Khamis, 23 Jun 2022

Sejarah Awal Kampung Kanchong Laut di Kuala Langat

 


Lokasi Kanchong dalam peta Kuala Langat pada tahun 1898

Kanchong Laut

Kanchong Laut telah pun wujud lebih awal seiring petempatan  di Jugra. Dinamakan Kanchong Laut disebabkan kedudukannya yang terletak tidak jauh dari laut. Di dalam teks-teks sejarah ketika pemerintahan awal British di Kuala Langat, Kanchong Laut dirujuk sebagai Kanchong sahaja kerana pada masa itu tidak wujud lagi petempatan lain yang dipanggil Kanchong Darat ataupun Kanchong Tengah seperti kini.

Sebenarnya, asal perkataan ‘Kanchong’ ini diambil dari nama bekas air yang dibuat daripada buluh yang digunakan oleh Orang-orang Asli pada masa dahulu. ‘Kanchong’ ini mudah dibawa ke mana-mana dan boleh pula disangkutkan kerana ‘Kanchong’ itu bertali.  Oleh sebab perkampungan mereka berhampiran dengan pantai,  tentunya untuk mendapatkan air tawar agak sukar sedikit.  Maka terpaksalah mereka berjalan kaki jauh ke pedalaman untuk mendapatkan air tawar.  Setiap keluarga terpaksa mengangkut air tawar setiap hari menggunakan buluh betong yang dilubang-lubangkan. Ruas buluh yang dilubangkan ini diberi bertangkai dan diikat 5 atau 6 batang kemudiannya disangkutkan pada pengandar. Ruas buluh yang dijadikan tempat menyimpan air ini dinamakan ‘calung’ dan ada pula menyebutnya ‘kacung (kanchung)’.  Petempatan nelayan pinggir laut ini, sama juga seperti petempatan di Batu Laut ketika itu mempunyai penduduk yang agak ramai. Penduduk asalnya merupakan penduduk Melayu berasal dari Melaka.

Lokasi

Peta Lakar Kg. Kanchong (Laut) pada tahun 1890


Pada tahun 1878, Sultan Abdul Samad telah memperkenankan Tuan Haj Mat Salleh sebagai Penghulu di Kanchong  dengan gaji bulanan sebanyak $50 (tambahan 10% daripada kutipan cukai di situ). Pencen diberikan kepada  bekas Penghulu Kanchong iaitu Tuan Sheikh Mat Taib. Dikatakan di kawasan Kanchong dan di sepanjang laluan ke Sepang Kecil ini banyak tanah pertanian termasuk dusun durian yang dimiliki oleh keluarga diraja Selangor, antaranya milik Raja Mahmud dan Raja Daud, yang berkeluasan kira-kira 350 ekar kesemuanya.

Balai Polis Kanchong

Balai Polis Kanchong yang lama telah dibina antara tahun 1882 dan 1883. Pada masa itu balai ini dijaga oleh seorang anggota berpangkat Koperal serta 3 orang konstabel. Keadaan balai polis di situ agak menyedihkan. Akhirnya, sebuah balai polis yang baharu yang telah siap dibina pada tahun 1891 di suatu lokasi yang baharu. 

Tajuk:REPORTS THAT THE KANCHONG POLICE STATION HAS NOT BEEN VISITED BY ANY EUROPEAN OFFICER SINCE THE AG.COLLECTOR OF JUGRA LEFT THAT STATION.
Deskripsi:LAPORAN MENGENAI BALAI POLIS KANCHONG YANG TIDAK PERNAH DILAWATI SEJAK TURNEY MENINGGALKAN DAERAH JUGRA; CADANGAN SUPAYA BALAI POLIS KANCHONG DITUTUP & PENGAWASANNYA SECARA BERJADUAL DIJALANKAN OLEH POLIS KUALA JUGRA. SURAT; MINIT BAHASA INNGERIS SYERS; INNES JAMES; DOUGLAS,B; RAJA MAHMOOD; TUNKU PANGLIMA RAJA; LUKUT; SUPERINTENDENT'S POLICE OFFICE,K.LUMPUR
10/09/1880

