Rabu, 9 November 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1950-1959)

Assalamualaikum buat semua. Syukur ke hadrat Ilahi atas apa jua pemberian dan limpahan rezeki serta rahmat daripadaNya buat kita di bumi yang makmur dan sejahtera ini. Banyakkanlah beristighfar atas segala dosa kita, tak kiralah dosa besar mahupun kecil. Juga, ucapkanlah rasa syukur kita kepadaNya dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan dan tegahanNya. Pedulikan segala hasutan Syaitan, jangan pernah kita putus asa memohon keampunan Allah kerana rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya. Sememangnya kita manusia, insan dan makhluk yang lemah. Betapa banyak dosa kita walaupun seperti buih di lautan atau setinggi langit sekalipun, pasti Allah akan mengampuni kita selagi tidak kita melakukan syirik terhadapNya. Begitu mulia dan tingginya darjat umat Islam di sisi Allah sehingga dosa-dosa kita mudah sahaja diabaikan oleh Allah.

So, back to our real story, apa citer minggu ini, Atok? Haah...baru Atok nak beritahu, korang lebih awal bertanya. Itu petanda baik tu. Itu maknanya korang suka akan cerita-cerita Atok di sini, tak sabar-sabar korang nak tahu, what's next?. Atau mungkin Atok  yang syok sendiri, sorang-sorang dengan cerita-cerita Atok ini. Yalah, apa dan dekat mana menariknya cerita orang yang dah lama jadi tanah semula ini, yang dah mati berkubur bertahun-tahun? Atok korek balik kubur mereka, ceritakan kisah hidup mereka kepada kita orang. Tak berdosakah Atok membuka aib dan sisi gelap mereka? Aduuuh, macam mana Atok nak terangkan kat korang,ya?

OKlah cenggini....Apa yang Atok bongkarkan dalam blog Atok ini, bukanlah keburukan individu tetapi kesan tindakan seseorang terhadap masyarakat sekitarnya pada masa itu. Atok takde masa untuk korek cerita peribadi mereka kecuali personaliti mereka  yang membawa kepada tindakan mereka, sama ada positif atau negatif terhadap masyarakat dan ummah ketika itu. Inilah yang dinamakan pengajian SEJARAH. Kita mengambil ibrah atau iktibar serta pengajaran daripada tindakan mereka yang terdahulu, agar kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Sebenarnya kehidupan kita di dunia ini merupakan pentas ujian yang berulang-ulang, cuma kita dan mereka, pelakon-pelakon yang berbeza mengikut garis masa sehingga hari kiamat. 

Manusia meniru tindakan manusia lain yang ada sebelumnya. Yang difikirkan baik mereka jadikan warisan turun temurun. Yang buruk mereka jadikan sebagai pantang larang untuk dijauhi oleh anak cucu turun temurun. So, janganlah korang memandang Atok sebagai penyebar fitnah atau keaiban manusia lain, terutamanya yang telah lama meninggalkan kita. Sungguh! Atok tidak bermaksud apa-apa selain menyampaikan fakta yang wujud untuk pendidikan kita, generasi masa kini dan masa depan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Jom, kita teruskan penceritaan ini. Entri kali ini masih tentang Penjara Pudu dalam dekad 1950-an. Tentang kisah apa yang berlaku di dalamnya. Tetapi sebelum itu Atok hendak maklumkan kepada korang tahun-tahun 1950-an merupakan zaman tribulasi, penderitaan kepada rakyat Malaya dan Malaysia. Banyak berlaku kebuluran, kemiskinan, penderaan, kesakitan bahkan kematian. Rata-rata manusia yang hidup di Malaya ketika itu sedikit sebanyak tercalit kisah dan sisi gelap dalam kehidupan mereka, walaupun nun di hujung terowong yang gelap gelita ada cahaya harapan yang menarik manusia ke arahnya serta melupakan segala penderitaan yang dialami. Benarlah, bak kata pepatah:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, 

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Selepas mengharungi kepayahan ketika Pendudukan Jepun, kita diasak oleh bermaharaja lelanya Komunis Bintang Tiga. Setelah itu bermulalah era Darurat yang mengehadkan pergerakan sosial dan fizikal, kebebasan bersuara dan minda, serta sekatan bahan makanan keperluan asas selama 12 tahun sebelum kita mengecapi kenikmatan dan manisnya kemerdekaan pada tarikh keramat 31 Ogos 1957. 

