Khamis, 24 Oktober 2013

Perang Selangor (1867-1874)…Sememangnya Melayu Mudah Lupa

 Salam pertemuan. Alhamdulillah…..Dengan limpah kurniaNya dipertemukan lagi kita dalam keadaan sihat walafiat, penuh kemesraan dalam suasana masih kita meraikan Hari Raya Korban. Pengorbanan para rasul mengajar kita erti kemerdekaan. Betapa manisnya kebebasan yang sedang kita kecapi berbanding datuk nenek moyang kita yang berada di bawah cengkaman penjajah suatu ketika dahulu.
Penjajah-penjajah Eropah termasuk imperialis British bagaikan anjing lapar yang menerpa  habuan tulang dan daging ketika umat Islam  di nusantara masa  itu bergelumang dalam dosa pengkhianatan terhadap nusa, bangsa dan agama, untuk sedikit kesenangan duniawi buat diri dan kerabat. Tambahan pula, ketika itu  ummah dalam kejumudan ilmu dan kehidupan akibat pengabaian dan kedangkalan fikiran terhadap ilmu agama , baik fardhu ain mahupun fardhu kifayah, malah ‘pensyirikan’ terhadap keesaan Allah melalui adat budaya yang berbaur kehinduan yang menyesatkan.
Justeru,  aku terpanggil untuk menyelidik dan menyelami kehidupan masyarakat leluhur yang begitu hampir dengan kita di sekitar Telok Panglima Garang ini demi mengenal persepsi atau world view kehidupan mereka ketika di bawah ‘nasihat’ British itu.

Nota: Sengaja aku tidak menyebut nama-nama yang terlibat kerana aku teringat pesanan alim ulama agar tidak mengenang seseorang, baik ketika hidupnya mahu pun setelah matinya kecuali hal-hal kebaikan, kerana baginya bahagian daripada apa yang telah dikerjakannya di dunia ini, sama ada dosa mahu pun pahala.

1874, Jugra,Kuala Langat:- DYMM Sultan sedang bersemayam di istananya. Ketika itu negeri ini yang kaya dengan bijih timah baru sahaja tamat berperang setelah lama terbungkam dalam kancah perebutan kuasa dan daerah  sesama anak-anak dan kerabat diraja.
Kisah bermula tujuh tahun yang lalu, 1867. Masing-masing menuntut hak mereka. Baginda yang telah semakin lanjut usia tidak berdaya lagi  menyelesaikan permasalahan anak beranak ini. Masing-masing bertegang leher menunjukkan kekuatan pengaruh. Tiada lagi kompromi. Tiada lagi dihiraukan tali silaturahim sedarah  sedaging, apatah lagi  agama yang sama dianuti. Keegoan sedang memuncak. Apa nak jadi, jadilah, walaupun terpaksa membuat perjanjian dengan syaitan! Tak kiralah asalkan menang dan terus berkuasa. Masing-masing membuat perhubungan dengan anasir-anasir luar dengan menabur pelbagai janji  dan habuan atas apa jua kerjasama dan pertolongan yang dapat diberikan. Mendailing, Pahang, Perak, Kedah, Kapitan Cina dan Inggeris diheret bersama. Sudah pastilah ada pihak menghantar bala tentera upahan yang ganas dan berhati kering, walaupun musuh yang dihadapi itu sebangsa dan seagama dengan mereka. Ada juga yang menjanjikan pengiktirafan jika anak raja yang disokong itu menang dalam ‘perjuangan’ mereka. Sudah pastilah  ratusan ribu  wang ringgit yang disalurkan bagi memastikan kemenangan pihak yang disokong sebab habuan besar sedang menanti untuk dituntut.
Apa yang ditakdirkan Allah pasti berlaku. Sudah ketentuanNya, rakyat Selangor kini berperang sesama sendiri. Tanah merekah ini menyaksikan rakyat bermandian darah. Kesetiaan melulu yang tidak berbelah bagi rakyat terhadap golongan bangsawan dan istana ini diperalat semaksimum mungkin. “Sama ada bersama beta atau menentang dan menderhakai beta”. Sehingga terbelah dualah masyarakat, daripada lapisan tertinggi hinggalah rakyat marhain serta hamba sahaya. Selangor kini neraka dunia. Tiada lagi tempat yang aman atau bekecuali.  Pembunuhan, perompakan,  kegiatan lanun di perairan negeri semakin menjadi-jadi. Pentadbiran negeri lumpuh tidak berdaya. Sudah tiga kali Kuala Lumpur dibakar.
Kehidupan seharian rakyat biasa semakin sempit dan tertekan. Ribuan rakyat keluar menyelamatkan  diri ke Perak, Pahang dan negeri-negeri berhampiran, meninggalkan tanah air tersayang, keluar walaupun sehelai sepinggang, menjauhkan diri dari fitnah dosa dan noda. Pertahanan negeri sudah goyah dan rapuh. Ketika itulah Inggeris mengambil kesempatan.

the right man ready to seize the opportunity. British expansion, in the East at all events, is a record of the doings of courageous, capable, and masterful men. Opportunities may tear the cloaks from a thousand excellent, hesitating, conscience-burdened theorists and talkers, who never get beyond their good intentions; while one man of courage, determination, and action, inspired by the fire of patriotism, will make opportunities for himself, to the profit of his country.     THE REAL MALAY BY SIR FRANK ^THELSTANE SWETTENHAM,1899

Peristiwa  pembunuhan dan ancaman lanun ke atas pedagang-pedagang Pulau Pinang dan Melaka yang ketika itu dibawah kekuasaan Negeri-negeri Selat digunakan sebaik-baiknya. 22 Jun 1871.Berlaku serangan lanun dan seterusnya pembunuhan pedagang serta  anak-anak kapal mereka di perairan berhampiran Kuala Selangor. Dengan pantas Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri-negeri Selat , tanpa berunding dengan sultan menunjukkan kekuatan ketenteraannya. Seterusnya pada 3 dan 4 Julai 1871 dua buah kapal perang HMS Rinaldo  dan HMS Pluto dihantar untuk mengebom dan memusnahkan seluruh petempatan dan pertahanan di Kuala Selangor sehingga menyebabkan ramai penduduk yang tidak berdosa terbunuh atas alasan  melindungi rakyatnya dan menghapuskan ancaman lanun yang tidak terkawal.

                                                                    HMS Rinaldo

HMS Pluto
 Kesan psikologi ke atas sultan ketika itu dikatakan berjaya. Tiada tindakan balas kerajaan Selangor berhubung kejadian tersebut. Tiada lagi kedengaran kegiatan lanun di Kuala Selangor sejak hari itu sehinggalah..
November 1873.  Sekali lagi Selangor diuji. ‘Ancaman’ lanun berlaku. kembali. Bukan di Kuala Selangor tetapi  betul-betul  di depan pintu istana sultan, iaitu di perairan Kuala Jugra atau dikenali sebagai Kuala Langat ketika itu. Semuanya bagai dirancang.

 Empat rakyat naungan Britsh berketurunan Cina dari Melaka dibunuh dalam kejadian tersebut. British mendesak sultan mengadakan perbicaraan dan menghukum  8 orang ‘penjenayah’ terbabit. Pada waktu yang sama juga tiga buah kapal perang British lengkap bersenjata berat dikerah ke Jugra dan menghalakan meriam ke istana. Sultan benar-benar tertekan. Kalau sebuah sahaja sudah cukup menjadikan  Kuala Selangor padang jarak padang terkukur apatah lagi tiga. Perbicaraan berlangsung di sebuah gudang milik salah seorang kerabat diraja di Kuala Jugra. Pihak British mengaturkan pendakwaan dengan barisan peguam hebat dari Singapura. ‘Saksi utama’ kejadian tampil memberi ‘keterangan’. Keputusan perbicaraan yang sudah pastinya menyebelahi pihak Inggeris dan dengan nasihat kerabat baginda yang menjadi sahabat (tali barut) Inggeris, sultan terpaksa menerima campurtangan British. (Ketika itu kerabat tersebut telah berjaya menguasai sebahagian besar negeri Selangor).


 Perjanjian Pangkor menjadi dasar campurtangan mereka. Baginda terpaksa menerima  apa jua nasihat residen selain dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat.(sudah pasti British tidak ingin campurtangan berikutan pembunuhan JWW Birch di Perak sebelum ini). Secara terhormat dan begitu halus, sultan terlucut kedaulatan dan kekuasaan terhadap rakyat dan negeri baginda sendiri. Yang tinggal hanyalah perlambangan yang lebih berbentuk adat istiadat. Lebih buruk lagi, Selangor kehilangan Lukut pada 30 Julai 1880 kepada Dato’ Kelana di Sungai Ujong. Sultan Selangor hanya dibayar sebanyak 2000 pound sterling setahun sebagai 'elaun' baginda.
Kerabat baginda yang bercita-cita besar itu tidak hanya berdepan dengan masalah dengan tentera upahan Pahang (yang membantu ketika perang saudara tersebut kerana mereka bertegas mahu berkuasa di Ampangsebagai pampasan kemenangan), tetapi juga diturunkan kuasa oleh British dengan hanya diberi pencen sebanyak 500 ringgit sebulan seumur hidup dan 200 ringgit sebagai bayaran bagi isterinya serta 30 ribu ringgit lagi sebagai bayaran pampasan. Itulah ‘hadiah’  sebuah pengkhianatan.
Betapa benarlah pengkhianatan, tamak dan hasad dengki akan terus mewarnai kehidupan umat Melayu semenjak Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini, andai agama diinjak-injak oleh umat yang mengaku keislaman di lidah namun tidak di hati.
Alfatihah buat mereka. Semoga roh-roh mereka tenang di sana  dan dalam keredhaan Allah swt.
Sememangnya Melayu mudah lupa. Kita bagaimana?


Rujukan:


Selasa, 22 Oktober 2013

Pulau Carey atau Telok Gunjeng? Satu kajian hidrologi Geografi

Salam buat semua...Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi. Mohon maaf banyak-banyak buat teman-teman kerana agak sibuk menguruskan kehidupan seharian. Maklumlah, kerja den dah bertingkek-tingkek. Tapi pada kesempatan ini ada sesuatu yang special buat para pembaca. Agak surprising juga kerana ada kaitan dengan tanggapan kita selama ini. Mula-mula aku sendiri pun tak percaya, tapi setelah melayari internet dan berpuluh-puluh kajian ilmiah aku selak, maka mahu tak mahu terpaksalah aku  akur dengan this new findings. Memang tanggapan kita selama ini ada silapnya. Huh...tentu ramai pembaca tertanya-tanya apa hal mamat ini? cakap serupa orang gila, tak tentu hujung pangkal...apa cer,bhai,bro? Dah mabuk air ketum ngan overdosed pil kuda agaknya...Memang. Hanya satu garisan nipis yang membezakan cakap seorang professor dan cakap orang gila...Kah,kah,kah (untuk 160 juta kali).

Begini..kalau tuan-tuan baca title entri ini, tuan akan faham aku tengah bercerita tentang Pulau Carey. Betul. Pulau yang terletak sebelah Jugra itu, tak jauh dari Telok Panglima Garang tu. Pulau yang satu masa dulu dikenali sebagai Telok Gunjeng oleh penduduk Telok, Bandar, Kelanang dan sekitarnya. Persoalannya, yang mana satu betul, Telok ke Pulau? Sebelum bertambah pening, jom kita baca apa maksud telok dan Pulau dari sudut geografi:
Teluk adalah tubuh perairan yang menjorok ke daratan dan dihadkan oleh daratan pada ketiga sisinya. Oleh karena letaknya yang strategik, teluk banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. Teluk adalah kebalikan dari tanjung, dan biasanya keduanya dapat ditemui pada suatu garis pantai yang sama. Manakala Pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia.

Jadi kesimpulannya, memang  jauh berbeza antara pulau dan teluk. Jadi, kenapa dan bila daratan ini dipanggil Pulau Carey sedangkan sebelum ini dipanggil Telok Gunjeng sahaja? Sebenarnya istilah Pulau Carey itu sahaja pun telah menunjukkan pengaruh British ke atas kawasan tersebut yang bermula selepas campurtangan mereka ke atas Selangor bermula tahun 1874, iaitu selepas kejadian pembunuhan 4 orang pedagang berbangsa Cina dari Melaka oleh lanun-lanun yang berlindung dan dikatakan di bawah kawalan salah seorang putera diraja Selangor. Kejadian itu memang fakta tetapi ada konspirasi di sebaliknya untuk menghalalkan campurtangan tersebut. Tapi cerita tentang itu boleh tuan-tuan rujuk internet.

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar petengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).

 

Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu,(oh ya, memey ler tak dibuat....Hahaha), maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Akhirnya, bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu dan kemudian dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. Begitu juga sebaliknya. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu.
Pulau Carey: Pandangan dari Rumah Api, Bukit Jugra

Pulau Carey: Pandangan dari Jirat (Kubur)Cina di Bukit Jugra


Pelabuhan Jugra Lama

 Maka wujudlah Pulau Carey yang terpisah dengan Jugra oleh 'terusan Sungai Langat' ini. So, did you buy it? I mean the story behind the Making of Pulau Carey ini? Aku pun macam korang juga. Ini semua andaian ilmiah aku sahaja. Hanya kajian mendalam oleh unit hidrologi Jabatan Pemetaan sahaja yang dapat mengkompomkan cerita aku ini. At least kalau ada orang buat kajian nanti setelah baca entri ini, masukkanlah nama aku sebagai credit kajian diorang tu pasal aku yang mulakan havoc ni...hehehehe...Akhir kata dengan gambar-gambar ini, korang fikirlah sendiri....wasalam.

Khamis, 27 Jun 2013

Kisah Musim Durian di Telok

Salam anak perantau dari Seremban...Apo kobar sumo? Esey sihat-sihat jo, ekau sumo camno?
Oklah. Kali ini aku nak kongsi pengalaman hidup rakan sekampung aku...Ramlan bin Sulaiman...mungkin sebaya aku, mungkin juga seusia adik aku. Aku kenal benor dengan bapanya...Pakcik Leman...Duduk kat Alor Pak Datu kata orang kampung aku...tepi kubur ler bhai.Tapi dia bukan Tok Adi! Siapa tak kenal dia, sah..BUKAN Anak Telok! Maaf, aku tak pasti sama ada beliau masih hidup atau sebaliknya. Dulu, Ontu (Orang Tua) Leman ni memang terer pasal durian. Di  Telok dulu memang banyak dusun durian.,,,Dari Sungai Rambai sampai ler ke Batu 9 Kg. Medan dan Sijangkang...Durian, durian, durian. Pendek kata, kalau dah musim, berlambak-lambak durian, sampaikan kentut berak pun bau durian. Telok pusat durian. Duriannya kelas A..ramai orang cari durian kat Telok. Dalam hal durian jer, Telok dah melahirkan beratus-ratus peraih, penjual dan pencuri durian yang hebat-hebat belaka. Hahaha... Antara nama-nama yang hebat seperti Arwah Mat Jaman (rumah sebelah Masjid), Ontu Malik, Ontu Lias, Ontu Tambi (Batu 11), Ontu Rahman Pelat (Simpang). Kalau kat Telok pulak, Ontu Leman dan Keling Mata Buaya (Sori ler, nama aku tak tahu tapi yang pasti sebelah mata dia pakai mata batu..sure tak berkedip..pasal tu orang panggil Mata Buaya) Ini semua Otai-otai heavy weight !
Kalau kat Teloklah, penuh pondok-pondok durian tepi jalan sepanjang jalan menghala ke Banting...Kitorang tarak takut maa...sampai malam pun tak ada hal...misti habis punya! Terutamanya kalau hujung minggu... berbakul-bakul Ontu Malik raih, termasuk ler durian dari kebun pusaka atuk nenek aku yang enam ekar tu.Tak cukup atas pangkin depan, dia susun atas pangkin tempat dia duduk.Ontu Lias pulak kalau buah high class, dia letak kat dalam peti..untuk yakinkan pembeli, they've got the best deal in town. 

Aku pernah jugak belajar daripada diorang cara nak raih (beli) durian. Cara diorang ini agak unik pada orang sekarang, iaitu cara padan. Yang korang tahu beli pakai timbang kilo,kan? Korang mesti tertanya-tanya camne tu..hihihi..tunggulah aku minum kejap....penat aku bercakap tau!
Caranya mula-mula tentukan buah paling besar dalam longgokan durian yang hendak dibeli tu..Itu namanya buah kepala. Tentukan harga borong buah kepala tu..Biasa standard yang digunakan, kalau buah baka kampung, tak lebih RM8. Jadi kalau saiz yang kecil sedikit daripada buah kepala, biasanya padanannya 3:2, maknanya tiga biji buah tu harganya RM8 x 2= 16 hengget ler..Kalau kecik sikit, mungkin 2:1, atau  3:1 dan seterusnya..Korang (penjual) tak payah ler sibuk-sibuk nak padan-padankan...itu kerja diorang. Korang tengok jer...sure korang akan setuju dengan  tawaran harganya...good bargaining skills are needed when you're dealing with them. Aku tabik spring kat otai-otai ni...
Itu cerita peraih durian. Penjual pulak tak kurang hebatnya...macam-macam skil diorang bikin.Ada yang buat beli 5 free 1..atau  kalau ambil semua, free satu bakul durian tempoyak... tengok rentak pelanggan ler... Tapi antara banyak-banyak penjual tu, aku cukup respek marketing strategy sorang mamat ni..Dia ni sedara aku jugak.  Dia punya cara nak tawan pembeli sampaikan aku tengok kalau berhentilah kereta kat pangkin durian dia...9 out of 10, misti jadi! Hebat tak? Lagipun cara dia ni orang-orang lain masa tu tak gunakan. Dia jual pakai longgok, macam cara kat pasar malam sekarang...selonggok RM 20..Jadi, mahu tak mahu, orang terpaksa beli selonggok walaupun pada mulanya nak beli sebiji dua sahaja...Tak sampai petang, habis durian-durian dia. Petang tu dia pergi cari durian lagi untuk jualan sebelah malam pula. padahal orang lain masih tak laku-laku lagi durian pagi mereka. Memang ler hebat, banyak duit tapi habis bagi dekat tokan...beli ganja dan heroin. Kesian, kesian.
Aku pulak time musim durian..memey terasa macam anak orang kaya. Makan tengah hari tak pernah kat rumah..Restoran Selamat  kat pekan Telok itu ler port aku. Ambil lauk macam mamak tu abah aku pulak. Apa ada heran...duit banyak!  Camne tak banyak? Korang congak ler sendiri...Duit upah kutip durian dan tidur kat pondok + duit durian yang aku rembat dan jual sendiri (kebun atuk aku lah) + duit upah jual durian tepi jalan dan upah tunggu pangkin....Gua loaded, bro.

Pencuri durian kat Telok ini lagi hebat. Modus operandi diorang, pertama time hampir Subuh, lebih kurang pukul 4,5 pagi. Time tu kalau korang berjaga semalaman pun pasti lalok punya..Time tu pulak durian berdebuk-debuk gugur. Yang paling menyirap, bila durian yang kitorang dah kutip dan longgokkan di bawah pondok tu ler yang diorang rembat. Pokemon punya setan! Memey rezeki malaun tu ler.
Pernah pakcik aku terserempak dengan pencuri durian lebih kurang pukul 10 malam. Pakcik aku mengendap tunggu dalam pondok tanpa nyalaan pelita. Apabila pencuri tu hampir dengan kawasan pondok,pakcik aku suluh muka dia. Dia boleh buat muka selamba jer bila pakcik aku kata buat apa kat kebun malam-malam buta ni. Dia kata cari lembu dia.(memang ler bapak dia ada bela lembu kat sebelah kebun aku). Pernah sekali pencuri yang sama tertangkap dengan durian dalam guni. Dia boleh sound balik,   "kebun lu kebun gua jugak pasal atuk lu atuk gua, kita sedara,kan?"
Kalau korang tengok lampu picit yang dia pakai paling kecil mentolnya. Kalau tak perasan, kita ingatkan cahaya serangga kelip-kelip, halus sangat! Tapi guni tu dia leretkan atas rumput. Bila terkena durian pasti melekat, pastu baru dia masukkan dalam guni lagi satu. Kalau sekali operasi dapat 5,6 biji durian, bayangkan satu malam dua kali...paling bangsat pun boleh dapat RM50. Senang-senang jer!

Tapi yang pastinya, bila time musim durian, hilang sifat penakut aku pada malam dan kubur (kebun aku memang ada kubur-kubur lama). Bapak aku pulak buat pondok kat celah-celah batu nesan tu. Pelik juga ler..tak ada rasa gerun langsung! Mungkin tika itu wang berharga...Tapi kalau lepas musim durian, nak ke jamban belakang rumah pun mintak ditemankan. Hihihihi...Korang macam mana pulak?





Isnin, 24 Jun 2013

Bukti Kewujudan Landasan Keretapi Lama Kuala Selangor- Klang


Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera  buat semua kengkawan, tak kiralah kat mana korang berada. Cuaca malam ini cukup menenangkan, dengan bulan purnama berwarna jingga (oren ler). Pelik bukan? Semua ini gara-gara jerebu yang sedang asyik melanda. IPU di sekitar  sini, Senawang dan Seremban kira-kira 130 jer, tak sihat..tapi lebih baik daripada Muar 742, tahap Gaban.....kih,kih,kih....maksud aku dah teruk sangat dah..silap-silap isteri kat sebelah pun tak nampak! Itu baru Indon hantar jerebu, orang Malaysia dah gelabah biawak, belum turun tok bomoh ilmu hitam diorang lagi...Eh, apa aku dah melalut ini daaa...?

Kali ini aku nak bercerita tentang laluan yang ramai orang termasuk orang Klang pun tak tahu atau perasan. Cuba korang tengok peta kat bawah ini. Korang familiar kan dengan nama-nama tempat dalam peta tu?Aku nak korang teka...yang warna merah tu garisan apa kebenda?Yesss, tepat sekali ..garisan tu menunjukkan landasan keretapi di Selangor. Tapi pelik sikit, mana ada keretapi kat Kuala Selangor? Memey ler takde sekarang, tapi dulu memang ada..masa omputeh dulu. Dari Klang ke Kuala Selangor, panjang landasannya 29 1/2 batu (kira-kira 50 km). Kalau korang nak tahu rel keretapi kini dah lama tak ada,dah dicabut.
Laluannya dah diturap atau dibiarkan tanah merah jer. Yang ada kini cuma nama jalan rayanya, Jalan Keretapi Lama,,Korang nak tahu kat mana jalan ni? Cuba bawa kereta menghala ke Kapar tapi ikut jalan belakang Kilang Fung Keong...itulah Jalan Keretapi Lama. Jalan itu selari dengan Jalan Kapar (Laluan Persekutuan 5). Jalan itu bersambung terus ke Batu Empat, iaitu Kg. Perepat, Kg.Sementa, sampailah ke pekan Kapar (jalan belakang) Cuba korang cruising area yang aku cakapkan itu...sure korang setuju dengan aku...Jadi, untuk buktikan apa yang aku cakapkan tadi Fakta bukan Auta, maka aku terpanggil untuk selongkar internet bagi mencari kebenaran, agar semua orang akan angguk,angguk...geleng,geleng apa yang aku cakap ini. Hihihihi...
 Akhirnya, AKU DAH JUMPA! Bagi korang yang tak reti-reti speaking London tu, atau faham tapi TETAP nak pertahankan Kemelayuan korang, jadi aku translate ler ikut suka aku... 

A map of the old railway line which ran along the coast from Klang to Kuala Selangor, a total length of 29 and half miles. The miles from Klang are marked on the map.

(Peta lama jalan keretapi lama pesisir pantai dari Klang ke Kuala Selangor. Jarak keseluruhan 29 1/2 batu. Jarak dari Klang ditanda di dalam peta.)

            Tarikh                       Stesen Asal                             Stesen Destinasi          Jarak(Batu&Rantai)
1st February 1913         Connaught Bridge Jn             to        Kapar                                       11-62
1st June 1913                 Kapar                                    to        Jeram                                         7-63
1st September 1913       Jeram                                    to        Assam Jawa                               5-47
15th February 1914       Assam Jawa                          to        Kuala Selangor                          4-36


 Ini peta terkini Jalan Keretapi Lama



 Jalan Landasan
  Jambatan kecil depan masjid Bt 4 bersetentang Taman Klang Utama


The very faded old photographs of two bridges were found in the collection of George Dearie Russell and show their construction. The figure in white on top of the bridge on the right might be George. Both bridges are on the Klang to Kuala Selangor line.the bridge as being at Sg Puloh Batu 5, Kapar and for the information that the wheels on posts are the watergate to control the water level into sg puloh , the water coming from the sea (behind the cameraman). The other part of the bridge is under the big tree across the river. Batu 5 = 5th mile between Sg Putus Halt (4th mile) and Vallambrosa Halt (7th mile).

Dua gambar lama dua buah jambatan daripada koleksi  George Dearie Russel  yang menunjukkan kerja-kerja pembinaannya. George (bebaju putih) berdiri di atas jambatan tersebut.Kedua-dua jambatan terletak di laluan Klang- Kuala Selangor. Jambatan di Batu 5, Sg. Puloh, Kapar.Terdapat kunci air yang mengawal air dari laut. Sebahagian lagi jambatan ini sedang dalam pembinaan, iaitu di bawah pokok besar di seberang sungai tersebut. Batu 5 terleak di antara Hentian Sg. Putus (Batu 4) dan Hentian Vallambrosa di Batu 7.

Dulu
Kini


Pasir Tuntung Bridge, Assam Jawa, Selangor. Thanks to Khursaini A Fatah for identifying the bridge and to Abdul Rahim Mahmudin, Wan Mohd Faiz, Azizan Zulkifli, and Hafizi Azmal for permission to use their modern photographs of the two bridges
(Yang kat bawah ini pula gambar jambatan kat Pasir Tuntung, Assam Jawa, Selangor. Terima kasih ler buat bebudak Melayu yang tersebut tu kerana bagi izin pakai gambar-gambar moden kedua-dua jambatan  tu)

Dulu

 Kini

Nak tahu lagi? Bacalah kat sini.....

Ahad, 16 Jun 2013

Projek Homestay di sekitar Telok...Ada Berani?

Salam buat kengkawan, sedara mara dan pembaca blog ini. Terima kasih teman ucapkan kerana sudi bertandang ke blog Aku Budak Telok ini. Terharu juga apabila ramai yang mem'view' entri-entri dalam blog ini.Walaupun blog ini bersifat peribadi dan pengalaman aku ketika di Telok, mana tahu mungkin ada kengkawan yang berkongsi nasib, pengalaman, kenangan manis atau nostalgia yang sama kerana korang juga sememangnya anak Telok yang kini merantau di tempat orang, sama ada sementara atau menetap terus kat situ, macam aku. Itulah yang aku cuba imbaukan....Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darah dan daerah kita dibesarkan. Kepada teman-teman yang baru menjadi 'Orang Telok', tahniah kerana memilih kampung kami sebagai tempat korang menyemai bakti dan benih demi agama bangsa dan negara. Ramaikanlah umat di Telok, kerana sememangnya anak-anak Telok power-power belaka.HAHAHA...

Kali ini aku nak tulis pasal penduduk TPG yang semakin ramai. Aku dengar dari jiran-jiran dan sedara mara ketika aku balik hujung minggu (adalah sebulan sekali), sewa rumah kat Telok dah naik. Takde lagi sewa 2,3 ratus macam tahun 90-an, paling murah kat rumah kos rendah yang tak renovate pun RM 350 hingga 500 hengget. Itu baru rumah dua bilik, bhai...Kalau 3,4 bilik, mahu harga macam kat Shah Alam, bagai! Memey ler kos sara hidup meningkat, tapi harga sewa melampau-lampau  mahalnya! Gaji masih kat takuk lama juga. Tak mustahil nanti akan ada 2 kelamin sewa satu rumah..Baru ler haru biru..macam Indon kita. Dah tak kenal halal haram, aurat bini dan laki orang... Dah tiba masanya banyak perumahan dibina di Telok.

Tapi sementara menunggu semua itu berlaku, apa pasal orang-orang Telok sendiri yang ada rumah sendiri, tak kiralah rumah pusaka kampung ke, rumah taman ke,  tak ambil kesempatan untuk menambahkan pendapatan korang dan emak bapak korang yang masih ada di kampung tu? Tapi sebelum aku cerita lebih lanjut lagi, cuba korang fikir-fikirkan senario yang berlaku di Telok. Emak bapak korang yang masih setia menunggu rumah pusaka tradisional (papan atau sekerat batu) itu, sebenarnya tak nak duduk dengan korang di bandar. Bukan kerana benci atau apa, mereka cuma tak nak ganggu kehidupan korang laki bini anak beranak. Lagipun diorang masih sihat walaupun sekali sekala demam dan batuk. Hormatilah pendirian diorang! Jadi rumah pusaka yang besar itu, ada baiknya kalau dibuat homestay atau inap desa. Senang cerita...sewakan bilik-bilik kosong (sementara tunggu korang balik masa raya atau cuti panjang) kepada orang luar atau pelancong untuk sehari dua. Dapat juga tambah pendapatan selain duit yang korang hantar setiap bulan tu (kalau adalah).

Korang bayangkan kalau ada 3 bilik, sewakan satu bilik RM50 sehari...dah tentu emak bapak korang dapat RM 150 SEHARI. Kalau dua hari, (biasanya hujung minggu)? Kalau 4 minggu sebulan? 51 minggu setahun (tolak seminggu time korang ramai-ramai balik raya)?, Lu fikirlah sendiri! Lebih 'loaded'  duit orang tua tu daripada duit yang korang kirimkan sebulan sekali tu...
 Modalnya bukan apalah sangat, korang 'upgrade'kanlah sikit bilik-bilik tidur tu..beli katil baru, tilam baru, cat dinding kaler baru DAN jangan lupa renovate bilik air dan jamban tradisional korang...Yang nak  tumpang duduk tu pelancong, tak kiralah tempatan atau mat saleh...mereka geli kalau bilik air berlumut dan jamban macam tandas awam..Utamakan pelanggan, utamakan kebersihan...Lagipun mereka pelanggan BERBAYAR.

A. Zahir mesti bersih (bilik tidur,bilik Air,keseluruhan dalaman rumah dan luar serta persekitaran rumah,
kumbahan,bau bersih,bau Cadar, selimut,bauan bilik,bau cawan, gelas etc.
B. Diri pulak (selamat,tenteram dan bersefahaman,layanan dan kemesraan,makanan bersesuaian)


Rumah kampung


Lagi satu, program homestay ini boleh melibatkan rumah-rumah yang korang beli tapi tak duduk, sewakanlah! Tapi...jangan sewakan bulanan macam orang lain buat.. korang sewakan ikut hari.
Satu rumah tiga bilik(lengkap dengan perabut) kalau kat Seremban ini, kira-kira RM 160 sehari, kalau dua hari (Satu dan Ahad)? Kalau 4 minggu sebulan? 51 minggu setahun (tolak seminggu time korang ramai-ramai balik raya)?, Sekali lagi, Lu fikirlah sendiri! Tahu-tahu hutang bank rumah itu pun boleh langsai cepat (kalau korang tak ambil langsung duit sewa tu). Aku konfiden, kalau Teloklah, sure ada pelanggan punya! Pertama anak -anak Telok (termasuk korang)yang balik jenguk orang tua tapi rumah pusaka kocik bonar! Sure tak selesa kalau tidur berhimpit-himpit, bentang toto kat ruang tamu, bercampur pulak ipar duai..maka terdedahlah aurat.Tak Islamik langsung!
Apa ada hal keluarkan RM160 untuk family korang tidur selesa, mandi pun selesa, ada kipas dan aircon lagi!
Kalau tak cukup bajet, kongsi dua keluarga, RM80 sorang. Budak-budak pompuan satu bilik, korang laki bini satu bilik seorang, bebudak jantan bentang tilam span (disediakan) kat ruang tamu.


Rumah Teres










Aku? Korang tanya apa projek aku? Aku  yang beri idea ini mestilah ada projek aku sendiri. Takkan lah cakap tak serupa bikin. Tapi aku put on hold dulu sebab projek aku ini selepas aku pencen nanti, lebih kurang 6,7 tahun lagi. Nak dengar tak apa aku nak buat? Lepas jer dapat duit pampasan pencen (aku ni kerja gomen), aku nak laburkan sebahagian duit itu buat dua unit rumah batu (4 bilik) kat tanah pusaka bahagian aku.
Bukan untuk diduduk, tapi dijadikan homestay. Rumah pertama untuk family sewa, rumah kedua pulak aku buat guest house, sewa bilik ada, sewa katil pun ada (woi... korang jangan salah faham, ini bukan lorong Haji Taib tau!) maksud aku.... aku jadikan asrama ( katil double deck). Lagi bertambah pendapatan aku, tak termasuk duit pencen yang aku terima bulan-bulan.

 Bukan itu sahaja, aku nak buat bisnis tour group aku sendiri. Aku beli van baru yang besar dan selesa dan bawa pelancong yang menginap kat homestay aku ke tempat sakai Mah Meri di Pulau Carey, istana lama di Jugra, tengok jawa buat kerepek di Sungai Lang, KLIA dan Port Dickson (pakej 1). Pakej 2 pulak lawatan ke Klang, Kuala Selangor, Shah Alam dan KL (tempat menarik dan bersejarah ler). Pakej penginapan dan lawatan ini dah termasuk dalam bayaran prepaid diorang.(pakai credit card tu, brader!)
Dekat mana aku nak cari pelancong-pelancong ini? Internet ler, bhai! buat laman web dan tempahan sekali. Lagi satu, aku gunakan networking aku dengan Kementerian Pelancongan. Sure ada orang maa...
Pendek kata akulah towkay, akulah pencacai angkat beg, aku ler penyambut tetamu, aku juga kuli dan pemandu dan tourist guide...semuanya aku ...OMS..One Man Show a.k.a The Lone Ranger.

 Apa macam,geng, ada berani??

Rabu, 12 Jun 2013

Mari Kenali Sejarah TPG: Telok, Kampung Medan, Sijangkang, Pulau Carey dan Jenjarom

Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris
(warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua..
Sebut pasal warigh, teringat aku lagu rapper Negeri Sembilan tu...
 (Aku tukar sikit liriknya)

                                    Melayu Telok..where you at?
                                    Jawa Sijangkang...where you at?,
                                    Melayu/ Jawa  Kg. Medan...where you at?,
                                    Jawa Kebun Baharu...where you at?
                                    Jawa Jenjarom...Where you at?
                                    Sakai Telok Gonjeng...where you at?
                                    Semua ada berapa?
                                    Beribu-ribu. (Hahaha...Amekkau!)

Sebut pasal Telok Panglima Garang, sebenarnya kita bercakap pasal
 kampung dan mukim menggunakan nama yang sama. Mukim Telok ini
terletak dalam daerah Kuala Langat. Di dalamnya ada banyak kampung
 tradisional, kampung baru dan taman-taman perumahan yang sedang
rancak naik macam cendawan lepas hujan. Aku sengaja masukkan
 dalam entri ini sejarah kg. Jenjarom.Walaupun Jenjarom berada dalam
 mukim yang lain ( Mukim Tanjong Dua Belas), namun hubungan erat
penduduk telah terjalin sejak sekian lama. Dulu klinik kerajaan, dewan
orang ramai, ,balai polis, pejabat pos hanya ada di Sg. Jarom.
Jadi, Jenjarom penting bagi orang-orang di Telok.

 Korang tengok jer peta di bawah ni, korang akan get the picture,
 kata cikgu omputeh aku dulu.

 Jadi, hari ini, aku nak bawa tuan-tuan, puan-puan, adik kakak ke mukim kami
 yang tercinta ini. Bukan citer pasal lanskapnya, tapi sejarah gemilangnya.
 Semoga anak-anak dapat belajar asal usul tempat tumpah
darah datuk nenek , ayah emak kamu sekalian. Begini ceritanya.....

Kampung Telok Panglima Garang
Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil
 dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.
 Disebabkan kedudukannya yang strategik, ramai pedagang-pedagang Aceh
 datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan
 tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.
Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli
 tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu
untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi
 pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri
 ke Bukit Tampoi di Dengkil. Di sepanjang perjalanan Orang Asli
 yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah
 berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

“JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG”

Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli di Bukit Tampoi,
Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa mereka berasal dari Telok
dan menetap di sini setelah dihalau oleh pedagang Aceh yang
amat handal dan garang. Begitulah asal-usul nama
 Kampung Telok Panglima Garang manakala
 lambang harimau diambil di atas keberanian dan sifat pedagang Aceh

Kampung Medan
Kampung Medan telah ditubuhkan sekitar tahun 1885 oleh sekumpulan
 orang – orang Melayu  yang  berasal dari Kampung Bandar, Kuala Langat.
 Pada tahun 1905, dikatakan terdapat seramai 40 orang yang mendiami kampung ini
dengan kehidupan secara tradisi, bermasyarakat dan berdikari. Pada ketika itu
 pertanian merupakan aktiviti ekonomi utama para penduduk.
Pada tahun 1921, kampung ini dikenali dengan nama Batu 9 Sijangkang.
 Penduduknya ketika itu dianggarkan hanya seramai seratus orang dengan
 25 buah rumah sahaja.
Pada tahun 1951, penduduk kampung ini mendesak mahukan seorang Ketua Kampung
 yang berasingan dari Kampung Sijangkang. Dengan itu pada tahun 1953, seorang
Ketua Kampung yang pertama telah dilantik di kampung ini. Beliau ialah
Tuan Haji Ismail Bin Malik.

Nama kampung ini turut berubah pada tahun 1957 dengan nama barunya
 iaitu KAMPUNG MEDAN. Medan mengikut  membawa erti kawasan, padang,
 gelanggang, alun-alun, arena, lingkungan, lapangan. dunia atau kancah.Terdapat juga mitos yang menceritakan bagaimana nama Kampung Medan
 boleh tercipta dari mulut orang – orang tua. Kononnya Kampung Medan ini
 merupakan medan pertempuran antara seorang Panglima dengan seekor harimau.
 Bertitik tolak dari peristiwa itulah nama Kampung Medan tercipta.
 Namun begitu kisah itu hanyalah sebuah mitos yang tidak dapat dipastikan
 kesahihannya.Selepas nama Kampung Medan digunakan sehingga kini
nama itu masih dikekalkan. Pada tahun 1974, kawasan Kampung Medan
 telah diwartakan dengan keluasan 2,300 ekar dengan penduduknya pada
 ketika itu seramai 2,188 orang.

Kampung Sijangkang
Kampung Sijangkang merupakan salah satu kampung yang terletak
 di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Kampung Sijangkang
 terletak lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat.
Pusatnya pekan Sijangkang.Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok
 yang menyamai pokok getah. Ia adalah sejenis pokok hutan yang
 menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri.
 Nama pokok itu adalah pokok Jangkang. Pokok ini terdapat di
 sebahagian tempat di Indonesia.
Masih berkaitan dengan pendapat pertama juga. Pokok Jangkang itu mati
 di sebuah anak sungai yang kemudiannya diberi nama sungai Jangkang
 iaitu anak Sungai Langat. Dalam bahasa Cina, mati disebut ‘si’.
 Maka timbul nama ‘Si Jangkang’ yang akhirnya bertukar menjadi ‘SIJANGKANG’.
Adalah dianggarkan kampung ini mula dibuka dalam lingkungan tahun 1907.
 ia diteroka dari arah Sungai Jangkang. Sebahagian dari penduduk kampung
 ini adalah berasal dari Indonesia iaitu Pulau Jawa, manakala yang
 lainnya berasal dari kampung-kampung lain yang lebih lama dibuka
 seperti Kampung Beting Tengah dan Kampung Pendamar.
 Mereka mendarat dari Sungai Jangkang dari pengkalan-pengkalan kecil
 yang terdapat di tepi sungai. Ini bermakna kampung Benting Tengah
 dan Kampung Pendamar adalah lebih tua dari Kampung Sijangkang.

Tanah perkuburan yang pertama terletak hampir dengan sungai dan
 ketika ini dipercayai sudah terhakis oleh air sungai tersebut. Wakaf perkuburan
 yang ada sekarang asalnya adalah tapak masjid lama
dan Sekolah Melayu lama (dibuka pada tahun 1911).Pada masa dulu tanah dari
 tepi sungai hingga ke perkuburan sekarang adalah di bawah Geran Bebas
 (Geran Putih) iaitu boleh dibeli oleh orang asing. Peneroka Kampung Sijangkang
 yang awal menjualnya kepada orang Cina untuk menambah pembiayaan
 menunaikan fardhu haji. Sebab itulah hingga sekarang, orang Cina
 masih mempunyai kebun di situ. Bagaimanapun dalam lingkungan tahun 1925,
 ada beberapa sekatan dan pindaan kanun tanah dari Geran Putih ke Geran Merah.

Pada tahun 1930-an, kemudahan asas iaitu jalan raya mula dibina
menghubungkan satu tempat ke satu tempat. Pekan (kedai-kedai termasuk pasar)
 Kampung Sijangkang yang awal adalah terletak di Batu 8
 (jaraknya 8 batu dari Klang = 12.8 km). Kemudian selepas zaman darurat,
 selepas orang-orang Cina dipindahkan ke kampung-kampung baru,
 Pekan Kampung Sijangkang dipindahkan ke Batu 1.
Tanaman hasil utama di Kampung Sijangkang ketika itu ialah getah dan kopi.

Pulau Carey
Pulau Carey merupakan sebuah pulau yang terletak di dalam negeri Selangor,
 Malaysia. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting.
 Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar
 terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal
ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini
hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat
 diantara keduanya. Pulau Carey mendapat nama dari seorang pegawai British
 yang juga merupakan pengusaha ladang kopi dan getah bernama Valentine Carey,
 beliau dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang
 telah digunakan melebihi 100 tahun. Pulau Carey juga pernah dikenali dengan
 nama seperti Pulau Bangsar dan Telok Gonjeng.

Pulau Carey cukup sinonim dengan kewujudan penempatan awal
 masyarakat Orang Asli, Mah Meri yang terkenal di Malaysia.
 Mah Meri merupakan salah satu dari 18 buah puak Orang Asli
 yang wujud di Malaysia. Jarak Pulau Carey dengan bandaraya Kuala Lumpur
ialah sekitar 50 kilometer. Di sini terdapat enam buah penempatan
 masyarakat Mahmeri iaitu di Kampung Sungai Judah, Kampung Bumbun,
Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Jugra
 dan Kampung Sungai Kurau (Shaiful Bahri Md. Radzi, 2002a).
Komuniti Mah Meri di sini cukup ramai bilangannya mencapai 1400 orang,
 yang terkenal dalam aktiviti pembuatan boneka kayu dan topeng.

Kampung Jenjarom
Menurut catatan sejarah, Kampung Jenjarom mula diterokai oleh
 sekumpulan orang Melayu pada tahun 1926 bersamaan 1346 Hijrah
 dalam Kalendar Islam. Kumpulan peneroka kebun ini diketuai oleh
Tuan Haji Masrek Haji Narang yang juga berketurunan Banjar.
 Pada asalnya, tanah di Kampung Jenjarom hanya diusahakan
 sebagai kawasan perkebunan. Antara tanaman yang mereka usahakan
 ialah nanas, pisang, ubi kayu dan banyak lagi. Setelah selesai berkebun,
kumpulan peneroka ini akan pulang ke rumah masing-masing yang
 terletak berhampiran Kampung Jenjarom seperti di Sungai Jarom,
 Sungai Buaya dan Kampung Sijangkang.

Jenjarom dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Sungai Jarom
 dan Kampung Jenjarom. Nama Kampung Jenjarom berasal dari sejenis
 tumbuhan yang dikenali sebagai Rumput Purun. Pada masa dahulu,
 rumput ini banyak tumbuh di sekitar kawasan Kampung Jenjarom.
Bentuknya yang tirus, tajam dan tersusun seperti jarum memberi ilham
 kepada peneroka kampung untuk menamakan kampung ini sebagai
 Kampung Jenjarom.

Ia dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu, bermula dari
 Kawasan Satu hingga Kawasan 12. Setiap kawasan ditandakan
dengan sebuah papan tanda.




Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...