Selasa, 1 Disember 2020

Perubahan Bandar Klang Selepas Perang Dunia Kedua (1945-1951)

Assalamualaikum, salam sejahtera. Apa khabar, sahabat? Semoga sahabat dan Atok semua dilindungi Allah. Bertemu lagi kita dalam entri terbaharu blog Atok ini. Hahaha...dah baca entri Atok pasal perubahan Klang tahun-tahun sebelum Perang Jepun dulu? Perang yang mana satu, Tok? Hah, itulah korang tak tahu, geng-geng Otai Atok tak panggil Perang Dunia Pertama atau Kedua...kami panggil Perang Dunia Pertama itu Perang Jerman dan Perang Dunia Kedua pulak Perang Jepun. Apasal pulak camtu, Tok? Ya lah, Perang Dunia Pertama memang berlaku kat Eropah tak melibatkan kita. Jauh benar dari kita. Yang mulakan perang itu Jerman, maka dipanggil lah Perang Jerman. Perang itu tahun 1914-1918. Tapi Perang Dunia Kedua (1942-1945) memang Jepun masuk Malaya kalahkan Omputeh. Diorang ganggu ketenangan kita. Korang tengok filem "Leftenan Adenan" tak? Hah, masa itulah Jepun jerit "Banzai,Banzai", masa diorang menang dapat tawan Malaya dan Singapura.

Kehidupan kita berubah 360°. Daripada makan nasi, terus makan ubi. Daripada tak reti minum brandi buatan Inggeris, terus minum air sabun bancuhan Kempeitai. Bukan Atoklah. Atok pun tak hidup lagi masa tu. Atok punya datuklah cerita. Anak-anak dara cepat-cepat dikahwinkan, takut di'Embun'kan dek Jepun kulop tu. Yang faham, fahamlah maksud Atok tu. Yang tak faham biarkanlah...Pendek kata, hidup zaman Jepun memang memeritkan.

Nasib baik tak lama Jepun pendek tu bermaharajalela di Malaya dan Klang, 3 tahun 8 bulan jer. Lama tak lamalah.  Sempatlah keluar 2,3 orang lagi anak datuk Atok. Hahaha, Time Jepun itu, ibarat time Covid 19 juga, banyak sangat PKPnya.  Perintah berkurung. Banyak masa di rumah. Apa lagi, pantang berlaga ibu jari kaki, huwekk! Tak menang lawan Jepun tak apa, janji bertambah zuriat anugerah Tuhan. Kih,kih,kih...

Hah, peta seterusnya memang peta zaman Jepun angkat bendera putih. Menyerah kalah. Peta keluaran tahun 1945 ini mungkin ketika itu  Jepun di ambang kekalahan. Korang kena ingat sebelum sesebuah peta dicetak, maklumat dan ciri geografi dikumpulkan dahulu, mungkin makan masa 3,4 tahun. Kena dipastikan kesahihannya baru diluluskan untuk cetakan. Pasal itu dalam peta Klang ini ada Jambatan Jepun dalam pembinaan. Takkanlah Jepun nak terus buatkan jambatan kalau diorang dah menyerah kalah! Jadi, besar kemungkinan, Atok rasalah, maklumat dalam peta ini memang zaman Jepun, tak lama sebelum diorang menyerah kalah dalam bulan Ogos 1945.

Sebahagian kiri Peta menunjukkan Klang Utara (Kilang) dan Klang Selatan (Kg.Sungai Berteh dan Telok Pulai). Sebahagian kanan Peta menunjukkan Klang Utara (Kg. Sg. Binjai, Kg. Kelapa dan Kg. Manggis) dan Klang Selatan (Bandar lama). Peta Klang Utara menunjukkan kedudukan stesen bas dan pasar besar Klang. Terdapat industri primer di Klang Utara seperti Kilang Minyak Kelapa, Kilang Getah, Kilang Memproses Nenas dan Kilang Getah Fung Keong yang terkenal suatu masa dahulu. Sebahagian Jambatan Belfield yang dimusnahkan oleh Tentera Berikat ketika Perang Dunia Kedua dahulu. Kelihatan Jambatan Jepun (dalam pembinaan) di sebelah kiri Jambatan Belfield. Kenapa masih belum siap sedangkan tentera Jepun sudah menjajah  Klang tiga tahun lebih  awal (1942-1945) masih menjadi tanda tanya.

Aktiviti ekonomi masa perang tetap diteruskan. Getah dan kelapa masih lagi dikerjakan walaupun bukan untuk dieksport ke luar negara tetapi untuk keperluan rakyat tempatan dan Malaya. Berapa harga pasarannya pada masa itu, korang researchlah sendiri. Atok tengok berdasarkan peta ini, takdelah teruk Klang dibom dek Jepun. Hanya mungkin kem tentera dan pelabuhan Swettenham jer. Yang lain macam tu juga. Lagipun arwah datuk Atok tak cerita pun Klang hancur kena bom. Jambatan Belfied itupun British yang bom masa berundur. Konon mereka amalkan Earth Scorching atau Bumi Hangus,tak beri Klang dengan mudah kepada Jepun. Itupun sebelah laluan jer yang rosak. Sebelah sisi lagi jambatan itu boleh dilalui. Ketawa besar agaknya tentera Jepun tengokkan perangai Mat Saleh yang ketakutan bila mereka mara. Bagero! 

Rupanya di sebelah kiri Klang Selatan sepanjang laluan keretapi berhampiran tebing sungai tu, dekat Pengkalan Batu ada deretan rumah kedai. Kelihatan Hospital  Daerah Klang berdepan gereja di Rembau Street. Hospital yang terletak di atas bukit kecil ini mempunyai 240 katil pada masa itu. Tanah Perkuburan Islam berjiran dengan Jirat Cina dan Kristian tak jauh daripada  Bulatan Simpang Lima. Di tengah bandar lama pula di atas bukit kota terletaknya Pejabat Daerah Klang dan rumah D.Onya. Kemudian Balai Polis Klang  di sebelah Gedung Abdullah. Berek polis dibina di belakang Balai tersebut.  Berhampiran Balai Polis itu, tidak jauh daripada Jambatan Belfield terletaknya Balai Bomba.Terdapat sebuah pawagam Regal di Klang Selatan, pastinya dibina sebelum Jepun masuk Malaya. Di bandar lama Klang Selatan ini juga ada panggung wayang Regal, Chartered bank, stesen bas untuk kemudahan pengangkutan ke Port Swettenham dan daerah Kuala Langat. Istana Sultan telah dibina sejak tahun 1938 tersergam di atas bukit kecil bersebelahan Hospital Klang itu. Sebatang jalan raya khas untuk kegunaan istana dibina daripada Bulatan Simpang Lima. Jalan Istana ini khas ditutup untuk laluan orang awam.

Title:
Malaya - Town Plan of Klang
Covering Date:
1945
Scope and Content:
Malaya. Grid Provisional. Town Plan of Klang
Shows physical landscape, land use, railways, roads, tracks and footpaths, buildings, rubber plantation, palm plantation, Sungei Klang, Kampong S.Binlai, Sham Yik Leong Rubber Factory, Sim Tick Keong Coconut Oil Mill, Chinese Cemetery, Lum Aik Rubber Factory, Fung Keong Rubber Factory, Anglo-Chinese School, Native School, Kampong Kelapa, Tan Kim Sen Coconut Oil Mill, Ng Tiong Kiat Rubber Factory, Goh Hook Huat Pineapple Cannery, Kampong Manggis, Market, Japanese Bridge (under construction), Belfield Bridge (One span destroyed), Kampong S. Berteh, T. Pulai, Sungei T. Pulai, Water Reservoir, Old Fort, Government Bungalows, Police Barracks, Main Police Station, Fire Station, Railway Station, District Hospital, The Istana, Mohammedan Cemetery and others. Inset map shows Sungei Klang, Port Swettenham and Klang (scale 1:63360)

PETA KLANG TAHUN 1945


KLANG UTARA




KLANG SELATAN











PETA KLANG TAHUN 1951

Hah, tahun 1951, enam tahun selepas  perang, Klang semakin bertambah maju. Buktinya banyak rumah dibina, kawasan kampung yang dahulu banyak ditanami pokok kelapa, sekarang penuh dengan rumah dan kuarters kerajaan terutama di sekitar Kg. Atas dan Sg. Berteh. Daripada peta di bawah, kemungkinan besar Jambatan Jepun yang terbengkalai itu disambung oleh BMA (British Military Administration) dan dibina Jambatan Gantung khas untuk batang paip bekalan air ke Klang Selatan sebab lokasinya di tempat yang sama.

Untuk pergerakan kenderaan dan manusia pula, dibina dua buah jambatan pontoon terapung, Bailley Madras dan Bailley Sydney. Kedua-dua jambatan terapung ini terus mengabdikan diri berbakti kepada penduduk Klang sehinggalah Jambatan Kota dibina.

Jalan - jalan utama diperbesar dan ditambah dengan lorong-lorong antara deretan kedai dalam bandar. Klang terus maju. Jalan Kapar dan Jalan Meru dibina kedai-kedai. Kampung Kelapa, Kampung Manggis sudah hilang ditelan arus pembangunan. Bahkan hutan nipah dan bakau di tebingan Sungai Klang pun sudah dibersihkan untuk perindustrian dan komersial. Di Klang Utara, kawasan hijau yang tinggal hanyalah padang awam atau padang sekolah. Estet yang berhampiran dengan Klang kini menjadi taman perumahan.  Pada tahun 194 7, Pasar Lama Klang yang terletak berhampiran stesen bas Klang Utara (Tapak Hotel Prima kini) telah berpindah ke tapak baharu yang kebih selesa dan luas di sebelah kiri Jambatan Bailley Sydney, berhampiran tebing Sungai Klang.

Di Klang Selatan pula, Telok Pulai, Telok Gadong, Kg. Delek, Kg Jawa, Sg. Kandis membawa ke Jalan Kebun kini sudah menjadi tumpuan orang Melayu di Klang. Rumah-rumah kini menggantikan pokok-pokok kelapa yang telah ditanami 50 tahun yang lalu. Yang tidak berubah hanyalah kawasan Istana, Kawasan Perkuburan berhampiran Bulatan Simpang Lima.

Kesimpulannya, sejak menjadi bandar diraja bermula tahun 1938, Klang terus maju dan mengalami transformasi perbandaran seiring dengan kemajuan ekonomi yang pesat selepas era perang. Namun begitu, banyak juga kisah -kisah gelap Klang yang dipaparkan di dada-dada akhbar masa itu. Teruskan membaca artikel-entri Atok sebelum ini mengenai Klang. Semoga korang terus menjadi insan bermaklumat. Wassalam.

Klang Town, Selangor

Covering Date:
1951
Scope and Content:
Klang Town, Selangor


Map covers the southern part of Klang Town showing land use, town boundary, roads, tracks, footpaths, railways, railway station, buildings, fences, walls, drains, pipelines, contours, swamps, reservoirs, rubber cultivations, coconut cultivations, fruit tree cultivations, tapioca cultivations, vegetable gardens, Chinese, Christian, Mohamedan and Hindu cemeteries, playgrounds, police station, police barracks, hospital, government dispensary, Medical Officer's bungalow, Chinese temples, Hindu temples, Sikh temple, mosques, Gospel Hall, St. Barnabas Church, Wesley Church, Malay schools, Anglo Chinese School, Jubilee School, Convent School, Tiong Hua High School, Chinese Girls' School, Tamil schools, basket ball courts, football ground, old market, goods sheds, petrol filling stations, clock tower, fire brigrade, government offices and quarters, The Fort, Chartered Bank, Rex Cinema, Istana Bank, Oversea Chinese Bank, Istana Welfare Centre, Klang Club, Food Controller's Office, Infant Welfare Centre, Istana Raja Muda, Istana Mahkota, Tomb of Syed Ali, Klang River, Sydney and Madras (pontoon) Bridges, old iron (road) bridge, Rembau Street, Main Street, Station Street, Market Street, Malay Street, Tengku Dia Udin Street, Sultan Street, Guan Hup Street, Club Road, Fort Road, Jalan Raya West, Jalan Raya East, Bukit Kuda Road, Jalan Telok Pulai, Jalan Dato Aman, Telok Gadong Road, Lambat Road, Kampong Jaya Road, Bukit Jaya Road and others
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...