Khamis, 22 Jun 2023

Sejarah Pelaksanaan Dasar Bumi Hangus Inggeris di Tanah Melayu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua. Berjumpa lagi kita dalam blog Atok. Semoga kita semua mendapat rahmat dan perlindungan Allah. Entri Atok kali ini agak serius. Ianya berkaitan survival ummah. Buka dan bacalah akhbar dan internet betapa umat Islam di serata dunia dikotak-katikkan, agama Islam dipermainkan, negara umat Islam diceroboh dan diperangi. Kematian demi kematian kita dengari tanpa kesudahan. PBB sekadar mengeluarkan kecaman, tiada tindakan. 

Di Malaysia pula, pihak kafir sudah mula mempersoalkan Ketuanan Melayu dan Islam. Mereka yang kini menguasai kerajaan mahu pelembagaan negara dipinda agar hak-hak Istimewa Bumiputera di bawah pasal 143 ditiadakan, serta kesamarataan hak untuk semua rakyat tanpa diskriminasi dan prejudis diberikan. Kontrak Sosial hanyalah cerita sejarah yang perlu dimuziumkan, hujah mereka. Mereka mahukan kebebasan sebagaimana yang diamalkan di Barat. Tanpa halangan. Kebebasan Mutlak. Jangan dipersoalkan pegangan agama mereka. Jangan dipandang serong golongan LGBTQ ini. Murtad mesti dibenarkan. Azan dihadkan hanya dalam dewan solat sahaja. 

Wow, permintaan mereka begitu mencabar ummah, sensitiviti ummah, malah kelangsungan agama! Kita kini dalam mod survival dan defensif. Takrifan kafir Zimmi dan Harbi kini begitu kabur. Mereka mahukan perdamaian dalam sebuah negara umat Islam, namun mereka meminta perkara-perkara yang mencabar umat Islam. Mungkin jika tiada usaha pengamanan dari pelbagai pihak termasuk polis, tentera, pemimpin politik dan institusi istana, sudah pastilah bibit perkauman, perbezaan agama dan ideologi ini akan membawa rusuhan, kekacauan, huru hara malah perang saudara di bumi tercinta ini.

Ironisnya, mereka ini dibela dan didokong oleh segelintir umat Islam yang berfahaman liberal, bahkan munafik yang sedang menerajui kerajaan dengan menghina dan menafikan peranan golongan ulama dan istana.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.

Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)." (Surah Ali-Imran, ayat 28)

Ulama tafsir mengemukakan beberapa riwayat berkenaan sebab turunnya ayat ini antaranya riwayat al-Tabari daripada Ibn Abbas mengenai orang Yahudi yang berkawan baik dengan orang Ansar untuk menjauhkan orang Ansar daripada agama mereka. Berkata Rifa'ah bin Al-Munzir, Abdullah bin Jubayr dan Sa'id bin Khaithmah kepada kumpulan Ansar itu: "Jauhilah kamu daripada kaum Yahudi dan jangan berteman baik dengan mereka nanti mereka memfitnah kamu dalam agama ini." Lalu ayat ini diturunkan.

Namun krisis identiti ummah ini perlu ditangani dengan cermat. Ibarat menarik rambut daripada tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak. Gunakan diplomasi, sedikit tekanan undang-undang serta program-program toleransi kaum dan agama. Rapatkan saf ummah. Jangan sampai kelemahan ummah diperlihatkan kepada musuh dan jangan diberi ruang untuk campurtangan luar sebagaimana yang berlaku dalam sejarah umat Islam di serata dunia kini dan masa lalu temasuk di Tanah Melayu suatu masa dahulu. 

Harapan terbesar Atok ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lalu. Sejarahlah saksi bahawasanya perpaduan ummah kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang. Begini kisahnya……

PENDAHULUAN

Dasar bumi hangus (juga dikenali sebagai peperangan bumi hangus) merupakan satu strategi ketenteraan. Strategi ini termasuklah apa-apa kerosakan sesuatu mungkin berguna kepada musuh ketika musuh masuk atau menarik diri dari suatu tempat. "bumi hangus" juga ertinya untuk memusnahkan tanaman musuh termasuk sumber makanan membakar.Taktik ini  tidak terhad kepada musuh termasuk kemusnahan tempat tinggal, pengangkutan, komunikasi dan sumber industri.

Taktik bumi hangus ini digunakan untuk menghancurkan aset apa pun yang dapat digunakan oleh musuh, biasanya mencakup senjata, kendaraan, tapak komunikasi, dan industri yang jelas.  Praktik ini dapat dilakukan oleh militer di wilayah musuh atau wilayah tempat asalnya sendiri pada saat negara atau daerah sedang diserbu oleh musuh. Ketika peperangan, apabila pihak berundur ke sisi kemudahan bangunan,  langkah-langkah yang digunakan adalah tidak dibiarkan kepada musuh.

Modus ‘bumi hangus’ bukan sahaja memusnahkan logistik persenjataan tetapi meliputi sumber ekonomi, makanan, pertanian, pengangkutan, komunikasi, sumber industri, kediaman, kemudahan dan perkhidmatan awam, sekolah, institusi agama dan semua yang ada.

Sebagai sebuah strategi perang, mungkin sahaja taktik itu menguntungkan kerana dengan begitu, sekalipun musuh memperoleh kemenangan dan dapat memasuki kota, mereka akan sengsara, kecewa, dan kehilangan jejak dari segala usaha yang kita lakukan dalam memerangi mereka. Di samping itu, musuh juga menjadi lemah dan rentan karena mereka tidak dapat memanfaatkan, menikmati, dan berlindung pada segala aset kota lagi. Harapannya, kalaupun mereka harus bertahan, mereka akan menghabiskan begitu banyak energi dan sumber daya untuk mengembalikan fungsi kota sebagai tempat yang layak untuk dijadikan hunian dan kedudukan.

Strategi Bumi Hangus semakin efektif jika dilakukan juga dengan meninggalkan kisah-kisah menakutkan, mengerikan, dan menghancurkan nyali. Misalkan dengan meninggalkan sisa-sisa yang memberi tanda dan simbolisasi agar bisa dilihat musuh sebagai tempat yang seram dan mengerikan untuk difungsikan kembali. Mayat, biasanya adalah alat yang paling efektif untuk membangun kesan itu. Sebagaimana kita semua hingga sekarangpun masih menaruh simpatinya, bahawa dunia orang mati, terutama dalam kondisi yang mengenaskan adalah dunia yang mengancam, menakutkan dan mengerikan. Dan dengan begitu, sangat mudah dan cepat terbangun kisah-kisah di khalayak yang memberi pesan bahwa di sebuah tempat tertentu, di gedung tertentu, di jalan tertentu, atau di sungai tertentu merupakan tempat-tempat) yang perlu dihindari dan paling minimum, ditakuti.

Strategi memusnahkan bekalan makanan penduduk awam di kawasan konflik telah diharamkan di bawah Perkara 54 Protokol 1 1977 Konvensyen Geneva. Petikan yang relevan menyebut: 

Ia adalah dilarang untuk menyerang, memusnahkan, membuang, atau menyebabkan objek yang sia-sia yang penting untuk kelangsungan hidup penduduk awam, seperti makanan, kawasan pertanian bagi pengeluaran bahan makanan, tanaman, ternakan, pemasangan air minuman dan bekalan, dan kerja-kerja pengairan, tujuan tertentu menafikan mereka untuk nilai rezeki mereka kepada penduduk awam atau Parti buruk, apa motif, sama ada untuk kebuluran awam, menyebabkan mereka beralih, atau untuk apa-apa motif lain.

Sungguhpun dilarang, ia masih merupakan satu amalan ketenteraan yang biasa. Protokol ini hanya terpakai pada negara-negara yang telah mengesahkannya, dan negeri yang ketara yang tidak mengesahkannya adalah Amerika Syarikat, Israel, Iran, dan Pakistan.

TAKTIK BUMI HANGUS DALAM PEPERANGAN KUNO

Cara seperti ini bukan hal baharu dalam dunia peperangan. Dalam berbagai literatur dan situs-situs sejarah, politik bumi hangus sering kita dapati di berbagai belahan bumi. Mulai dari niatnya agar objek-objek bumi hangus itu tidak dapat dimanfaatkan musuh, hinggalah motivasi paling jahiliyah seperti memusnahkan peradaban lawan.

Kota Baghdad tidak sahaja jatuh ke tangan bala tentara Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan, saudara dari pemimpin Mongol termasyhur, Genghis Khan. Pada tahun 1258, Hulagu Khan anak kepada Genghis Khan menawan Kota Baghdad. Ahli sejarah Islam menyebut ketika itu bumi Baghdad bermandi darah dengan  lebih 80,000 penduduknya dibunuh. Benteng Kota Baghdad rata dengan tanah. Istana, rumah, masjid, sekolah, perpustakaan hancur lebur.Tentera Mongol membakar hangus perpustakaan Baghdad. Ribuan buku dan dokumen-dokumen ilmu pengetahuan dilempar ke Sungai Tigris.  Air sungai yang jernih berubah pekat karena lunturan tinta-tinta dari buku-buku itu yang dicampak ke dalamnya. Karya-karya terbaik ilmuwan seperti Ibnu Sina, Musa al-Khawarizmi, al-Fazari, Al-Farghani, hingga Ibnu Rusyd, lenyap dalam khazanah ilmu pengetahuian.

Khalifah terakhirnya ditangkap dan digulung dalam permaidani untuk dipijak hingga mati oleh 150,000 tentera Mongol di mana 100,000 darinya adalah tentera berkuda. Wanita Islam yang dijadikan tawanan kemudiannya dikahwinkan secara paksa dengan bala tentera Mongol. Kejatuhan Baghdad juga sekaligus menjadi runtuhnya Daulah Abbasiyah, salah satu kekhalifahan Islam berperadaban tinggi yang melanjutkan tradisi keilmuan Yunani dan Persia. Harun Al Rasyid, pemimpin Islam legendaris itu, merupakan bagian dari kekhalifahan ini. Sebuah peradaban beserta simbol-simbolnya telah tamat. Empayar Mongol merupakan empayar yang paling besar dalam sejarah dunia. Ia merangkumi wilayah dari Negeri China hinggalah ke Eropah termasuk Moscow Rusia.

Serangan Mongol mematikan peradaban kemanusiaan dan tamadun Islam di Baghdad dan tempat-tempat lain dari Asia ke Eropah



TAKTIK BUMI HANGUS DALAM PEPERANGAN MASA KINI

Perang Telok 1 dan 2

Modus ‘bumi hangus’ adalah strategi, gerakan dan tindakan yang telah digunakan ke atas Iraq oleh Amerika semasa dan selepas Perang Teluk, untuk melumpuhkan Iraq dan menjadikannya negara papa kedana. Sebelum Perang Teluk, ekonomi Iraq adalah antara yang terbaik di dunia, manakala rakyatnya dapat mengecapi keselesaan ekonomi setanding dengan negara-negara Eropah dengan nilai Dinar Iraq (IQD) yang stabil dan setanding dengan Pound Sterling Britain.

Keseluruhan aset Iraq termasuk sumber ekonomi, makanan, pertanian, pengangkutan, komunikasi, sumber industri, kediaman, kemudahan awam, sekolah, institusi agama dan lain-lain telah dimusnahkan oleh kezaliman George Bush dan negara sekutunya atas kebenciannya terhadap kejayaan kerajaan Islam.

Kemusnahan total Iraq melewati batasan kemanusiaan oleh Tentera Amerika dalam Perang Telok 1 dan 2



Krisis Kemanusiaan Rohingya

Berdasarkan hasil penelitian, Junta Militer Myanmar sebenarnya melakukan tindakan taktik bumi hangus bagi mengusir secara paksa dan tidak manusiawi Suku Rohingya dari Rakhine. Taktik bumi hangus atau dalam bahasa internasional disebut “scorched-earth policy” merupakan suatu taktik dalam perang, di mana kombatan/pihak tentera/gerila bersenjata dengan sengaja dan sudah dirancangkan, menghancurkan objek-objek di sekitar lokasi tempat tinggal lawannya, sehingga pihak lawan akan kehilangan sumber daya guna bertahan hidup seperti lahan sawah, hasil usaha, hasil ternak, sumber air minuman, menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke tempat lain.    

Namun di sebalik tindakan taktik bumi hangus tersebut, terdapat indikasi bahwa Junta Militer Myanmar juga melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan, seperti berdasarkan keterangan saksi yang bersaksi bahwa ada tindakan brutal yang dilakukan secara sistematis dan masif seperti pembunuhan, pengusiran atau deportasi atau pengusiran paksa, dan pemerkosaan atau penghamilan paksa terhadap Suku Rohingya. Tindakan tersebut jelas melanggar ketentuan internasional seperti Protokol Tambahan  Konvensyen Geneva 1977 dan Statut Rome 1998,  di mana taktik bumi hangus dilarang untuk digunakan pada kondisi apapun, baik terhadap kombatan maupun penduduk awam.

Penghapusan etnik oleh Junta Tentera Myanmar ke atas umat Islam Rohingya memerlukan suara bersatu umat Islam di seluruh dunia



Perang Rusia -Ukraine

Di Ukraine, pasukan Rusia menggunakan taktik bumi hangus dengan menggunakan serangan udara dan artileri. Taktik ini menghancurkan bangunan dan posisi lawan melalui serangan udara dan tembakan artileri. Mereka menyerang pusat komando Ukraine, pasukan dan gudang amunisi di Donbas. Rusia melakukan pengeboman yang tidak masuk akal selama serangan baru di Donbas, yang disebut telah mengubah wilayah itu menjadi neraka. Tentera Rusia telah menduduki beberapa kota besar dan kecil di Luhansk setelah penembakan tanpa pandang bulu selama 24 jam. Mereka menghapuskan Severodonetsk dari muka bumi.




Perang Israel- Palestine

Kekejaman, penghinaan dan pembunuhan ke atas warga Palestin bukanlah isu baharu. Ia sudah berlaku berabad lamanya. Malah, isu Palestin sudah pun diklasifikasikan sebagai pelanggaran hak asasi manusia terbesar dan terburuk dalam sejarah dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia sentiasa dilihat sebagai penindasan dan penghinaan ke atas hak asasi manusia. Apa-apa yang melibatkan Palestin telah menjadi masalah yang melangkaui perbatasan agama, kepercayaan dan kebangsaan.

Satu dunia mengecam tindakan biadab tentera Israel menceroboh Masjid al-Aqsa yang sekarang ini mencetuskan ketegangan dan pertempuran yang meragut nyawa mereka tidak berdosa. Peristiwa bersiri kekejaman Pasukan Pertahanan Israel (IDF) yang menyerang secara bumi hangus atas alasan mempertahankan diri daripada serangan tentera Hamas. Malah, Gaza dikatakan menjadi tempat ujian persenjataan Industri Militer Israel sebelum dieksport ke negara-negara pembeli.

Tunjuk perasaan secara aman rakyat Palestin dibalas dengan penembakan peluruh hidup oleh tentera Zionis




PERISTIWA-PERISTIWA KEZALIMAN BUMI HANGUS DI TANAH MELAYU

Perjuangan umat Islam untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah telah melahirkan pahlawan-pahlawan yang bergerak atas nama agama. Di Tanah Melayu sendiri, kebangkitan ini telah melonjakkan nama-nama pahlawan bangsa seperti Tok Sagor di Perak, Dato’ Dol Said di Melaka, Dato’ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Tok Limbong di Terengganu. Orang Melayu agak sensitif dengan naratif sejarah yang dilihat tidak memihak kepada mereka. Tambahan pula kisah penentangan terhadap British yang juga menunjukkan ada pembesar yang bersepakat dengan British.

Perang Kuala Selangor

Pada 4 Julai 1871, angkatan perang Inggeris telah menyerang dan membedil pekan Kuala Selangor. Inggeris menyerang Kuala Selangor ini adalah ekoran dari peristiwa 14 Jun 1871, apabila sebuah tongkang dari Pulau Pinang telah diserang dan disamun oleh lanun-lanun Cina dari Kuala Selangor. Serangan ini telah menyebabkan kematian seramai 34 orang. Tongkang tersebut telah dibawa oleh lanun-lanun itu ke Kuala Selangor, tempat kediaman Raja Mahadi. Peristiwa ini telah dilaporkan kepada Inggeris di Pulau Pinang yang kemudiannya telah menghantar kapal Kerajaan Negeri-negeri Selat iaitu H.M.S. Rinaldo dan Pluto untuk menangkap saki baki lanun tersebut. Pada 3 Julai, rombongan ini telah sampai ke Kuala Selangor dan telah menemui Syed Mashur, Raja Mahmud dan Raja Mahadi. Semasa perjumpaan ini, telah berlaku pertengkaran antara kedua belah pihak, dimana seorang ahli rombongan Inggeris telah terbunuh dan enam orang cedera. Hal ini telah memaksa Inggeris menyerang kota dan pekan Selangor pada hari ini.

Serangan bermula pada pukul 4.45 pagi, apabila kapal perang Rinaldo yang melayari Sungai Selangor telah ditembak dengan meriam-meriam dari kota di Kuala Selangor. Maka berlakulah tembak menembak dari kota -dua belah pihak, di mana tiga orang askar pihak Inggeris telah mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun, kapal Rinaldo terus mudik dan berlabuh di pekan Kuala Selangor pada pukul 6.30 pagi dan terus membedil lagi pekan tersebut. Dua hari kemudian, pada 6 Julai, kapal Rinaldo bersama-sama Pluto datang semula menyerang Kuala Selangor dan membinasakan kubu, lima buah perahu yang muat senjata dan rumah-rumah yang ada di situ. Setelah memusnahkan harta benda tersebut, kapal Rinaldo dan Pluto berlayar meninggalkan Kuala Selangor.

Serangan Inggeris ke atas Kuala Selangor menghancurkan keseluruhan pertahanan Raja Mahadi

Tengku Kudin (duduk) bersama pembesar Melayu dan pegawai Inggeris di Selangor



Perang Kinta 

Perang Perak yang bermula sejurus selepas Residen British Pertama Negeri Perak, J.W.W. Birch terkorban pada 2 November 1874 di Pasir Salak akhirnya tiba ke pengakhirannya apabila tentera British yang dibawa masuk dari India dan Hong Kong menang dalam pertempuran terakhir di Kampung Kledang, Enggor dan Prek. British mengambil langkah drastik dengan mengerah bala tenteranya menawan Perak dengan bantuan orang-orang Mendailing yang lari ke Perak setelah terbabit dalam peperangan di  Klang. 

