Khamis, 24 Mac 2022

Perjuangan Syed Mashor di Perak dan Pahang

Salam buat semua. Berjumpa lagi kita dalam mini series ketiga mengenai perjuangan Syed Mashor, pendekar terbilang. Tujuan Atok ikhlas. Pertama, untuk dijadikan suri teladan apa jua Tindakan mereka yang membawa kebaikan sehingga kita yang hidup terkemudian daripada mereka ini mendapat serta mengecapi manfaat atas kebaikan yang mereka lakukan dahulu, di samping kita jadikan sempadan mana-mana perbuatan atau tingkah laku buruk mereka, tak kiralah siapapun mereka sama ada golongan istana, pembesar mahupun rakyat marhaein biasa, yang menyimpang dari ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW, nabi Junjungan kita semua. Mohon dijauhkan Allah perbuatan atau perlakuan yang sama diulangi oleh generasi kita kini. 

Sedaya upaya Atok cuba memberikan ulasan atau pandangan yang adil daripada segala sumber berita yang Atok dapatkan, takut kalau ada fitnah atau prasangka yang timbul daripada kejadian-kejadian tersebut. Atok cuba dapatkan fakta bertulis, walaupun Atok tidak menolak bulat-bulat cerita-cerita lisan orang-orang dahulu akan peristiwa-peristiwa bersejarah tersebut. Namun, kalau dalam berhati-hati ini pun, ada korang lihat kesalahan fakta, maka Atok dengan rendah hati memohon korang perbetulkanlah Atok, agar penulisan Atok ini tidak menjadi fitnah atau sesuatu yang mengaibkan sesuatu atau seseorang pada masa lampau, kini atau akan datang. 

Begini kisahnya.......

H+./<,(. @(-2::<. ,2*(.B( 9+.)(*(- :;1;./(. )(,<*()( P0(,A+ :&,;;1+ B(./ )+./(. :+/+,( 9+./0(.-(, 3(.-2(. )(. 9+.B+,(./ :+,-(9+.B<./1<,1(. "0(,<* @(:00;, )(,<*()( 9+.>()< /(3+.;, "(, +1+<C&(/(<9(.(*2.7 1+92)<(. + 1;,(. 3(.-2(. " 0(,<* @(:00;, 1+*()(  &,;;1+ )(. 9+.B+A(9(-1(. 1+,(>((. &,;;1+ :+9(:( *+93+,;.-). (1(.;,(./ P<.( *()( -(02. 5EFL7 3+A<(2 -+A(0 )<A(.-<1 :+92A( 9+.>()</(3+.;, "(+1+<C

PERANG DI PERAK

Di Perak, Syed Mashor dan Raja Asal yang telah kehilangan ramai pengikut,dan kehabisan wang, telah memihak kepada Sultan Abdullah. Beliau juga dikatakan bersekongkol dengan Ngah Ibrahim yang sememangnya anti British.  Adalah diberitakan bahawa dalam tahun 1874, apabila perjanjian Pangkor termeteri,maka ramailah pembesar-pembesar Negeri Perak yang tidak puas hati.

Sultan Abdullah

Dari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar. Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai penting bagi Sultan dan pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan memungut cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai $6 ribu sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia bertentangan dengan arahan. Selain itu , Birch juga telah bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan beberapa cukai baru seperti cukai padi, perahu, atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Malah setiap isi rumah dikehendaki membayar dua dollar sebagai cukai kelamin. 

Pada 20.07.1875, Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani perjanjian penyerahan kutipan cukai dengan ugutan bahawa jika baginda enggan, British tidak lagi mengiktiraf baginda sebagai Sultan. Sultan Abdullah menjadi marah dan berkeras enggan tunduk pada tuntutan tersebut.

Pesanan Sultan Abdullah kepada Sultan Ismail tentang JW Birch

 Akhirnya Birch dan British memutuskan untuk melaksanakan pengambil alihan kutipan cukai dan memansuhkan pengiktirafan Sultan Abdullah. Inilah yang mencetuskan pembunuhan Birch pada 2.11.1875 yang mendapat sokongan orang Melayu Perak termasuk pembesar jajahan Larut, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Makmor (kecuali suku kaum Mendailing yang membantu British menawan Perak).

Memandangkan Raja Asal ini seorang yang gagah berani dan banyak pengalamannya di dalam peperangan maka datanglah beberapa orang di antara mereka meminta campur tangan beliau (Raja Asal) untuk mengusir Inggeris dari negeri Perak. 

Raja Asal menolak permintaan mereka untuk campur tangan dalam pergolakan di Perak kerana beliau telah uzur dan letih untuk berperang sepanjang usia remaja dan dewasanya. Pakatan untuk membunuh J.W.W Birch tidak disertainya tetapi Raja Asal telah meminjamkan hambanya Seputum yang sangat dipercayai sebagai tanda penyertaannya untuk membersihkan bumi ini dari campur tangan orang-orang kafir yang ditentangnya sejak beliau memeluk agama Islam. Pada mulanya Syed Mashor  dikatakan terlibat dalam pakatan untuk membunuh J.W.W. Birch tetapi kemudiannya keluar dari pakatan itu sejurus sebelum berlakunya pembunuhan itu.

Keputusan untuk membunuh Residen Perak yang pertama itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Mesyuarat para pembesar Perak di rumah Laksamana di Durian Sebatang itu turut dihadiri Sultan Abdullah, Sultan Ismail, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Datuk Syahbandar, Raja Mahkota, Orang Kaya Mat Arshad, Raja Idris dan Kulub Mat Ros bersetia janji untuk bangkit melawan penjajah.  Mereka juga telah merancang untuk membunuh Gabenor William Jurvois. Syed Mashor ditugaskan untuk membunuhnya. Rancangan Pembunuhan William Jurvois  yang sepatutnya dilakukan dalam bulan September 1875 ketika  gabenor tersebut bertemu Sultan Abdullah di Belanja, Perak tidak berjaya kerana pada saat-saat akhir, Sultan Abdullah tidak mahu meneruskannya. 

Birch dibunuh sewaktu mandi di tepi Sungai Perak. Dua orang pegawalnya yang bersenjata api melarikan diri dengan terjun ke dalam Sungai Perak. Ketika itu, Che Ali, Ngah Jabor, Panjang But, Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela sama menyerang ke tempat mandi Birch.

Rentetan peristiwa yang membawa kepada pembunuhan JW Birch dan kerani Melayunya Mat Arshad


Sungai Perak di Pasir Salak, tempat pembunuhan JW Birch pada 2 November 1875

 Tugu Memorial Pembunuhan JW Birch di Pasir Salak, Perak

Kubur  Kapten Innes, JW Birch,dan dua orang pengawal peribadinya di Bandar Baru, Perak 

British mengambil langkah drastik dengan mengerah bala tenteranya menawan Perak dengan bantuan orang-orang Mendailing yang lari ke Perak setelah terbabit dalam peperangan di Pahang dan Klang. Pasir Salak ditawan pada 15 November 1875. Dalam pertempuran itu, tentera-tentera British yang berbangsa Punjab telah membakar rumah sepanjang sungai di Kampung Gajah dan Pasir Salak. 

British dengan bantuan orang-orang Mendailing seperti Raja Uteh, Raja Asal dan Raja Mahmud menyerang kedudukan Sultan Ismail di Papan. Pada hari Ahad, kontingen yang dipimpin oleh Kapten Innes telah bergerak ke arah Pasir Salak untuk menjejaki siapa yang bertanggung-jawab. Ketika sampai di Bandar Tua, mereka telah menemui satu kubu yang lengkap bersenjata, dan tentera Inggeris terus menyerang kubu tersebut dengan sengit.

Rumah sampan milik adinda perempuan Dato' Maharaja Lela di Sungai Perak tahun 1876

Peta Inggeris tentang keadaan dan tempat-tempat di Sungai Perak
Peta Melayu Lama menunjukkan kawasan Sungai Perak dalam tahun 1876


Tentera Sikh dan Gurkha di Perak

Serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pejuang Melayu dan akibatnya Kapten William Innes terkorban peluru mengenai dada dan hati beliau. Leftenan Booth, Elliot dan 8 askar dari 10th Foot Regiment telah cedera. Penunjuk arah bernama Nakhoda Orlong turut terkorban dalam pertempuran ini. Mayat Kapten William Innes telah dibawa ke Bandar Baharu dan mendiang kemudian dikebumikan disebelah kubu J.W.W. Birch dengan penuh istiadat tentera.

Pihak Inggeris telah mengeluarkan tawaran hadiah kepada sesiapa yang berjaya menangkap pemimpin gerakan seperti Raja Ismail, Tengku Panglima Besar Raja Ngah, Dato Maharaja Lela, Yam Tuan Tinghie, Baginda Kaya, Dato' Sagor Pandak Indut dan Panjang Bari. British menawarkan hadiah lumayan kepada sesiapa yang dapat menangkap Datuk Maharajalela iaitu habuan bernilai $6,000, Datuk Sagor ($3,000) dan Pandak Indut ($3,000). Bagi British ketiga-tiga mereka itu ialah ‘penjahat'. Tawaran tersebut disambut baik oleh orang Melayu seperti Che' Karim Selama, Syed Mashor, Raja Yusuf, Raja Idris, dan yang paling mengejutkan apabila Sultan Abdullah turut menyokong usaha penangkapan itu. Walhal ketiga-tiga itu adalah orang kanan Sultan Abdullah sendiri.

Syed Mashor terus membantu Inggeris untuk mengembalikan ketenteraman di Perak dengan menjejaki Dato Sagor dan Ngah Ahmad, Syed Mashor berjaya menangkap Ngah Ahmad dan Dato' Sagor. Dia terus mencari Pandak Indut dan Panjang Bari tetapi tidak menemui mereka. Kemudian, Syed Mashor ditugaskan ke Ulu Dedap bagi menghalang Datok Maharaja Lela daripada melarikan diri mengikut laluan di situ. Pada bulan Mac 1876, Dato' Maharaja Lela, Pandak Indut dan Ngah Jabor kemudiannya menyerah diri. Seputum juga ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Birch. Selepas perbicaraan, Seputum dijatuhi hukuman mati di Bandar Baharu pada 20 Mei 1876. Enche Gondah dan Ngah Ahmad yang dibicarakan bersama Seputum dipenjarakan seumur hidup. 

Pada 14 hingga 22 Disember 1876 dijalankan pembicaraan ke atas Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak Indut, Ngah Jabor, Kulup Ali dan Si Tuah, di Matang .Mereka didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Keputusannya, Dato' Maharaja Lela. Dato' Sagor dan Pandak Indut digantung sampai mati manakala yang lain dipenjara seumur hidup.  Hukuman gantung sampai mati dijalankan pada 20 Januari 1877 di Taiping.

Setelah semua 'orang jahat' ditangkap, dipenjara dan dihukum gantung sampai mati, British menubuhkan Suruhanjaya Penyiasat bagi menyelidik 'Perang Perak'. Hasil siasatan itu, Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak ke-26, Datuk Laksamana, Datuk Syahbandar dan Ngah Ibrahim dituduh dan disabitkan bersalah kerana bersubahat dalam pembunuhan Birch. Mereka semua dibuang ke Pulau Seychelles dan dilucutkan jawatan sebagai Sultan Perak dan pembesar negeri.

Dari tahun 1873 hingga 1881, Syed Mashor didapati menetap di beberapa pekan di Perak. Syed Mashor bersama-sama dengan Raja Utih, Raja Mahmud, dan Raja Asal terus membantu Inggeris untuk mengembalikan ketenteraman di Perak.  Pada 11 Mac 1882, mereka dihadiahi oleh British ‘rewards’ sebanyak $700 seorang kerana sumbangan mereka membantu Inggeris dalam Perang Perak.  

Keratan Akhbar penulisan Frank Sweetenham tentang penglibatan Syed Mashor,
Raja Asal, Tengku Mahmood dan Raja Utih dari Selangor membantu pihak
Inggeris mengesan  para perancang pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak
pada 2 November 1875

Rewards untuk Syed Mashor dan mereka yang membantu Inggerid dalam Perang Kinta di Perak

                                          

Gambar Kenangan Pembesar Inggeris bersama Pejuang Perang Kinta termasuk Syed Mashor

Lakaran wajah J.W.W Birch, Residen Inggeris yang mati dibunuh di Pasir Salak

Perancang Pembunuhan JWW Birch

Dato Sagor (yang difokus dalam bulatan) bergambar bersama Sultan Abdullah dan Pembesar Inggeris

Lakaran Wajah Dato Maharaja Lela
                                    

Keluarga Sultan Abdullah ketika dalam uangan di Pulau Seychelles


Makam Raja Asal di Perak


Batu Nesan  di Makam Raja Asal

PEMBERONTAKAN DI PAHANG

Pahang menyaksikan perlantikan residen pertama British pada tahun 1888. Perlantikan residen ini menandakan peralihan kuasa dari sultan ke kerajaan British (Aruna, 1993). Selain itu, pengenalan sistem-sistem baharu yang menggantikan pemerintahan tradisi di bawah Sultan Ahmad seperti penubuhan mahkamah, pasukan polis, majlis negeri dan pembentukan undang-undang baru telah menambah kebencian orang Pahang terhadap penjajah British. Pembesar tempatan hilang kuasa pentadbiran selain Sultan Ahmad juga hanya berkuasa terhadap perkara adat-adat Melayu dan agama Islam sahaja. 

Campur tangan British dalam pentadbiran negeri Pahang telah mengganggu dan merosakkan sistem pentadbiran tradisi yang sudah lama diamalkan di negeri Pahang (Linehan, 1936). Tindakan British memperkenalkan jawatan Pemungut Cukai dan Majistret yang berkuasa memungut cukai telah mengancam kuasa, harta dan keistimewaan kedudukan para pembesar tempatan di Pahang

Orang kaya Semantan, iaitu Dato' Bahaman adalah antara pembesar yang menentang British. 

Dato' Bahaman was promoted as one of the Orang besar berlapan and was awarded the title name dato setia perkasa pahalawan semantan for showing his ability as an admiral in the civil war between Sultan Ahmad and the prince Wan Muhathir. He was also awarded for leading a squadron in helping Tengku Kudin in the civil war in Klang, Selangor.

Selain itu, Dato' Bahaman tidak puas hati dengan sikap British yang menawarkan elaun bulanan sebanyak 70 dollar sebulan kepada para pembesar. Beliau juga tidak diiktirafkan sebagai orang besar empat di Pahang. Dato' Bahaman meneruskan kegiatan mengutip cukai secara haram walaupun diberi amaran supaya menghentikannya:.

The British government proposed Dato’ Bahaman’s monthly allowance to be increased
from $72 to $500 but the proposal was rejected by Dato’ Bahaman as other demands from the
chieftains were not entertained by the British. Even though the negotiation failed, Dato’ Bahaman advised the other chieftains to stay calm for the sake of the common people. Since the demands of Bahaman and the other chieftains were not met by the British, Bahaman and his men carried on with their tax collection activities as their means of income. The British repeatedly forbade Bahaman from collecting tax but was ignored as Bahaman was adamant not to let foreign forces dictate their administrative affairs. As a consequence, J.P. Rodger requested  Tengku Mahmud to strip Dato’ Bahaman of his post since Sultan Ahmad declined due to his liking towards Bahaman. Dato’ Bahaman’s action in continuing to collect tax on sampans plying along Semantan River was a sign of protest against the British. The people did not object nor did they report the illegal tax collection to the British. The British were furious that Bahaman deliberately defy their directives. 

Faktor pergeseran di antara Sultan Ahmad dengan Dato’ Bahaman telah memecahkan perpaduan orang Melayu dan menjadi kekuatan kepada British. Pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang bermula pada 8 Oktober 1891 selepas beliau dilucutkan jawatan sebagai Orang Kaya Semantan oleh Sultan Ahmad kerana enggan menurut perintah Inggeris yang melarangnya mengutip cukai.

Kemarahan Dato' Bahaman memuncak apabila sebuah balai polis dibina di daerahnya iaitu di Lubuk Terua. Pembinaan balai polis telah mengugut kewibawaannya sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menjaga keamanan di daerahnya. Dato' Bahaman juga telah mengugut majistret di Termerloh. Perbuatan ini menyebabkan beliau diperintahkan menghadap Sultan di Pulau Tawar. Kemuncak kebencian orang Pahang terhadap penjajah British adalah apabila Dato’ Bahaman dilucutkan jawatan sebagai pembesar Pahang. Ia julung kali berlaku di negeri Pahang dan menyebabkan rasa tidak tenteram tersebut semakin memuncak. Tiga tahun selepasnya berlaku sebuah peristiwa besar yang dikenali sebagai peristiwa pemberontakan Pahang. Peristiwa ini merupakan manifestasi rasa tidak senang dan antipenjajah rakyat Pahang terhadap kedatangan British. Justeru pemberontakan yang ditakuti oleh pihak British akhirnya benar-benar berlaku. 

Residen Pahang iaitu W.P Rodger telah menerima berita mengenai perihal pemberontakan ini apabila berlakunya serangan oleh sekumpulan penentang Inggeris ke atas pasukan polis yang dihantar ke Lubuk Terua pada tahun 1891. Serangan ini dikenali sebagai ‘Pemberontakan Pahang’ dan diketuai oleh Dato’ Bahaman. Ia tercetus kerana tiga orang pengikut Dato’ Bahaman, turut dikenali Orang Kaya Indera Pahlawan Semantan ditangkap oleh orang Inggeris. Kejadian ini berlaku disebabkan oleh mereka dituduh mengumpul hasil-hasil hutan tanpa kebenaran daripada pihak sepatutnya.

Sebenarnya, Sultan Ahmad merupakan seorang sultan yang pintar dan disayangi seluruh rakyat Pahang. Baginda dilihat berdolak dalik dengan pelbagai alasan sehingga berjaya melengahkan kemasukan kuasa British ke atas Pahang. Meskipun akhirnya British berjaya menjajah negeri Pahang. Semua pembesar Pahang termasuk Sultan Ahmad mengadakan gerakan rahsia melawan Inggeris.

"......Setelah selesai bermesyuarat, orang besar itu (Dato' Bahaman) pun mengajak Sultan Ahmad bersumpah meminum ayer Yasin dan Qur’an yang telah dibaca oleh mereka semua di tepi Sungai Silan. Maka sembah Dato’Gajah, Dato’ Raja Jelai dan Dato’ Bahaman, 
“Janganlah Tuanku mungkir janji. Kalau mungkir janji nyawa padah-nya” Maka baginda dan orang besarnya pun bersumpah tidak akan mungkin janji”. 

Penduduk Pahang telah terbahagi kepada tiga kumpulan: 
  • Puak yang menyebelahi kerajaan Inggeris pimpinan J.P. Rodger dan Clifford yang dikatakan taat setia kepada raja (Sultan Ahmad Muazam Shah); 
  • Mereka yang menentang Inggeris pimpinan Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau; 
  • Pihak yang berkecuali seperti Penghulu Bentong,Che Mat Latiff, Tok Muda Bidin, dan Imam Perang Weh.
Dato' Bahaman meneruskan perjuangan menentang British setelah mendapat galakan daripada Tokku Paloh atau Syed Abdul Rahman al-Idrus di Terengganu. Pada tahun 1894, Dato' Bahaman dan pengikutnya menyerang balai polis di Kuala Tembeling dan menawan kubu di Jeram Ampai. Kubu tersebut dikuasai semula oleh British dalam satu lagi bertempuran. Pejuang-pejuang Pahang berundur ke Terengganu dan Kelantan. Tok Gajah dan Mat Kilau  dikatakan meninggal dunia di Kuala Terengganu. Penentangan Dato' Bahaman tamat apabila beliau dan beberapa orang pengikutnya berpindah ke Siam.

PENGLIBATAN SYED MASHOR DALAM PEMBERONTAKAN DI PAHANG

Semasa meletusnya penentangan terhadap Inggeris di Pahang (Pemberontakan Pahang) pada tahun 1891-1895 yang diketuai oleh Dato’ Bahaman, Syed Mashor telah turut membantu Inggeris untuk menghapuskan penentangan Dato' Gajah kerana ini memberi kesempatan bagi beliau membalas dendam ke atas orang-orang Pahang semasa kekalahannya dalam Perang Saudara Selangor dahulu. 

Bermula di Lubuk Terua (Morrah, 1963), Berikutan serangan oleh sekumpulan penentang Inggeris ke atas pasukan polis yang dihantar ke Lubuk Terua pada tahun 1891. Inggeris telah memohon bantuan daripada negeri-negeri lain. Seramai sepuluh orang polis Melayu dan 25 orang Sikh dari Selangor, diketuai oleh kapten Syers dikejarkan ke Pahang. Mereka turut menerima bantuan daripada Selangor, dan juga dari beberapa tempat lainnya. Pihak Inggeris menggunakan kesempatan ini bagi menumpaskan pengaruh Dato’ Bahaman dari merebak ke kawasan lain, sekaligus melemahkan kegiatan penentangan penjajah dalam kalangan warga tempatan.  Secara ringkas, Perang di Bukit Surau dimenangi oleh  500 tentera  Sikh British yang dipimpin oleh Syed Mashor atau lebih dikenali di Pahang sebagai Syed Sohor dan dua orang pegawai Inggeris .

Dalam kemaraan mereka ke Bentong, Syed Mashor dan 500 tentera Inggeris itu berehat dan berkhemah di sebuah tempat bernama Bukit Kapong (kini tapak Rest House Bentong). Mendengarkan berita itu, Dato Bahaman mengarahkan orang-orangnya menyerang hendap tentera pimpinan Syed Mashor itu. Orang-orang Sakai ditugaskan melakukan serangan menggunakan  sumpit dan panah. Mereka berjaya membunuh  hampir dua ratus orang musuh dalam masa 10 hari, menyebabkan Syed Mashor terpaksa meminta bantuan daripada tentera Sikh. Bantuan yang tiba mencurah-curah dari Selangor, Raub dan Temerloh. Mereka menyerang Dato Bahaman dari dua arah; Sebaraw menyerang dari hilir Pahang manakala Syed Mashor dari Ulu Pahang.  Dato Bahaman dan orang-orangnya bertempur hebat dengan Inggeris di sebuah bukit di Jeram Berok. 

Kemaraan tentera Inggeris dari dua arah ini menyebabkan Dato Bahaman terperangkap, tambahan pula Inggeris mengamalkan taktik bumi hangus memusnahkan kebun, ladang dan rumah menyebabkan bekalan makanan kehabisan. Kehadiran terlalu ramai tentera Inggeris ini menyebabkan Dato Bahaman terpaksa menukar strategi perangnya:
  • Tentera biasa, bertempur dengan musuh di medan perang,  
  • Tentera gerila, melakukan serang hendap terhadap musuh,
  • Tentera perisik yang menyamar, menjadi mata-mata atau pengintip bagi pihaknya,
  • Tentera yang membeli dan mendapatkan bahan makanan,
  • Tentera yang menguruskan orang tua, perempuan dan kanak-kanak.
Kaedah atat Taktik Perang yang digunakan oleh Dato' Bahaman seperti membina kubu (Building Fortress), bertempur (Engaging in Battle), mengendap (Sneaking), menahan kemaraan tentera British menggunakan taktik Ring-Rope (tali dalam sungai) (Restraining British Advance Using Ring-rope), menyamar (Disguise), perisik bermuka dua (Double Agent),  dan berundur (Retreat).

Begitu juga dengan pihak British yang diketuai oleh Desborough telah memberi serangan balas ke atas pejuang Pahang. J.P Rodger ketika itu tiada di Pahang dan sedang memangku tugas residen di Selangor (Linehan, 1936).  Mereka mengepung bala tentera dan pengikut Dato' Bahaman dari pelbagai ketumbukan. Kepungan, diikuti dasar 'Bumi Hangus'  yang telah mereka lakukan ketika Perang Kinta di Perak dahulu memberikan kemenangan dan  meneruskan kemaraan pihak Inggeris.Tambahan pula, mereka dibekali kelengkapan persenjataan yang lebih moden dan banyak.

Serangan balas British tersebut menyebabkan pasukan Pahang telah mengundur diri ke Kelantan dan kemudiannya bergerak ke Terengganu. Pasukan pejuang Pahang dilihat seperti sedang mengalami kekalahan akibat pengunduran tersebut. Namun sebenarnya pengunduran tersebut memberi peluang kepada pasukan Pahang untuk mengatur strategi peperangan yang lebih kuat dan hebat serta tidak terjangka oleh pihak British.

Pada 18 Jun 1894, Pemangku Residen British, Walter Egerton telah membawa polis dan askar Sikh dari Selangor dan Perak untuk bergabung dengan pasukan Panglima Garang Yusof di Kuala Tembeling. Mereka bergerak untuk menawan semula Jeram Ampai yang dikuasai oleh Dato’ Bahaman dan Tok Gajah Imam Rasu. Pada 29 Jun 1894, British dapat menguasai semula Jeram Ampai, tetapi mereka tidak dapat menangkap pemimpin-pemimpin Melayu itu. Dato’ Bahaman dikatakan telah melarikan diri ke Kelantan pada akhir tahun 1894 selepas gagal dalam pemberontakan tersebut. (Sejarah DarulIman,m.s241).


Keratan Akhbar tentang Pemberontakan di Pahang pada 1892
 di mana Syed Mashor dijemput menyertai pihak Inggeris

Dato Bahaman

                                     

Tok Gajah


Mat Kilau @ Mat Siam pada tahun 1969


Mat Kilau

Sultan Ahmad Al Muadzam Shah

Rujukan:

Raja Bilah and the Mandailings in Perak, 1875-1911 By Abdur-Razzaq Lubis, Salma Nasution Khoo

Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development By Salma Nasution Khoo, Abdur-Razzaq Lubis

Nanyang: The Lure of the Southern Ocean to Lands of Opportunity and Danger By Khoo Kheng Hor




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...