Isnin, 27 Jun 2022

Sejarah Balai Polis Telok Panglima Garang

Salam buat semua. Apa khabar orang kampung Atok di Telok? Semoga sihat-sihat belaka. Atok dan Wan dah lama tak balik ke Telok. Cuma hari itu singgah sebentar bermalam di rumah kakak di Taman Dato Hormat dan menziarahi kuburan kedua-dua orang tua Atok di Jalan Pusara. Alfatihah (dibaca) buat kedua-dua mereka termasuklah seluruh penghuni Tama Perkuburan Alor Pak Datu Fasa 1 dan 2. Semoga damai arwah-arwah di sana. Amiin. Entri kali ini Atok nak bicarakan pasal Balai Polis. Dah banyak yang Atok tulis pasal Balai Polis di Jugra, Telok Datoh, Banting, Batu Laut, Tanjong Sepat dan Klang tetapi tidak banyak mengenai Balai Polis di Telok. Memang tak banyak cerita pasal itu kerana Telok hanyalah pekan kecil, lagipun orang-orangnya, tak kiralah Jawa Sijangkang, Banjar Kg. Medan, Melayu Telok dan Keling serta Sakai Pulau Carey semuanya  hidup harmonis, cintakan kedamaian. Itu pasal lah lambat dapat Balai Polis! Tak apa, biar Atok story dahulu..Begini ceritanya.

Peranan polis ketika itu memang untuk menemani Pegawai Pemungut Cukai ke kampung-kampung di seluruh negeri, menjaga keselamatan para peladang Inggeris, mengawal tingkah laku pendatang asing di estet dan lombong, menyelesaikan kes jenayah anak negeri, membuang negeri penjahat dan lanun, mengiringi orang kenamaan dalam urusan rasmi dan kematian keluarga diraja dan istana. Tak lupa juga mencatat kelahiran dan kematian anak bangsa dan penduduk setiap masa.

Pasukan polis merangkap tentera daripada keturunan Sikh ini sememangnya digeruni terutama oleh masyarakat Cina yang menggelar mereka Bengali kwai  atau Syaitan Benggali.  Kesetiaan, disiplin yang tinggi dalam diri mereka ini menyebabkan mereka digemari sebagai bodyguard, pegawal sekuriti dan lain-lain tugas yang merbahaya. Petempatan di mana ada terdapat balai polis, kini lebih aman kerana penduduk boleh membuat aduan dan masalah dapat diselesaikan secara aman. Pihak penghulu juga dipantau oleh pihak polis dan laporan dihantar ke pentadbiran negeri berhubung tingkah laku dan prestasi kerja penghulu tersebut. Apabila negeri aman, pendapatan negeri dapat dikumpul dengan berkesan. 

Pada tahun 1882, terdapat beberapa buah balai polis di Kuala Langat selain di Bukit Jugra. Dikatakan kekuatan pihak polis di Kuala Langat adalah seperti berikut:

A.Balai Polis Bukit Jugra...........................Seorang berpangkat Sarjan, 3 orang konstabel
    Gudang Kerajaan di Bukit Jugra.............. 3 orang konstabel
    Pejabat Collector and Magistrate..............Seorang konstabel
    Off Duty Emergency)............................... 2 orang konstabel 
                            
B.Balai Polis Kuala Jugra..........................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

C.Balai Polis Kanchong.............................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

D.Balai Polis Bandar..................................Seorang Koperal, seorang konstabel


Pada tahun 1898, cadangan membina Balai Polis Telok Panglima Garang disuarakan kerana keperluan penduduk semasa yang semakin ramai berikutan pembukaan lebih banyak estet  termasuk di Pulau Carey dan perkampungan di mukim Telok Panglima Garang yang memerlukan tindakan yang lebih pantas daripada pihak polis. Bahkan Telok Panglima Garang merupakan perkampungan terpenting di sebelah utara Sungai Langat dalam daerah Kuala Langat kerana kedudukannya yang strategik di laluan terbaru jalan darat menghubungkan Jugra dengan Klang. Perkembangan dan pembangunan ekonomi Kuala Langat sememangnya berkait rapat dengan lingkungan pengaruh bandar Klang dan Pelabuhan Swettenham. Sudah pasti Telok Panglima Garang menerima tempiasnya. Maka sewajarnya Telok Panglima Garang dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan awam termasuk Balai Polis.



