Selasa, 22 Februari 2022

Misteri 'Kehebatan' Bomoh, Pawang dan Dukun di Jugra

Assalamualaikum buat semua. Semoga kita semua terus berada di bawah lindunganNya, Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Syukur Alhamdulillah kerana kita terus beriman dan diberi nikmat kesihatan. Semoga Allah masukkan kita semua ke dalam syurgaNya bersama-sama Rasulullah SAW tanpa hisab serta dijauhkan kita sejauh-jauhnya daripada  azab api neraka. Aamiiin. 

Apa cerita Covid sekarang? Apa barang guna vaksin, siap booster sekali! Ini semua Atok rasa perancangan Yahudi dan konco-konconya. Dahulu ya, Atok takut juga, tapi bila dah ambil 2 dos vaksin pun tinggi juga kes, Atok dah syak dah. Yahudi dan Kristian serta orang kafir tidak akan berpuas hati sehinggalah kita umat Islam murtad bersama mereka. Kalau dilayan kehendak WHO memang kalau boleh kita tak boleh keluar rumah, jangan ke masjid, tak payah bekerja dan sebagainya. Itu semua anak buah Dajjal yang akan keluar nanti. Mereka nak lemahkan umat Islam oleh orang Islam sendiri. Korang faham-faham sahajalah siapa yang Atok maksudkan. 

Sebagai orang Islam kita kena berikhtiar dan bertawakal. So, kalau korang nak pergi cucuk sampai 10 vaksin tu, suka hati koranglah. Duit korang, badan korang. Bagi Atok dua dos ini dah cukuplah sebagai ikhtiar kita untuk terus sihat bagi menjalani kehidupan dan untuk beribadat sehingga dijemput pulang nanti. HAHAHA....

Bersemangat Atok membaca komen-komen korang di FB mahupun di blog ini, bahkan Atok berasa terkesima kerana bahan penulisan Atok yang lepas-lepas korang kongsikan bersama teman-teman yang lain. OKlah. Entri Atok kali ini masih mengenai Jugra, tetapi bukan pasal bukitnya. Kali ini Atok nak ceritakan dekat korang tentang pemikiran atau mind set masyarakatnya suatu masa dahulu. Jugra yang dahulu, bukan Jugra yang sekarang, walaupun jarak masa hanya 150 tahun. Betapa dahulu, pemikiran yang jumud dan primitif berakar-umbikan kepercayaan animisme dan Hindu kuno, mencemari kesucian Islam, agama anutan mereka. Mereka menyerah diri kepada kekuasaan Allah, tetapi pada masa yang sama kesyirikan terhadapNya mereka lakukan kerana percayakan Bomoh, pawang atau dukun atau tabib. 

Antara takwa dan syirik nipis benar garisan pemisahnya. Mereka masih mengerjakan segala syariat agama Islam seperti solat lima waktu, berpuasa dalam bulan Ramadhan dan sebagainya. Mereka tetap mengimani Rukun Iman yang enam serta Rukun Islam yang lima, tetapi realiti dalam kehidupan mereka masih menyandarkan keburukan kepada sesuatu selain Allah SWT. Islam kepada mereka hanyalah pada ketika mereka dilahirkan, dikhatankan, semasa perkahwinan, dan akhirnya apabila kematian mengunjung. Mereka mengazankan dan mengiqamatkan bayi yang baru dilahirkan, mereka membaca Alquran ketika di majlis berkhatan dan berkhatam serta bertahlil ketika ada kaum kerabat mereka yang meninggal dunia. 

Hanya pada ketika dan saat sebegitu Tok Imam, Tok Kadi dan jemaah surau atau masjid dipanggil dan alquran dibaca. Pendek kata, mereka mahukan Islam hanya  ketika lahir dan mati sahaja. Selebihnya mereka serahkan harapan dan penghidupan mereka kepada pawang, bomoh atau dukun untuk mengatur seluruh kehidupan duniawi mereka. Padahal amalan seperti penggunaan azimat atau tangkal yang bercampur aduk dengan sihir juga dianggap menyeleweng daripada ajaran agama Islam. Amalan-amalan seperti ini dilabel syirik dan menyesatkan.

Amalan 'berpuasa' dan bertapa dalm ritual pawang dan bomoh


Menyeru/Memanggil Saka dan jin

Bahan-bahan utama resepi Tok Bomoh dan Pawang

BOMOH, PAWANG DAN DUKUN DI JUGRA

Bomoh, pawang atau dukun atau tabib ialah pengamal perubatan  tradisional. Di mata masyarakat biasa, Dia dihormati oleh rakan dan penduduk kampungnya.  Mengikut pengiktirafan yang diberikan oleh masyarakat terhadap mereka, Pawang atau 'tukang sihir' ini juga mempunyai kedudukan yang tinggi dan 'mulia' seperti orang agama. Di kampung kedudukan mereka sebaris dengan Tok Penghulu, Tok Imam, walaupun tidak secara hierarki formal. Dia dirujuk sebagai Dato' atau Tok oleh masyarakat umum. Jawatan ini dilantik oleh orang ramai yang mengktiraf jawatan itu, iaitu dengan cara mereka menjemputnya untuk merawat orang sakit. 

Apabila sudah ramai dijemput orang ramai untuk merawat orang sakit maka itulah tandanya orang itu telah diiktiraf sebagai bomoh. Apabila ada orang sakit tok bomoh akan ditemui dengan dua cara, pertama kalau penyakit itu ringan pesakit akan datang menemuinya di rumah tapi kalau berat, kurang mampu  untuk berjalan, keluarga pesakit akan mengundang bomoh pergi ke rumah mereka untuk merawat pesakit itu. Tidak ada had waktu tertentu bagi Tok Bomoh, Pawang dan dukun ini boleh dipanggil, baik siang atau malam. Biasa jua mereka dipanggil oleh keluarga pesakit pada waktu larut malam, atau waktu  sedang lena tidur, kerana mereka mendapat serangan sakit mengejut atau pesakit tidak mampu menunggu hari esok kerana kesakitan. 

Seperti mana raja, dia juga  sering disebut sebagai mempunyai “kebesaran”. Dia juga “berkongsi” kuasa dengan raja atau sultan dari segi penggunaan kain berwarna kuning. Seperti mana raja, dia mempunyai hak untuk menggunakan perkataan atau ungkapan tertentu dalam sesuatu upacara. Kata-kata, amaran serta pantang larangnya didengar dan diikuti. Dia juga bertindak selaku “perantara semangat atau roh” dan membuat ramalan dalam keadaan bersawai (tidak sedar diri), memiliki pengaruh politik yang tinggi, dan kadang-kadang mengamalkan kehidupan yang sederhana, menjaga kehormatannya, dan kelihatan “ikhlas” dalam melaksanakan “kuasanya” atau pekerjaannya sendiri. 

Perubatan tradisional ini tidak terbatas kepada etnik tertentu, malah pengamal perubatan yang berjaya mampu mendapatkan pelanggan merentasi pelbagai negeri dan negara berdekatan.  Di kawasan pedalaman, Pawang juga “berkuasa” dan menjadi perkara asas dalam pembentukan sesebuah masyarakat yang mana tanpanya sesebuah perkampungan itu tidak akan menjadi lengkap. Orang Melayu secara umumnya mempercayai bahawa hanya orang-orang yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perbomohan sahaja yang dapat merungkai dan memberi jawapan penyakit misteri yang dihidapi oleh manusia dan mencipta pelbagai ilmu lain. Sehubungan dengan itu, masyarakat  begitu menghormati seseorang yang mempunyai kuasa penyembuhan terhadap sesuatu penyakit. Manusia yang mempunyai kuasa luar biasa tersebut dianggap sebagai individu yang berkebolehan sebagai medium perantaraan dengan kuasa alam semula jadi atau "natural power".

Dalam perawatan biasa, tok bomoh menggunakan doa yang berbentuk jampi mantera untuk merawat orang sakit, di samping itu mereka biasa juga menggunakan bahan-bahan tradisioanl, seperti daun-daun, kulit-kulit, bunga-bunga dan akar-akar kayu diberikan kepada pesakit sebagai ubat yang difikir sesuai dengan penyakit-penyakit mereka masing-masing. 

Tok Bomoh  sebenarnya lebih suka mengambil sendiri bahan-bahan yang diperlukan pesakitnya untuk pengubatan, tanpa meminta pihak pesakit mencarinya,  untuk mengelak daripada pihak pesakit merasa kurang yakin terhadap keberkesanan ubat apabila mengetahui ubat-ubat yang diguna itu berupa bahan-bahan yang terlalu mudah didapati malah tidak jarang pula terdapat di tempat  mereka lalu-lalang. Kerana itu identiti ubat itu sengaja tidak didedahkan kepada pihak pesakit. 

Tumbuhan herba kesukaan Bomoh,Pawang dan Dukun

Che Amal, Tok Jumpol atau Tok Purba serta Tuan Haji Syawal merupakan antara bomoh dan pawang yang pernah mewarnai kehidupan masyarakat Melayu di Jugra dan Selangor.


HANTU DAN JIN DALAM MASYARAKAT MELAYU DI JUGRA 

Kebanyakan masyarakat kita pula, mereka akan mendapatkan para bomoh atau dukun atau pawang yang menggunakan khidmat jin. Sebenarnya jin kafir dan jahat itu adalah syaitan manakala jin yang baik ada kemungkinannya jin Islam. Namun, jin Islam pun ada yang berbuat dosa juga seperti berkawan dengan manusia yang memang dilarang menggunakan khidmat jin. Jin Islam pun ada juga yang merasuk mengganggu dalam badan manusia. Tapi ada yang sering bercakap; “Bomoh baik ni, suka tolong orang,” Itu pun tidak dibenarkan dalam Islam kerana menggunakan khidmat sama ada jin Islam apatah lagi  jin kafir atau syaitanAda orang mengatakan Jin Islām dan Jin Kafir boleh dibeli daripada  “Sheikh Jin” di Mekah dengan harga $90 to $100 seekor. Wallahualam bissawab. Ini soalan susah Atok nak jawab. Yang Atok tahu, itupun orang tua-tua yang khabarkan bahawa:

Makhluk Halus yang 'baik':     

Bidadari atau Pari-pari, Orang Bunian, Nenek Kebayan

Makhluk Halus yang Jahat:     

Iblis, Syaitan, ʿEfrit, Jin, Pelesit, Bota (Bhuta), Raksasa, Gergasi (gasi-gasi atau gĕgasi), Imbasan, Mambang, Hantu Pontianak, Hantu Bajang, Hantu Pemburu, Hantu Polong,  Hantu Penanggal, Hantu Langsuir, Hantu Jembalang, Hantu Kubur, Hantu Tinggi, Hantu Ribut, Hantu Ayer, Hantu Laut, Hantu Bandan, Hantu Longgak, Hantu Rimba, Hantu Raya, Hantu Denai, Hantu Jadi-jadian, Hantu Bakal, Hantu Beruk, Hantu Bĕlian, Hantu Kopek, Hantu Bungkus (Pocong), “Hantu orang mati dibunuh,” Hantu Songkei (yang kacau jaring dan racik).                                                      

Bahan/ peralatan Sihir:   

Azimat, Tangkal dan Ubat untuk guna-guna, gagak, penunduk,  kebal, kesaktian, tuju, halimunan, penderas, perapuh, chucha, pelali, perangsang, santau, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk  kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin. 

Buntat kelapa, Buntat siput  , Buntat delima, Buntat embun. Geliga Lipan,  Geliga Embun yang keras, Geliga Obor-obor, Geliga Cenderawasih. Mustika Delima, Mustika Obor2. 

Saka, Pendamping Warisan

Kebiasaannya golongan pawang ini ada menyimpan “hantu” yang dikenali sebagai hantu pusaka (mungkin asal usul perkataan Saka?), yang merupakan “semangat” atau “roh” yang diwarisi turun temurun dalam keluarga yang membolehkannya berhadapan dengan hantu-hantu yang liar yang ganas. Kebiasaannya proses terjadinya saka ini bermula apabila ada manusia yang ingin berdamping dengan makhluk halus dan akhirnya menggunakan kebolehan yang ada pada makhluk halus tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu. 

Untuk menjadi Tok Bomoh dan seumpamanya, adalah melalui berbagai jalan dan caranya yang tertentu. Antaranya :-

a.  Melalui warisan dari keturunan datuk neneknya atau melalui saka-baka, di mana datuk nenek atau keturunanya yang terdahulu pernah menjadi Tok Bomoh yang terkenal dan apabila mereka meninggal dunia maka ilmu perbomohan itu menurun atau mengalir terus ke dalam tubuh anak-cucu mereka pula.

b. Mereka didatangi oleh Khadam yang menyerupai datuk neneknya dalam mimpi yang memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi -jampi atau mentera-mentera tertentu. Setelah diamalkan ayat-ayat atau jampi tersebut maka datanglah khadam-khadam tertentu untuk memberi pertolongan.

c.  Melalui bacaan wirid, ayat, jampi, serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkanya.

d. Melalui amalan-amalan latihan pertahanan diri tertentu, ataupun daripada ilmu perlatihan pertahanan dirian yang dituntutnya.

e. Melalui pertapaan atau uzlah di tempat-tempat tertentu seperti di dalam gua, di muka kuala, di dalam hutan dan sebagainya sehingga dikunjungi oleh khadam-khadam yang bersyarat bagi menghasilkan hajatnya.

f. Melalui pembelajaran dan penerimaan daripada guru-guru yang mempunyai khadam atau yang diamalkanya melalui kitab-kitab tertentu secara bersendirian.

g. Meniru tanpa berguru iaitu samada belajar dari kitab atau melihat cara orang lain berubat lalu di tirunya.

Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. 

Waris, melalui mimpi seperti bermimpi menyusukan bayi atau mengendong bayi, terjun dari bangunan yang tinggi dan selalu bermimpikan binatang hitam seperti kala jengking, ular dan anjing. Kadang-kadang pesakit akan bermimpi bertemu seseorang sama ada berjubah hijau atau hitam dan sebagainya dan ada juga mereka akan diberikan sesuatu barang untuk diterima. Yang kerap berlaku ialah penerima akan mempunyai kesan-kesan lebam pada tubuh setelah tersedar dari tidur dan kejadian ini telah lama berlaku tanpa disedari. 

Walaupun ada pawang yang hendak memindah atau menurunkan ilmunya, tetapi jika tiada warisnya yang terdekat ataupun yang jauh ingin menerimanya,  tatkala ajal mula menghampirinya, maka akan berlakulah kejadian di mana sahabat atau pendamping akan menyakitinya. Ada sesetengahnya diganggu dan disakiti selama berminggu- minggu, bahkan ada yang berbulan -bulan sebelum kematiannya.

JENIS PAWANG, DUKUN DAN BOMOH DI JUGRA

Dalam masyarakat Melayu di Jugra, bomoh mempunyai pengaruh dan kedudukan yang penting dalam menyelesaikan krisis masyarakat. Pawang bukanlah orang biasa-biasa. Dia seorang pemburu dengan pengetahuan yang luas dan mendalam tentang hutan dan sifat dan tabiat haiwan. Mereka menawarkan perkhidmatan untuk merawat pelbagai penyakit sama ada yang dapat dilihat secara fizikal atau yang terkait dengan sihir atau ilmu hitam, kepada masyarakat

Bukan semua bomoh, pawang atau dukun atau tabib dan pengamal perubatan  tradisional itu semuanya sesat dan menyesatkan. Tidak, Atok tidak katakan sedemikian. Bahkan Atok respek ilmu, kemahiran mereka memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat, dari peringkat istana hinggalah kepada golongan marhaein, golongan rakyat biasa. Atok bersyukur kerana kelahiran Atok di dunia ini 58 tahun dahulu, disambut tangan Tok Bidan bernama 'Tok Sadu', bidan yang terkenal di Telok Panglima Garang. Arwah memang seorang bidan yang begitu taat serta mengerjakan segala perintah Allah. Arwah suaminya, seorang bilal di Masjid di TPG, Bilal Umar namanya. Atok rasa ramai Tok Imam dan ahli-ahli masjid serta surau yang lain di serata Kuala Langat termasuk di Jugra juga berkebolehan seperti bomoh, pawang dan dukun kerana boleh mengubati penyakit dan sebagainya, hanya dengan jampi berupa ayat-ayat daripada alquran, ruqyah, dan doa kepada Allah SWT.

Bomoh  ialah golongan yang mengamalkan “kesenian” mereka dalam mengubati penyakit. Bomoh  ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya. Maka istilah bomoh lebih sinonim dengan golongan yang terlibat dalam rawatan terhadap penyakit. Kepakaran seseorang bomoh dalam menyembuhkan sesuatu penyakit bergantung kepada tahap keilmuan, pengalaman atau kebijaksanaan yang dimiliki olehnya. Lazimnya, ilmu perubatan tradisional yang dimiliki oleh seseorang diperolehi melalui mimpi, menuntut dari guru atau diwarisi secara turun temurun, serta pengalaman yang diperolehi melalui alam ghaib (super natural). 

Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan dan bidang mengikut kepakaran masing-masing. Antara yang terkenal ialah :-

a. Bomoh Kayap

Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mantera-mantera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan sebagainya.

b.  Bomoh Santau

Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mantera-mantera  tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan sebagainya.

c. Bomoh Barah

Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mantera-mantera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan sebagainya.

d.  Bomoh Patah

Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mantera-mantera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan sebagainya.

f. Bomoh Ekor

Tok Bomoh Ekor biasanya menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mantera-mantera  tertentu dan jampi serapah menyeru Jin dalam usaha untuk menghadirkan nombor ekor yang diingininya. Manakala peralatan yang sering digunakan ialah seperti telur ular tedung, cawat besi, keris atau senjata lama dan sebagainya.

g. Bomoh Harta Karun/Tarik Duit.

Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mantera-mantera tertentu dalam usaha mereka menarik duit atau mencari harta karun yang tersembunyi di mana-mana. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti sterika cap kepala ayam, talam tembaga, batu delima merah, lesong batu berlubang, keris samar kucing dan sebagainya.

h.  Bomoh Urat/urut

Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.

i.  Bomoh Budak, Tok Bomoh kecil dan sebagainya

Tok Bomoh budak, Tok Bomoh kecil yang boleh berubat berbagai-bagai jenis penyakit yang pelik-pelik tanpa belajar dari mana-mana, walaupun beliau masih kecil dan belum akhil baligh.

j.  Bomoh Pulih Dara

Tok Bomoh pulih dara rawatan asalnya bertujuan merawat sistem peranakan lebih-lebih lagi bagi yang kerap melahirkan anak dan 'mengencangkan' semula alat sulit, bertukar menjadi rawatan menutup rahsia akibat keterlanjuran. Antara peralatan yang digunakan adalah daun sirih, urutan dan kemiyan.

Golongan pawang biasanya melakukan upacara magis untuk mencari bijih galian di dalam tanah, tumbuhan-tumbuhan untuk dijadikan ubat, memastikan tangkapan ikan yang banyak, dan sebagainya. Dukun mengubat berdasarkan penggunaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Seorang pawang selain mampu mengubat pelbagai jenis penyakit, turut mampu mengendalikan upacara umum bagi memastikan hasil tuaian padi yang banyak, atau melindungi masyarakat daripada wabak penyakit. Oleh itu, bidang kuasa pawang dianggap lebih luas daripada bidang bomoh: 

1. Pawang Harimau

Bagaimana cara para pawang ini " menaklukkan" haiwan pemburu yang dikenal sangat buas tersebut? Mengapa harimau-harimau itu boleh menjadi jinak ketika ditangani oleh para pawang? Apakah rahsianya? Jawapannya, kumis atau misai harimau. Kumis itu dibawa setiap kali mendekati harimau. Harimau tidak akan berani mengganggu manusia yang membawa misainya. Kumis harimau dapat meredam kebuasan binatang pemangsa tersebut. Misai ini yang dapat menjinakkan harimau tidak sembarangan. Misainya mesti diambil dari harimau yang masih hidup. Cara mengambilnya pun mesti dicabut, tidak boleh dipotong pakai gunting. Juga tidak boleh patah." Kumis harimau itu dibungkus dalam plastik kecil, kemudian disimpan dalam kantung (beg). Walaupun dibungkus, Harimau yang memiliki deria bau yang paling tajam, pasti tercium.

Tentang harimau mengganas di Jugra ini berdasarkan catatan orang puteh bernama  Isabella L. Bird Bishop (1831-1904) bertajuk "A Chapter on Selangor - Letter XVII dalam bukunya,  The Golden Chersonese And The Way Thither" ketika berada di Jugra. Cerita tentang harimau betina yang dijerat dan dibunuh. Semua orang di istana dan kawasan berhampiran termasuk Sultan dan dirinya menjamu selera makan daging  harimau yang dimasak. Rasanya seperti daging pejal lembu jantan Organ-organ harimau tersebut digunakan untuk tujuan perubatan. Tulangnya direbus menjadi tonik berubat. Darahnya dijadikan tonik oleh orang Cina di situ. Hati dan hempedunya dijemur untuk dijadikan ubat oleh sultan dan kaum Cina. Memang, mengikut perubatan Cina, hampir keseluruhan bahagian harimau berguna untuk kesihatan. 

“At 10 A.M. a great noise of rejoicing, with drums and gongs, approaching Jugra by the river, was heard, and on my questioning the people, I was told Raja Yakob had managed to shoot a tiger with a spring gun behind Jugra Hill, and was bringing it in state to the Sultan. I went over to the Sultan’s at Raja Yakob’s request to see the attendants on the slaughter of a tiger. The animal was supported by posts and fastened in an attitude as nearly as possible approaching the living. Its mouth was forced open, its tongue allowed to drop on one side, and a small rattan attached to its upper jaw was passed over a pole held by a man behind. 

This finished, two swords were produced and placed crosswise, and a couple of Panglimas  selected for the dance; the gongs and drums were beaten at a quick time, the man holding the rattan attached to the tiger’s head pulled it, moving the head up and down, and the two Panglimas, after making their obeisance to the Sultan, rushed at their swords, and holding them in their hands commenced a most wild and exciting dance. They spun around on one leg, waving their swords, then bounded forward and made a thrust at the tiger, moving back quickly with the point of the weapon facing the animal; they crawled along the ground and sprung over it uttering defiant yells, they cut and parried at supposed attacks, finally throwing down their weapons and taunting the dead beast by dancing before it unarmed. This done, Inas told me the carcase was at my disposal.

“The death of the tiger now establishes the fact of the existence of tigers here, for asserting which I have been pretty frequently laughed at. However this is not the Jugra pest, a brute whose death would be matter for general rejoicing, the one now destroyed being a tigress 8 feet long and 2 feet 8 inches high.”

I may add that, according to a Malay at Langat, the “were-tiger” (rimau jadi-jadian) occasionally appears in the shape of a wild boar escaping from a grave, in the centre of which may be afterwards seen the hole by which the animal has escaped.

           

2. Pawang Laut

Pawang yang melakukan pekerjaan yang berhubungan dengan laut, misalnya mengenai cuaca, angin, gelombang di laut; Ritual memberi persembahan kepada laut oleh masyarakat pesisir pantai Jugra  dan Pulau Carey. Hal ini diyakini boleh menjauhkan musibah. Setahun sekali atau tiga tahun sekali sesembahan dan ritual itu dilaksanakan. Ini janji yang harus ditepati jikalau hal buruk tidak ingin terjadi. Enam hari sebelum ritual yang dikenal dengan jamu laut dilaksanakan, Pawang laut harus berpuasa dan bersemadi, banyak pantang yang harus dijalani banyak pula mantera diucap menanti para mambang laut datang mengajukan syarat dan keinginan yang harus dipenuhi. Kain putih itu dijadikan bendera di darat sedangkan bendera kuning harus dipacakkan di laut dengan menggunakan bambu yang agak panjang, biasanya sudah ada lokasi khusus yang ditetapkan para tetua kampung tempat bendera putih dan kuning ini ditancapkan. 

Disiapkan tujuh macam kueh lepat, nasi putih, pulut merah, beras kunyit, beras yang sudah dibasahi air, bertih, bunga rampai dan seperangkat tepung tawar. Haiwan sembelihan pun disiapkan, kerbau atau dua ekor kambing jantan hitam. Haiwan ini akan disembelih di lokasi ritual akan dilaksanakan, biasanya tak jauh dari lokasi bendera putih dipacakkan. Ketika sesembahan sudah dihantar ke laut adalah menjadi kepantangan  untuk tidak melaut selama tiga hari ke depan. Siapa pun tidak dibolehkan mengutip apa yang jatuh selama tiga hari itu. 

Ketika hari penyemahan tiba, semua penduduk hadir di tempat ritual jamu laut akan diselenggarakan. Seekor kerbau atau dua ekor kambing jantan hitam pun disembelih. Kepala haiwan ini diletak di atas sebuah wadah berbentuk perahu kecil yang akan dibawa bersama pulut balai. Tidak hanya kepala bagian kaki hingga lutut hewan ini juga harus diletak di atas wadah, begitu pula kulitnya. Daging dari haiwan sembelihan ini pun dimasak untuk  dimakan bersama.

Ketika kaum wanita sibuk memasak, ritual menghantar sesembahan pun dilaksanakan. Pawang laut  bersama pembantu-pembantunya akan membawa empat balai pulut berhias bendera serta kepala dan bahagian kaki sembelihan tersebut. Pawang dan  pembantunya perlu berpakaian teluk belanga berwarna kuning dan berselempang. 

Mereka bergerak bermula dari tempat bendera putih dipacakkan. Gerak langkah pawang laut  diiringi lantunan ayat --ayat Al-Quran, zikir dan doa. Sesampainya mereka di tempat perahu ditambat, semua sesembahan diletakkan di atas perahu barulah kemudian pawang laut bersama pembantunya turut naik ke atas perahu. Setelah beberapa dayungan menuju bendera kuning, sedikit sesembahan harus dibuang ke laut sebagai sajian bagi jin yang diyakini sebagai penjaga pintu gerbang laut. Sejak perahu mulai dikayuh, pawang laut pun membaca mantera:

"Mambang laut, mambang angin, mambang ombak, bila kami ada salah mohon dimaafkan. Rezeki yang diberi laut mohon dimudahkan. Jagalah kami, jaga laut kami, ikan-ikan kami"

Mambang laut    : Penghuni laut dari bangsa makhluk ghaib yang diyakini memiliki kekuatan untuk memberi kebaikan dan musibah.

Setelah semua sesembahan dibuang ke laut. Pawang laut dan pembantunya akan kembali ke darat. Mereka disambut suka dengan zikir dan doa. Kemudian mereka bersama-sama semua penduduk akan memakan daging hewan sembelihan yang sudah dimasak, bersama  nasi putih. Semua orang dilarang  membawa makanan atau sisa makanan pulang ke rumah. Semua sisa makanan harus dipersembahkan juga untuk laut. 

Di Jugra mengikut maklumat orang tua-tua sejak zaman sebelum pemerintahan Sultan Abdul Samad sehingga tahun 1970-an mempunyai tujuh orang Pawang Laut.  Syukurlah kerana keseluruhan keturunan tujuh Pawang Laut ini tidak mewarisi ilmu kepawangan ini kerana tuan punya diri membawa bersamanya ilmu tersebut bersemadi di dalam kubur. 

3. Pawang Buaya

Cerita buaya putih yang dianggap keramat di Kampung Ayer Hitam dikatakan mengawal buaya-buaya di Sungai Langat. Tatkala bercerita mengenai buaya putih, ramai yang akan mengaitkan sejarah lisan turun-temurun berkenaan dengan alam mistik. Buaya putih didakwa mempunyai kuasa sakti yang boleh memberi petunjuk mengenai sesuatu perkara yang akan berlaku malah ia juga dikatakan boleh berhubung dengan manusia. Dikhabarkan juga, buaya putih itu ditugaskan untuk menjaga keamanan di sungai tersebut yang mana sebelum itu sering berlaku ancaman dari buaya-buaya lain sehingga menyukarkan penduduk setempat keluar menjala, memancing dan mandi di sepanjang sungai. 

Legenda buaya putih banyak terikat pada kebolehan pawang dulu-dulu untuk jinakkan buaya. Buaya putih ni terkenal sebagai sesuatu yang ditugaskan untuk jaga masyarakat kampung dipercayai buaya sakti. buaya putih itu dikatakan masih ada di situ hingga ke hari ini. Sehingga kini, Orang Melayu masih lagi berpegang pada kepercayaan mereka terhadap buaya di sungai berdekatan mereka. Tahap ilmu pawang buaya ini memang berbeza-beza. Yang tinggi 'ilmu'nya biasanya tidak perlu menangkap buaya kerana buaya-buaya akan datang kepadanya jika diarahkannya. 

Kejadian menakjubkan ini pernah dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berpengkalan di Singapura suatu masa dahulu. Menurut laporan itu kejadian berlaku di Kampung Ayer Hitam, Jugra. Pegawai Inggeris di sana menyaksikan sendiri bagaimana kehebatan seorang pawang buaya yang sudah berusia lanjut mengumpulkan buaya-buaya  sungai di situ hanya dengan meniup seruling daun. Getaran bunyi yang dihasilkan oleh bibirnya menyebabkan seekor demi seekor buaya berenang ke arahnya yang duduk di tebing sungai. Apabila semua buaya sudah berkumpul, ( persis cerita muslihat Sang Kancil memanggil Sang Buaya untuk berkumpul dan beratur di sepanjang sungai), si pawang tua ini mempercepatkan  lagi tiupan seruling daun itu menyebabkan buaya-buaya itu berkelahi dan bertarung sesama sendiri. 

Saksi mengatakan darah berhamburan di dalam air akibat perang buaya-buaya itu. Akhirnya seekor buaya timbul kerana mati lemas. Kesemua buaya-buaya itu beredar dari tempat tersebut. Buaya yang mati itu ditarik ke tebing oleh pawang tersebut dan orang ramai. Apabila dibelah perut buaya itu, maka sahlah si buaya malang itu memang buaya pemakan anak gadis yang hilang di sungai itu beberapa hari yang lalu. Di dalam perut buaya itu dijumpai cebisan badan mangsa, cincin di jari dan pakaian gadis malang itu. Hal ini disahkan oleh keluarga mangsa. Biasanya pawang buaya ini akan meminta diadakan kenduri agar tiada lagi gangguan buaya terhadap mereka di sungai itu lagi.

Cara menangkap buaya jinak ialah dengan menggunakan sampan yang dikayuh oleh pembantu pawang pada malam hari ketika bulan gelap. Perlahan-lahan perahu akan merapati buaya tersebut sambil dibacakan mantera pelemah. Buaya yang dibacakan mantera akan timbul dan tidak bergerak2. Waktu itu juga buaya tersebut akan diikat serta ditarik ke tebing sungai seterusnya dinaikkan ke darat.

Untuk menangkap buaya liar pula,  cara paling mudah adalah menggunakan monyet sebagai umpan. Monyet akan ditambat di tebing sungai. Rotan sepanjang 40 kaki yang bersambung dengan mata kail besi akan diikat kemas ke kaki monyet tersebut dengan dibalut kain. Sejurus buaya itu menyambar monyet tersebut maka terjeratlah buaya tersebut kerana mata kail besi itu telah ditelannya bersama-sama monyet itu. Mata kail yang masuk ke perutnya itu menyebabkan kesakitan yang amat teruk. Pasti buaya itu akan cuba melepaskan diri tetapi pergerakannya terganggu. Tok Pawang akan menghampiri buaya tersebut sambil membaca mantera penunduk. Setelah buaya itu tenang, dia akan memasukkan gelungan rotan (noose) ke bawah rahang buaya. Kemudian dengan tali dia akan mengikat kaki-kaki buaya malang itu.

4. Pawang Tanam-tanaman/Kebun

A small grove of these trees, which was claimed by the late Sultan ʿAbdul Samad of Selangor, grew within about a mile of my bungalow at Jugra, and I was informed that in years gone by a curious ceremony (called Mĕnyemah durian) was practised in order to make the trees more productive. On a specially selected day, it was said, the village would assemble at this grove, and (no doubt with the usual accompaniment of the burning of incense and scattering of rice) the most barren of the Durian trees would be singled out from the rest. One of the local Pawangs would then take a hatchet (bĕliong) and deliver several shrewd blows upon the trunk of the tree

The following rules have an evident bearing upon the subject of vegetable animism. They were collected at Langat, in Selangor:—

The time to plant Sugar-cane is at noon: this will make it sweeter, by drying up the juice and leaving the saccharine matter. If you plant it in the early morning its joints will be too long, if in the middle of the day they will be short. Plant Maize with a full stomach, and let your dibble be thick, as this will swell the maize ear. For Plantains (or Bananas) you must dig a big hole, and the evening is the time to plant them. The evening is the quicker, and if planted after the evening meal they fill out better. Plant Sweet Potatoes on a starry night to ensure their filling out properly (by getting plenty of eyes?) 

Plant Cucumbers and Gourds on a dark moonless night, to prevent them from being seen and devoured by fire-flies (api-api). Plant Cocoa-nuts when the stomach is overburdened with food (kalau kita ’nak sangat berak); run quickly and throw the cocoa-nut into the hole prepared for it without straightening the arm; if you straighten it the fruit-stalk will break. Plant them in the evening, so that they may bear fruit while they are still near the ground. When you pick seed cocoa-nuts off the tree somebody should stand at the bottom of the tree and watch whether the “monkey-face” of each seed cocoa-nut, as it is thrown down, turns either towards himself or the base of the tree, or whether it looks away from both. In the former case the seed will be good, in the latter it is not worth planting. Plant Rice in the early morning, about five, because that is the hour at which infants (the Rice Soul being considered as an infant) get up.

"Piantan tanam tebu tengah hari, jadi manis jadi terkring ayer-nya tinggal hati: kalau tanam pagi panjang ruas, kalau tengah hari pandak. Jagong, ’nak tanam prut kenyang; penugal besar, besar-lah mayang-nya. Pisang, nak gali lobang besar, piantan petang. Bangat petang, lepas makan petang jadi berisi. Kledek, ’nak bintang banyak, jadi banyak isi-nya. Labu, timun, bulan glap piantan-nya, jangan di-makan uleh api-api. Niyor, kalau kita ’nak sangat berak lari bawakan niyor itu champak ka lobang, jangan di-luruskan tangan; kalau lurus patah tandan. Piantan petang supaya lagi rendah buleh berbuah. Padi, pagi-pagi kira-kira pukol lima, sebab budak kechil pagi lagi bangkit."

Atok terjemahkan petua bertani ini ke dalam Bahasa Melayu sekarang:

Masa terbaik untuk menanam tebu ialah pada waktu tengah hari; kerana akan menjadi manis kerana telah terkering airnya., kalau ditanam awal pagi,  terlalu panjang ruasnya. Kalau di tengah hari, akan pendek pula ruasnya. Kalau menanam jagung, eloklah selepas makan (ketika perut kenyang) supaya tongkolnya nanti besar. Untuk menanam pisang, gali lubang besar, seeloknya pada waktu petang (selepas minum petang), pisang akan  berbuah banyak. 

Ubi Keledek pula sebaiknya ditanam pada waktu malam ketika banyak bintang kelihatan di langit, agar ubinya besar. Menanam  timun dan peria terbaik kalau ditanam pada waktu malam gelap tidak berbintang, untuk mengelak daripada dimakan  serangga api-api (kelip-kelip). Untuk menanam kelapa pula, tunggulah sehingga kita terasa hendak terberak sangat. Sambil berlari campakkan kelapa tersebut ke dalam lubang dengan tangan jangan diluruskan, kerana kalau lurus, akan patahlah tandannya nanti. Tanamlah kelapa ini pada sebelah petang supaya sudah berbuah semasa  masih rendah lagi. Untuk tanaman padi pula, eloklah ditanam sebelum Subuh, seawal pukul lima pagi, kerana ketika itu bayi biasanya sudah bangun dari tidur.

On the 28th January 1897 I witnessed (at Chodoi, in the Kuala Langat district of Selangor) the ceremony of fetching home the Rice-soul.

Time of Ceremony.—I arrived at the house belonging to the Malay owner of the rice-field a little past 8 A.M., the hour at which the ceremony was to take place having been fixed at angkat kĕning (about 9 A.M.) a few days previously. On my arrival I found the Pawang (sorceress), an aged Selangor woman, seated in front of the baskets required for the ceremony.

Pada 28 Januari 1897, penulis menyaksikan upacara memanggil semangat padi ketika musim menuai di Kampung Chodoi, Kuala Langat , Selangor:

"Saya tiba di rumah tuan punya bendang sawah itu kira-kira pukul 8.00 pagi, dan ketika waktu ' Angkat Kening' (jam 9.00 pagi), upacara itu akan dilakukan nanti. Ketika itu saya melihat seorang pawang perempuan yang sudah berumur duduk di hadapan bakul-bakul yang telah disediakan".

5. Pawang Tanah/ Galian

 Sorilah. Atok dah tak tahu nak menterjemahkannya. Korang panggillah anah buah yang pandai speaking London untuk translatekan korang. Atau pakai jer Google Translate:

“The Malay pawang, or medicine-man, is probably the inheritor of various remnants and traditions of the religion which preceded Muhammadanism, and in the olden time this class of persons derived a very fair revenue from the exercise of their profession, in propitiating and scaring those spirits who have to do with mines and miners; ......whereas a good Malay pawang has a wonderful ‘nose’ for tin, and it may be assumed that the Chinese towkay and, before his time, the Malay miner, would not pay a tax to the pawang unless they had some ground for believing that, by employing him and working under his advice, there would be more chance of success than if they worked only on their own responsibility.

The following notes on tin-mining in Selangor were contributed to the Selangor Journal by Mr. J. C. Pasqual, a well-known local miner:—

“The Malay mining pawang will soon be a thing of the past, and many a pawang has returned to tilling the soil in place of his less legitimate occupation of imposing upon the credulity of the miners. The reason for this is not far to seek, as the Malay miner, as well as the Chinese miner, of the old school, with their thousand-and-one superstitions, has given place to a more modern and matter-of-fact race, who place more reliance for prospecting purposes on boring tools than on the divination and jampi of the pawang. 

But the profession of the pawang has not altogether died out, as he is sometimes called into requisition for the purpose of casting out evil spirits from the mines; of converting amang (pyrites) into tin-ore, and of invoking the spirits of a mine previous to the breaking of the first sod in a new venture. These ceremonies generally involve the slaying of a buffalo, a goat, or fowls, and the offering of betel-leaf, incense, and rice, according to the means of the towkay lombong.

Of these the following recipe, which was given me by a Jugra (Selangor) Malay, for turning brass into gold is the most remarkable:—

“Kill a wild pig and rip open its paunch. Sew up in this a quantity of old ‘scrap’ brass, pile timber over it, burn it, and then leave it alone until the grass has grown right over it. Then dig up the gold.” Again, certain wild boars are believed to carry on their tushes a talisman of extraordinary power, which is called rantei babi, or “Wild Boar’s Chain.” This chain consists, it is asserted, of three links of various metals (gold, silver, and amalgam), and is hung up on a shrub by the wild boar when he is enjoying his wallow, so that it is occasionally stolen by Malays who know his habits. 

6. Pawang Rumah/ Binaan

Pawang biasanya akan memberitahu pemilik rumah tarikh dan masa yang sesuai untuk membina sesebuah rumah baharu dan arah kedudukannya. Di bawah ini Atok turunkan sebahagian petua dan pantang larang ketika mendirikan rumah, dalam bahasa asalnya. Harap korang faham maksudnya:

"Dan lagi pada menyatakan jika handak mendirikan rumah mahu-lah di-katahui baik dan jahat-nya didalam bulan yang duabĕlas itu:—Pertama-tama kapada bulan Muharram mendirikan rumah banyak haru-biru-nya. Dan kapada bulan Safar mendirikan rumah banyak beruleh harta dan sahya. Dan kapada bulan Rabi’-al-awal mendirikan rumah satelah sudah rumah itu tuan-nya mati. Dan kapada bulan Rabi’-al-akhir mendirikan rumah baik sentosa yang ampunya rumah itu. Dan kapada bulan Jumada-’l-awal mendirikan rumah itu ʿalamat kahilangan har[ta] dan pakeian. Dan kapada bulan Jumada-’l-akhir mendirikan rumah itu penyakitan lagi perchinta’an padah-nya. 

Dan kapada bulan Rejab mendirikan rumah terlalu jahat tiada balik lagi harta kahilangan itu ada-nya. Dan kapada bulan Shaʿban mendirikan rumah di-kasih sagala Raja-raja dan orang besar-besar bun rahmat akan dia sakalian ada-nya. Dan kapada Ramthan mendirikan rumah itu ʿalamat kadatangan amas dan perak ada-nya. Dan kapada bulan Shawal mendirikan rumah itu ʿalamat terbakar lagi berchĕrei dengan kasih atau istri-nya, tiada baik padah-nya ada-nya. Dan kapada bulan Zulkaʿidah mendirikan rumah itu ʿalamat kasukaran akan beruleh padah-nya ada-nya. Dan kapada bulan Zulhaji mendirikan rumah beruleh harta dan sahya dan kerbau dan lembu di-nĕgrahi Allah taʿala akan dia: w’ʿaleyhi al-salam.

Bermula jika pintu rumah mengadap ka mashrik, baik: ʿalamat beruleh anak chuchu banyak, lagi sentosa; jika mengadap ka utara, baik: ʿalamat beruleh mas perak, lagi semperna; jika mengadap ka maghrib, bertambah-tambah ʿelmu baik atau orang ʿalim datang kapada-nya, lagi salamat; jika mengadap ka selatan malang pada barang kerja-nya, tiada semperna maksud-nya.

Tak faham langsung? Banyak tak faham daripada faham? Sudahlah, duduk ontok-ontok (diam-diam) sambil tengok apa yang Atok terjemahkan untuk korang dalam Bahasa Melayu sekarang:

Jika hendak mendirikan rumah, ketahuilah terlebih dahulu baik buruknya didalam dua belas bulan itu (kalender Islam). Pertama, kalau dalam bulan Muharram ada banyak keburukannya. Bulan Safar jika mendirikan rumah, pemiliknya akan beroleh bayak harta dan hamba. Jika dalam bulan Rabi’ul-awal, tuan rumah akan meninggal dunia selepas rumah siap dibina. Bulan Rabi’ul-akhir pula, tuan punya rumah akan hidup sentosa. Jika rumah didirikan dalam bulan Jamadiul-awal, pemiliknya akan kehilangan harta dan pakaian.  bulan Jamadiul-akhir pula akan membawa penyakit dan penceraian/putus cinta. 

Pada bulan Rejab, tuan punya akan jatuh miskin dan segala hartanya akan hilang. Membina rumah dalam bulan Syaaban, pemilik akan dikasihi oleh Raja dan para pembesar negeri dan dilimpahi rahmat. Jika dalam bulan Ramadhan pula, bererti tuan rumah akan memperoleh kekayaan emas dan perak. Jika dalam bulan Syawal, akan  berbalah dan bercerailah pasangan tuan rumah suami isteri. Bulan Zulkaedah pula akan membawa kepayahan kepada kehidupan mereka sekeluarga, dan akhir sekali, jika rumah dibina dalam bulan Zulhijjah, pemilik akan dianugerahi Allah harta dan hamba (pembantu) serta binatang ternakan kerbau dan lembu yang membiak dengan banyaknya.

Jika pintu rumah mengadap ke arah matahari naik (Timur), itu petanda baik. Pemilik akan beroleh keturunan yang banyak dan  dan penghidupan yang aman sentosa. Jika (pintu rumah) menghadap ke Utara, juga petanda baik kerana akan memperoleh kekayaan dan kehidupan yang sempurna. Jika ke arah Barat, akan bertambahlah ilmu pengetahuan serta banyaklah alim ulama akan datang berhubung dengannya. Jika ke Selatan, itu petanda buruk kerana apa sahaja yang dibuat, tidak menjadi sempurna.

So, diringkaskan cerita, jangan bina atau dirikan rumah dalam bulan Muharam, Rabiul awal,, Jamadiul awal dan Jamadiul akhir, Rejab serta Syawal. Jangan bina rumah menghadap  ke Selatan.

7. Dukun Ramalan/Nujum

Tok Nujum juga dipanggil untuk menentukan hari dan waktu terbaik untuk melakukan sesuatu jika hari tersebut merupakan permulaan  awal tahun (Awal Muharam) dalam kalender Islam pada tahun tersebut:

"Bab ini pada menyatakan ʿalamat kapala tahun. Bermula kapada bulan itu Muharram, jika Ahad sa-hari bulan Muharram ʿalamat raja didalam negri itu akan ʿadil hukum-nya ada-nya. Dan jikalau hari Ithnin sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak kasakitan orang didalam negri itu ada-nya. Dan jikalau hari Thalatha sa-hari bulan Muharram ʿalamat melihat tumpah darah didalam negri itu ada-nya. Dan jikalau hari Arbaʿ sa-hari bulan Muharram ʿalamat pandita akan datang ka negri itu ada-nya. 

Dan jikalau hari Khamis sa-hari bulan Muharram ʿalamat dagang akan datang ka negri itu ada-nya. Dan lagi jikalau hari Jumʿat sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak orang kaya-kaya akan sakit atau mati didalam negri itu ada-nya. Dan lagi jikalau hari Sabtu sa-hari bulan Muharram ʿalamat banyak menuntut harta didalam negri itu atau didalam dunia ini, dan aniaya-aniaya hukum-nya: wa’llahu aʿlam, tamat".

Bab ini menyatakan ramalan tentang nasib sama ada baik atau malang bagi sesebuah negeri dan masyarakatnya, berdasarkan hari  pada awal tahun semasa. Jika Awal Muharam tahun itu jatuh pada hari Ahad, maka Raja di negeri itu akan menjalankan/ melaksanakan keadilan terhadap undang-undangnya. Jika hari Isnin awal Muharramnya, maka, bermakna akan berlaku ramai orang yang akan jatuh sakit dalam negeri itu. Jika pada hari Selasa permulaan Muharamnya, maka akan berlaku  banyak pertumpahan darah (pembunuhan) di negeri itu.  Jikalau pada hari Rabu pula jatuhnya 1 Muharam, maka negeri itu akan dikunjungi pendita (cerdik pandai). 

Kalau hari Khamis awal Muharamnya, maka akan ramai orang datang berdagang ke negeri itu. Namun, jika hari Jumaat permulaan tahun itu, maka ramai orang kaya dan berharta yang akan meninggal dunia di negeri tersebut. Dan sekiranya Awal Muharamnya jatuh pada hari Sabtu, maka negeri itu akan kurang pendapatannnya kerana ramai orang yang menarik balik pelaburan atau membawa keluar kekayaan negeri tersebut dan ketidak-adilan akan banyak berlaku. 

Pawang jenis ini juga menguatkan kepercayaan kepada ramalan bintang serta menilik tuah dan nasib yang dihubungkan dengan tarikh kelahiran dan angka tertentu sama ada angka giliran, nombor rumah atau bilik, nombor kenderaan dan pelbagai lagi  yang didakwa boleh membawa tuah atau sial. 

8. Pawang Hujan

Sehingga kini masih ramai orang Melayu yang menggunakan khidmat bomoh hujan, apatah lagi ketika rantau ini sedang berdepan musim tengkujuh. Khidmat bomoh hujan bukan perkara pelik kerana sebelum ini pihak istana dan penganjur keramaian kerap menggunakannya terutama dalam menyelenggarakan pelbagai acara terbuka. Amalan ini adalah amalan yang telah lama bertapak. Meskipun begitu, sekiranya yang dimaksudkan dengan upacara tolak hujan tersebut adalah dengan cara melakukan ritual tertentu seperti yang dilakukan oleh masyarakat dan adat tertentu dengan cara memacakkan penyapu dan menghalakan ia ke langit,  Kononnya penyapu ini boleh menyapu awan tebal agar beralih tempat ke lokasi lain. Petua ini disaran dilakukan sebelum hujan turun. Lebih lucu, sekiranya setelah beberapa minit awan masih tidak bergerak, hujung penyapu perlu dicucuk dengan cili agar air hujan takut untuk turun. Petua mencampakkan pakaian pengantin ke atas atap lebih popular daripada petua di atas. Ianya popular juga di bandar dan kampung. Pengantin perlu membaling pakaian yang dipakai ketika tidur di atas bumbung rumah sebelum majlis berlangsung.

                                             

 9. Pawang Kelahiran/Bidan

Ilmu perbidanan ini selain diperolehi secara berguru ia juga merupakan warisan daripada nenek seorang bidan kepada anak cucunya  agar mempunyai kebolehan untuk menjadi mak bidan, mengurus kelahiran bayi. Biasanya tugas perbidanan beliau akan dipohon, terutama dari kalangan keluarga terdekat bila ibu yang hendak bersalin itu mengalami masalah berhubungan dengan pengelahiran anak, seperti bayi amat sukar untuk keluar, uri atau tembuni lekat, tidak keluar dan lain-lain lagi.

Namun, peranan Bidan bukan setakat ketika membantu menyambut kelahiran bayi, bahkan jauh sebelum itu lagi. Biasanya Tok Bidan juga berperanan sebagai Mak Andam; menilik 'kesucian' dan 'kesuburan' bakal pengantin sebelum sesebuah perkahwinan itu terbina lagi. Rawatan pulih dara  asalnya bertujuan merawat sistem peranakan lebih-lebih lagi bagi yang kerap melahirkan anak dan 'mengencangkan' semula alat sulit, boleh juga bertukar menjadi rawatan menutup rahsia akibat keterlanjuran. Antara peralatan yang digunakan adalah daun sirih, urutan dan kemiyan.

Dalam masyarakat moden, mandi bunga sering dianggap sebagai rawatan kecantikan untuk menaikkan seri wajah, tetapi sebenarnya ia turut berkait dengan unsur paranormal dalam kebudayaan silam. Mandi bunga sebenarnya adalah kepercayaan dan adat mistik yang diwariskan sejak zaman-berzaman yang tidak terhad pada orang Melayu. Mandi bunga adalah ritual yang sangat terkenal di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia. 

Amalan perbidanan bercirikan lapan perkara utama iaitu  urutan tradisional Melayu, bertungku, mandi herba (mandi teresak), pemakaian bengkung atau barut, penggunaan param, pemakaian pilis, rawatan haba (berdiang/bersalai), dan bertangas; Petua dan pantang larang bagi penjagaan luka bersalin, pemakanan dan aktiviti harian; dan Penjagaan bayi baru lahir. Di istana pula, kelahiran putera raja akan disambut oleh tujuh orang bidan. Namun sekiranya berlaku sesuatu buruk terhadap bayi tersebut, kemungkinan besar bidan-bidan ini akan dipersalahkan, bahkan dihukum mati:

No less than seven “Bidans,” it is said, were formerly requisitioned at the birth of a Raja’s child, and occasions when even nine are mentioned are to be met with in Malay romances. The most general custom, however, seems to have been to summon seven “Bidans” only, the number being possibly due to the Malay theory of a sevenfold soul (v. Soul). The profession was an honourable one, and the Bidans received the title of “Dato’ (abbreviated to ’Toh) Bidan”; but if the child of a Raja happened to die, the Bidan who was adjudged to be responsible paid the penalty with her life.

Tugas dan Tanggungjawab Bidan

Amalan Mandi Bunga


KADAR UPAH PERKHIDMATAN

Dalam mendatangi bomoh atau perawat, pastinya ada istilah “pengeras”. Pengeras didefinisikan sebagai bayaran kepada pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya,atas tilikannya (bantuan jin). Pengeras boleh jadi berupa wang, haiwan, makanan dan lain-lain.

Istilah pengeras berasal daripada bomoh atau dukun. Mereka membuat perjanjian dengan jin bagi membantu bomoh dengan syarat meletakkan bayaran kepada rawatan yang dilakukan. Jika pengeras tersebut bukannya makanan, tetapi dalam bentuk duit, ia akan digunakan untuk membeli makanan jin-jin belaan mereka. Itu tekniknya dan merupakan syarat daripada jin. Teknik dan syarat yang pelbagai dalam merawat penyakit, terutama saka atau gangguan makhluk halus oleh Tok bomoh, merupakan teknik yang sengaja ditimbulkan oleh jin dan syaitan untuk menipu manusia. Syarat-syarat ini secara tidak langsung akan menjerumuskan kita kepada maksiat, sama ada yang merawat atau yang menerima rawatan. Mereka ini sebenarnya tidak percaya kepada Allah dengan meminta bantuan daripada makhluk lain.

“The gratuity to be given to the Pawang is not fixed by law, but is settled beforehand on every expedition; also the share of the Sultan..."

“But quite apart from such external marks of dignity, the Pawang is a person of very real significance. In all agricultural operations, such as sowing, reaping, irrigation works, and the clearing of jungle for planting, in fishing at sea, in prospecting for minerals, and in cases of sickness, his assistance is invoked. He is entitled by custom to certain small fees; thus, after a good harvest he is allowed, in some villages, five gantangs of padi, one gantang of rice (bĕras), and two chupaks of ĕmping (a preparation of rice and cocoa-nut made into a sort of sweetmeat) from each householder."

"After recovery from sickness his remuneration is the very modest amount of tiga wang baharu, that is, 7½ cents.“It is generally believed that a good harvest can only be secured by complying with his instructions, which are of a peculiar and comprehensive character."

"Although the Malay pawang may squeeze a hundred or perhaps two hundred dollars out of the Chinese towkay who comes to mine for tin in Malaya, the money is not perhaps badly invested, for the Chinaman is no prospector, whereas a good Malay pawang has a wonderful ‘nose’ for tin, and it may be assumed that the Chinese towkay and, before his time, the Malay miner, would not pay a tax to the pawang unless they had some ground for believing that, by employing him and working under his advice, there would be more chance of success than if they worked only on their own responsibility."

Upah buat pawang dan bomoh setelah melakukan tugasannya ada berbagai. Bagi pawang kebun dan tanaman, mereka diupah 5 gantang padi, segantang beras, dua cupak emping  daripada setiap pesawah atau tuan punya kebun. Untuk pawang atau bomoh yang merawat pesakit, upah mereka duit sebanyak 7½ sen (nilai masa itu) untuk pawah atau bomoh timah pula, upah mereka sekitar 100-200 ringgit (nilai masa itu) bagi setiap kejayaan menemukan bijih timah atau galian lain seperti emas. 

Kebiasaan pengeras yang ditetapkan oleh sesetengah Tok Bomoh adalah berlainan. Ada yang menetapkan seperti lima ringgit suku dengan jarum tiga batang dan garam setahil. Sesetengah pengeras pula dengan membawa sireh bertemu urat sebanyak tujuh helai, kapur dan pinang. Ada juga yang menetapkan pengerasnya dengan buah kelapa masak, beras secupak dan minyak kelapa. Jika membuang barang hikmat yang tertanam upahnya adalah sekali ganda dari upah yang dikenakan oleh orang yang menanamnya, contohnya kalau RM 100.00 jadi RM 200.00 dan sebagainya. Ada juga yang mengenakan pengeras atau upah sampai beribu ringgit mengikut kemampuan dan kemampuan pesakit. 

Terdapat juga Tok Bomoh yang menetapkan upah sekadar ikhlas pesakit sahaja. Bahkan, ada juga bomoh atau pawang yang tidak pernah mengenakan apa-apa bayaran walaupun terpaksa bertugas pada malam-malam hari dengan percuma. Ia tergantung atas budi bicara tuan rumah untuk memberi apa-apa upah kepada Tok Bomoh walaupun beliau balik dengan tangan kosong selepas merawat pesakit di tengah-tengah malam. Tidak ada masalah baginya. Ada berbagai  jenis pengeras yang diminta oleh bomoh seperti ayam putih, ayam dara, kambing, bahkan lebih dahsyat, yang minta ‘pengorbanan’, seperti anak dara yang tidak pernah disentuh.

PAWANG, DUKUN DAN BOMOH DI JUGRA MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Agama Islam amat menitikberatkan hal-hal yang berkaitan dengan akidah, syariah, dan akhlak. Menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, segala amalan dan kepercayaan yang tidak berlandaskan sumber asal iaitu al-Quran, Hadis, Ijma'', dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Yang dianggap sebagai salah dan menyeleweng dari segi agama adalah apabila bomoh, pawang atau dukun, akan berpaling kepada kepercayaan kepada kekuasaan roh daripada alam sekeliling, sekiranya sesuatu penyakit gagal disembuhkan.    

Allah berfirman dan merakamkan kata-kata nasihat ketua jin kepada masyarakat jin setelah makhluk itu beriman dengan Allah selepas mendengar ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh nabi Muhammad SAW.

“Dan bahawa sesungguhnya (adalah amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan itu bertambah sombong dan jahat.” - [Al-Jin:6].

Sabda nabi SAW lagi: “Sesiapa yang mendatangi tukang ramal (dukun) dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam - [HR Muslim]. 

Rasulullah SAW memberi amaran: “Menyandarkan keburukan kepada sesuatu ialah syirik dan tidak termasuk ke dalam golongan kami melainkan mereka yang beriman sahaja. Sesungguhnya Allah menghilangkan syirik itu dengan tawakal.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Allah berfirman; “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa menyekutukan sesuatu denganNya, dan mengampunkan dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendakiNya. 

Barangsiapa yang menyekutukan sesuatu dengan Allah, sesungguhnya dia telah tersesat sejauh-jauhnya.” - [An-Nisa:116].

Nabi SAW bersabda: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah dosa-dosa itu? Sabda baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita suci beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina - [HR Bukhari].

Untuk memastikan amalan perbomohan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, perkara-perkara berikut perlu dikenalpasti; 

Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifatNya atau merupakan maksud disebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah, atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya; 

Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh daripada Rasulullah SAW, para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya; Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti wali sheikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih dan lain-lain; 

Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran dan jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.

Larangan memberi pengeras kepada pawang atau bomoh disebutkan dengan jelas dalam hadith sebagaimana yang dinyatakan oleh Abu Mas’ud al-Ansar:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ ثَمَنِ الكَلْبِ، وَمَهْرِ البَغِيِّ، وَحُلْوَانِ الكَاهِنِ

Maksudnya: “sesungguhnya Rasullullah SAW melarang jual beli anjing, wang hasil pelacuran dan memberi pengeras (habuan) untuk bomoh (atas tilikan dan ramalannya)”.

Justeru, hukum memberi pengeras adalah haram dan boleh membawa kepada syirik kerana meletakkan syarat pengeras bagi penentu kesembuhan. Ini sekaligus menafikan kekuasaan Allah SWT sebagai Maha Penyembuh. Upah bagi rawatan perubatan ruqyah syar’iyyah adalah diharuskan di sisi syarak. 

Mendirikan solat hajat pada malam sebelum majlis berlangsung dan memohon kelancaran majlis adalah salah satu amalan yang disyorkan dalam Islam. Selain dari itu, dipetik dari Hadith Riwayat Muslim ada beberapa doa yang boleh diamalkan untuk memohon kepada Allah SWT untuk dijauhkan diri dari hujan. Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa sekiranya yang dimaksudkan dengan menolak hujan itu adalah dengan cara berdoa maka hukum membaca doa untuk mengalihkan hujan seperti ini adalah dibolehkan. Ini mengambil kira sekiranya hujan tersebut turun dalam keadaan lebat serta berterusan dalam tempoh masa yang panjang. Yang membawa kepada implikasi rosaknya tumbuh-tumbuhan dan tanaman, jalanan menjadi banjir, serta membawa kesulitan atau kemudharatan kepada orang ramai. Demikianlah antara senjata ampuh yang kita miliki untuk berjuang dengan makhluk syaitan yang terkutuk itu. Berikut adalah doa tersebut didahului dengan bacaan Al-Fatihah dan Surah Hud:

  • 1. Al-Fatihah – 7 kali
  • 2. Surah Hud, ayat 44 – 7 kali

Wallahualam.


Rujukan:




Rabu, 16 Februari 2022

MISTERI 7 TEMPAT KERAMAT DAN KHURAFAT DI JUGRA

Salam buat Semua. Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk kita bersama sehari lagi di dunia ini, memohon keredaan serta keampunanNya, Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Terima kasih atas sambutan korang terhadap blog peribadi Atok ini. Cerita Atok tentang misteri dan mistik Jugra serta penduduknya suatu masa dahulu amat menarik perhatian korang. Macam goreng pisang panas. Oops...salah tuu, macam pisang goreng panas. Seronok bukan, mengkaji sejarah lama! Memang tepatlah Kuala Langat terutamanya Jugra diwartakan sebagai daerah warisan. Banyak susur sejarahnya yang masih belum diterokai, dibongkar untuk tatapan umum. So, kali ini Atok ada cerita baharu, walaupun dah banyak orang tulis di internet. Cerita dan sejarahnya memang lama tetapi olahan atau versi Atok ini yang baru.. Korang bacalah, ya. Mana tahu ada pengajaran yang boleh korang ambil daripada cerita Atok kali ini.

KEMASYHURAN JUGRA

Jugra sebagai pusat maritim yang wujud sejak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka pernah disebut oleh Tun Seri Lanang di dalam buku tulisannya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Di dalam karya kesusasteraan itu, kesibukan pelabuhan Jugra yang terletak di kuala Sungai Langat digambarkan menyamai kesibukan pelabuhan Melaka yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah.

Selain gambaran menjadi pintu masuk utama perdagangan di Selangor,  Jeti Batu Hampar di tebing Sungai Langat itu dipercayai adalah tapak pelabuhan yang dimaksudkan oleh Tun Seri Lanang sebagai pelabuhan Jugra. Tun Seri Lanang turut menyebut ketibaan Laksamana Hang Tuah di pelabuhan Jugra selepas keluar belayar dari Melaka. Ia menjadi tumpuan pedagang yang datang berlabuh dan laluan angkutan hasil bijih timah bagi tujuan perdagangan. Disebabkan ia merupakan kawasan yang mempunyai punca sara hidup dan diperintah oleh kesultanan Raja-raja Melayu, tempat itu digemari untuk penetapan oleh masyarakat tempatan dan juga masyarakat yang datang berdagang di Jugra.

Mercu tanda Warisan di Jugra

Bahkan di Bukit Jugra ini, kata mereka telah diadakan pertemuan dengan Puteri Gunung Ledang setiap 14,15, dan 16 haribulan mengikut kalendar Islam, ketika bulan purnama. Kononnya juga  hasil rompakan lanun akan dibawa ke Jugra dan disimpan dalam gua-gua di Bukit Jugra. Terdapat dua buah gua di Bukit Jugra, satu di kaki bukit, dan satu lagi di atas bukit tersebut. Sembang mereka lagi, ada laluan rahsia dan gua -gua tempat harta karun milik keturunan Sultan selama 500 tahun tersimpan dan dikawal ketat oleh jin-jin. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat menembus pandang gua dan harta tersebut yang dikatakan gateway atau stargate ke alam jin. Wah, dah macam cerita 'Pirates of the Carribeans' dan filem 'Stargate' pulak!

Pasal alam jin tu, Atok boleh terimalah sikit, pasal Pembesar- pembesar istana dahulu memang ada pakai khidmat jin ini. Itulah pasal. Daripada servis peribadi terus ikat perjanjian Saka 7 keturunan. Bodoh dan singkatnya pemikiran dan tipisnya ilmu agama mereka.  Beriman kepada Allah dan RasulNya tetapi pada masa yang sama syirik kepadaNya. Kalau dah jin kau jadikan pendamping, hancurlah iman dan amalan kau dipesongkannya. Sampai sekarang masih berkeliaran jin-jin saka keturunan tak bertuan ini di sekitar Jugra, terutama di hutan Bukit Jugra dan kampung-kampung berhampiran. 

Bukit Jugra, memang 'keras'....lokasi sejarah yang penuh mistik.sebab sangat bersejarah dan banyak kubur lama di sini... Hutan di Malaysia ni bukan setakat ada binatang liar jer. Pengalaman di hutan di sini biasanya satu kisah yang dikaitkan dengan gangguan mistik. Sudah ramai pengunjung bukit ini yang pernah tercium bau-bau yang memualkan, bau busuk yang tiba-tiba muncul. Ada dua kemungkinan. Mungkin kehadiran makhluk yang tidak dapat dilihat atau kemungkinan ada haiwan liar atau buas yang berada berhampiran dengan kita.  Pernah juga yang mengadu melihat kelibat-kelibat yang menyerupai kawan mereka yang sama-sama berada di sana ketika itu. Ada juga yang  mendakwa. pernah mendengar suara tangisan, suara bisikan dan sebagainya. 

Terdapat banyak kuburan lama di sini. Bayangkanlah, kewujudan Jugra telah melebihi 600 tahun. Perkampungan yang pernah wujud di situ seperti kampung Bukit Jugra dan pekan Jugra lama di sekitar Batu Hampar dan tebingan sungai Langat kini tiada lagi. Pasti ramai penduduknya yang dikebumikan di sekitar tanah rata dan kawasan berbukit di situ.  Sudah pasti ratusan malah mungkin ribuan kubur-kubur lama itu sedikit demi sedikit sehingga kini ditelan hutan belantara. Tidak hairanlah kalau-kalau ada pendaki yang terserempak dengan kubur-kubur lama ini ketika berjalan-jalan semasa waktu hampir Maghrib. Lebih-lebih lagi dekat kawasan yang ada kubur dan dianggap ‘keras’, kononnya di puncak hutan tu ada makam diraja lama Jugra dan batu tinggal yang digunakan untuk memancung kepala! Kononnya...

Ada juga kumpulan manusia 'nakal' yang cuba menyingkap dan menyiasat rumah-rumah, bangunan dan kawasan-kawasan yang dikatakan mempunyai kisah-kisah mistik dan dihuni oleh makhluk-makhluk halus. Memanglah rumah, istana, bangunan lama yang ditinggalkan sudah pasti dihuni makhluk halus, apatah lagi kalau rumah tersebut dikaitkan dengan aktiviti yang tidak diredai Allah sebelum ini. Wallahualam. Bukan Atok menuduh, Atok cakap secara umum jer. Atok  memang berminat dengan cerita-cerita  berdasarkan sejarah bertulis atau kisah lisan masyarakat,  tetapi Atok bukan jenis seekers, yang kerjanya mencari entiti halus. Maaflah ya, bagi Atok ini semua kerja sia-sia. Dalam Alquran kita diminta berlindung daripada syaitan yang direjam dengan menyebut nama Allah, bukannya mencari dan mengejar golongan iblis dan syaitan yang menderhakai Allah dan RasulNya. 

Daripada Atok masuk ke rumah kosong dan duduk bertapa di situ menunggu ketibaan entiti halus ghaib bertanduk itu, lebih baik Atok masuk ke masjid yang kian kosong kini, duduk beriktikaf, mengaji dan berzikir menunggu ketibaan waktu solat seterusnya. Serius Atok cakap. Bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi itulah jalan yang ditunjukkan oleh Rasul kita. Senja-senja ini seharusnya kita di rumah Allah, bukannya di rumah kosong lagi usang. 

Walaupun Atok tidak berapa nak percaya akan cerita-cerita tentang kewujudan hantu ini, kerana tiada bukti kukuh, tetapi perasaan seram itu memang real. Atok pernah mengalaminya. Ceritanya begini..

Pertama kali, sekitar tahun 1987, Atok tiba di puncak Bukit Jugra dengan rakan sekampung,  bermotosikal. Atok terpegun dengan keindahannya.  Atok hanya berdiri di luar pagar Rumah Api ini. Dapat Atok lihat saujana mata memandang. Begitu mengasyikkan. Nun di kejauhan laut Selat Melaka. Di sebelah kanan, terbentang luas topografi yang rendah dan rata Pulau Carey dan Pulau Lumut (kini dipanggil Pulau Indah). Cuma pada masa itu Westport belum wujud lagi. Kapal-kapal bersusun menunggu giliran untuk masuk ke muara Sungai Klang untuk ke Pelabuhan Klang. 

Tak lama kami di puncak tersebut. Matahari kian ke ufuk barat. Kami harus segera turun memandangkan kami harus kembali ke Telok dan seterusnya  ke rumah sebelum Maghrib. Lagipun terasa seram ketika kami  berlama-lama di puncak bukit itu. Hati kecil Atok menyuruh-nyuruh Atok supaya cepat beredar. Maklumlah tak ramai orang di sana. Yang ada pengawal-pengawal TUDM  di tapak radar itu dan beberapa orang pengunjung seperti kami. Tambahan pula ketika melintas jirat lama Cina dalam perjalanan turun itu, terasa seperti Atok sedang diperhatikan oleh manusia atau makhluk halus dari dalam hutan di sekeliling. Ketika tu Atok rasa macam kehadiran Atok tidak disenangi...

Kemudian Atok kembali ke Jugra sekitar tahun 2000, Kali ini, Atok dan anak-anak isteri Atok meninjau-ninjau kawasan rumah api tersebut.  Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir 6.45 petang. Senja menyusul. Matahari hampir tenggelam. Atok agak tergesa-gesa memohon diri kerana trauma lama masih terpahat di hati, walaupun cahaya matahari jingga itu ke atas air kebiruan itu merupakan pemandangan terindah yang tidak sepatutnya kami lepaskan. Hati Atok tidak tenteram seperti dahulu, tambahan pula anak dan isteri bersama.

KERAMAT BUKIT JUGRA

Keramat atau tidak sesuatu tempat itu adalah bergantung kepada cerita yang pernah dicetuskan oleh orang dulu. Jika mereka telah bercerita tentang kelebihan seseorang, maka cerita itu akan tetap disampaikan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya, dan sekarang, akhbar, majalah dan televisyen turut sama memperpanjang kisah menjadi meluas.

Seorang tokoh bernama asy-Syadafi, dia pernah beritahu asy-Syafi'e, bahawa kawannya yang bernama Laits bin Sa'ad ada menyebut, "Jika kamu melihat seorang lelaki berjalan di atas air janganlah terpedaya dengannya sehingga kamu padankan keadaannya itu dengan al-Quran dan as-Sunnah."

Kata Imam asy-Syafi'e, "Tidak itu sahaja, semoga Allah merahmati beliau, bahkan jika kamu melihat seorang lelaki berjalan di atas bara api atau melayang di udara, maka janganlah kamu terpedaya dengannya sehingga kamu padankan keadaannya itu dengan al-Quran dan as-Sunnah."

Itulah pandangan para ulama rahimahullah berkenaan dengan masalah keramat seseorang tokoh. Dalam perkara ini, "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." [an-Nahl: 43].

Para ulama tidak mengingkari akan adanya keramat atau karomah para wali. Ia memang ada dan akan tetap ada pada sepanjang zaman, hanya seseorang yang memiliki kelebihan itu tidak suka pamer, tidak suka pukul canang atau buat iklan mengatakan kehebatannya. Keramat itu hanya diberikan kepada orang yang berjalan di atas shiratal mustaqiim dan di atas sunnah. Dan keramat itu hanya muncul pada diri seorang wali yang arif, alim tentang agama dan diperlukan kaum muslimin sebagaimana keramat yang pernah diriwayatkan daripada para salafus salih.

Ada yang mati-mati percaya daulat sultan yang kononnya menjadi ketua bagi para wali seluruh  Tanah Melayu. Kata mereka, Sultan Abdul Samad dilantik dan direstui oleh Wali Sunan sebagai ketua para wali. Kalau dah ketua Wali itu, faham-faham jerlah. Titah baginda jangan sesekali disanggah.







1. Harimau Keramat Bukit Jugra

Kisah misteri Bukit Jugra ini tak habis-habis diperkatakan orang sejak dahulu kala lagi. Ada yang taksub dan mempercayai Bukit Jugra ini berpenunggu, harimau belaan Puteri Gunung Ledang. 

Umumnya, harimau keramat dianggap harimau baik yang kewujudannya bertujuan menjaga keselamatan kampung atau daerah tertentu. ada kepercayaan bahawa harimau keramat wujud di sebuah kampung di Sepang untuk menjaga sebuah makam yang dianggap keramat. Di Bukit Jugra juga dikatakan wujud sebuah makam yang didakwa dijaga oleh harimau keramat.

Mitos tentang harimau keramat penunggu Bukit Jugra telah dibukukan oleh  pengkaji  Inggeris bernama  Walter William Skeat pada tahun 1900 yang mengatakan:

“By far the most celebrated of these ghost tigers, however, were the guardians of the shrine at the foot of Jugra Hill, which were formerly the pets of the Princess of Malacca (Tuan Putri Gunong Ledang). Local reports says that this princess left her country when it was taken by the Portuguese, and established herself on Jugra Hill, a solitary hill on the southern portion of the Selangor coast, which is marked on old charts as the “False Parcelar” hill…”

‘(In Jugra Hill) the lady remained for some time, and during her stay constructed a bathing-place for herself. Even to this day she pays periodical visits to Jugra Hill, and although she herself in invisible to mortal eye, her faithful attendant, in the shape of a handsome tiger (rimau kramat), is often to be met with as he prowls about the place at night…’

Bukit Jugra should be associated with one another in traditionary lore. The story runs that this estimable lady, having disposed of her husband by pricking him to death with needles, decided thenceforth to live free from the restrictions of married life.

She was thus able to visit distant lands, taking with her a cat of fabulous dimensions as her sole attendant. This cat appears to have been a most amiable and accommodating creature, for on arriving at Jugra he carried the Princess on his back to the top of the hill.

There are many stories about ghost tigers (rimau kramat), which are generally supposed to have one foot a little smaller than the others (kaki tengkis), which the unnatural smallness of one of the feet was very conspicuous. Such tigers are considered invulnerable, but harmless to man, and are looked upon generally as the guardian spirits of some sacred spot. .

“They (the Sumatran Malays) seem to think, indeed, that tigers in general are actuated with the spirits of departed men, and no consideration will prevail on a countryman to catch or to wound one, but in self-defence, or immediately after the act of destroying a friend or relation. They speak of them with a degree of awe, and hesitate to call them by their common name (rimau or machang), terming them respectfully satwa (the wild animals), or even nenek (ancestors), as really believing them such, or by way of soothing or coaxing them, as our ignorant country folk call the fairies ‘the good people.’” [Dato’ hutan, “elder of the jungle,” is the common title of the tiger in Selangor. Various nicknames, however, are given, e.g. Si Pudong, “he of the hairy face” (Cliff., In Court and Kampong, p. 201), ’Pah Randau, “father shaggy-face,” etc. 

2. Misteri Keramat Makam Rubiah di Jugra

Makam keramat yang disebut-sebut orang yang ada bertebaran di mana-mana itu pun tidaklah dikenali kekeramatannya kecuali setelah diceritakan orang sejak dahulu kala. Ia cerita nenek moyang. Mengikut cerita dari orang orang tua di beberapa tempat di Jugra, Keramat Rubiah mendapat namanya dari kejadian pengkebumian seorang gadis sunti berdarah Bugis berasal dari Sulawesi Selatan akibat sakit perut.  Beliau dikatakan melarikan dirinya ke Jugra kerana tidak mahu dikahwinkan dengan anak raja dari Pasai di Tanah Seberang.(Indonesia). 

Makamnya terletak di kaki bukit Jugra.(Sekiranya anda dari pekan Kg. Permatang Pasir, sebelum sampai ke persimpangan jalan ke Makam Al Marhum Sultan Abdul Samad.) Sewaktu hidupnya beliau kuat beramal ibadat. Di setiap perbuatan atau pekerjaannya beliau akan memulakannya dengan Bismillah serta berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Hati dan bibirnya tidak lengkang dari Zikirullah. 

Dipercayai Makam beliau telah wujud sebelum pemerintahan Al Marhum Sultan Abdul Samad lagi, iaitu pada kurun ke-16. Pada masa lalu Makam ini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung dari dalam dan luar Jugra. Disebabkan ramai yang datang seolah-olah berlangsungnya satu keramaian atau pesta. Kuburannya dianggap oleh mereka sebagai tempat terbaik bernazar, membayar niat, dan berdoa.

 3.  Keramat dan Perkuburan di Batu Hampar

Mr. G. C. Bellamy dalam Selangor Journal, vol. ii. No. 6, p. 90,  juga mengatakan terdapat sebuah keramat seorang  yang alim di Batu Hampar, Jugra.

Dalam kisah Tun Seri Lanang, bahawa Hang Tuah pernah datang ke Jugra untuk menyabung ayam di Bukit Jugra sehinggakan ada tapak kaki Hang Tuah di Batu Hampar, Jugra ini. Diceritakan kononnya Hang Tuah menghabiskan masa selama dua hari dua malam di Jugra selepas kapalnya yang berlabuh di pelabuhan tiba-tiba karam. Sama ada benar atau tidak petikan daripada tulisan itu, kisah persinggahan Hang Tuah menjadi sebahagian daripada kisah yang bermain di bibir penduduk tempatan apabila menceritakan tentang sejarah Jugra. Salah satu daripada 'bukti' yang digunakan untuk mengaitkan kisah itu adalah kewujudan kesan tapak kaki pada batu besar berhampiran jeti Batu Hampar yang terletak tidak jauh dari kaki Bukit Jugra.


Di sana ada lagi kawasan perkuburan lama. Kubur pahlawan Aceh, tak jauh, arah ke muara port orang memancing, berhampiran tokong Cina. Di tepi bahagian bawah tokong kecil itulah laluan masuk ke kubur pahlawan tu. Tidak jauh dari situ juga, di kawasan yang dijadikan Padang Sasar untuk menembak oleh Kementerian Pertahanan dikatakan sebagai perkuburan lama Orang Asli Mahmeri. Sehingga kini mereka masih melakukan upacara keagamaan di situ.  

4. Makam Diraja (Marhum Abdul Samad)

Dikatakan juga, tempat yang 'keras' di sekitar Bukit Jugra adalah di sekitar lokasi perkuburan lama Sultan dan waris kerabat Selangor, Setelah lama Jugra kesepian, tiada khabar berita, tiba-tiba masuk surat khabar, berita yang pelik,misteri dan mistik. Atok ada terbaca kisah ini, terjadi pada tahun 1960. Berita tentang batuan berwajah almarhum Sultan Abdul Samad di lereng bukit Jugra berhampiran tokong Cina, tak jauh dari istana lama itu.  Kemudian kisah penjaga makam diraja yang tiba-tiba lumpuh setelah ditolak jatuh oleh makhluk halus daripada bukit tersebut. 





5. Jirat Cina

Kelompok manusia yang kufur kepada Allah SWT, siang dan malam yang dilalui sepanjang kehidupannya di alam kubur adalah sangat menggerunkan. Firman Allah SWT bermaksud: "Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada di alam barzakh) dan pada hari berikutnya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!" (Surah al-Ghafir, ayat 46)

Huzair Ibnu Abi Syaibah menyatakan, roh Firaun berserta orang kafir itu sentiasa berada di dalam perut burung berwarna hitam, berulang-alik ke neraka dan diperlihatkan keadaan kepada dirinya, setiap hari pada waktu siang dan malam. Lalu disebutkan keadaan orang kafir di dalam kubur.

 “Kuburnya disempitkan sehingga hancur tulang-tulangnya. Itulah “Kehidupan sempit” yang dimaksud dalam firman Allah:

فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنۡهَا مَنۡ لَّا يُؤۡمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوٰٮهُ فَتَرۡدٰى

“Baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (QS. Thaha: 16).



 



6. Kem Pasukan Khas TUDM ( Skuadron Sayap Tempur TUDM)

Atok pernah mendaki Bukit Jugra ini ketika berumur 18 tahun, dengan menyusuri jalan rayanya sehingga ke pintu tapak radar TUDM itu. Dengar cerita, pada tahun 1971, TUDM menempatkan radar Marconi S600 di situ. Kem TUDM jugra Skuadron 201 juga menempatkan pasukan HANDAU untuk memastikan keselamatan kem dan aset mereka di puncak Bukit Jugra itu. Kini radar itu telah dipindahkan. Yang tinggal hanyalah pintu masuk berpagar sebagai saksi kewujudannya satu masa dahulu. 

Pengalaman kedua aku pula ketika aku mengajar di SMK Jugra  (1997-2003) sekembalinya aku bertugas di Miri Sarawak. Alhamdulillah. Sebagai seorang guru penasihat Kadet  Tentera Udara, aku bergaul mesra dengan beberapa orang kakitangan TUDM di situ. Antara aktiviti yang pernah kami lakukan bersama pihak tentera ialah pendakian ke atas puncak Bukit Jugra pada tahun 1999. Atok dan dan anak-anak murid kadet  mula mendaki mengikut laluan paip air bersebelahan Masjid Permatang Pasir. Pendakian itu tidaklah begitu memenatkan kerana ada anak-anak tangga konkrit dan denai yang selamat. Kami dibenarkan memasuki tapak radar tentera di puncak bukit, dengan kebenaran pihak tentera. Masa itu radar sudah dismantled dan hanya beberapa peralatannya masih terdapat di situ. Kali ini Atok lebih terpegun. Dari tapak itu, dapat Atok lihat 360 darjah sekeliling puncak itu.  Begitu indah pemandangannya.



7. Istana Sedang Masa (Istana Bukit Jugra)

Menurut buku Sentosa Ketakhtaan, istana berusia lebih 150 tahun yang dibina di atas sebidang tanah di pinggir Bukit Jugra itu dikenali sebagai Istana Sedang Masa semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad antara 1857 hingga 1898. Selain menjadi tempat bersemayam sultan, istana tersebut pernah menggemparkan penduduk negara melalui penemuan sebuah peti misteri yang dipercayai menjadi tempat penyimpanan harta-harta berharga kepunyaan Sultan Abdul Samad. Sewaktu Peti besi milik Al Marhum ini telah dikembalikan ke Istana lama tersebut pada waktu itu ramailah penduduk tempatan dan pengunjung luar tidak mengira bangsa dan agama yang datang melihat sendiri akan Peti besi tersebut. Mungkin selama ini ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan Peti tersebut. 

Hanya apa bila liputan meluas dipaparkan didalam akbar barulah orang ramai mengetahuinya. Sewaktu orang ramai berduyun duyun datang untuk melihat sendiri Peti tersebut. Terdapat juga segelintir kumpulan,dan individu tertentu yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan, yakni perbuatan Syirik, khurafat dan bidaah. Namun demikian, ada pihak yang menceroboh ke dalam Istana dan melakukan upacara pemujaan seperti mendapatkan nombor ekor dan lain-lain tujuan menggunakan khidmat bomoh. Kumpulan atau individu ini adalah KAKI NOMBOR EKOR atau 4D. Biasanya kegiatan ini akan dijalankan pada malam hari. Selain itu ada juga kumpulan atau individu yang datang bagi tujuan BERNAZAR di atas satu satu hajat atau permintaan atau penyakit. Nauzubillahhiminzolik. 





KESIMPULAN

Syukurlah generasi moden Jugra kini sudah tidak perlukan khidmat nasihat jin lagi. Mereka sudah hantar anak-anak cucu mereka ke sekolah dan sekolah agama, mencari keredhaan Allah,  bukan kemurkaanNya. 

Menziarahi kubur adalah amalan mulia yang patut dikekalkan dari generasi ke generasi. Antara kelebihan amalan menziarahi  kubur ialah :-

1. Dikasihi Allah SWT atas sebab mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. 

2. Untuk mengingati kita tentang asal usul kejadian kita.

3. Menginsafi diri tentang kematian, alam kubur dan hari Qiamat.

4. Mengambil iktibar tentang apa yang telah berlaku, dapat melembutkan kekerasan hati dan dapat mendidik jiwa.

5. Berlaku ihsan kepada orang yang telah meninggalkan kita.

Daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perbanyakkanlah mengingati pemutus kenikmatan dunia (mati)." (Hadith Hasan Riwayat al-Tirmizi

Jika tujuannya hanya untuk mengambil iktibar dan untuk mengingati kematian di samping dia dapat menjaga adab-adabnya, maka hukumnya adalah harus dan jika tujuan sebaliknya dan tidak dapat menjaga adab-adabnya, hukumnya boleh menjadi haram. Mohon Jabatan Agama Islam memantau aktiviti2 syirik dan khurafat seperti ini. 

Seandainya kita melihat sesuatu di tanah perkuburan,  ia merupakan roh dan bukannya hantu. Apa yang ada di kubur bukanlah syaitan, tetapi roh. Segelintir ulama menyatakan bahawa  roh orang Islam yang jahat kelakuannya  tidak naik hingga ke langit. Contohnya, roh orang bunuh diri, dosanya sangat besar dan roh orang yang tidak pernah menunaikan solat, tidak suka agama dan seumpamanya. Jika kita lalu di kawasan berkenaan, nampak (kelibat) atau dengar suara orang menangis, jangan lari. Itu adalah roh, biarkan dia menangis.

Atok hendak berpesan dekat korang semua. Bukit Jugra ini memang cantik, memang unik. Kalau korang nak daki ke, jogging ke, paragliding ke, atau sekadar menikmati pemandangan terindahnya dari atas bukit, lakukanlah kesemua itu pada sebelah siang sahaja. kerana pada sebelah malamnya pula, kawasan itu bukan lagi 'milik' kita. Andai kata, kita berada di luar rumah ketika waktu Maghrib,  penampakan itu adalah kerja syaitan kerana itu waktu mereka berkeliaran. Bahkan, Nabi Muhammad SAW menyuruh kita membawa anak-anak masuk ke rumah sebelum Maghrib kerana syaitan berkeliaran pada waktu berkenaan. Jangan jadikan malam anda diselubungi  misteri. Wallahu alam.

                

                             


Rujukan:



Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...