Tajuk:DRAWING ATTENTION TO THE BAD ACCOMMODATION FOR THE POLICE AT KANCHONG
Deskripsi:LAPORAN KEADAAN TEMPAT TINGGAL POLIS YANG TERUK DI KANCHONG SURAT; MINIT BAHASA INGGERIS BELLAMY, HENRY FRANKLIN; BELLAMY, GEORGE CUMMING; COLLECTOR & MAGISTRATE, LANGAT


Tajuk:FORWARDS CORRESPONDENCE WITH REFERENCE TO SETTLEMENT OF SITE FOR THE NEW KANCHONG POLICE STATION FOR DECISION
17/08/1890



Tajuk:REQUEST THE WARRANTS BE ISSUED FOR THE NEW POLICE STATION AT KANCHONG.
Deskripsi:ACTING SUPERINTENDENT OF PWD SELANGOR MEMINTA RESIDEN BRITISH MENGELUARKAN WARAN KUASA BAGI KEGUNAAN BALAI POLIS BARU KANCHONG. MINIT; SURAT. BAHASA INGGERIS NORMAN,AC PUBLIC WORKS DEPARTMENT SELANGOR
10/07/1889


Tajuk:FORWARDS CONTRACT 73/90 FOR NEW POLICE STATION AT KANCHONG KWALA LANGAT AND REPORTS COMPLETION OF WORK & RECOMMENDS FINAL PAYMENT
30/04/1891

Dalam tahun 1892, kerajaan membina perigi/telaga berbatu bata untuk kegunaan orang awam di pekan Kanchong dengan kos $113.12. Ketika itu Raja Mon menjadi Penghulu Kanchong.

Banjir banyak merosakkan tanaman kopi yang diusahakan oleh orang-orang Jawa sehinggakan 23 orang daripada mereka terpaksa meninggalkan terus kawasan perkebunan mereka itu. Dikatakan jika hujan berterusan selama sejam maka kawasan itu akan terendam selama sehari dan sekiranya hujan turun tidak berhenti-henti selama sehari, maka tanah mereka akan kebanjiran selama seminggu. Punca kejadian banjir ini dikatakan dari kawasan hutan di sepanjang laluan Kanchong ke Batu Laut. Kesan daripada kekerapan banjir yang berlaku, maka kerajaan merancang untuk membina tali air bagi mengawal air dari hutan gambut di situ ke kawasan pertanian di antara Kanchong dan Batu Laut pada tahun 1897.  Dalam tahun 1901 kerajaan memperuntukkan $2500 untuk membina kunci air di kawasan yang kerap banjir antara laluan ke Morib dan laluan ke Batu Laut.

Dalam tahun 1902, kerajaan merancang membina laluan baharu pesisir pantai dari Batu Laut ke Kanchong Laut. Seterusnya, dalam tahun 1903, satu laluan baharu dibuka menghala ke Kanchong Laut. Kemungkinan besar inilah jalan pintas dari Kanchong Laut ke Kanchong Bengkok (Jalan Tali Air berhampiran Kg. Endah kini). Setahun kemudian, pada tahun 1904, perkampungan baharu di Kanchong Darat dibuka.

Laluan pesisir pantai antara Batu Laut dan Kanchong Laut mula dibina dalam tahun 1902

Lokasi Kanchong Laut dalam tahun 1933


       Peta tahun 1957 menunjukkan kewujudan Kg. Endah di kawasan Kanchong Laut

Kampung Endah merupakan sebuah kampung tersusun yang berasal dari 3 buah kampong terpencil di Daerah Kuala Langat iaitu kampong Delik. Kampung Darat Batu dan Kampung  Kanchung Tengah (Ladang Lor). Selepas perang dunia kedua berlaku zaman dharurat sekitar tahun 1948-1960 dan bagi mengelakkan amcaman komunis. Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah memindahkan penduduk ketiga-tiga kampong ini ke penempatan baru yang terletak bersebelahan dengan kampong Kanchong Laut pada tahun 1952. Setiap  keluarga diperuntukkan ½ ekar tanah yang kesemuanya berjumlah 100 lot. Penempatan baru  ini ditadbirkan oleh satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Penempatan baru ini disebut  Kampong PINDAH ,kemudian nya disebut pula Kampong INDAH . Memandangkan kebanyakkan penduduk di kampong ini terdiri dari keturunan Jawa,oleh yang demikian sebutan indah di sebut ENDAH sehinggalah sekarang..

