BERITASabtu Jun 23, 2007 Lima pelajar sekolah curi motosikal ditahan KUALA LANGAT: Polis menahan lima remaja termasuk empat yang masih bersekolah, dipercayai anggota kumpulan curi motosikal yang bergerak aktif di sekitar daerah ini, Puchong dan Shah Alam dalam beberapa tangkapan Khamis lepas. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zulkifli Mohamad berkata kesemua mereka yang berusia antara 15 dan 17 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di Teluk Datok dan Banting di sini dan Klang dekat sini selepas polis mendapat maklumat berhubung kes kecurian motosikal. Beliau berkata hasil siasatan kesemua suspek terbabit, polis menemui beberapa rangka motosikal yang enjinnya dipercayai diceraikan oleh kumpulan remaja terbabit. "Kita juga percaya kumpulan remaja ini mencuri motosikal di rumah-rumah dan tempat letak kenderaan di pasar raya sejak dua bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Zulkifli berkata polis sedang mengesan lima lagi individu yang dipercayai turut terbabit dalam kes kecurian motosikal di sekitar daerah Kuala Langat. Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis percaya siasatan kes pembunuhan kejam seorang remaja yang dikerat sebelum dibakar di Jalan Mengkuang, Teluk Panglima Garang pada 7 Jun lepas, selesai berikutan penahanan lima lelaki dalam serbuan di Serdang. Zulkifli berkata empat suspek berumur lingkungan 20-an ditahan beberapa hari selepas polis mengenal pasti identiti mangsa sebagai G. Kesava Rao, 22, yang disahkan oleh keluarga mangsa setelah membuat pengecaman, sehari selepas penemuan mayatnya. Suspek kelima seorang lelaki yang berusia awal 20-an ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari ini juga di Serdang, katanya. BERNAMA |
Aku Budak Telok..... Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tumpah darahku...Berbagai pengalaman hidup, asam garam pahit manis kehidupan aku lalui di sini..Mana mungkin aku melupakanmu, duhai kampungku, Telok Panglima Garang...Kau tetap di hatiku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas
Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...
-
Salam buat semua. Hari itu aku balik kejap kat Telok. Jumpa keluarga time cuti sekolah ni..Aku pun jalan-jalan tengok rumah saudara yang ba...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat 2 Mei 2014. Jam dekat tangan aku menunjukkan pukul 11:35 pagi. Ya, memang hari ini hari persekolahan . Su...
-
Salam buat semua. Hari ini Jumaat. Cuti sekolah semester satu. Aku tak ke mana-mana hari ini. Sakit pinggang, Terasa benar sakitnya. Mungk...
-
Assalamualaikum... Salam Jumaat. Salam buat semua sahabat,rakan dan pembaca sekalian.Maaf dah lama tak turun padang..bukan nak bersenam, mai...
-
Salam buat semua. Wah, semua nampak sihat-sihat jer.Alhamdulillah. Pertama-tama marilah kita panjatkan rasa kesyukuran kita kita ke hadrat A...
-
Salam buat semua. Kepada yang baru datang melawat Ahlan Wa Sahlan. Arigato mas. Selamat Datang. Sihat semuanya? Alhamdulillah. Semoga Alla...
-
Salam buat semua. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang buat kita semua memohon keampunanNya, mengharapkan bela...
-
Sejarah pendidikan di Telok sememangnya panjang. Bermula dengan pendidikan fardhu ain tak formal di rumah tok-tok guru ketika mengaji alq...
-
Salam buat kengkawan semua. Apa khabar waris (warigh, kata orang Nogori Sembilan)? Moga-moga sihat semua.. Sebut pasal warigh, teringat...
-
Salam buat semua pembaca blog aku ini. Terima kasih ler kerana sudi menjenguk kat sini. Blog aku ini ,pada mulanya ketika aku mula menulis,...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam