Assalamualaikum buat semua. Syukur ke hadrat Ilahi atas apa jua pemberian dan limpahan rezeki serta rahmat daripadaNya buat kita di bumi yang makmur dan sejahtera ini. Banyakkanlah beristighfar atas segala dosa kita, tak kiralah dosa besar mahupun kecil. Juga, ucapkanlah rasa syukur kita kepadaNya dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan dan tegahanNya. Pedulikan segala hasutan Syaitan, jangan pernah kita putus asa memohon keampunan Allah kerana rahmat dan kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya. Sememangnya kita manusia, insan dan makhluk yang lemah. Betapa banyak dosa kita walaupun seperti buih di lautan atau setinggi langit sekalipun, pasti Allah akan mengampuni kita selagi tidak kita melakukan syirik terhadapNya. Begitu mulia dan tingginya darjat umat Islam di sisi Allah sehingga dosa-dosa kita mudah sahaja diabaikan oleh Allah.
So, back to our real story, apa citer minggu ini, Atok? Haah...baru Atok nak beritahu, korang lebih awal bertanya. Itu petanda baik tu. Itu maknanya korang suka akan cerita-cerita Atok di sini, tak sabar-sabar korang nak tahu, what's next?. Atau mungkin Atok yang syok sendiri, sorang-sorang dengan cerita-cerita Atok ini. Yalah, apa dan dekat mana menariknya cerita orang yang dah lama jadi tanah semula ini, yang dah mati berkubur bertahun-tahun? Atok korek balik kubur mereka, ceritakan kisah hidup mereka kepada kita orang. Tak berdosakah Atok membuka aib dan sisi gelap mereka? Aduuuh, macam mana Atok nak terangkan kat korang,ya?
OKlah cenggini....Apa yang Atok bongkarkan dalam blog Atok ini, bukanlah keburukan individu tetapi kesan tindakan seseorang terhadap masyarakat sekitarnya pada masa itu. Atok takde masa untuk korek cerita peribadi mereka kecuali personaliti mereka yang membawa kepada tindakan mereka, sama ada positif atau negatif terhadap masyarakat dan ummah ketika itu. Inilah yang dinamakan pengajian SEJARAH. Kita mengambil ibrah atau iktibar serta pengajaran daripada tindakan mereka yang terdahulu, agar kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Sebenarnya kehidupan kita di dunia ini merupakan pentas ujian yang berulang-ulang, cuma kita dan mereka, pelakon-pelakon yang berbeza mengikut garis masa sehingga hari kiamat.
Manusia meniru tindakan manusia lain yang ada sebelumnya. Yang difikirkan baik mereka jadikan warisan turun temurun. Yang buruk mereka jadikan sebagai pantang larang untuk dijauhi oleh anak cucu turun temurun. So, janganlah korang memandang Atok sebagai penyebar fitnah atau keaiban manusia lain, terutamanya yang telah lama meninggalkan kita. Sungguh! Atok tidak bermaksud apa-apa selain menyampaikan fakta yang wujud untuk pendidikan kita, generasi masa kini dan masa depan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Jom, kita teruskan penceritaan ini. Entri kali ini masih tentang Penjara Pudu dalam dekad 1950-an. Tentang kisah apa yang berlaku di dalamnya. Tetapi sebelum itu Atok hendak maklumkan kepada korang tahun-tahun 1950-an merupakan zaman tribulasi, penderitaan kepada rakyat Malaya dan Malaysia. Banyak berlaku kebuluran, kemiskinan, penderaan, kesakitan bahkan kematian. Rata-rata manusia yang hidup di Malaya ketika itu sedikit sebanyak tercalit kisah dan sisi gelap dalam kehidupan mereka, walaupun nun di hujung terowong yang gelap gelita ada cahaya harapan yang menarik manusia ke arahnya serta melupakan segala penderitaan yang dialami. Benarlah, bak kata pepatah:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Selepas mengharungi kepayahan ketika Pendudukan Jepun, kita diasak oleh bermaharaja lelanya Komunis Bintang Tiga. Setelah itu bermulalah era Darurat yang mengehadkan pergerakan sosial dan fizikal, kebebasan bersuara dan minda, serta sekatan bahan makanan keperluan asas selama 12 tahun sebelum kita mengecapi kenikmatan dan manisnya kemerdekaan pada tarikh keramat 31 Ogos 1957.