Kanchong Laut Kini





Dokumen-dokumen Berkaitan Kanchong dari Arkib Negara Malaysia





Tanah kepunyaan kerabat diraja Jugra di daerah Kanchong sekitar 1880-an.



Tawaran Raja Mon untuk membeli tapak balai polis Kanchong yang lama dengan harga $20.

Kerja Pembinaan Balai Polis Kanchong yang baharu siap dala tahun 1891







Raja Mon menjadi Penghulu di Kanchong pada tahun 1893 memohon pinjaman sebanyak $200 daripada kerajaan 








Permohonan tanah daripada Mr. Munro untuk pembinaan banglo rehatnya di Kanchong dalam tahun 1902.

Pembinaan Jalan Baru ke Kanchongdalam tahun 1903



Kerja-kerja Penyelenggaraan Parit dan Jalan ke Kanchong pada tahun 1906

Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
3 MAR 1879
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000877W
Hit
:
124
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
5 APR 1879
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000905W
Hit
:
123
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
2 MAY 1878
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000643W
Hit
:
111
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Sumber
:
Tarikh
:
31 DEC 1992
Jenis Rekod
:
IMEJ
No Penerimaan
:
1992/0000042T
Hit
:
70
Subjek
:
PERISTIWA  
Lokasi
:
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
11 JUN 1878
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000675W
Hit
:
50
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
15 JUN 1885
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0004284W
Hit
:
48
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
31 JUL 1903
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0110125W
Hit
:
44
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
3 DEC 1952
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0302604W
Hit
:
41
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
15 JAN 1906
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0126864W
Hit
:
39
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
5 JUN 1901
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0098119W
Hit
:
36
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
30 MAY 1878
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000667W
Hit
:
35
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Sumber
:
Tarikh
:
17 DEC 1965
Jenis Rekod
:
IMEJ
No Penerimaan
:
2001/0030216W
Hit
:
35
Subjek
:
PERISTIWA  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
23 AUG 1876
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0000232W
Hit
:
34
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
5 SEP 1892
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0034344W
Hit
:
33
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Sumber
:
Tarikh
:
4 JAN 1964
Jenis Rekod
:
IMEJ
No Penerimaan
:
2001/0024644W
Hit
:
33
Subjek
:
PERISTIWA  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Sumber
:
Tarikh
:
21 JAN 1967
Jenis Rekod
:
IMEJ
No Penerimaan
:
2001/0035231W
Hit
:
31
Subjek
:
PERISTIWA  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
5 JAN 1883
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0002085W
Hit
:
29
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
PERSEKUTUAN - JABATAN
Sumber
:
Tarikh
:
9 NOV 1963
Jenis Rekod
:
IMEJ
No Penerimaan
:
2001/0024522W
Hit
:
29
Subjek
:
PERISTIWA  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
1 JAN 1884
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0003246W
Hit
:
26
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
10 SEP 1880
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0001159W
Hit
:
26
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
17 APR 1888
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0010869W
Hit
:
25
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
10 SEP 1889
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0016642W
Hit
:
23
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
11 JUL 1892
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0033179W
Hit
:
23
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
26 JUN 1897
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0071109W
Hit
:
23
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
5 JAN 1893
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0036829W
Hit
:
22
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
30 APR 1891
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0025132W
Hit
:
22
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
17 AUG 1890
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0021578W
Hit
:
22
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
26 FEB 1890
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0019376W
Hit
:
21
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
15 JAN 1906
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0126883W
Hit
:
21
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
10 DEC 1902
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0106089W
Hit
:
20
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
31 JAN 1907
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0134297W
Hit
:
20
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
10 JUL 1889
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0015879W
Hit
:
19
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT
Tajuk
:
Kategori
:
ARKIB AWAM
Subkategori
:
NEGERI
Sumber
:
Tarikh
:
19 OCT 1891
Jenis Rekod
:
DOKUMEN
No Penerimaan
:
1957/0027787W
Hit
:
19
Subjek
:
DOKUMEN  
Lokasi
:
IBU PEJABAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat Walafiat. Malam tadi Atok baru sahaja balik dari Telok Datok menziarahi jenazah a...