kampung Seri Kemudi, Bachok, ada seekor buaya putih yang dipercayai buaya sakti. Buaya putih ni terkenal sebagai sesuatu yang ditugaskan untuk jaga masyarakat kampung. Buaya putih ni juga biasanya dilihat bersama dengan kemudi emas tiap kali dia timbul di permukaan air. Ikut cerita, buaya putih sakti tu dah ambil seorang budak perempuan sebagai ‘anak angkat’ sampailah budak tersebut dewasa. Buaya tu dah sayang sangat kat anak angkatnya tu jadi selalulah diberikannya barang-barang emas.

2. Kisah di Kampung Kok Pasir & Kampung Kok Keli di Kota Bharu. buaya putih dijinakkan oleh seorang ulama bernama Tuan Guru Selehor. Tujuannya? Supaya buaya putih itu menjaga keselamatan sungai tu. Sebelum ni, sudah ramai penduduk kampung yang tak dapat jalankan kehidupan mereka di sungai. Tak boleh mandi, tak boleh memancing dan menjala hanya sebab banyak buaya lain duduk sana. Lepas tu, buaya-buaya sungai tu dah lari sebab takutkan buaya putih ni.

3. Tasik Dayang Bunting juga turut mempunyai buaya putihnya sendiri. Bermulanya kisah tersebut adalah dengan turunnya seorang puteri kayangan yang bernama Puteri Dayang Sari (ada menyebut Mambang Sari) yang ingin mandi manda di kawasan tasik tu. Kecantikan puteri kayangan ni menawan hati seorang putera dinamakan Putera Teja. Mereka mendirikan keluarga, dan lahirlah anak sulung mereka. Namun begitu, anak tersebut diserang sakit dan meninggal dunia. Selepas dikuburkan, dia dikatakan bertukar menjadi buaya putih yang dikatakan penjaga setia tasik tersebut sehingga kini

4. Sejarah Kuala Kubu ada kaitan dengan legenda buaya putih. Terdapat sebuah empangan besar yang dibina oleh para penduduk kampung untuk menampung air daripada batang kayu serta ditambak dengan tanah merentang anak Sungai Selangor, iaitu Sungai Kubu. Pecahnya empangan tersebut ada kena mengena dengan keangkuhan Sir Cecil Ranking, pegawai Inggeris yang dikatakan menembak seekor buaya putih di sungai tersebut. Buaya putih tu juga bukan sebarang buaya; ia adalah ‘penunggu’ kuala yang menjaga sungai tu. Bahkan, buaya tu sempat gigit tangan kiri Ranking sehingga putus.

5. Kalau cerita buaya putih di Pahang pula, dalam ‘kerajaan naga’ ni, buaya-buaya putih ditugaskan jadi pengawal-pengawal istana. Di Tasik Paya Bungor pun wujud juga cerita orang tua pasal buaya putih yang tinggal di dasar tasik tersebut.

6. Mitos buaya putih di Johor lagi luar biasa. Kisah pembukaan Kampung Rantau Panjang di Johor bermula dengan berpindahnya Tok Timbang Tahil dari Sumatera Barat. Kampung tu banyak sejarahnya yang tersendiri, dan antaranya adalah kisah buaya putih yang dikatakan merupakan kembar kepada anak keturunan Tok Timbang. Kembar buaya tu dilepaskan ke sungai apabila saiznya makin membesar. Tiap kali kembar manusianya menangis, kembar buaya tersebut dikatakan akan naik ke daratan.

7. Jugra juga tidak kurang hebatnya. Cerita buaya putih yang dianggap keramat di Kampung Ayer Hitam dikatakan mengawal buaya-buaya di Sungai Langat.

TATKALA bercerita mengenai buaya putih, ramai yang akan mengaitkan sejarah lisan turun-temurun berkenaan dengan alam mistik. Buaya putih didakwa mempunyai kuasa sakti yang boleh memberi petunjuk mengenai sesuatu perkara yang akan berlaku malah ia juga dikatakan boleh berhubung dengan manusia. Dikhabarkan juga, buaya putih itu ditugaskan untuk menjaga keamanan di sungai tersebut yang mana sebelum itu sering berlaku ancaman dari buaya-buaya lain sehingga menyukarkan penduduk setempat keluar menjala, memancing dan mandi di sepanjang sungai. Legenda buaya putih banyak terikat pada kebolehan pawang dulu-dulu untuk jinakkan buaya. Buaya putih ni terkenal sebagai sesuatu yang ditugaskan untuk jaga masyarakat kampung dipercayai buaya sakti. buaya putih itu dikatakan masih ada di situ hingga ke hari ini. Sehingga kini, Orang Melayu masih lagi berpegang pada kepercayaan mereka terhadap buaya di sungai berdekatan mereka. 

Upacara menyemah berbeza, bergantung kepada kelaziman yang dilakukan orang yang mengetuai sesuatu upacara, ataupun kehendak orang yang berkenaan atas permintaan jin-jin, yang diberitahu melalui mimpi ataupun lain-lain medium. Kerana itu maka bahan-bahan yang disediakan berbeza, selain daripada bergantung kepada bahan makanan yang boleh didapati dan digunakan oleh penduduk tempatan.

Upacara menyemah adakalanya melibatkan darah binatang yang disembelih, ditadah dalam satu bekas, organ dalaman binatang yang disembelih, seperti kambing, kerbau atau lembu. Bahan-bahan tadi diletakkan di satu tempat, sama ada di hujung kampung, di pinggir hutan, dihanyutkan di sungai ataupun di laut. Amalan ini dikenali sebagai menyemah kampung, menyemah pantai, bela kampung, buang ancak dan sebagainya.

SAKA DALAM MASYARAKAT MELAYU

Saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.

Saka haiwan dalam budaya Melayu, merupakan orang yang mengamalkan ilmu yang mendampingkan diri dengan jin haiwan bagi tujuan melindung diri ataupun mengawal haiwan tersebut. Sebagai contoh, orang yang mengamal saka buaya mampu mengawal buaya, dan orang yang mengawal saka ular mampu mengawal ular. Saka haiwan biasanya memerlukan mereka yang ingin mendampingi jin haiwan mengambil bahagian badan tertentu haiwan tersebut. Bahagian badan itu akan dipuja sehingga pengamalnya mendapat alamat bahawa jin haiwan tersebut telah bersatu dengannya. Pengamal tersebut biasanya perlu mematuhi beberapa syarat dan pantang larang yang dikenakan oleh jin yang didampinginya.

Sesetengah ilmu saka ini juga melibatkan makhluk halus yang berkaitan dengan profesion tertentu yang kadang-kala melibatkan haiwan tertentu seperti saka Buaya. Kebiasaannya saka jenis ini digunakan untuk tujuan mengawal atau menjinakkan haiwan buaya.

Kebiasaannya proses terjadinya saka ini bermula apabila ada manusia yang ingin berdamping dengan makhluk halus dan akhirnya menggunakan kebolehan yang ada pada makhluk halus tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu.Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. 

Waris, melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatang hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagainya dan ada juga mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari apakah maksudnya.

Saka yang digunakan untuk perubatan pula ialah saka bomoh, saka susuk, saka kuat, dan saka bidan bagi pelbagai tujuan. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus. Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak. 

                         

Walaupun pengamal dapat mengawal haiwan dengan bantuan jin haiwan itu, terdapatnya beberapa keburukan seperti berikut:

Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT.

Antara kesan buruk memelihara saka adalah Pengamal ilmu sihir adalah dianggap syirik menurut agama Islam. Pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal. Pengamal mungkin diserang sakanya sendiri sekiranya terlanggar pantang. Saka itu mungkin meresap dan menyusahkan keturunan pengamal sekiranya tidak diwarisi dengan betul. Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana mara     









              

Ikutilah kisah dan teladan tentang realiti pengamal ilmu saka buaya yang benar-benar terjadi.

Sebelum arwah Atuk saya meninggal dunia, saya sendiri telah mengikut arwahnya ke tepi sungai untuk memberi saka buaya putih ini makan pada setiap hari Khamis, malam Jumaat. Antara makanan yang diberi adalah pulut kuning, telur rebus dan ada lagi yang saya tidak berapa ingat. Sebelum memberi makan, ada beberapa potong ayat seruan yang perlu dibaca untuk memanggil buaya putih ini datang. 

             

Selepas arwah Atuk saya habis saja membaca, saya ternampak dengan jelas buaya yang berwarna putih datang menuju ke arah kami, tapi di atas buaya itu ada sosok tubuh orang yang sedang berdiri di atas buaya tersebut. Arwah Atuk saya mengarahkan saya pulang ke rumah dahulu. Saya pun bergerak perlahan ke belakang. Arwah Atuk saya sangkakan saya sudah pulang, tetapi saya bersembunyi di sebalik pohon untuk melihat apa yang berlaku. Saya melihat arwah Atuk saya menghulur pulut kuning, telur rebus dan beberapa makanan yang lain kepada sosok tubuh yang saya nampak itu. Selesai memberi makan, dia pun pusing ke belakang tanpa menoleh ke belakang dan berlalu pergi. Saya pun lari dengan  segera untuk pulang ke rumah. 

Selang beberapa bulan arwah Atuk saya pun meninggal dunia. Semasa arwah Atuk saya nazak, makcik saya telah bersetuju dengan rela hati untuk menerima saka tersebut kerana tidak mahu Atuk saya menanggung sakit. Selepas makcik saya bersetuju, akhirnya arwah Atuk saya pun meninggal dunia. Semasa arwah dikafankan, saya ternampak sosok tubuh yang sama yang ada di atas buaya itu sedang berdiri di sisi jenazah arwah Atuk saya. Saya pun menceritakan hal itu kepada ibu saya tetapi ibu tidak percaya dan berkata itu hanya khayalan saya saja. Beberapa bulan kemudian makcik saya telah dirasuk oleh saka buaya itu kerana khabarnya dia enggan memberi saka itu makan seperti yang dilakukan oleh arwah Atuk dulu. Makcik saya meronta-ronta dan menjerit meminta makan. Kerana tidak tahan dengan jeritan dan gangguan yang melanda, nenek saya pun menyediakan pulut kuning, telur rebus dan yang lain-lain. Makcik saya terpaksa dipegang oleh beberapa orang pakcik saya yang lain. Nenek yang terpaksa menyuapkan makcik saya makan. Ketika menyuapnya, makcik saya telah mengigit tangan nenek hingga berdarah sehingga darah menitis di atas lantai. Ketika makcik saya sedang sibuk makan, nenek dan semua ahli keluarga kami memutuskan untuk membuang saka tersebut. Keesokan harinya nenek saya telah memanggil seorang pakar untuk membuang saka tersebut tetapi makcik saya pula enggan menbuang saka tersebut kerana saka tersebut telah membuatnya kaya dan hidup senang berbanding sebelumnya.

PROSES PEMUJAAN, JAMPI DAN SUMPAH TAAT PERINTAH 

Selain dari perubatan, saka boleh digunakan untuk menjinakkan haiwan, mendapat kekuatan, mempertahankan diri, menambah kecantikan dan sebagainya (Haron Din, 2011). Biasanya pemilik saka memanggil saka mereka dengan pelbagai gelaran termasuklah akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain lagi (Haron Din, 2011).

SAKA BUAYA adalah gelaran makhluk halus yang membayangkan dirinya seekor buaya. Seseorang yang didampingi makhluk halus ini mempunyai kelebihan menjinakkan buaya dan mengawal buaya agar tidak mengganggu penduduk yang mencari ikan dan mandi di sesebuah kawasan. SAKA BUAYA juga boleh digunakan untuk mencari mayat orang lemas atau mayat yang diserang buaya, sehingga buaya yang menyerang itu dapat dicari dan dibunuh. Orang yang membela SAKA BUAYA biasanya mudah mendapat hasil tangkapan ikan. SAKA BUAYA akan memberitahu di mana kawasan terdapat banyak ikan. Walaupun mudah mendapat hasil tangkapan namun kehidupan tetap susah. 

HUKUM SAKA PADA PANDANGAN AGAMA

Hukumnya adalah haram dan berdosa serta boleh menyebabkan syirik kepada Allah. Jika kita telah memilikinya maka berusahalah untuk membuannya. Jika kita bakal memilikinya, maka tolaklah daripada menerima saka tersebut.Ini keraana iblis dan syaitan telah bersumpah di hadapan Allah SWT bahawa dia dan kuncu-kuncunya akan terus berusaha mengganggu, menipu danmenyesatkan manusia sehinggalah ruh manusia berpisah dar jasadnya sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Hijr ayat 39 yang bermaksud :

“Iblis berkata : Wahai Tuhanku, oleh kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, maka sesungguhnya aku akan menghiaskan segala jenis maksiat kepada manusia di muka bumi ini dan aku pasti akan menyesatkan mereka kesemuanya”.

Al-Quran telah menjelaskan bahawa manusia adalah khalifah Allah di atas muka bumi ini bukannya malaikat atau jin yang merangkumi iblis dan syaitan. Mengapa manusia harus merendahkan darjatnya yang lebih tinggi daripada jin yang akhirnya terpengaruh dengan tipudaya jin.Allah SWT telah memberi amaran kepada umat manusia supaya sentiasa berwaspada daripada iblis dan syaitan kerana makhluk halus ini ialah musuh ketat manusia sebagaiman ayat 60 Surah Yasin yang bermaksud :

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak Adam agar kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang jelas”.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

“Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)

Firman Allah, Surah Yunus: ayat 106 yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.

Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa al-Mu’asirah, suatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat:

Ia mesti disasarkan kepada Allah S.W.T dan nama-namaNya.

Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata yang boleh difahami maknanya.

Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.

Jampi yang diharamkan

Antara ciri jampi yang diharamkan adalah seperti berikut

Jampi yang mengandungi unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir.

Menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau Alhamdulillah” kemudian diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya disudahi dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau seumpanya.

Kata “Laailaha Illallah Muhammadarosulullah” sebagai gerbang keislaman, selalu dipakai Orang Melayu dalam berbagai amalan, karena melayu percaya bahwa semua amalan akan tidak tertolak dalam pemahaman Islam jika mengucap Laailaha Illallah Muhammadarosulullah.

Contoh amalan perubatan tradisional yang tidak mengikut syariat Islam:

Pengamal menggunakan pertolongan jin (termasuk jin Islam) dalam rawatan perubatan.

Pengamal menggunakan sihir, ilmu hitam, silap mata, tukang nujum atau ramalan tapak tangan.

Pengamal mengaitkan suatu pengeras dengan suatu akibat.

Pengamal melakukan perkara syirik seperti sembelih binatang, sembah pantai, buang ancak dan lain-lain.

Pengamal menggunakan bacaan jampi yang tidak difahami.

Penggunakan menggunakan tangkal dan azimat yang berupa rajah atau bercampuraduk dengan ayat Al-Quran.

Pengamal membaca ayat Al-Quran secara terbalik.

Pengamal memberikan syarat yang bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam. (contoh: pesakit wanita perlu bersendirian dengan pengamal)

Pengamal mengaitkan amalan perubatannya bersumberkan daripada Rasulullah dan Al-Quran tetapi tidak boleh membuktikannya.

Syaitan amat gembira apabila ada di kalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud:

 “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)

               


                      

KESIMPULAN

Saka adalah antara perbuatan “Ilmu Hitam“ yang sudah lama wujud dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta’ala, Syirik adalah suatu perbuatan yang termasuk didalam dosa-dosa besar. 

“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)

(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;

(b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja;

(c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam;

(d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri;

(e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa;

(f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;

(g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh;

(h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.

(i) Larangan menggunakan kulit haiwan buas bukanlah kerana kulitnya dihukumi najis. Akan tetapi, karena hal itu menyerupai orang-orang kafir dan dapat mendatangkan keangkuhan. Dengan demikian apakah boleh menjual belikan kulit binatang buas, seperti kulit ular dan buaya yang telah disamak terlebih dahulu? Para ulama dalam madzhab Hanafi dan Maliki membolehkan menjualnya, dan wang hasil penjualannya halal. Namun, para ulama madzhab Syafii dan Hambali mengharamkan jual beli kulit haiwan tersebut, bukan kerana najisnya. Akan tetapi diharamkan karena penggunaan kulit tersebut dilarang oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengan demikian, tidak boleh dijual dan hasil penjualannya haram. Ini merupakan pendapat terkuat karena pendapat ini menggabungkan dalil-dalil yang membolehkan dan melarang penggunaan kulit binatang buas. Wallahu a’lam.

 RAHSIA DAN KAEDAH PENANGKAPAN BUAYA 

Pawang bukanlah orang biasa-biasa. Dia seorang pemburu dengan pengetahuan yang luas dan mendalam tentang hutan dan sifat dan tabiat haiwan. Dia dihormati oleh rakan dan penduduk kampungnya. Kata-kata, amaran serta pantang larangnya didengar dan diikuti. Tahap ilmu pawang buaya ini memang berbeza-beza. Yang tinggi 'ilmu'nya biasanya tidak perlu menangkap buaya kerana buaya-buaya akan datang kepadanya jika diarahkannya. Kejadian menakjubkan ini pernah dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berpengkalan di Singapura suatu masa dahulu. Menurut laporan itu kejadian berlaku di Jugra.

Pegawai Inggeris di sana menyaksikan sendiri bagaimana kehebatan seorang pawang buaya yang sudah berusia lanjut mengumpulkan buaya-buaya  sungai di situ hanya dengan meniup seruling daun. Getaran bunyi yang dihasilkan oleh bibirnya menyebabkan seekor demi seekor buaya berenang ke arahnya yang duduk di tebing sungai. Apabila semua buaya sudah berkumpul, ( persis cerita muslihat Sang Kancil memanggil Sang Buaya untuk berkumpul dan beratur di sepanjang sungai), si pawang tua ini mempercepatkan  lagi tiupan seruling daun itu menyebabkan buaya-buaya itu berkelahi dan bertarung sesama sendiri. Saksi mengatakan darah berhamburan di dalam air akibat perang buaya-buaya itu. Akhirnya seekor buaya timbul kerana mati lemas. Kesemua buaya-buaya itu beredar dari tempat tersebut. Buaya yang mati itu ditarik ke tebing oleh pawang tersebut dan orang ramai. Apabila dibelah perut buaya itu, maka sahlah si buaya malang itu memang buaya pemakan anak gadis yang hilang di sungai itu beberapa hari yang lalu. Di dalam perut buaya itu dijumpai cebisan badan mangsa, cincin di jari dan pakaian gadis malang itu. Hal ini disahkan oleh keluarga mangsa. Biasanya pawang buaya ini akan meminta diadakan kenduri agar tiada lagi gangguan buaya terhadap mereka di sungai itu lagi.

Cara menangkap buaya ada dua cara iaitu pertama, buaya jinak (buaya yg tidak takut dgn manusia) kedua, buaya liar (buaya yg lari bila berhadapan dgn manusia) 

Cara menangkap buaya jinak ialah dengan menggunakan sampan yg dikayuh oleh pembantu pawang pada malam hari ketika bulan gelap. Perlahan-lahan perahu akan merapati buaya tersebut sambil dibacakan mantera pelemah. Buaya yg dibacakan mantera akan timbul dan tidak bergerak2. Waktu itu juga buaya tersebut akan diikat serta ditarik ke tebing sungai seterusnya dinaikkan ke darat.

Untuk menangkap buaya liar pula,  cara paling mudah adalah menggunakan monyet sebagai umpan. Monyet akan ditambat di tebing sungai. Rotan sepanjang 40 kaki yang bersambung dengan mata kail besi akan diikat kemas ke kaki monyet tersebut dengan dibalut kain. Sejurus buaya itu menyambar monyet tersebut,maka terjeratlah buaya tersebut kerana mata kail besi itu telah ditelannya bersama-sama monyet itu. Mata kail yng masuk ke perutnya itu menyebabkan kesakitan yang amat teruk. Pasti buaya itu akan cuba melepaskan diri tetapi pergerakannya terganggu. Tok Pawang akan menghampiri buaya tersebut sambil membaca mentera penunduk. Setelah buaya itu tenang, dia akan memasukkan gelungan rotan (noose) ke bawah rahang buaya. Kemudian dengan tali dia akan mengikat kaki-kaki buaya malang itu.

Kaedah lain adalah dengan menggunakan tempuling ( tombak pendek) yg sangat kecil. Tempuling itu diikatkan dgn tali dan setelah dimanterakan, terus dicampakkan kedlm sungai. Tali itu kemudian dipatahkan oleh Tok Pawang Buaya. Mana2 buaya liar yg lari akan serta merta menjadi lemah dan berhenti berenang kemudian timbul di permukaan air. Waktu itu juga beliau akan mengikat buaya tersebut. Rotan digunakan untuk mengikat buaya tersebut.







       
Bagi buaya yang ganas atau pemakan manusia pula, setelah dimaklumkan oleh pihak keluarga mangsa dan setelah dipersetujui pengeras dan imbuhannya, Pawang Buaya yang berpengalaman akan meninjau dahulu tempat serangan buaya dan sepanjang sungai tersebut. Biasanya, buaya akan menyembunyikan mangsanya dalam selut sebelum datang semula beberapa hari kemudian untuk menikmati habuannya yang sudah mereput dan lembut.

Pawang tersebut akan meletakkan umpan ayam yang dicucuk pada kedua-dua hujung buluh yang diruncingkan disekitar tebing tempat mangsa diserang.  Apabila buaya 'bersalah' itu menyambar umpan ayam tersebut, buluh itu akan menyebabkan mulut dan rahangnya tidak dapat terkatup,menyebabkan dia akan mati lemas sekiranya kembali ke dalam air sungai. Ketika buaya pemangsa itu dikesan, pawang akan menghampiri buaya tersebut dengan sampan dan membaca mentera.  Ada juga Tok Pawang menggunakan teknik lain iaitu membaca mentera yang mampu mengunci mulut buaya tersebut tidak boleh makan manusia atau binatang. Lama atau sekejap bergantung kepada keadaan, kalau lama bererti buaya itu akan mati kelaparan. Buaya itu terdiam tanpa ada usaha untuk melarikan diri. Dengan menggunakan gelung rotan, pawang tersebut menjerut dan mengikat buaya tersebut. Dengan bantuan pembantunya, buaya tersebut dinaikkan ke atas sampan dan dibawa ke tebing.  Peliknya, buaya tersebut tetap dalam keadaan diam tanpa menyerang sehinggalah dibawa ke balai polis.

Buaya-buaya yg ditangkap tidak dibunuh oleh  pawang buaya Melayu. Sebaliknya dibawa ke balai polis untuk dipungut reward kerana menangkap haiwan berbahaya.  Sebelum reward dibayar, buaya itu akan ditembak oleh polis di bahagian tengkuknya. Setelah mati, pihak polis akan mengukur panjang dan saiz buaya tersebut sebelum reward diserahkan kepada penangkap kerana telah membantu kerajaan memusnahkan binatang berbahaya kepada manusia. Kemudian terpulang kepada pihak keluarga si mangsa untuk membelahnya atau menjualnya kepada pihak lain untuk kulit, dan dagingnya.

Biasanya pihak keluarga mangsa akan meminta dibelah perut buaya untuk dilihat kandungannya. Setiap kali buaya pemakan manusia ditangkap dan dibelah, pasti akan terjumpa cebisan mayat berupa tengkorak mangsa atau bahagian-bahagian lain mangsa. Belum pernah mayat dijumpai dalam keadaan sempurna, begitu menyayat hati keluarga dan sesiapa yang menyaksikannya.

Dalam beberapa tahun kemudian, sekitar akhir 1920-an, pemburuan buaya menjadi lebih mudah dengan penggunaan lampu sorot. Cahaya daripada lampu suluh di kepala pemburu menyebabkan buaya 'buta' sebentar sehinggalah pemburu buaya  meletakkan gelung rotan ke leher buaya itu untuk menjerut rahangnya dan turun ke sungai dan mengikat kaki-kakinya dengan tali@rotan.  

Kemudian bermula tahun 1935, pemburuan reptilia ini menjadi  satu bentuk sukan di mana permit menembak dikeluarkan untuk membunuh seberapa banyak buaya tanpa had. Kali ini, lebih ramai pemburu yang terdiri daripada orang Inggeris dan Cina mengutip banyak reward apabila buaya-buaya yang mereka tembak bertimbun di depan balai polis. Biasanya pada waktu malam, pemburu Cina akan meminta bantuan pemburu Melayu menjejak buaya-buaya sebelum menembaknya di bahagian mata setelah terkena suluhan lampu sorot. Ke mana perginya kesemua buaya-buaya yang ditembak itu? Jangan risau, ramai pembeli buaya bagi tujuan kulit dan dagingnya dari kalangan kaum Cina.

Apabila buaya-buaya di Malaya semakin pupus, akibat pemburuan berlebihan dan buaya diwartakan sebagai haiwan terlindung, mereka berubah arah kepada industri ternakan buaya untuk kulit dan dagingnya bagi memenuhi kehendak penggemar makanan eksotik di Malaya dan Singapura.

STATISTIK PEMBURUAN BINATANG BERBAHAYA 

Mengikut rekod, pemburuan haiwan berbahaya seperti harimau dan sub-spesisnya, buaya dan telurnya, beruang, ular akan diberi ganjaran kerana membantu pihak kerajaan menghapuskannya demi keselamatan penduduk setempat.




Pemberian reward ini lebih merupakan sumbangan kerajaan atas jasa pemburu ini. Namun, ramai di antara mereka merasakan pemburuan boleh menjadi suatu kerjaya yang menguntungkan, terutamanya kaum Cina.
Bayangkan, jika reward seekor buaya sepanjang 10 kaki adalah sebanyak 50 sen sekaki, pasti dia akan memungut kira-kira $5. Itu belum lagi jualan kulit dan daging buaya, yang mungkin menambahkan $20 lagi ke poket mereka. So, seekor mereka dapat $25. Kalau 4 ekor sebulan, jumlahnya mencapai $100, satu pendapatan mewah untuk mereka. Jualan telur buaya juga menambahkan pendapatan mereka. Bandingkan pendapatan ini dengan harga barangan di pasar pada masa itu. Bagi pemburu Melayu pula, penjualan binatang yang haram dimakan juga haram hasil pendapatannya. Mereka cuma menuntut 'upah' memburu binatang ganas ini.
Permintaan untuk daging Sang Bedal ini sentiasa ada, terutamanya daripada restoran-restoran besar di bandar. Walaupun tidak dijual secara terbuka, daging buaya ini memang menjadi santapan teristimewa kaum Cina.




Kini, pelbagai produk daripada buaya dipasarkan ke seluruh dunia kerana memang ada permintaan untuknya.

Crocodile Oil Lotion has proved to be extremely successful in treating skin ailments like psoriasis, eczema and skin pigmentation problems.Moisturise and softens skin; Reduce inflammation; Lighten the appearance of wrinkles, acne scars, sun spots, dark spots, freckles and stretch marks; relieves Eczema discomfort, Renew and rejuvenate your skin; Calms and aids dull, dry, aged, itchy, irritated, cracked, inflamed or rough skin.
                 


KRONOLOGI SERANGAN BUAYA DI KUALA LANGAT

Tidak banyak laporan akhbar tentang serangan buaya di sekitar Sungai Langat.

Laporan akhbar tahun 1935

         



KRONOLOGI SERANGAN BUAYA DI KLANG
Serangan buaya terhadap manusia banyak dilaporkan di Sungai Klang dan cawangannya. Berikut rentetan laporan akhbar tentang kejadian itu. Perlu diingat bahawa tarikh tertera adalah tarikh laporan akhbar tersebut, bukan tarikh kejadian. Tarikh kejadian mungkin berlaku kelmarin, beberapa hari, malah berminggu-minggu sebelum laporan itu ditulis atas faktor ketersampaian ke tempat kejadian, dan sebagainya:

  • 7 Ogos 1894  -6 kes kejadian gigitan buaya di Klang dalam masa sebulan, termasuk seorang pekerja bot Abdul Samat, yang digigit ketika membersihkan kakinya di jeti Klang.
  • 18 Februari 1896   -Seorang wanita Melayu terjatuh dari sampan di Sungai Klang disambar buaya. Mayatnya tidak dijumpai.
  • 19 Mei 1897         -Seorang wanita Melayu yang dikatakan menjuntaikan kakinya di sisi tongkang yang dinaikinya disambar buaya. Mayatnya tidak dijumpai.

  • 14 Mac 1907     -Seorang pemandu kereta lembu yang sedang menunggu muatan di Pelabuhan Swettenham telah digigit buaya. Kejadian berlaku ketika dia sedang membersihkan kereta lembunya di anak sungai berdekatan. Kakinya parah digigit buaya. Mangsa dihantar ke Hospital Klang dengan menggunakan lokomotif kereta api untuk rawatan.
  • Sementara itu, seorang budak lelaki nyaris maut ketika sedang mandi di sebuah parit di Pelabuhan ini. Buaya itu melarikan diri setelah seorang pemandu lanca menjerit ke arahnya. Buaya itu akhirnya ditangkap oleh penduduk kampung tersebut.


  • 8 Januari 1917  -Seekor buaya ditembak berhampiran jambatan High Street di Klang


                           
                            




                          
    
                           
                             
                         



keratan akhbar 1935
  • 28 Mac 1941  -Seorang Melayu berjaya menangkap seekor buaya besar berukuran 20 kaki di Sungai Klang. Dia mendapat reward sebanyak $10. Dia juga berjaya menjual bangkai buaya itu dengan harga $20- 30 untuk daging dan kulitnya.
                                 

  • 20 Oktober 1959     - Seorang konstabel polis trafik, Ismail bin Sahad, 30 telah terjun dan berenang ke tengah sungai untuk menyelamatkan seorang Cina yang dikatakan terjatuh dari atas jambatan di Klang.
  • 17 Oktober 1960     -Buaya sepanjang 17 kaki 6 inci seberat 5 pikul ditangkap oleh seorang pawang bernama Ibrahim bin Abdul Karim, 22 dari Bukit Kuda. Buaya itu digelar Si Tongkol oleh penduduk kampung.
Tiada lagi berita tentang serangan atau tangkapan buaya liar di Klang dalam tahun-tahun selepas itu.

Rujukan:









             










1 ulasan:

  1. Hebat cerita ini . Teruskan usaha tuan Syed. Sya harap boleh di buku kan cerita cerita ini

    BalasPadam

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...