Tender Membina Balai Polis TPG pada tahun 1899

          
                  

Tender Baharu dikeluarkan pada bulan November 1900 untuk Pembinaan Balai Polis TPG. Mengapa tender lama dibatalkan tidak diketahui.



Balai Polis TPG telah siap namun tiada arahan beroperasi  daripada pihak berkuasa

Penempatan sementara  Kuarters Renjer Hutan Telok Reserve Forest di Balai Polis TPG dalam tahun 1902



Telok Panglima Garang dalam Peta Kuala Langat dalam tahun 1898

Kawasan Operasi Balai Polis TPG meliputi semua kampung dalam Mukim TPG  sehingga  Sijangkang pada tahun 1913

Estet-estet di Pulau Carey juga dibawah pentabiran dan pengurusan Balai Polis TPG pada tahun 1910




 Balai Polis Jenjarom 
Kampung-kampung Cina di atas bukit dan pinggir hutan seluruh Kuala Langat dan Sepang dipindahkan ke Kampung Baru Jenjarom. Perkampungan baru terbesar di Kuala Langat. Sebuah balai polis kecil diwujudkan di situ,  di pintu masuk.Kawalan polis diperhebat. 24/7, setiap detik setiap ketika. Seluruh kawasan dikawal, berkawat. Berkekalanlah balai polis itu sehingga kini.

Balai Polis Telok Panglima Garang

Ura-ura pembinaan balai polis di sini mula diperkatakan sejak awal 1963 lagi, ekoran banyak kejadian samseng bergaduh dan mengugut para pekedai bagi wang perlindungan. Pernah Telok Panglima Garang digegarkan dengan pembunuhan kanak-kanak berusia 4 tahun ketika zaman Darurat. Sebagai sebuah mukim yang pesat membangun ekoran perkembangan industri di Lembah Klang, seharusnya sudah ada sebuah balai polis di sini. Hal ini terus disuarakan oleh para pemimpin masyarakat  terutama UMNO dan MCA di TPG. Mungkin juga kewujudan balai polis sedia ada di Jenjarom yang berdekatan dengan TPG melambatkan keputusan kerajaan membina balai polis di situ.

Namun, keadaan mula berubah pada awal 1970-an.  Kesan dan status Telok sebagai kawasan perindustrian bebas yang baharu di Kuala Langat serta pertambahan penduduk yang mendadak ekoran penghijrahan masuk penduduk ke sini memaksa kerajaan mengadakan infrastruktur lengkap termasuk sebuah balai polis baharu yang kekal dan besar. Tetapi, entah di mana silapnya, mungkin tiada peruntukan oleh kerajaan pada masa itu, sebuah balai polis yang unik diwujudkan di Telok. Unik kerana inilah mungkin satu-satunya balai polis di Kuala Langat, bahkan mungkin di Selangor yang disewa di sebuah blok rumah kedai dua tingkat di Batu 10 Kebun Baru, berhadapan jalan raya utama Klang-Banting. Sudah pasti fasilitinya terhad tanpa kuarters. Sepatutnya balai polis ini disebut pondok polis sahaja. Tak ada rotan akar pun berguna. Berkat kesabaran penduduk dan warga polis di sini, maka, di tapak berhampiran bersebelahan lot rumah kedai itu kini dibina sebuah balai polis serba lengkap dan besar, menggantikan 'pondok' yang telah lebih 30 tahun mencurahkan berbakti.

Balai Polis Telok Panglima Garang yang disewa daripada rumah kedai di Taman Desawira di selekoh Batu 10 Jalan Kebun Baharu dalam tahun 1970-an

Balai Polis Telok Panglima Garang kini

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk butiran terperinci

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 JUL 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0103513W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
25 JAN 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688510W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
31 DEC 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0081886W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...