Butir-butir Lebuhraya
Nama | Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Panjang (km) | 51.00 Kilometer | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tarikh dibuka | 29-Jun-2010 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tarikh dibina | 29-Ogos-2006 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Alamat pejabat | Pusat Perdangangan Phileo Damansara 1, Blok B Unit 3A01, No 9, Jalan 16/11 of Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Konsesi | SKVE Holding Sdn. Bhd. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Telefon Utama | 603-79077010 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Website | - | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Fax | 603-79607013 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota |
Jajaran lebuhraya ini bermula dari Persimpangan Jalan Negeri
B11/B13 berhampiran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan jajaran menghala ke kawasan 'Wetland Putrajaya' merentasi Hutan Simpan Ayer Hitam, Hutan Simpan Kuala Langat, Kg. Tanjung Rabok, Teluk Panglima Garang, Pulau Carey dan berakhir di Jalan Lingkaran Pulau Indah yang sedang dalam pembinaan. Jajaran lebuhraya ini juga merentasi Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan cadangan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat.
Lebuhraya ini terbahagi kepada 4 seksyen iaitu :-
i. Seksyen 1A ; Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) -
Persimpangan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP/B15) sepanjang 7.8km. Jajaran ini telah siap dibina.
ii Seksyen 1B ; Persimpangan Lebuhraya Damansara Puchong
(LDP/B15) - Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) sepanjang 11.9km telah siap dibina dan telah dibuka kepada trafik secara rasminya pada 29 Jun 2010.
iii Seksyen 2 ; Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah
(ELITE) - Persimpangan Teluk Panglima Garang sepanjang 12.6km (menyambungi cadangan Lebuhraya Pantai Barat melalui Persimpangan WCE)
iv Seksyen 3 ; Persimpangan Teluk Panglima Garang
- persimpangan rangkaian Pulau Indah sepanjang 18.9km
Terdapat 9 buah persimpangan bertingkat di mana 4 buah
persimpangan telah siap dibina iaitu Persimpangan Bertingkat UNITEN, Cyberjaya, Wetland dan LDP/B15. Manakala 5 buah persimpangan yang akan dibina ialah Persimpangan Bertingkat NSECL, WCE, Pulau Garang, Pulau Carey dan Pulau Indah. 6 buah plaza tol juga akan dibina bagi lebuhraya ini.
Jadual Kemajuan Projek Berakhir Jun 2010
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan