Selasa, 22 Mac 2022

Legasi Syed Mashor di Hulu Selangor

Salam buat semua pembaca blog Atok ini. Kisah perjuangan Syed Mashor kini telah hampir ke kemuncaknya. Biasanya, dalam mana-mana penceritaan, baik di TV mahupun dalam wayang gambar atau drama termasuk sinetron, penonton atau pembaca tidak sabar-sabar untuk mengetahui klimaks dan kesudahan ceritanya. Begitulah realiti kehidupan ini. Bukan permulaan tetapi pengakhiran kita yang menentukan nasib kita di dunia mahupun diakhirat. So, tanpa banyak basa basi, Atok teruskan. Begini kisahnya.....

Keberadaannya di Perak telah membuatkan dia berfikir panjang tentang masa depan hidup dan perjuangannya. Perjuangannya di Selangor sebelum itu mengajarnya erti kesetiaan. Ketaatan dan kesetiaannya kepada kerabat diraja Selangor dipandang sepi kerana mereka akur kepada kekuasaan dan kekuatan Inggeris, setelah dijanjikan pelbagai habuan politik. 

Pergolakan politik dan perebutan kuasa dalam kalangan kerabat dan pembesar di Istana Perak juga pasti memberi kesan yang sama kepadanya. Bukan kerana dia tidak setia kepada raja atau sultan, tetapi merekalah yang tidak tahu menghargai ketaatannya. Betapa dia berjaya menyatukan kaum Iban, Melanau, Melayu dan Bidayuh di Sarawak menentang penjajah, tetapi di Selangor, Perak, dan Pahang dia seakan tidak mampu mengubah takdir. Mana mungkin dia bersendirian menentang Inggeris sedangkan pembesar dan kerabat diraja setempat berkelahi merebut kekuasaan dan takhta. Umurnya semakin lanjut seperti rakan seperjuangannya, Raja Asal. Maka, Syed Mashor membuat keputusan untuk bukan sahaja terus bersikap berkecuali tetapi terpaksa mengambil peluang dan ruang demi diri dan keluarganya.

Selepas Perak Enquiry, Syed Mashor telah menghilangkan diri daripada dunia politik di Perak. Pada tahun 1883, Syed Mashor kembali semula ke Selangor. Beliau kemudiannya berjaya berhubung semula dengan Baginda Sultan Selangor, menumpahkan taat setia beliau kepada baginda dan meyakinkan kepercayaan baginda sultan terhadapnya. Beliau menceritakan kesusahan yang dialaminya kepada Baginda Sultan. Baginda setuju memberi pengampunan kepada beliau dan pada 26 Mac 1883, Sultan Abdul Samad memperkenankan Syed Mashor berkhidmat di Selangor. Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah mengutus surat kepada Frank Swettenham, Residen Inggeris di Selangor memperkenankan supaya ditawarkan pekerjaan dan elaun kepada Syed Mashor untuk berkhidmat di Negeri Selangor. Hasil dari permintaan Baginda Sultan, Syed Mashor telah ditawarkan dan dilantik menjadi Penghulu Ulu Kerling pada 12 Disember 1883.  

Kelihatan Syed Mashor (no.3 berdiri dari kanan)bergambar bersama-sama
 Almarhum Sultan Abdul Samad dan para pembesar Istana Selangor

PERWATAKAN SEBENAR SYED MASHOR



Sungguh, beliau dikagumi kawan dan lawan. Syed Mashor telah menunjukkan kebolehannya semasa berkhidmat sebagai Penghulu Ulu Kerling.  Dengan kuasa terhad sebagai Penghulu, beliau berjaya memimpin mukim Ulu Kerling dengan jayanya, makmur dan aman. Dalam masa yang singkat beliau berjaya membangunkan Ulu Kerling melalui pembukaan lombong oleh pelombong-pelombong Cina serta juga pembukaan tanah-tanah baru termasuk ladang-ladang getah. Beliau telah banyak menyelesaikan masalah -masalah yang dihadapi oleh anak-anak mukimnya tanpa mengira  bangsa, warna kulit dan latar belakang mereka. Dia begitu disanjung oleh orang Asli dari suku kaum Temuan di kawasannya, mungkin kerana persahabatannya dengan mereka sejak era Perang Klang atau Perang Saudara di Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1873 dahulu.

Syed Mashor bersara sebagai Penghulu Ulu Kerling pada 01 Februari 1899 serta diberikan pencen. Sejak itu beliau menyepikan diri dengan beribadah kepada Allah SWT. Beliau terus tinggal di Kerling sehingga hari kematiannya dalam tahun 1917 ketika berumur 80  tahun. Allahyarham meninggalkan tiga anak lelaki bernama Syed Hashim , Syed Sapi dan Syed Mandak, serta dua orang anak perempuan, Sharifah Puchong dan Sharifah Rokiah. 

Legasi Syed Mashor terus mekar dan segar apabila anak lelakinya yang bernama Syed Hashim telah dilantik sebagai Penghulu pertama  Mukim Kerling pada tahun 1913 dan bersara pada tahun 1938. Syed Hashim kemudiannya dilantik sebagai J.P (Jaksa Pendamai) di Selangor. Syed Sapi berkhidmat sebagai kerani di Sepang, manakala Syed Mandak menjadi Penolong Penghulu di Rawang. Kedua-dua anak perempuannya  terus diberikan pencen dan elaun sara hidup masing-masing sebanyak $300 setahun seumur hidup mereka.

Makam Syed Mashor di Kerling telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba 1976 pada 11 September 1980 dengan Warta P.U (A) 261. Kerja-kerja konservasi dan naik taraf Makam Syed Mashor tersebut telah dilakukan. Makamnya kini berada dalam keadaan baik dan dijaga oleh waris-waris almarhum. 

Kini, nama beliau tetap dikenang oleh generasi kini sebagai pahlawan terbilang, pejuang anti penjajah, pemimpin yang disegani. Bermula di Sarawak, kemudian ke Selangor, Perak dan Pahang, berakhirnya di Kerling, Selangor, perjuangannya menjadi aspirasi anak muda  masa kini. Justeru, sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya, namanya diabadikan pada jalan raya, sekolah-sekolah dan perpustakaan awam di Kerling, Batang Kali dan Bandar Kuala Kubu Baru, di daerah Hulu Selangor. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempat bersama-sama orang-orang yang beriman. Alfatihah.

DOKUMEN-DOKUMEN RASMI BERKAITAN SYED MASHOR








1/2 Dokumen tentang Syed Mashor kembali bertugas
 setelah bercuti ke Kuala Langat pada tahun 1884

2/2 Dokumen tentang Syed Mashor kembali bertugas
 setelah bercuti ke Kuala Langat pada tahun 1884



1/3 Dokumen Persediaan Pesaraan Syed Mashor sebagai Penghulu Ulu Kerling


2/3 Dokumen Persediaan Pesaraan Syed Mashor sebagai Penghulu Ulu Kerling


3/3 Dokumen Persediaan Pesaraan Syed Mashor sebagai Penghulu Ulu Kerling






DOKUMEN-DOKUMEN LAIN BERKAITAN ANAK-ANAK SYED MASHOR

1. SYED HASHIM BIN SYED MASHOR



Keratan Akhbar tentang Pelantikan syed Hashim bin Syed Mashor
sebagai Jaksa Pendamai di Selangor pada tahun 1939


2. SYED SAPI BIN SYED MASHOR


3. SYED MANDAK BIN SYED MASHOR


4. SHARIFAH PUCHONG BINTI SYED MASHOR

1/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

2/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

3/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

4/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

5/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

6/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

7/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

8/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

9/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921

10/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921


1dan2/10 Dokumen Permohonan Pencen Tambahan
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927
3dan4/10 Dokumen Permohonan Pencen Tambahan
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927


5dan6/10 Dokumen Permohonan Pencen Tambahan
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927

7dan8/10 Dokumen Permohonan Pencen Tambahan
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927

9dan10/10 Dokumen Permohonan Pencen Tambahan
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927




Closeup Dokumen Permohonan Pencen Tambahan dan Pekerjaan untuk anak lelakinya
Syed Ibrahim bin Syed Zahir oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927

             Terjemahan Bahasa Inggeris Surat Sharifah Puchong binti Syed Mahsor pada 1927

5. SHARIFAH ROKIAH BINTI SYED MASHOR


KOMPLEKS MAKAM KELUARGA SYED MASHOR, KERLING

Gambar keratan akhbar tahun 1964  menunjukkan keadaan makam Syed Mashor yang terbiar

Kompleks Makam Keluarga Syed Mashor di Kerling


Batu Peringatan Syed Mahsor yang didirikan oleh Lembaga Muzium Selangor



Makam Pusara Syed Mahsor



Makam Salah Seorang Anakanda Syed Mashor

Batu Nesan di Pusara Sharifah Rokiah binti Syed Mashor di tempat yang sama






Keadaan Terkini Kompleks Makam Keluarga Syed Mashor di Kerling yang dijaga rapi oleh waris-warisnya

 SEJARAH KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN ULU SELANGOR

Keratan Akhbar tentang Pembinaan stesen-sten kereta api di Hulu Selangor termasuk di Kerling pada tahun 1899

Stesen Kereta Api Kuala Kubu pada tahun 1900

Hotel Kuala Kubu tahun 1910

Perkhidmatan Mel ke Pantai Timur melalui Kuala Kubu dalam tahun 1910

SEJARAH KERLING



 PEKAN KERLING  MASA KINI









RUJUKAN:








3 ulasan:

  1. KIsah sejarah yang sangat menarik. Penulis tahu x siapa nama isteri Syed Mashor ?

    BalasPadam
  2. mcamane nk hubungi tuan pengarang???

    BalasPadam

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...