Terdapat empat peristiwa penting yang telah merobah suratan takdir Malaya dan Malaysia buat selama-lamanya. Atok hendak fokuskan penceritaan empat peristiwa ini dalam peringkat awal entri ini, sebelum Atok kembali fokus kepada peristiwa yang berlaku secara khusus di dalam dan sekitar Penjara Pudu. Sememangnya keempat-empat peristiwa besar ini ada kaitan langsung dan tidak langsung dengan Penjara Pudu  Atok harap korang bersabar kerana cerita kali ini memang lumayan panjang, panjang banget kata seorang kenalan Atok dari Indonesia. 

Begini storynya......

A. TRAGEDI BUKIT KEPONG

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong ialah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi  pada 23 Februari 1950.

Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragis dalam pertumpahan berdarah di mana penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat.

Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 19 orang anggota polis dan sejumlah 40 tentera komunis telah terkorban.




Pembakaran Balai Polis Bukit Kepong oleh pihak Komunis setelah pertempuran tamat


B. PEMBUNUHAN SIR HENRY GURNEY

Pembunuhan Gurney sebenarnya masih menjadi misteri, tiada siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku dan sehingga ke hari ini tiada pihak yang dapat memastikan siapa sebenarnya pembunuh Gurney. Ketika itu komunis berada di lereng bukit, seolah-olah mereka sudah bersedia melancarkan serangan ke atas kenderaan dinaikinya. Pembunuhannya ini juga memberi isyarat baharu kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu berkaitan kemuncak pemberontakan komunis di Tanah Melayu. 

Pada kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 6 Oktober 1951 itu, Gurney bersama isterinya Lady Gurney dan Setiausaha Sulit, DJ Staples bertolak dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser pada jam 10.45 pagi, iaitu seperti mana yang dijadualkan. Mereka menaiki kereta Rolls Royce, kenderaan rasmi Pesuruhjaya Tinggi British, namun setibanya di selekoh di sebatang jalan antara Kuala Kubu Baru-Pahang yang dikenali sebagai The Gap, mereka diserang hendap. Motif sebenar Gurney dibunuh adalah kerana pengumuman pelaksanaan Rancangan Briggs olehnya pada pertengahan Disember 1950 yang menyebabkan komunis ingin membalas dendam.

Rancangan Briggs adalah tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan. Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh komunis untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan komunis.




Jenazah Templer yang terbunuh dalam serangan hendap di Bukit Fraser dalam tahun 1951 diusung untuk disemadikan.

Kekuatan Komunis mencapai kemuncaknya pada tahun 1951

Kehidupan pengganas komunis di dalam hutan  dalam tahun 1951

Pengganas komunis terbunuh dalam satu pertempuran dalam tahun 1950

Dalam tahun 1952, Kerajaan didesak mempamerkan mayat-mayat pengganas komunis yang dibunuh sebagai pengajaran kepada rakyat 

C. RUNDINGAN BALING 

Rundingan Damai Baling merupakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.

Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.

Proses rundingan antara Kerajaan Perikatan dengan PKM kemudian berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember di Baling, Kedah. Chin Peng berjanji meletakkan senjata jika PKM diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat. Tunku bagaimanapun menegaskan PKM perlu menyerah kalah.

Tawaran Chin Peng juga tidak dihiraukan oleh Kerajaan Perikatan kerana PKM sudah lemah. Tambahan pula, kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas dianggap tidak wajar oleh Kerajaan Perikatan.

Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata. Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.





Statistik peperangan menentang Komunis di Malaya dari tahun 1948 hingga 1958


D.  KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'MERDEKA' sebanyak 7 kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan 'Negaraku'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.


Proklamasi Kemerdekaan di Stadium Merdeka pada  pagi 31 Ogos 1957


Deklarasi Kemerdekaan oleh Bapa Kemerdekaan di Stadium Merdeka

Sebahagian daripada 20,000 Penonton dan saksi Pengisytiharan Kemerdekaan

Sebahagian daripada 20,000 Penonton dan saksi Pengisytiharan Kemerdekaan

Sambutan Hari Merdeka dengan pemasangan bendera dan bunting di kedai-kedai dan sekitar bandar-bandar besar dalam tahun 1957

Perarakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di depan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur

Perarakan Kenderaan Ketenteraan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di depan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur

Penjara Pudu dalam tahun 1950-an

Penjara Pudu dalam tahun 1957

1.  PEMENJARAAN PEMIMPIN MELAYU RADIKAL

Ahmad Boestamam, pemimpin API dan Golongan Melayu Radikal

Penahanan Ahmad Boestamam pada tahun 1948

Penangkapan Boestamam pada tahun 1941-1942 bersama-sama dengan 150 orang anggota dan penyokong KMM memulakan kehidupan getir Boestamam sebagai seorang aktivis politik. Beliau telah menjadi lebih terdedah kepada tekanan penjajah, yang secara langsung memberi satu pemantapan kepada sikap antipenjajahannya. Tekanan ini menjadi satu mangkin kepada semangatnya untuk terus bergiat dalam politik. Beliau dibebaskan oleh tentera Jepun yang datang menyerang Tanah Melayu.Beliau menerbitkan Testamen Politik Api yang mengajukan gagasan ‘merdeka dengan darah’. Kerana karya tersebut, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut pada tahun berikutnya, dan beliau dikenakan denda $1,200.00.

Pada tahun 1946, Ahmad Boestamam ketika berumur 26 tahun telah mengarang sebuah buku kecil yang mendidihkan darah penjajah. Antara seruan buku itu ialah untuk "menyatukan pemuda (Melayu) yang insaf dalam satu barisan", "memperkukuh perpaduan pemuda-pemuda Melayu seluruhnya", dan mengajak "perpaduan bangsa Melayu". Buku kecilnya, Testamen Politik Angkatan Pemuda Insaf, menjadi semboyan besar perjuangan mencapai kemerdekaan jauh sebelum parti-parti politik lain. Asas perjuangan mereka ialah politik yang merdeka, ekonomi yang adil dan keadilan sosial.

Dalam buku kecilnya, Ahmad Boestamam menggariskan asas perjuangan dan tuntutan pemuda insaf. Jika ditelaah buku Testamen Angkatan Pemuda Insaf, Ahmad Boestamam yang banyak berbicara tentang kebangkitan Melayu, penyatuan pemuda Melayu, perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu malah kesediaan untuk "mempertahankan kehormatan diri" (dalam kata lain, "maruah") tidak pernah menggunakan kaca mata assobiyah ataupun perkauman. Malah, antara tuntutannya termasuk "menghapuskan undang-undang membeza-bezakan kulit dan lain-lain lagi". Bagi Ahmad Boestamam, nasib masyarakat majmuk terikat dengan simpul mati. Oleh itu, tidak logik kita bincang hak, maruah dan makmur satu kaum tanpa juga menjaga hak, maruah dan makmur kaum yang lain di negara ini.

Politik yang merdeka bermaksud "demokrasi tulen, satu pemerentahan yang datangnya dari rakyat, dijalankan oleh rakyat menerusi kerajaan yang dibentuk oleh wakil-wakil rakyat, untuk faedah, kebajikan dan keselamatan rakyat".

Ekonomi yang adil ialah "susunan ekonomi teratur yang bukannya untuk faedah satu dua orang atau satu dua puak sahaja tetapi untuk faedah bersama - untuk faedah orang ramai atau rakyat jelata".

Keadilan sosial bermaksud tiada lagi "pembahagian tingkatan yang diadakan oleh manusia yang di antara satu sama lain bertentangan dalam faedah, hak kepentingan dan kewajipan-nya terhadap negara". Dalam kata lain, menghapuskan perbezaan kelas di kalangan masyarakat.

Beberapa tuntutan turut disenaraikan seperti penghapusan pengangguran, melindungi hak pekerja termasuk pekerja perempuan, hak petani, hak berpolitik yang saksama, kebebasan bersuara, pendidikan percuma, hak belajar dalam bahasa sendiri (bahasa ibunda), gaji berpatutan untuk para guru, kemudahan perubatan percuma dan sebagainya. Jelas di sini, kebijaksanaan politik Ahmad Boestamam jauh mendepani zamannya. 





Begitu mengugat sekali buku yang tidak sampai 30 muka surat itu sehinggalah kerajaan penjajah bukan sahaja mengharamkannya malah pemuda Melayu tersebut turut ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Pudu. Penangkapan Ahmad pada bulan Julai 1948-1954 membekukan kegiatan politik Ahmad untuk satu tempoh yang panjang, iaitu selama tujuh tahun. Beliau terpaksa ditahan begitu lama kerana beliau berbahaya kepada keselamatan politik British di Tanah Melayu dan kawasan sekitarnya, iaitu Nusantara. Pengisytiharan undang-undang darurat juga digunakan untuk kerajaan British mengawal anasir PKM dan sekutunya, termasuk PKMM dan anak buahnya. Ahmad dianggap sebagai sebahagian daripada tenaga penggerak yang berbahaya. 

Secara ringkasnya terdapat dua golongan yang menuntut kemerdekaan:
Pejuang berhaluan kanan – Pejuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh persatuan atau parti yang lebih mesra British dan menolak fahaman komunis dan sosialis. Contohnya UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman.

Pejuang berhaluan kiri – Pejuang kemerdekaan yang anti-British dan secara amnya merujuk pada kelompok yang bertentangan dengan parti utama Melayu iaitu UMNO. Contohnya Partai/Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako).


Ahmad ditangkap pada tahun 1963, buat kali ketiga dalam sejarah hidup politiknya. Pada kali ini, Ahmad ditangkap oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri selama empat tahun. Ketika itu, beliau masih menjadi ahli parlimen Setapak. Alasan kerajaan Perikatan adalah kerana Ahmad terlibat dalam usaha Indonesia menentang gagasan Malaysia yang sedang hakan oleh Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia. Ahmad dituduh bekerjasama dengan Partai Komunis Indonesia (PKI) dan terlibat dalam pemberontakan Brunei 1962. Tuduhan ini sangat menarik kerana ia menimbulkan dua gambaran yang sangat penting. Pertama, ternyata Ahmad dilihat sebagai orang setia dan tetap Indonesia . Kedua, penonjolan satu penglibatan politik Ahmad yang menyeluruh Kepulauan Melayu atau Nusantara. Hal ini bermakna bahawa Ahmad mahu menjadi juara Melayu Raya.

Sesungguhnya, bidang politik dan penulisan telah mendarah daging dalam jiwanya yang tabah, keras hati dan tekun itu. Kata Sasterawan Negara Allahyarham Keris Mas pula ; 

“Darah senimanlah yang menjadikan Boestamam seorang pemimpin yang perasa dan juga yang menjadikan dia tidak menundukkan kepala atau mengalah dalam perjuangan untuk bangsa dan tanah air walaupun dia sedar perjuangannya sudah berlalu”. (Dewan Masyarakat, Februari 1983)

Demikian juga Sasterawan Negara Dato Dr Usman Awang pernah mengungkap biografi Boestamam dalam bentuk puisi berikut :

“Selama lebih dari 5,745 hari telah direbahkannya dalam penjara” selama ribuan hari lagi dipikulnya dalam beban rasa dan kesulitan kehidupan bersama keluarga. Namun, tidak ada perkataan menyerah untuknya. Ahmad Boestaman-putera besar tanah air adalah contoh dari suatu kegigihan dan API yang dinyalakannya dulu, kini telah menjadi unggul sejarah yang tidak kunjung padam.” (Dewan Sastera, April 1983)

Di dalam kegelapan zaman penjajah, Ahmad Boestamam berani menyeru kepada penyatuan atas dasar keyakinan pada jati diri serta penyatuan kebangsaan yang majmuk dan menyeluruh, bukan atas dasar menakut-nakutkan orang Melayu dengan jembalang rekaan. Malangnya, lebih tujuh dekad selepas buku kecil Ahmad Boestamam itu, masih ada lagi pihak yang ingin menggunakan taktik momok ini untuk menjadikan Melayu bangsa yang tidak ada keyakinan diri dan sentiasa perlu takut kepada "orang lain".

Pak Sako, Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dibebaskan dari Penjara Pudu dalam tahun 1953

2.  PEMENJARAAN PENGGANAS PARTI KOMUNIS MALAYA

Seperti yang dimaklumkan dalam bahagian pengenalan entri ini, perjuangan atau lebih tepat pemberontakan bersenjata komunis tehadap kerajaan British mengganggu-gugat status quo ketika itu. Kerajaan British tidak keseorangan dalam menentang Komunis ini. British, pegawai-pegawai kerajaan awam dan bersenjata terutamanya pihak polis dan askar Melayu, termasuk raja dan sultan serta pembesar-pembesar istana menentang perjuangan radikal haluan kiri apatah lagi komunis yang ateis dan kebetulan majoriti Cina pendatang menjadi musuh terang-terangan umat Islam, sama ada di Malaya dan alam sejagat. Penentangan secara kekerasan ini tidak direstui majoriti rakyat Malaya ketika itu. Maka,apabila kerajaan mengeluarkan E.R. (Emergency Regulations) yang melarang pemilikan senjata api tanpa kebenaran sehingga boleh dihukum penjara atau digantung, ramai anggota komunis ini dibunuh, ditembak mati, dipenjarakan bahkan dihukum mati di tali gantung, sewenang-wenangnya. 

Akta I.S.A,  Internal Security Act, pada tahun 1948 membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang mereka syaki tanpa perbicaraan untuk suatu tempoh yang lama.  Beratus-ratus orang termasuk Melayu radikal ditahan di penjara Pudu sehinggakan banduan-banduan politik ini terpaksa dipindahkan ke penjara-penjara lain di seluruh Malaya. Kerajaan British mengasingkan pemimpin-pemimpin tertinggi golongan haluan kiri ini di Penjara Pudu manakala penyokong-penyokong biasa mereka ditahan di kem-kem tahanan politik seperti di Morib,  Seremban, Temoh, Tapah dan tempat-tempat lain di seluruh Semenanjung.

Risalah meminta pengganas komunis menyertai tawaran pengampunan digugurkan dari udara berterabur sehingga memasuki kawasan penjara di Pudu 

 Orang ramai tidak memerlukan setem untuk menghantar maklumat anti-pengganas kepada kerajaan

PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA

Era 1950-an mencatatkan peningkatan dalam kes-kes jenayah berat termasuklah pembunuhan. Untuk itu kerajaan telah mengubahsuai beberapa sel menjadi sel Banduan Akhir yang dikhaskan untuk Banduan hukuman gantung. Pada tahun 1953, sel ini bertambah menjadi 15 berbanding 7 sel sebelum ini pada tahun 1952.

Banyak reformasi atau pembaharuan yang dilakukan ketika dekad ini. Kerajaan bertindak memberikan latihan kepada warder Asia bagi menggantikan Warder Eropah di depoh yang dibina bersebelahan Penjara Pudu dalam tahun 1950. Latihan pertamanya bermula dalam bulan April 1950. Dalam dekad ini ramai warder di Penjara Pudu ini dikenakan tindakan disiplin sehingga ada yang dipenjarakan kerana melanggar etika dan menerima rasuah. Kes pembunuhan melibatkan warder juga berlaku.

Namun, yang menggembirakan warder-warder di penjara ini berpadu tenaga menjayakan  beberapa drama pantomin untuk dipersembahkan kepada banduan-banduan dan penonton-penonton di luar penjara. Sebagai hiburan kepada banduan-banduan, sebulan sekali, pihak penjara juga menyediakan tayangan wayang gambar di Dapur Penjara Pudu. Kelas-kelas disediakan untuk banduan-banduan yang ingin menyambung pelajaran mereka ketika di dalam penjara pada tahun 1953 manakala kelas siviks diperkenalkan kepada banduan mulai tahun 1953.



Gambar Pintu Masuk Penjara Pudu pada tahun 1956


                                Gambar Menara Pengawal di Penjara Pudu pada tahun 1956



PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Sumber Manusia

Latihan warder Asia bagi menggantikan Warder Eropah di depoh yang akan dibina bersebelahan Penjara Pudu dalam tahun 1950

Warders' Parade 1950

Rusuhan oleh seorang Warder India menyebabkan seorang warder India lain terbunuh manakala 3 lagi cedera parah pada tahun 1950


Penjara untuk warder yang menjadi perantara banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1952


Warder Sikh di Penjara Pudu dipukul sehingga mati oleh dua warga Sikh yang lain dalam tahun 1952

Rasuah menyebabkan seorang Warder di Penjara Pudu dihukum penjara selama 6 bulan dalam tahun 1952

Cubaan Membunuh Warder Eropah dalam tahun 1952

Percubaan membunuh Superintendant /Pesuruhjaya Penjara di Penjara Pudu dalam tahun 1952


Penyerang berkapak  Pesuruh Jaya Penjara Pudu dihukum penjara 12 tahun dalam tahun 1952

Pementasan drama  'Penchuri Menjadi Menantu Orang Kaya" mula dipersembahkan oleh Staff dan Banduan Penjara Pudu dalam tahun 1950

Pementasan  Pantomin "Cinderella" oleh Staf Penjara dan banduan pada 1954


Persembahan Pantomin "Cinderella" di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur oleh Staff dan Banduan Penjara Pudu dalam tahun 1954

Persembahan Pantomin "Cinderella" di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur oleh Staff dan Banduan Penjara Pudu dalam tahun 1954

Pendidikan Siviks kepada Banduan dalam tahun 1955

Pameran Barangan buatan Banduan  Penjara Pudu Di VI pada tahun 1955

Orang Buta diajar cara mengikat tali oleh banduan dari Penjara Pudu dalam tahun 1958

Peralatan dan Keperluan Penjara

Pertambahan Banduan Wanita di Penjara Pudu menyebabkan sebahagian mereka dipindahkan ke Penjara Batu Gajah, Perak dalam tahun 1953

 Sekolah dalam Penjara Pudu dalam tahun 1953


Pertambahan kes-kes pembunuhan memaksa kerajaan memperuntukkan $5000 untuk pengubahsuaian sel menjadi  sel Banduan Akhir di Penjara Pudu dalam tahun 1954


Peruntukan $5000 untuk pengubahsuaian sel menjadi sel Banduan Akhir pada tahun 1954

Dinding tembok Penjara Pudu  dihiasi banting sempena Kemerdekaan Malaya dalam tahun 1957

SEL TAHANAN

Banduan kebal Tamil yang mendakwa dirinya kebal cedera ditikam dalam tahun 1952

Banduan  Tamil dengan sejarah 8 kali dipenjarakan dalam tahun1956

Penyamaran yang memerengkukkan seorang banduan ke Penjara Pudu dalam tahun 1956

Sultan Selangor menolak rayuan pembunuh-pembunuh yang dipenjarakan dalam tahun 1956

 Penglibatan kongsi gelap dalam Penjara Pudu dalam tahun 1957


Rusuhan melibatkan 20 orang banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1958

Kes Pembunuhan seorang Guru Muda bernama Fonseka di Kuala Lumpur dalam tahun 1958

Pembunuh kakaknya sendiri diisytihar gila oleh mahkamah dalam tahun 1958

Unsur Komunis dalam Pergerakan Buruh dalam tahun 1959

Mogok lapar seorang banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1959

Banduan Lari dari Penjara

Kes lari dari penjara dalam tahun 1950

Cubaan Melarikan diri dengan melompat dari kereta api bergerak dalam tahun 1953

Tinggal 19 hari lagi untuk dibebaskan, banduan melarikan diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1957

Tinggal 19 hari lagi untuk dibebaskan, banduan melarikan diri dari Penjara Pudu dalam tahun 1957


Banduan bekerja di luar melarikan diri dalam tahun 1958

Banduan bekerja di kuarters  bujang penjara1 melarikan diri dalam tahun 1958

 Lagi Banduan  terjun kereta api dalam tahun 1959

Banduan Tarzan melarikan diri dalam tahun 1959

Hukuman tambahan 4 bulan untuk tarzan yang melarikan diri dalam tahun 1959

Banduan Buang Negeri

Banduan Buang Negeri dijadualkan belayar kembali ke negara China pada 18 September 1958

Pengganas-pengganas komunis dihantar kembali ke China pada tahun 1958

Banduan digantung

5 orang Pengganas komunis digantung pada 16 Jun 1950

Banduan Komunis  digantung dalam tahun 1951

 Lagi Pengganas komunis dibunuh dalam tahun 1951

Pengganas komunis  ke-121 yang digantung di Penjara Pudu dalam tahun 1951

Pengganas komunis ke-133 yang digantung di Penjara Pudu dalam bulan Julai 1951


Sejumlah 179 orang pengganas komunis telah dihukum gantung sejak 1948 hingga 1952


Tertangkap kerana kertas dan alat tulis milik komunis dalam tahun 1952

 Kes pembunuhan ketua sendiri oleh tentera African Rifles dalam tahun 1953

Banduan pembunuh dihukum gantung pada 1956

Tiga Banduan Pembunuh berbangsa Melayu digantung dalam tahun1958

Dua Pengganas Komunis dihukum gantung dalam tahun 1959



Banduan-banduan dihukum mati di tali gantung dalam tahun 1959


 Lagi Dua pengganas Komunis digantung dalam 1959

JENIS-JENIS HUKUMAN

Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.

Pengurangan gred 
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan

Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian  ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.

Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.

Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan,  dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan  di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.

LATIHAN VOKASIONAL, PEKERJAAN DAN GANJARAN

Pelbagai  projek pembaharuan, berupa inovasi dan eksperimental  dijalankan oleh pengurusan penjara di Pudu. Ini termasuklah latihan-latihan vokasional agar banduan mendapat kemahiran untuk bekerja sendiri selepas dibebaskan. Cuma permasalahannya, kebanyakan banduan, lebih 75 peratus daripada mereka merupakan banduan hukuman jangka pendek (kurang 6 bulan), menyukarkan pihak penjara mengenal pasti kesesuaian kursus latihan untuk mereka. Antara program-program kemahiran yang ada di Penjara Pudu ini ketika itu adalah seperti kerja-kerja dan latihan Vokasional yang ada di Penjara Pudu dalam tahun 1952 seperti penjilidan buku, menganyam tikar,  membaiki kasut dan pembuatan kasut., bengkel perabut dan jahitanKursus ikatan  bidai, dan pagar  diajar di Penjara Pudu dalam tahun 1958. Percubaan kerajaan untuk mengadakan 'penjara terbuka' di sebelah Penjara Pudu bagi kesalahan-kesalahan kecil dalam tahun 1955. Banduan-banduan dimestikan melaporkan diri dan bekerja dari 5 petang hingga 9 malam sehingga hukuman tamat. Di penjara terbuka ini mereka akan bekerja di bahagian perabot, pembuatan kasut dan kemahiran-kemahiran lain. Di sana juga disediakan kelas-kelas buat mereka.

Program "Banduan Tanpa Penjara", yang pertama di Asia Tenggara, bekerja dan tinggal di luar tembok penjara diperkenalkan pada tahun 1958. Dalam program ini, banduan-banduan berisiko rendah atau yang menghampiri tamat tempoh penahanan mereka di penjara Pudu dibenarkan bekerja sepenuh masa di luar kawasan penjara atau di tempat-tempat yang ditetapkan, Identiti mereka dilindungi daripada pengetahuan orang awam kecuali pengurusan tertinggi syarikat yang mengambil bahagian dalam program ini. Biasanya mereka diambil bekerja dengan syarikat pembinaan bangunan. 

Penjelasan Pesuruhjaya Penjara Selangor dalam tahun 1953 tentang banduan hukuman jangka pendek dan program vokasional untuk mereka

Percubaan kerajaan untuk mengadakan 'penjara terbuka' di sebelah Penjara Pudu bagi kesalahan-kesalahan kecil dalam tahun 1955. Banduan-banduan dimestikan melaporkan diri dan bekerja dari 5 petang hingga 9 malam sehingga hukuman tamat. Di penjara terbuka ini mereka akan bekerja di bahagian perabot, pembuatan kasut dan kemahiran-kemahiran lain.

Hanya dalam tahun 1957, barulah program penjara terbuka menerima peserta pertamanya.


Program "Banduan Tanpa Penjara" bekerja dan tinggal di luar tembok penjara pada tahun 1958


 Eksperimen mendedahkan banduan bekerja dan menyertai aktiviti sukan bersama komuniti dalam tahun 1958

Jenis-jenis pekerjaan

Kerja-kerja dan latihan Vokasional yang ada di Penjara Pudu dalam tahun 1952 seperti penjilidan buku, menganyam tikar,  membaiki kasut, bengkel perabut, jahitan dan pembuatan kasut.


Kedai Pertukangan Banduan di depan Penjara Pudu dalam tahun 1958


Kursus ikatan  bidai, pagar  diajar di Penjara Pudu dalam tahun 1958

LAPORAN-LAPORAN TAHUNAN

Pemberian Hadiah sempena Tahun Baharu Cina kepada banduan-banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1950

Sumbangan Deepavali kepada banduan-banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1950

Kaum India menghantar hadiah buah-buahan kepada Banduan Muslim sempena Hari Raya dalam tahun 1952

Kaum India menghantar hadiah buah-buahan kepada Banduan Muslim sempena Hari Raya dalam tahun 1952

Kaum India menghantar hadiah kepada Warder Gurkha di Penjara Pudu sempena Deepavali  dalam tahun 1952

Meehoon dan rokok hadiah buat banduan sempena tahun baharu dalam tahun 1958


LAWATAN VIP KE PENJARA PUDU



Timbalan Pesuruhjaya Malaya melawat Penjara Pudu dalam tahun 1952

 Lawatan Timbalan Pesuruhjaya Malaya disambut oleh Superitendent Penjara dalam tahun 1952

Templer ketika melawat Penjara Pudu dalam tahun 1952

Laporan Tahunan 1952

 Jemaah Nazir Penjara Pudu pada tahun1952

Komen daripada seorang Jemaah Nazir Penjara Pudu tentang layanan terhadap bayi di Penjara Wanita di Pudu dalam tahun 1952





 Ketua Jemaah Nazir Penjara Pudu menjelaskan perkara sebenar tentang perkara yang berlaku di Penjara Wanita dalam tahun 1952

Pembukaan Kelab Eurasian di belakang Penjara Pudu dalam tahun 1953


Rujukan:





















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...