British dengan bantuan orang-orang Mendailing seperti Raja Uteh, Raja Asal dan Raja Mahmud menyerang kedudukan Sultan Ismail di Papan. Pada hari Ahad, kontingen yang dipimpin oleh Kapten Innes telah bergerak ke arah Pasir Salak untuk menjejaki siapa yang bertanggung-jawab. Ketika sampai di Bandar Tua, mereka telah menemui satu kubu yang lengkap bersenjata, dan tentera Inggeris terus menyerang kubu tersebut dengan sengit.

Mereka telah menjalankan konsep bumi hangus terhadap tempat atau kampung yang menentang tentera British. Disebabkan itu hampir kebanyakan rumah dan masjid dari Pasir Salak, Kampung Gajah sehingga ke Enggor dibakar selepas penduduk dikawasan berkenaan secara terbuka bertempur dengan tentera British. Keadaan tersebut lebih buruk lagi terdapat tentera British yang terbunuh di kawasan berkenaan. Pasir Salak ditawan pada 15 November 1875. Dalam pertempuran itu, tentera-tentera British yang berbangsa Punjab telah membakar rumah sepanjang sungai di Kampung Gajah dan Pasir Salak. Di Kampung Kandang, tentera British telah membakar hampir kesemua rumah orang Melayu di situ kecuali rumah mereka yang berpihak kepada Raja Muda Yusuf.

 As soon as the news of the Resident's death reached Penang, a party of reinforcements of Her Majesty's 10th Foot sailed as quickly as possible to the relief of Bandar Bahru. The Malays at Pasir Salak had not moved trom their stockades, and it was decided that the reinforced garrison was strong enough to eject them. The attack ended in failure with the loss of seventeen killed and wounded, and an ignominious return to Bandar Bahru.

The other divisions of the Buffs coming up, they proceeded to burn the houses of the chief, where the Malays made their attack, and afterwards which was reached by 1.30 p.m. The column which marched up the right bank of the river met with no opposition in thelr disarming operations.  In the evening the killed were buried in silence in an old Malay stockade, picturesquely situated on the right bank of the river , immediately to the east of the camp at Qualla Kangsa. All the wounds inflicted by the Malays were spear wounds, and the spear Is a most efficient weapon in the hands of an inhabitant of the dense jungle.

At Pasir Salak Mr. Birch's boat and a number of articles belonging to him were recovered. As an act of reprisal the village was burned to the ground, including the Maharaja Lela’s house. which was strongly fortified, “being surrounded by an earthwork eight feet high, with a ditch containing water and on top of the earthwork a stockade formed of short sharpened bamboos.”

Towards the close of December the Malays of Kota Lama began to show signs of hostilities; they numbered a considerable fighting force, levied blackmail on all produce passing down the river, and defiled all authority. They were more powerful than the Perak chiefs, and the Commissioner determined to punish them,  but as they made no open attack on our force it was resolved to disarm the inhabitants of Kota Lama and those proving refractory were to have their habitations burned. To ‘assist in the operations, Captain Speedy was summoned from Bukit Gantang on the 3rd January, 1876, and arrived in the evening of that day with a party of Sikh and Malay police.

Dalam pertempuran di Prek (sebuah tempat yang terletak kira-kira 3.2 kilometer dari Enggor), pasukan Melayu yang bertahan telah melepaskan tembakan terhadap pasukan British yang menghampiri kubu mereka. Dengan itu pasukan British di bawah Kapten Barnett dan Kapten Churchill membalas serangan itu. Setelah kampung tersebut diduduki, sebanyak 15 rumah telah dibakar termasuklah rumah milik Seri Lela Paduka dan Kadir yang mengetuai serangan terhadap British. 

Selepas serangan terakhir tersebut, pemimpin dan pengikut yang terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak gagal mengatasi kemaraan pasukan tentera British. Mereka terpaksa berundur dan bersembunyi di kawasan pendalaman. Selain daripada itu ada yang mengambil keputusan untuk menyerah diri. Tindakan itu diambil disebabkan lahirnya tanggapan d ikalangan mereka bahawa perjuangan mereka sudah tidak bermakna lagi. 

Pegawai-pegawai Inggeris di Perak selepas Perbicaraan Pembunuhan JWW Birch. Kelihatan bersandar di tangga ialah Frank Swettenham, bakal Residen Inggeris di Selangor.

Perang Pahang

Lubuk Terua dahulunya merupakan tempat pertemuan perniagaan antara Karak dan Lanchang. Pahlawan Dato' Bahaman telah melakarkan Lubuk Terua sebagai satu kawasan pertempuran yang penting semasa menentang penjajah British. Lubuk Terua terkenal dengan sejarah pertempuran Dato' Bahaman. Pada tahun 1892, Dato’ Bahaman atau Orang Kaya Semantan, menyerang dan menawan semula Lubuk Terua (satu tempat yang termasuk di dalam wilayahnya) dari kekuasaan Inggeris.

Meletusnya penentangan Dato’ Bahaman secara aktif terhadap Inggeris adalah akibat dari tindakan C.E.B. Desborough (Pemangku Pemungut Hasil Semantan) menangkap tiga orang pengikut Dato’ Bahaman dengan tuduhan mengumpul hasil hutan tanpa izin. Penangkapan itu dilakukan ketika Desborough dan Townson (Merinyu Lombong) mengiringi satu pasukan Polis untuk memperkuatkan Balai Polis di Lubuk Terua, dan membawa ketiga-tiga tawanan itu untuk diadili.

Menyedari tentang hal itu, Dato’ Bahaman yang memang menentang keras pembinaan balai polis di kawasannya itu dan percaya bahawa pasukan itu datang untuk menangkap beliau, telah menyerang pasukan Desborough, dan berjaya, membebaskan orang-orangnya. Selepas itu Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan memusnahkan gudang-gudang bekalan makanan dan barangan kepunyaan Syarikat Lombong bijih Bentong dan Raub. 

Sebelumnya, Dato’ Bahaman memang memusuhi Inggeris kerana menyekat dan menuduh beliau (dalam tahun 1889) memungut cukai secara haram dan memberi amaran, bahawa penerusan memungut cukai secara tradisi adalah dilarang sedangkan itu adalah hak tradisi beliau sebagai pembesar di daerahnya. Inggeris juga menuduh beliau (pada tahun 1890) menulis surat kepada Residen Selangor, W.E. Maxwell meminta supaya Semantan disatukan dengan Selangor. 

Bagaimanapun, kejayaan Dato’ Bahaman itu hanya sementara kerana tidak lama kemudian pihak Inggeris mengambil tindakan balas dengan menghantar satu pasukan seramai 300 orang yang diketuai oleh Tengku Ali, Hugh Clifford dan E.A. Wise (Majistret di Temerloh).

Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa mengundurkan diri sebagai satu strategi untuk melanjutkan penentangannya. Penentangan beliau itu ternyata telah merebak ke seluruh Pahang dengan melibatkan banyak lagi tokoh yang seperjuangan dengan beliau seperti anaknya Mat Kilau, Panglima Muda Jempul, Tok Gajah, Tok Jelai, Mat Kelubi dan lain-lain. Malangnya sejarah Lubuk Terua terbantut begitu sahaja dan pembangunannya hanya tinggal kenangan. Kini Lubuk Terua tinggal kenangan dan kawasannya dikenali sebagai salah satu perkampungan di Mukim Semantan berdekatan kampung Mempateh, Lanchang. 

In 1892, Messrs. Clifford and Wise started up-stream with about 200 men (120 armed with rifles) onthe 22nd of March. Batu Hampar was reached on the 23rd, Kelubi on the 24th, and Lubok Trua on the 25th. A party was to start for Sabai ang Bentong on the 26th.

Tras, Thursday, 7th April, 5.45 p.m.—The Sultan's men have been fired on by the ex-Orang Kaya Pahlawan; and the settlement of Lubok Trua has been burned. After that the ex-Orang Kaya again retreated to the jungle. A reinforcement of forty of the Sultan's men passed through Tras today on their way to Bentong.

A reinforcement of forty of the Sultan’s men passed through Tras today on their way to Bentong. Later advices from Pekan up to Wednesday of this week (6th April) speak (among more important news) of the burning of one of the ex-Orang Kaya Pahlawan’s stockades near Lubok Trua; and as Tras is some distance from Lubok Trua it is possible that our correspondent at Tras is misinformed as to the village of Lubok Trua being burnt and that what was burned was only this stockade. It is on the other hand quite conceivable that our correspondent is right and that after the Sultan’s men had burnt Si Rahman’s stockades, Si Rahman burnt the village of Lubok trua.

Pada 14 Jun 1894, pasukan pejuang Pahang dengan dibantu oleh orang Kelantan dan Terengganu telah menyerang kubu British iaitu balai polis Jeram Ampai dan berjaya membunuh membunuh lima orang anggota polis Sikh dan menawan sebahagian daripada 11 orang polis British berbangsa Sikh. Kemudiannya mereka telah berundur ke Jeram Ampai iaitu empat batu dari Kuala Tembeling dan mendirikan benteng-benteng pertahanan. Walau bagaimanapun, seorang polis Sikh yang tercedera terlepas dan dapat menghubungi Panglima Garang Yusof sehingga berita penawanan ini sampai ke Pekan. Dato’ Bahaman, Imam Rasu dan Mat Kilau bergerak ke Pulau Tawar untuk mengajak Panglima Garang Yusof dan Tok Raja menyokong mereka, tetapi mereka lebih suka menjadi tali barut British. Tok Raja dan Panglima Garang Yusof kemudiannya telah menyerang pasukan Mat Kelubi di Lipis pada 17 Jun 1894.

Serangan ke atas kumpulan penentang-penentang di Jeram Ampai ini merupakan tindakbalas pihak Inggeris terhadap ancaman terbaru penentang-penentang. Pada 18 Jun 1894,Walter Egerton, Pemangku Residen Pahang dengan sepasukan Polis Sikh telah berkejar ke Kuala Tembeling untuk bergabung dengan pasukan Panglima Garang Yusof di Kuala Tembeling. Mereka bergerak untuk menawan semula Jeram Ampai yang dikuasai oleh Dato’ Bahaman dan Tok Gajah Imam Rasu. Pada 28hb Jun pasukan ini disertai pula oleh pasukan-pasukan Polis Perak, dan Selangor yang diketuai oleh Penolong Penguasa Stewart, Leftenan Kolonel Walter, Kapten Lyons dan Kapten Talbot. Kumpulan ini adalah sekumpulan penentang-penentang Inggeris di Pahang yang dipimpin oleh Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi. Dalam serangan tersebut seorang Pegawai Inggeris bernama Wise (Pemangku Penguasa Ulu Pahang) dan empat orang polis Sikh telah terbunuh manakala di pihak penentang-penentang pula dilaporkan 40 orang terbunuh. Pada 29 Jun 1894, British dapat menguasai semula Jeram Ampai, tetapi mereka tidak dapat menangkap pemimpin-pemimpin Melayu itu.

Peristiwa Jeram Ampai ini adalah merupakan salah satu daripada beberapa insiden dalam sejarah penentangan pejuang-pejuang pembebasan Pahang terhadap Inggeris di Pahang. Ekoran daripada peristiwa ini Huge Clifford iaitu Residen British di Pahang telah melancarkan gerakan besaran-besaran memburu mereka hingga ke Negeri Terengganu dan Kelantan.

Pegawai Inggeris (tidak dapat dikenal pasti) di Pahang bersama-sama pembesar-pembesar Melayu serta pengikut-pengikut mereka

Perang Jepun di Malaya

Ketika perang Dunia meletus di Malaya bermula 9 Disember 1941, Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura. Ketika itu, Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand. Malah, Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand. Di samping itu, Kesatuan Melayu Muda (KMM) membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu. KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu, bahkan KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.

Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah. Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang. Tambahan pula, Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British. Kesilapan lain adalah tumpuan pertahanan British hanya di Singapura. Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun. Sebenarnya, Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura.

Untuk melengahkan kemaraan tentera Jepun, British telah menjalankan Dasar Bumi Hangus. Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan.  British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan dan melumpuhkan ekonomi.   Sektor-sektor yang menjadi tumpuan ialah sektor makanan, pengangkutan, pembuatan, tanaman getah, tanaman komersial lain, perkayuan, perlombongan bijih timah, bauksit, bijih besi dan arang batu. Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan Muzium Selangor Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan. 



British forces in Malaya have burnt thousands of bales of rubber, destroyed rubber factories and smashed machinery. Towering clouds of pungent smoke rise hundreds of feet in the air as a rubber factory is destroyed by the British forces.
Pemusnahan bandela getah di ladang-ladang menyebabkan pencemaran asap


Blazing rubber factory near Kuala Lumpur. February 1942
Pembakaran kilang getah di Kuala Lumpur dalam tahun 1942


Kerja-kerja merobohkan kilang di Klang




Royal Engineers preparing to blow up a bridge near Kuala Lumpur during the retreat 
Kerja-kerja meletupkan jambatan berdekatan Kuala Lumpur sedang dilakukan oleh pihak tentera British

The “demolitions” can be summarised briefly. They were:

1.  The Government instructions for demolition on rubber estates, as recorded “in the circular issued by the United Planting Assoclation of Malaya, dated Dec. 16 1941.

2.  The action taken by the military authorities to burn rubber factories, equipment and stocks;

3.  The orders issued by the Mines Department for the destruction of dredges and the flooding and blowing up of mines;

4.  The destruction of the hydroelectric Installation at Chenderoh and two subsidiary power stations;

5.  The destruction of many factories foundries, mills, printing machinery and machinery in general industry;

6. The throwing open to the public of the foodstuffs and other commodjties in warehouses and shops in order to “deny” them to the enemy.

It is authoritatively stated in London that the “scorched earth” policy was carried out at Penang before the evacuation. The Prai Power House and the Tin Smelting Works in Penang were completely destroyed.

Walaupun negara kerugian kira-kira 20 juta pound Sterling akibat tindakan 'bumi hangus' ini, tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah Tanah Melayu. Suasana peperangan ketika itu tidak mengalakkan berlakunya sebarang pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Jepun juga tidak berupaya menjalankan urusan perdagangan sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Melayu kerana dihalang oleh Tentera Bersekutu.

Summed up the position is that between 60 to 70 per cent. of Malaya's tin production is no longer available to the British or the Japanese and that the remainder is available to the British only and that 50 percent of the rubber production were not available to the British and only available to the Japanese under considerable difficulty, a difficulty which is not likely to cause the Japanese any immediate concern in view of the supplies which are readily available nearer at hand.” Fortunately, the United States and Great Britain have stocks of rubber and tin which are likely to see them through the period of ‘temporary occupation of a large part of Malaya by the Japanese, while supplies of both commodities from the Netherlands Indies have not been interfered with,  part from shipping difficulties.

Sepanjang pendudukan Jepun, keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu tidak berkembang. Ekonomi Tanah Melayu merosot, Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi kuasa Bersekutu di mana hasil bijih timah & getah tidak dapat dieksport ke Barat, beras tidak dapat diimport dari Thailand & Burma. Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam Bersekutu menyebabkan bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun. Tanpa akses kepada pasaran luar negara, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu runtuh. Kadar pengangguran meningkat.  Gaji pegawai kerajaan dikurangkan. Rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Sistem ekonomi kawalan mengakibatkan Tanah Melayu mengalami kekurangan barangan pengguna terutamanya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada keperluan  beras penduduknya.  Malah, rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.   

Secara keseluruhan, kecenderungan dasar Jepun adalah ke arah pemusatan kuasa dan perancangan ekonomi kerajaan bagi mencapai matlamat Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya.  Rancangan ini gagal kerana Jepun lebih menumpukan kepada peperangan. Mengekalkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan Jepun dan koloni tetap bagi dieksploitasi oleh pendatang Jepun, menyebabkan penduduk tempatan tidak mungkin menerima konsep Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Eksploitasi penjajahan Jepun (dengan kelakuan kejam mereka juga) mengkhianati semua propaganda dan janji-janji manis mereka mengenai Lingkaran Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang bersifat anti kolonialisme Barat.

RUMUSAN

Islam adalah agama perdamaian dan agama toleransi. Ia bukan kata-kata kosong tetapi dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan dibuktikan secara praktikal oleh Rasulullah SAW melalui sejarah kehidupan serta perjuangan Baginda. Perkara awal dilakukan Rasulullah SAW setiba di Madinah ialah mengadakan perjanjian dengan Yahudi. Antara inti pati perjanjian, negara Islam Madinah menghormati kepercayaan mereka, mempertahankan dari segala bentuk ancaman dan menjadikan mereka masyarakat Madinah yang akan mempertahankan setiap inci buminya.

Jihad merupakan elemen terpenting yang diterapkan dalam perjuangan setiap individu Muslim khususnya di medan perang. Umat Islam akan berjihad di medan perang sekiranya agama, negara dan maruah diri diancam oleh musuh. 

Namun, umat Islam dilarang bertindak sewenang-wenangnya.Nabi Muhammad s.a.w telah menggariskan tatacara peperangan yang merangkumi aspek sebelum, semasa dan selepas peperangan.

Islam hanya membenarkan umatnya memulakan peperangan sekiranya diserang oleh musuh terlebih dahulu.

Tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat atau lumpuh, paderi atau pendeta.

Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya.

Tentera Islam juga tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh seperti tentera tidak boleh mencencang mayat musuh yang terbunuh.

Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi sebarang perjanjian damai yang dimeterai. Akibat pelanggaran perjanjian Hudaibiyah inilah telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.

Tentera Islam dikehendaki memberikan layanan yang baik terhadap tawanan perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka.

Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kepada ketua dan tidak boleh meninggalkan medan peperangan melainkan dengan keizinan ketua. Islam juga membenarkan tentera Islam melakukan helah dlm peperangankerana perbuatan itu termasuk dalam strategi peperangan.

Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang dilakukan secara adil mengikut ketetapan Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yang diperolehi dlm peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW tetapi mesti diagihkan secara sama rata dalam kalangan tentera yang terlibat dlm peperangan tersebut.

Strategi memusnahkan bekalan makanan penduduk awam di kawasan konflik telah diharamkan di bawah Perkara 54 Protokol 1 1977 Konvensyen Geneva. Sememangnya Mentaliti Bumi Hangus adalah tanda-tanda awal betapa dunia ini sedang menyeret seluruh peradaban kemanusiaan pada kehancuran bersama, kekecewaan dan kesedihan bersama dan harus dihentikan serta merta.

RUJUKAN:


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...