Salam buat cucu-cucu Atok semua. Semoga korang sihat-sihat belaka. Atok dan Wan pun sama. Sihat Walafiat Wallet masih tebal and minyak urut Afiat masih ada stok kat rumah. HaHaHa...Saja Atok buat lawak-lawak bodoh pagi-pagi ini. Tak gelak pun tak apa asalkan muka ada senyum. Cuti-cuti hujung minggu jarang Atok dan Wan ada kat rumah. Berjalan sakan aja kita orang.. Bukannya apa, bosanlah asyik terperap jer kat rumah. Maka Sabtu dan hari minggu memang escapism buat kami. Bukannya apa sangat, dapat tengok suasana kat kampung-kampung pun kami dah seronok banget.. Anak Atok pulak minat memancing. Kadang-kadang sampai ke Jugra dia membangau. Katanya Jugra seronok, menenangkan. Mungkin ada benarnya. Ramai kaki-kaki pancing pilih Batu Ampar kat Jugra tu sebagai favourite spot diorang.. Korang tahu tak Batu Ampar tu apa? Batu Ampar itu tempat bot berlabuh suatu ketika dahulu. Maksud Atok tempat macam jeti atau pengkalan. Kalau nak kata pelabuhan pun OK juga tapi panggil jer pelabuhan sungai. Itu dahulu! Zaman Sultan Abdul Samad. Sekarang tak ada apa yang tinggal kecuali tapak jeti konkritnya. Itupun kalau korang perasan. Yang tak tahu ingatkan macam sebahagian daripada jalan raya sahaja. So, entri Atok kali ini memang ada berkaitannya dengan jeti Batu Ampar di Jugra suatu masa dahulu. Begini kisahnyAa.......
Pengenalan
Batu Ampar bermaksud sebuah batu besar yang lebar dan rata yang kelihatan terhampar atau terbentang luas. Batu Hampar dulunya merupakan sebuah pelabuhan sungai yang agak pesat membangun pada kurun ke-14.Sekiranya berlakunya angin ribut yang kuat di laut Selat Melaka, maka kapal kapal pedagang ini akan memasuki Kuala Sungai Jugra dan mudik menyusuli sungai Jugra hinggalah sampai ke Batu Ampar.Di sinilah semua kapal akan berlabuh dan mengambil air tawar. Ketika itu Sungai Jugra tidaklah sebesar dan seluas sekarang. Menurut cerita orang tua tua dahulu Batu Ampar mendapat namanya dari sebuah batu berwarna hitam kelabu yang terdampar di tepi sungai itu. Batu ini dikatakan hidup. Setiap tahun ianya akan melebar. Selain mempunyai sejarah, Batu Ampar juga menyimpan banyak cerita cerita misteri dan mistiknya. Di sini juga dikatakan Laksamana Hang Tuah pernah datang dan menyabung ayam. Di atas batu tersebut kononnya ada kesan tapak kaki Hang Tuah dan tapak kaki ayamnya.
Batu besar yang terdapat di lereng Bukit Jugra mengunjur ke tebing sungai |
Kelihatan batu keras itu menghampar dan rata |
Pandangan dari atas bukit batu ampar di Jugra |
Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu ke Batu Ampar dan dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. Lokasinya dikenalpasti dengan membina terusan sejauh 200 ela dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak cabang kedua sungai Langat tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar.
Maka pada sekitar pertengahan tahun 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan. Usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding aliran utama Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu. Dalam masa beberapa tahun sahaja sungai ini semakin membesar dan mendalam kerana hakisan tebing akibat arus sungai yang deras sehinggalah menjadi sungai. Maka wujudlah Pulau Carey yang kita kenali sekarang.
Setelah campurtangan Inggeris di Selangor pada tahun 1873 bermula, Jugra semakin dikenali. Pentadbiran Inggeris mula membina infrastruktur awam seperti Balai Polis dan penjara, jeti dan pelabuhan Jugra. Sebagai pusat pentadbiran Selangor, beberapa perahu dan kapal wap milik kerajaan berulang alik dari Klang ke Jugra. Kapal wap Abdul Samad membawa penumpang diraja, pengurus- pengurus estet berdekatan dan pegawai kerajaan di samping mel. Kapal wap Enid berulang alik ke Jugra dari Klang ke Jugra dua minggu sekali. Pada minggu berikutnya kapal tersebut belayar dari Klang ke Kuala Selangor. Kapal Sri Panchore sebuah kapal wap dari Singapura menjadikan Jugra sebahagian daripada laluan dan singgahannya.Tongkang dan kapal wap kepunyaan pedagang berbangsa Cina juga berlabuh di jeti Batu Ampar, Jugra. Jeti Batu Ampar terletak di tepi sungai Jugra.Jarak dari Rumah Pasung ke Batu Ampar lebih kurang 400 meter sahaja.
tapak jeti lama jelas kelihatan dari susur Bukit Jugra |
Pada bulan Jun 1881, kerajaan merancang untuk membina jeti kayu berlantaikan papan daripada kayu merbau di Batu Ampar. Pembinaannya dan sebuah pejabat kastam dianggarkan memakan biaya sebanyak $700 serta dijangka mengambil masa tidak melebihi 5 bulan untuk disiapkan. Dalam bulan Oktober 1881 satu pelan jeti baharu diluluskan dan dibina oleh kontraktor bernama Hendrick Appoo. Jeti itu dikatakan sejauh 20 kaki dari tebing dan mempunyai tangga turun hingga ke paras air surut.
Lima tahun kemudian, dalam bulan Disember tahun 1886, kerajaan merancang membina sebuah jeti baharu yang lebih baik, lengkap, serta jeti penambatan bot, dengan penginapan untuk pekerja bot. Keseluruhan kos projek ini dianggarkan $1000. Dalam bulan Disember 1887, sebuah jeti baharu telah siap dibina oleh kontraktor Haji Mohamad Tahir bin Mat Sadin (Saidin?) dari Jugra. Kerajaan juga menaiktaraf jalan ke jeti tersebut. Sekali lagi pada 13 Julai 1889, dermaga di Jugra dapat disiapkan sepenuhnya.
Pelabuhan jugra sebagai pintu masuk Candu ke Selangor pada tahun 1880 |
Bilangan kapal dan tongkang serta sampan yang masuk dan keluar dari Jeti Batu Ampar pada tahun 1890. |
Dalam tahun 1892, pelan pembangunan jeti Jugra dianggarkan sebanyak $1297.67 telah diluluskan kerana keadaannya yang kian membahayakan akibat hakisan arus sungai. Tender baharu untuk jeti baharu dengan peruntukan sebanyak $1250 dikeluarkan dalam bulan Disember 1896. Pada 2 Disember 1896 Haji Mohamad Tahir bin Mat Sadin (Saidin?) dari Jugra telah menulis surat kepada Residen British ketika itu, memohon agar kerja-kerja pembinaan jeti, pasar dan penambakan kawasan paya di Jugra diberikan terus kepadanya. Namun tender tersebut berjaya diperoleh oleh kontaktor bernama Lee Bing. Dikatakan dalam bulan Mei 1897, pembinaan jeti baharu mula tergendala kerana masalah yang disebabkan oleh kekurangan tenaga pekerja. Dalam bulan September 1897, pihak Jurutera Negeri mendapati jeti ini tidak lagi selamat untuk dibaiki kerana sebahagiannya telah runtuh ke dalam sungai. Mereka mencadangkan agar kontrak baharu dikeluarkan memandangkan kontraktor kini tidak dapat menyiapkan kerja-kerja yang tertunda walaupun tambahan masa telah diberikan. Mereka juga mencadangkan agar penambakan dasar sungai dengan batu granit yang diambil dari kuari Bukit Jugra dengan kedalaman 30 kaki supaya asas jeti menjadi lebih kukuh.
Bekas Kuari di Bukit Jugra dari mana batuan granit diperoleh untuk membina asas jeti |
Peta lakar binaan dan kedudukan jeti ini pada tahun 1899 |
Dalam tahun 1908, jeti ini dibaiki lagi dengan peruntukan sebanyak $500. Pada tahun 1909 pekan Jugra diuruskan oleh Sanitary board yang menguruskan kerja-kerja perbandaran seperti penyalaan lampu awam dan sebagainya. Namun pada tahun1912, keadaan jeti jugra begitu daif kerana sudah tenggelam ke dalam sungai kerana arus sungai yang deras. Jeti ini terus ditinggalkan apabila pentadbiran daerah Kuala Langat dipindahkan ke Telok Datok dalam tahun 1920.
Pelabuhan Jugra kehilangan kepentingannya setelah wujudnya Pelabuhan Swettenham di Kuala Klang |
Jugra became a place of importance for fully a generation. Hari ini Batu Ampar lebih dikenali sebagai tempat memancing ikan.
Surat Makluman Jadual Pergerakan Bot wap 'Abdul Samad' ke Jugra pada tahun 1908 |
Kos Pembaikan Jeti sebannyak $500 pada tahun 1908 |
Kerja-kerja membina Susur Anak Gajah menyambungkan jeti ke Station di Jugra dalam tahun 1885 |
Berita Kemasukan Steamer 'Sri Panchore' ke Jeti Jugra pada 1881 |
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan