Isnin, 30 Mei 2011

Masalah teksi kat Telok

Pengguna gesa tambah teksi 


TELOK PANGLIMA GARANG - Penduduk di sekitar Pekan Telok Panglima Garang meminta pihak yang bertanggungjawab supaya menaik taraf perkhidmatan teksi di pekan berkenaan untuk kemudahan pengguna.
 

Penduduk, Noraini Rahmad berkata, pelbagai kemudahan baru perlu diwujudkan seperti perhentian teksi kedua, kemudahan medan selera, pusat rekreasi dan sebagainya sebagai langkah mewujudkan sebuah pembangunan yang pelbagai. 

Menurutnya, orang awam yang menggunakan perkhidmatan teksi terpaksa menunggu lama akibat kekurangan jumlah pengangkutan awam terbabit yang disediakan di sini. 

“Sekiranya pengguna mahu mendapatkan perkhidmatan teksi yang cepat, mereka terpaksa menunggu teksi di Perhentian Teksi di Pekan Banting. 

“Dalam pada itu, perkhidmatan teksi di pekan ini sememangnya penting kerana ia adalah pengangkutan alternatif penduduk selain bas,” katanya kepada Sinar Harian. 

Noraini berkata, sebagai penduduk yang menggunakan perkhidmatan teksi, kita mengharapkan pusat tumpuan teksi diwujudkan di kawasan berkenaan supaya memberi keselesaan kepada penduduk lebih-lebih lagi pekan berkenaan berhampiran dengan Daerah Klang. 

Menurutnya, kebanyakan penduduk bekerja di Klang dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam. 

Pelajar swasta, Rashidah Ali, 19, berkata, dia terpaksa keluar awal pagi semata-mata ingin mendapatkan perkhidmatan teksi di kawasan berkenaan untuk ke sekolah swasta di Klang. 

Menurutnya, sekiranya dia mendapatkan perkhidmatan bas, bas berkenaan hanya berhenti di Perhentian Bas Klang dan tidak dapat menghantarnya terus ke sekolah. 

“Selain itu, sebagai penduduk kita mahukan pelbagai kemudahan baru diwujudkan di kawasan berkenaan kerana Telok Panglima Garang kini menjadi kawasan perindustrian yang sentiasa sibuk. 

“Oleh itu pihak yang bertanggungjawab perlu memandang serius perkara ini walaupun pekan berkenaan bukanlah pekan utama daerah Kuala Langat,” katanya. 

Tinjauan Sinar Harian ke Pekan Telok Panglima Garang baru-baru ini mendapati pekan tersebut sentiasa sibuk pada awal pagi dan waktu malam akibat penduduk keluar dan pulang bekerja di kawasan berhampiran. 

Kerosakan pagar jejantas depan SMKTPG









masalah parkir di Pekan TPG

|

21hb Ogos, 2010

Perkara ini telah diperjelaskan kepada JKR dan Polis atas kepentingan ruang parkir ini. Kemerosotan pendapatan peniaga-peniaga dan pembayaran saman yang dikeluarkan kepada pengunjung premis perniagaan yang ada di situ termasuk sebuah klinik kesihatan!!!

Sinar Harian 22/08/2010.

Bagus ler sekarang!





Kalau dulu bepuluh-puluh surat dan aduan dihantar takde tindakan, tapi kini....selesai.

TLDM kat Telok?

NEGARA

Tawar bina kapal kepada NGV Tech




KAPAL yang dinamakan sebagai Safir Kish 3 dilancarkan Najib di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

KUALA LANGAT - Kerajaan mempertimbangkan untuk menawarkan kontrak pembinaan kapal-kapal baru Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan agensi maritim lain kepada syarikat pembuatan kapal tempatan, NGV Tech Sdn. Bhd. (NGV Tech).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peluang itu diberikan atas keupayaan tinggi NGV Tech membina dan menjual pelbagai jenis kapal sehingga berjaya bersaing di peringkat antarabangsa dengan nilai kontrak berbilion-bilion ringgit.
"Semoga dengan keputusan yang sedang diteliti ini boleh dijadikan sebagai satu lagi rekod cemerlang yang boleh dipaparkan kepada syarikat-syarikat dan kerajaan asing untuk memberi kontrak yang lebih besar kepada NGV Tech," katanya.

Korang ingat lagi tak basikal Chopper?

Sebahagian daripada foto basikal Chooper yang popular pada awal tahun 70an. Basikal jenis ini sangat diminati oleh kanak-kanak. Konsepnya hampir sama dengan motosikal Chooper yang mempunyai handel gapit yang tinggi. Terdapat pelbagai jenama, tetapi yang paling terkenal adalah jenama Raleigh. Maklumat lanjut diterangkan di bahagian akhir artikel ini.
Sebahagian Chooper yang dipamerkan
Sebahagian Chooper yang dipamerkan
Asas 065
Asas 064
Tiga Chooper
Tiga Chooper
Himpunan Basikal Chooper
Himpunan Basikal Chooper
Berdasarkan rekod terdapat tiga (3) kategori basikal Chooper jenama Raleigh mengikut tahun keluaran
Mark 1 drawing
Mark I (1970 – 1972)

 Rangka bahagian belakang lurus dan bercantum dengan hub belakang.
• Handel basikal gapit, boleh dilaraskan
• Tempat duduk panjang
• Tompol gear bundar

Mark 2 drawing
Mark II (1972 – 1982)
• Rangka bahagian belakang terbuka pada bahagian bawah.
• Handel basikal tetap
• Tempat duduk pendek
• Tompol gear T-Shift
• Rak di bahagian belakang
Mark 2 - 5spd drawing
Mark II 5-Speed (1973 – 1976)• Mempunyai gear Derailleur 5-kelajuan
• Gear Berbeza Ganjak (2 Levers)
[Sumber artikel berkaitan : http://homepage.ntlworld.com]

Jenayah di Telok

Lagi kes seleweng diesel subsidi


OTHMAN (kiri) bersama pegawainya menunjukkan tangki-tangki yang berisi diesel subsidi yang dipercayai diseleweng di Kuala Langat semalam.


KUALA LANGAT - Selepas kejayaan membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi Persatuan Nelayan Teluk Intan, Perak di Kawasan Perindustrian Bandar Bukit Puchong di sini Ahad lalu, Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekali lagi berjaya menyekat aktiviti serupa semalam.
Kali ini, serbuan yang dijalankan KPDNKK Cawangan Sepang berjaya menahan seorang pemborong diesel industri yang menyeleweng diesel subsidi sebanyak 69,000 liter bernilai RM128,000.
Turut serta dalam serbuan pada pukul 11.30 pagi ke atas premis di Batu 10, Kampung Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, di sini itu ialah empat anggota Teras Kimia bagi menjalankan ujian penandaan minyak diesel bersubsidi.
Ketua Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Othman Nawang berkata, siasatan awal terhadap pemilik premis yang berusia 40-an itu mendapati dia mempunyai lesen sebagai pemborong diesel industri yang sah bagi mengendalikan diesel industri tetapi bukan diesel bersubsidi.
"Premis milik pemborong ini sudah lima tahun beroperasi di sini manakala lokasi lamanya di Pandamaran, Klang sejak 1965.
"Hasil pemeriksaan, kita menemui empat tangki yang mengandungi 69,000 liter diesel dan ujian kimia mendapati ia positif diesel bersubsidi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Orang Asli Pulau Carey

Kebudayaan Orang Asli Di Pulau Carey (Kaum Mah Meri)
Pulau Carey yang terletak di selatan Pelabuhan Klang, merupakan penempatan kepada komuniti kaum Mah Meri (disebut Mak Miri). Walaupun terdedah kepada arus perkembangan semasa, suku kaum Mah Meri ini masih mengamalkan cara hidup dan budaya kaum orang asli Mah Meri. Selain daripada persembahan muzik dan tarian tradisi mereka, kaum Mah Meri juga terkenal dengan ukiran kayu daripada sejenis kayu yang dinamakan kayu ‘Nyireh’.
Cara yang terbaik untuk tiba di Pulau Carey adalah perjalanan menaiki kereta. Dari North Klang Valley Expressway terus menuju ke Klang. Sebaik sahaja sampai ke penamat lebuhraya, belok ke kanan di persimpangan berlampu isyarat berhampiran Jaya Jusco, Bukit Raja. Teruskan perjalanan melalui Bandar Klang sehingga tiba di flyover dan menyeberangi sungai. Jalan di sebelah kiri menghala ke Jalan Klang Banting. Jalan ini akan membawa anda sehingga sampai roundabout 3 simpang dan terus menuju ke Pulau Carey.
kampung sg lang  

kampung sg lang


kampung sg lang

Jom Melancong Pulau Carey

image print mail image
Hatters Castle, Carey Island
The Hatters Castle building was once resided by the Manager of the Palm Oil Estate around the 18th century. The building was built a long time ago and had an English architecture. Today, it is open to V.I.P. guests of the Golden Hope Sdn. Bhd company.
Hatters Castle
 
Hatters Castle Pulau Carey
Bookmark and Share 

Kenangan Manis di TPG sekitar 1970-1980an

Salam buat semua. Kali ini aku kirimkan korang gambar-gambar lama simpanan kawan aku Hamzah Radzi di Telok dan juga simpanan keluarga aku sendiri. Setiap gambar membawa seribu erti. Korang perhatikan dengan teliti setiap gambar. Ramai di antara warga-warga Telok ini kini sudah meninggal dunia. Alfatihah buat  roh-roh mereka.  Ada di antara mereka yang mungkin kita kenali secara peribadi. Bandingkan wajah dan perwatakan mereka termasuk latar belakang tempat sekitar Telok masa itu. Jangan lupa amati cara  mereka berpakaian dan bersosial. Akhir kata, pleasant viewing. Wasalam.
 
Team veteran Bola sepak Telok





AJK Masjid Telok
AJK Masjid Telok Sekitar 1987
Makan dalam talam di Masjid Telok
Reka bentuk Masjid sekitar 1980an

Program Keagamaan di Masjid Telok
Kenduri Kahwin Keluarga aku sekitar 1980
Rumah pusaka moyang aku di Telok sekitar akhir1970an
Moyang perempuanku...c. 1960an

Datukku...1950an

Datukku...1970an


Anak sapalah ni..memalukan !

DUNGUN - Hubungan sulit pasangan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan yang menjadikan se-buah rumah teres sebagai lokasi berasmara mengundang padah.

Ini sebab, tempat persembunyian mereka di kawasan kediaman penduduk diserbu pihak Penguat kuasa Jabatan Agama Daerah.

Perbuatan sumbang itu terbongkar apabila serbuan dilakukan kira-kira jam 1.20 pagi di rumah bernombor PT 7098 Taman Rakyat Jaya, Gong Pasir Dungun itu membawa kepada penahanan sepasang kekasih berumur 19 tahun yang masih menuntut di IPTA tempatan.

Berikutan itu, pasangan terbabit, Zaki Arif Ahamad, 19 dan pasangannya, Puteri Noor Faten Aroha Ibrahim @ Othman, 19, didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Dungun mengikut Seksyen 31 (a) dan ( Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut sebahagian ringkasan kes, kertas pertuduhan yang dibaca Pendakwa Raya Syarie, Azmi Tengah dalam prosiding perbicaraan yang berlangsung pagi semalam, ketika serbuan dilakukan, pintu utama tertutup dan berkunci manakala tingkap tertutup rapat.

Sebaik salam diberikan anggota penguat kuasa, pintu rumah kemudiannya dibuka seorang perempuan (tertuduh perempuan), keadaan dalam rumah ketika itu gelap sebelum anggota penguat kuasa mengarahkan tertuduh membuka lampu.

Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati, seorang lelaki (tertuduh lelaki) sedang berbaring di bawah tilam dalam sebuah bilik nombor satu.

Hasil siasatan, pasangan terbabit yang ketika itu difahamkan masih lagi belajar di pusat pengajian tinggi didapati tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Selepas mendengar hujah yang dikemukakan Pendakwa raya yang mengambil kira pengakuan dan rayuan yang dibuat kedua-dua tertuduh, Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah akhirnya menjatuhkan hukuman denda RM2,300 atau dua bulan penjara kepada pasangan terbabit.

Kedua-dua tertuduh, Zaki Ariff dari Telok Panglima Garang, Selangor dan pasangannya, Puteri Noor Faten Farah Aroha dari Setiu, Terengganu, masing-masing yang tidak diwakili peguam akhirnya memilih untuk membayar denda untuk membolehkan mereka dibebaskan oleh mahkamah.

Adeyy...porrah!

MAHKAMAH

Pekerja Kilang Mengaku Tidak Bersalah Tipu Pengurus Syarikat Besi Buruk
SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan cuba menipu seorang pengurus syarikat RM7,000 berhubung penawaran tender besi buruk, tiga tahun lalu.
J. Krishna Murti, 30, dari Pulau Carey, dekat sini, dituduh cuba memperdaya K. Thayalan, Pengurus Syarikat Sri Muda Metals Sdn Bhd, sehingga mempercayai bahawa syarikat itu mendapat tender daripada syarikat perladangan, Golden Hope.
Tertuduh didakwa meminta pengurus itu membayar RM7,000 untuk mendapatkan surat kelulusan tender sedangkan Golden Hope tidak memberi sebarang tender kepada syarikat besi buruk itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Kentucky Fried Chicken di Teluk Panglima Garang, dekat sini, pada pukul 6.10 petang, 6 Feb, 2007.
Krishna, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - BERNAMA

Cina Telok Kantoi!


SHAH ALAM: Seorang bekas penjual tong gas dipenjara sehari dan denda
 RM19,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku
salah atas tuduhan pilihan rasuah membabitkan hampir RM10,000 kepada
pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), di Kuala Langat, dekat sini, akhir tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh yang menjatuhkan hukuman itu terhadap
 Eu Wee Siang, 27, dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula semalam
. Mengikut pertuduhan pilihan itu, Eu didakwa secara rasuah memberi RM9,950
 kepada pegawai KPDNKK, Nazrul Hisham Hamudi Ismail sebagai dorongan
 melepaskannya daripada tindakan undang-undang kerana menjual gas tanpa
 lesen. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis, Wee Siang Trading,
Jalan Klang Banting, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, kira-kira jam
 1.25 tengah hari, 30 Disember 2009.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan
 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda
atau kedua-duanya sekali. Sebelum ini, dia didakwa mengikut pertuduhan asal
 mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
 (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama. Ia memperuntukkan
 hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda
 nilai suapan atau denda RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi,
jika sabit kesalahan. Terdahulu, peguam bela mewakili Eu, Nurul Aeir
 S Muhammad Harvian Kamar, memohon hukuman ringan kerana anak
 guamnya sudah kehilangan punca pendapatan kerana kilang tempatnya
bekerja sudah ditutup.

Beliau berkata, ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan lelaki itu sudah
menyesal atas perbuatannya. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari SPRM,
Hung Heng Hong, memohon hukuman setimpal kerana tertuduh tidak memikirkan
kesan dan akibat ketika melakukan kesalahan itu. Berdasarkan fakta kes,
Eu ditahan dalam satu operasi bersepadu antara SPRM, Ikatan Relawan Rakyat (Rela)
 dan KPDNKK selepas didapati menjalankan perniagaan menjual tong gas tanpa lesen sah.

Peniaga itu yang panik cuba menawarkan rasuah RM10,000 terhadap pegawai
 kementerian dan dinasihati oleh kakitangan SPRM supaya tidak berbuat demikian
 kerana dia boleh berdepan dengan dakwaan rasuah.

Jepun di Tanah Melayu....The Untold Story

Salam buat semua. Salam Zulkaedah. Semoga korang semua dalam keadaan sihat walafiat serta berbahagia di samping keluarga tercinta. Hari ini ...