Terdapat empat peristiwa penting yang telah merobah suratan takdir Malaya dan Malaysia buat selama-lamanya. Atok hendak fokuskan penceritaan empat peristiwa ini dalam peringkat awal entri ini, sebelum Atok kembali fokus kepada peristiwa yang berlaku secara khusus di dalam dan sekitar Penjara Pudu. Sememangnya keempat-empat peristiwa besar ini ada kaitan langsung dan tidak langsung dengan Penjara Pudu Atok harap korang bersabar kerana cerita kali ini memang lumayan panjang, panjang banget kata seorang kenalan Atok dari Indonesia.
Begini storynya......
A. TRAGEDI BUKIT KEPONG
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong ialah kejadian serangan komunis yang berlaku semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut, Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragis dalam pertumpahan berdarah di mana penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian ini, 19 orang anggota polis dan sejumlah 40 tentera komunis telah terkorban.
|
Pembakaran Balai Polis Bukit Kepong oleh pihak Komunis setelah pertempuran tamat |
B. PEMBUNUHAN SIR HENRY GURNEY
Pembunuhan Gurney sebenarnya masih menjadi misteri, tiada siapa yang tahu apa sebenarnya berlaku dan sehingga ke hari ini tiada pihak yang dapat memastikan siapa sebenarnya pembunuh Gurney. Ketika itu komunis berada di lereng bukit, seolah-olah mereka sudah bersedia melancarkan serangan ke atas kenderaan dinaikinya. Pembunuhannya ini juga memberi isyarat baharu kepada penduduk Tanah Melayu ketika itu berkaitan kemuncak pemberontakan komunis di Tanah Melayu.
Pada kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 6 Oktober 1951 itu, Gurney bersama isterinya Lady Gurney dan Setiausaha Sulit, DJ Staples bertolak dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser pada jam 10.45 pagi, iaitu seperti mana yang dijadualkan. Mereka menaiki kereta Rolls Royce, kenderaan rasmi Pesuruhjaya Tinggi British, namun setibanya di selekoh di sebatang jalan antara Kuala Kubu Baru-Pahang yang dikenali sebagai The Gap, mereka diserang hendap. Motif sebenar Gurney dibunuh adalah kerana pengumuman pelaksanaan Rancangan Briggs olehnya pada pertengahan Disember 1950 yang menyebabkan komunis ingin membalas dendam.
Rancangan Briggs adalah tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan. Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh komunis untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan komunis.
|
Jenazah Templer yang terbunuh dalam serangan hendap di Bukit Fraser dalam tahun 1951 diusung untuk disemadikan.
Dalam tahun 1952, Kerajaan didesak mempamerkan mayat-mayat pengganas komunis yang dibunuh sebagai pengajaran kepada rakyat
|
C. RUNDINGAN BALING
Rundingan Damai Baling merupakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.
Proses rundingan antara Kerajaan Perikatan dengan PKM kemudian berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember di Baling, Kedah. Chin Peng berjanji meletakkan senjata jika PKM diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat. Tunku bagaimanapun menegaskan PKM perlu menyerah kalah.
Tawaran Chin Peng juga tidak dihiraukan oleh Kerajaan Perikatan kerana PKM sudah lemah. Tambahan pula, kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas dianggap tidak wajar oleh Kerajaan Perikatan.
Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata. Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.
|
Statistik peperangan menentang Komunis di Malaya dari tahun 1948 hingga 1958 |
D. KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'MERDEKA' sebanyak 7 kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan 'Negaraku'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
|
Proklamasi Kemerdekaan di Stadium Merdeka pada pagi 31 Ogos 1957 |
|
Deklarasi Kemerdekaan oleh Bapa Kemerdekaan di Stadium Merdeka
|
|
Sebahagian daripada 20,000 Penonton dan saksi Pengisytiharan Kemerdekaan |
|
Sebahagian daripada 20,000 Penonton dan saksi Pengisytiharan Kemerdekaan
|
|
Sambutan Hari Merdeka dengan pemasangan bendera dan bunting di kedai-kedai dan sekitar bandar-bandar besar dalam tahun 1957 |
|
Perarakan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di depan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur |
|
Perarakan Kenderaan Ketenteraan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 di depan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur |
|
Penjara Pudu dalam tahun 1950-an
|
|
Penjara Pudu dalam tahun 1957
|
1. PEMENJARAAN PEMIMPIN MELAYU RADIKAL
|
Ahmad Boestamam, pemimpin API dan Golongan Melayu Radikal |
|
Penahanan Ahmad Boestamam pada tahun 1948
|
Penangkapan Boestamam pada tahun 1941-1942 bersama-sama dengan 150 orang anggota dan penyokong KMM memulakan kehidupan getir Boestamam sebagai seorang aktivis politik. Beliau telah menjadi lebih terdedah kepada tekanan penjajah, yang secara langsung memberi satu pemantapan kepada sikap antipenjajahannya. Tekanan ini menjadi satu mangkin kepada semangatnya untuk terus bergiat dalam politik. Beliau dibebaskan oleh tentera Jepun yang datang menyerang Tanah Melayu.Beliau menerbitkan Testamen Politik Api yang mengajukan gagasan ‘merdeka dengan darah’. Kerana karya tersebut, beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut pada tahun berikutnya, dan beliau dikenakan denda $1,200.00.
Pada tahun 1946, Ahmad Boestamam ketika berumur 26 tahun telah mengarang sebuah buku kecil yang mendidihkan darah penjajah. Antara seruan buku itu ialah untuk "menyatukan pemuda (Melayu) yang insaf dalam satu barisan", "memperkukuh perpaduan pemuda-pemuda Melayu seluruhnya", dan mengajak "perpaduan bangsa Melayu". Buku kecilnya, Testamen Politik Angkatan Pemuda Insaf, menjadi semboyan besar perjuangan mencapai kemerdekaan jauh sebelum parti-parti politik lain. Asas perjuangan mereka ialah politik yang merdeka, ekonomi yang adil dan keadilan sosial.
Dalam buku kecilnya, Ahmad Boestamam menggariskan asas perjuangan dan tuntutan pemuda insaf. Jika ditelaah buku Testamen Angkatan Pemuda Insaf, Ahmad Boestamam yang banyak berbicara tentang kebangkitan Melayu, penyatuan pemuda Melayu, perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu malah kesediaan untuk "mempertahankan kehormatan diri" (dalam kata lain, "maruah") tidak pernah menggunakan kaca mata assobiyah ataupun perkauman. Malah, antara tuntutannya termasuk "menghapuskan undang-undang membeza-bezakan kulit dan lain-lain lagi". Bagi Ahmad Boestamam, nasib masyarakat majmuk terikat dengan simpul mati. Oleh itu, tidak logik kita bincang hak, maruah dan makmur satu kaum tanpa juga menjaga hak, maruah dan makmur kaum yang lain di negara ini.
Politik yang merdeka bermaksud "demokrasi tulen, satu pemerentahan yang datangnya dari rakyat, dijalankan oleh rakyat menerusi kerajaan yang dibentuk oleh wakil-wakil rakyat, untuk faedah, kebajikan dan keselamatan rakyat".
Ekonomi yang adil ialah "susunan ekonomi teratur yang bukannya untuk faedah satu dua orang atau satu dua puak sahaja tetapi untuk faedah bersama - untuk faedah orang ramai atau rakyat jelata".
Keadilan sosial bermaksud tiada lagi "pembahagian tingkatan yang diadakan oleh manusia yang di antara satu sama lain bertentangan dalam faedah, hak kepentingan dan kewajipan-nya terhadap negara". Dalam kata lain, menghapuskan perbezaan kelas di kalangan masyarakat.
Beberapa tuntutan turut disenaraikan seperti penghapusan pengangguran, melindungi hak pekerja termasuk pekerja perempuan, hak petani, hak berpolitik yang saksama, kebebasan bersuara, pendidikan percuma, hak belajar dalam bahasa sendiri (bahasa ibunda), gaji berpatutan untuk para guru, kemudahan perubatan percuma dan sebagainya. Jelas di sini, kebijaksanaan politik Ahmad Boestamam jauh mendepani zamannya.
Begitu mengugat sekali buku yang tidak sampai 30 muka surat itu sehinggalah kerajaan penjajah bukan sahaja mengharamkannya malah pemuda Melayu tersebut turut ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Pudu. Penangkapan Ahmad pada bulan Julai 1948-1954 membekukan kegiatan politik Ahmad untuk satu tempoh yang panjang, iaitu selama tujuh tahun. Beliau terpaksa ditahan begitu lama kerana beliau berbahaya kepada keselamatan politik British di Tanah Melayu dan kawasan sekitarnya, iaitu Nusantara. Pengisytiharan undang-undang darurat juga digunakan untuk kerajaan British mengawal anasir PKM dan sekutunya, termasuk PKMM dan anak buahnya. Ahmad dianggap sebagai sebahagian daripada tenaga penggerak yang berbahaya.
Secara ringkasnya terdapat dua golongan yang menuntut kemerdekaan:
Pejuang berhaluan kanan – Pejuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh persatuan atau parti yang lebih mesra British dan menolak fahaman komunis dan sosialis. Contohnya UMNO yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman.
Pejuang berhaluan kiri – Pejuang kemerdekaan yang anti-British dan secara amnya merujuk pada kelompok yang bertentangan dengan parti utama Melayu iaitu UMNO. Contohnya Partai/Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Hj Muhammad (Pak Sako).
Ahmad ditangkap pada tahun 1963, buat kali ketiga dalam sejarah hidup politiknya. Pada kali ini, Ahmad ditangkap oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri selama empat tahun. Ketika itu, beliau masih menjadi ahli parlimen Setapak. Alasan kerajaan Perikatan adalah kerana Ahmad terlibat dalam usaha Indonesia menentang gagasan Malaysia yang sedang hakan oleh Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia. Ahmad dituduh bekerjasama dengan Partai Komunis Indonesia (PKI) dan terlibat dalam pemberontakan Brunei 1962. Tuduhan ini sangat menarik kerana ia menimbulkan dua gambaran yang sangat penting. Pertama, ternyata Ahmad dilihat sebagai orang setia dan tetap Indonesia . Kedua, penonjolan satu penglibatan politik Ahmad yang menyeluruh Kepulauan Melayu atau Nusantara. Hal ini bermakna bahawa Ahmad mahu menjadi juara Melayu Raya.
Sesungguhnya, bidang politik dan penulisan telah mendarah daging dalam jiwanya yang tabah, keras hati dan tekun itu. Kata Sasterawan Negara Allahyarham Keris Mas pula ;
“Darah senimanlah yang menjadikan Boestamam seorang pemimpin yang perasa dan juga yang menjadikan dia tidak menundukkan kepala atau mengalah dalam perjuangan untuk bangsa dan tanah air walaupun dia sedar perjuangannya sudah berlalu”. (Dewan Masyarakat, Februari 1983)
Demikian juga Sasterawan Negara Dato Dr Usman Awang pernah mengungkap biografi Boestamam dalam bentuk puisi berikut :
“Selama lebih dari 5,745 hari telah direbahkannya dalam penjara” selama ribuan hari lagi dipikulnya dalam beban rasa dan kesulitan kehidupan bersama keluarga. Namun, tidak ada perkataan menyerah untuknya. Ahmad Boestaman-putera besar tanah air adalah contoh dari suatu kegigihan dan API yang dinyalakannya dulu, kini telah menjadi unggul sejarah yang tidak kunjung padam.” (Dewan Sastera, April 1983)
Di dalam kegelapan zaman penjajah, Ahmad Boestamam berani menyeru kepada penyatuan atas dasar keyakinan pada jati diri serta penyatuan kebangsaan yang majmuk dan menyeluruh, bukan atas dasar menakut-nakutkan orang Melayu dengan jembalang rekaan. Malangnya, lebih tujuh dekad selepas buku kecil Ahmad Boestamam itu, masih ada lagi pihak yang ingin menggunakan taktik momok ini untuk menjadikan Melayu bangsa yang tidak ada keyakinan diri dan sentiasa perlu takut kepada "orang lain".
|
Pak Sako, Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dibebaskan dari Penjara Pudu dalam tahun 1953 |
2. PEMENJARAAN PENGGANAS PARTI KOMUNIS MALAYA
Seperti yang dimaklumkan dalam bahagian pengenalan entri ini, perjuangan atau lebih tepat pemberontakan bersenjata komunis tehadap kerajaan British mengganggu-gugat status quo ketika itu. Kerajaan British tidak keseorangan dalam menentang Komunis ini. British, pegawai-pegawai kerajaan awam dan bersenjata terutamanya pihak polis dan askar Melayu, termasuk raja dan sultan serta pembesar-pembesar istana menentang perjuangan radikal haluan kiri apatah lagi komunis yang ateis dan kebetulan majoriti Cina pendatang menjadi musuh terang-terangan umat Islam, sama ada di Malaya dan alam sejagat. Penentangan secara kekerasan ini tidak direstui majoriti rakyat Malaya ketika itu. Maka,apabila kerajaan mengeluarkan E.R. (Emergency Regulations) yang melarang pemilikan senjata api tanpa kebenaran sehingga boleh dihukum penjara atau digantung, ramai anggota komunis ini dibunuh, ditembak mati, dipenjarakan bahkan dihukum mati di tali gantung, sewenang-wenangnya.
Akta I.S.A, Internal Security Act, pada tahun 1948 membolehkan kerajaan menahan sesiapa sahaja yang mereka syaki tanpa perbicaraan untuk suatu tempoh yang lama. Beratus-ratus orang termasuk Melayu radikal ditahan di penjara Pudu sehinggakan banduan-banduan politik ini terpaksa dipindahkan ke penjara-penjara lain di seluruh Malaya. Kerajaan British mengasingkan pemimpin-pemimpin tertinggi golongan haluan kiri ini di Penjara Pudu manakala penyokong-penyokong biasa mereka ditahan di kem-kem tahanan politik seperti di Morib, Seremban, Temoh, Tapah dan tempat-tempat lain di seluruh Semenanjung.
|
Risalah meminta pengganas komunis menyertai tawaran pengampunan digugurkan dari udara berterabur sehingga memasuki kawasan penjara di Pudu |
|
Orang ramai tidak memerlukan setem untuk menghantar maklumat anti-pengganas kepada kerajaan |
PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA
Era 1950-an mencatatkan peningkatan dalam kes-kes jenayah berat termasuklah pembunuhan. Untuk itu kerajaan telah mengubahsuai beberapa sel menjadi sel Banduan Akhir yang dikhaskan untuk Banduan hukuman gantung. Pada tahun 1953, sel ini bertambah menjadi 15 berbanding 7 sel sebelum ini pada tahun 1952.
Banyak reformasi atau pembaharuan yang dilakukan ketika dekad ini. Kerajaan bertindak memberikan latihan kepada warder Asia bagi menggantikan Warder Eropah di depoh yang dibina bersebelahan Penjara Pudu dalam tahun 1950. Latihan pertamanya bermula dalam bulan April 1950. Dalam dekad ini ramai warder di Penjara Pudu ini dikenakan tindakan disiplin sehingga ada yang dipenjarakan kerana melanggar etika dan menerima rasuah. Kes pembunuhan melibatkan warder juga berlaku.
Namun, yang menggembirakan warder-warder di penjara ini berpadu tenaga menjayakan beberapa drama pantomin untuk dipersembahkan kepada banduan-banduan dan penonton-penonton di luar penjara. Sebagai hiburan kepada banduan-banduan, sebulan sekali, pihak penjara juga menyediakan tayangan wayang gambar di Dapur Penjara Pudu. Kelas-kelas disediakan untuk banduan-banduan yang ingin menyambung pelajaran mereka ketika di dalam penjara pada tahun 1953 manakala kelas siviks diperkenalkan kepada banduan mulai tahun 1953.
|
Gambar Pintu Masuk Penjara Pudu pada tahun 1956 |
|
Gambar Menara Pengawal di Penjara Pudu pada tahun 1956 |
|
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU
Sumber Manusia
|
Pendidikan Siviks kepada Banduan dalam tahun 1955
| Pameran Barangan buatan Banduan Penjara Pudu Di VI pada tahun 1955
|
| Orang Buta diajar cara mengikat tali oleh banduan dari Penjara Pudu dalam tahun 1958
|
|
Peralatan dan Keperluan Penjara
SEL TAHANAN
|
Banduan kebal Tamil yang mendakwa dirinya kebal cedera ditikam dalam tahun 1952 |
|
Banduan Tamil dengan sejarah 8 kali dipenjarakan dalam tahun1956 |
|
Penyamaran yang memerengkukkan seorang banduan ke Penjara Pudu dalam tahun 1956 |
|
Sultan Selangor menolak rayuan pembunuh-pembunuh yang dipenjarakan dalam tahun 1956
| Penglibatan kongsi gelap dalam Penjara Pudu dalam tahun 1957 |
|
|
Rusuhan melibatkan 20 orang banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1958 |
|
Kes Pembunuhan seorang Guru Muda bernama Fonseka di Kuala Lumpur dalam tahun 1958 |
|
Pembunuh kakaknya sendiri diisytihar gila oleh mahkamah dalam tahun 1958 |
|
Unsur Komunis dalam Pergerakan Buruh dalam tahun 1959 |
|
Mogok lapar seorang banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1959 |
Banduan Lari dari Penjara
|
Kes lari dari penjara dalam tahun 1950 |
Banduan Buang Negeri
|
Banduan Buang Negeri dijadualkan belayar kembali ke negara China pada 18 September 1958 |
|
Pengganas-pengganas komunis dihantar kembali ke China pada tahun 1958 |
Banduan digantung
|
5 orang Pengganas komunis digantung pada 16 Jun 1950 |
|
Banduan Komunis digantung dalam tahun 1951
|
JENIS-JENIS HUKUMAN
Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.
Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.
Pengurangan gred
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan
Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.
Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.
Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan, dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.
LATIHAN VOKASIONAL, PEKERJAAN DAN GANJARAN
Pelbagai projek pembaharuan, berupa inovasi dan eksperimental dijalankan oleh pengurusan penjara di Pudu. Ini termasuklah latihan-latihan vokasional agar banduan mendapat kemahiran untuk bekerja sendiri selepas dibebaskan. Cuma permasalahannya, kebanyakan banduan, lebih 75 peratus daripada mereka merupakan banduan hukuman jangka pendek (kurang 6 bulan), menyukarkan pihak penjara mengenal pasti kesesuaian kursus latihan untuk mereka. Antara program-program kemahiran yang ada di Penjara Pudu ini ketika itu adalah seperti kerja-kerja dan latihan Vokasional yang ada di Penjara Pudu dalam tahun 1952 seperti penjilidan buku, menganyam tikar, membaiki kasut dan pembuatan kasut., bengkel perabut dan jahitan. Kursus ikatan bidai, dan pagar diajar di Penjara Pudu dalam tahun 1958. Percubaan kerajaan untuk mengadakan 'penjara terbuka' di sebelah Penjara Pudu bagi kesalahan-kesalahan kecil dalam tahun 1955. Banduan-banduan dimestikan melaporkan diri dan bekerja dari 5 petang hingga 9 malam sehingga hukuman tamat. Di penjara terbuka ini mereka akan bekerja di bahagian perabot, pembuatan kasut dan kemahiran-kemahiran lain. Di sana juga disediakan kelas-kelas buat mereka.
Program "Banduan Tanpa Penjara", yang pertama di Asia Tenggara, bekerja dan tinggal di luar tembok penjara diperkenalkan pada tahun 1958. Dalam program ini, banduan-banduan berisiko rendah atau yang menghampiri tamat tempoh penahanan mereka di penjara Pudu dibenarkan bekerja sepenuh masa di luar kawasan penjara atau di tempat-tempat yang ditetapkan, Identiti mereka dilindungi daripada pengetahuan orang awam kecuali pengurusan tertinggi syarikat yang mengambil bahagian dalam program ini. Biasanya mereka diambil bekerja dengan syarikat pembinaan bangunan.
Jenis-jenis pekerjaan
|
Kerja-kerja dan latihan Vokasional yang ada di Penjara Pudu dalam tahun 1952 seperti penjilidan buku, menganyam tikar, membaiki kasut, bengkel perabut, jahitan dan pembuatan kasut.
|
|
Kedai Pertukangan Banduan di depan Penjara Pudu dalam tahun 1958
|
| Kursus ikatan bidai, pagar diajar di Penjara Pudu dalam tahun 1958 |
|
LAPORAN-LAPORAN TAHUNAN
|
Pemberian Hadiah sempena Tahun Baharu Cina kepada banduan-banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1950 |
|
Sumbangan Deepavali kepada banduan-banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1950
|
LAWATAN VIP KE PENJARA PUDU
|
Timbalan Pesuruhjaya Malaya melawat Penjara Pudu dalam tahun 1952 |
|
Lawatan Timbalan Pesuruhjaya Malaya disambut oleh Superitendent Penjara dalam tahun 1952 |
|
Templer ketika melawat Penjara Pudu dalam tahun 1952 |
Laporan Tahunan 1952
|
Jemaah Nazir Penjara Pudu pada tahun1952 |
|
Komen daripada seorang Jemaah Nazir Penjara Pudu tentang layanan terhadap bayi di Penjara Wanita di Pudu dalam tahun 1952
|
|
Ketua Jemaah Nazir Penjara Pudu menjelaskan perkara sebenar tentang perkara yang berlaku di Penjara Wanita dalam tahun 1952 |
|
Pembukaan Kelab Eurasian di belakang Penjara Pudu dalam tahun 1953 |
So, Atok nak korang baca sambungan cerita hari itu. Yang tak sempat hari itu, klik sahaja link kat bawah ini.
Rujukan: