Assalamualaikum buat semua pembaca blog Atok. Semoga hari ini lebih baik bagi kita berbanding hari semalam. Apa khabar semua? Yang terbaik buat kalian hendaknya, insha Allah. Sudahkah korang membaca entri Atok kelmarin? Cerita pasal sejarah asal usul pelancongan di Malaysia? Bacalah, manalah tahu, ada faedahnya buat korang. Tahukah korang potensi sektor pelancongan di dalam Malaysia ini? Kalau nak sembang pasal potensinya, satu malam tak habis cerita kita kat sini. Tak kisahlah apa jenis pelancongan sekalipun.
Kalau kelmarin Atok sudah ceritakan dan ulas perkembangan rumah rehat di daerah Selama, hari ini Atok nak fokuskan kepada perkembangan di daerah Larut Matang sahaja.. Disebabkan bahan penceritaannya banyak dan terperinci, maka akan Atok huraikan mengikut timeline atau garis waktunya. Senang cakap, mengikut kronologi atau urutan peristiwa. So, enjoy yourselves. Assalamualaikum.
Pengenalan
Bandar Taiping merupakan bandar tertua di Malaysia yang berkembang seiring dengan era pembangunan negeri Perak. Nama Taiping berasal daripada bahasa Cina yang membawa maksud "kedamaian yang berpanjangan", selaras dengan penetapan Perjanjian Pangkor. Taiping merupakan bandar kedua terbesar di negeri Perak selepas Ipoh dan terletak kira-kira 85 kilometer ke utara Ipoh serta 95 kilometer dari Pulau Pinang. Sebelum tahun 1937, Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak. Nama lamanya, Klian Pauh, merujuk kepada aktiviti perlombongan bijih timah yang berkembang pesat di kawasan tersebut selepas penemuan oleh Long Jaafar.
Bukit Larut, yang terletak di bandar Taiping, merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di negeri Perak. Selain terkenal sebagai kawasan warisan bersejarah, ia juga menjadi lokasi pilihan bagi peminat aktiviti mendaki dan jungle trekking. Keindahan hutan semula jadi yang kaya dengan flora serta fauna, ditambah dengan suasana tenang dan udara segar, menjadikannya lokasi ideal untuk bersantai dan menenangkan minda.
Dari segi sejarah, Bukit Larut merupakan tempat peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia. Ia dibangunkan pada tahun 1870 dan diberi nama Maxwell Hill, sempena nama George Maxwell, Pembantu Residen British pertama di Perak. Pada era kolonial, Maxwell Hill menjadi lokasi percutian golongan atasan British yang membina rumah percutian di puncak bukit, sebahagiannya masih kekal hingga kini. Dahulunya, kawasan ini juga pernah menjadi ladang teh, dengan kewujudan Tea Garden House sebagai lokasi santai bagi menikmati teh dalam suasana nyaman.
Kini, Bukit Larut terus menarik pelancong dengan peninggalan sejarahnya, keindahan alam semula jadi, suhu yang sejuk, serta pemandangan menakjubkan dari puncak bukit.
A. BUKIT LARUT, 1893
Bukit Larut/ Maxwell Hill
Perbukitan di Taiping membentuk 'kasut kuda' di sekelilingnya. 'Kebun teh, setinggi 2,400 kaki, telah dibuat bertahun-tahun yang lalu, dan telah membekalkan Perak dengan sayur-sayuran segar, bunga, dan kesihatan. Di aras yang lebih tinggi, adalah beberapa pusat peranginan untuk kesihatan yang dibina dengan baik. Satu, dibina oleh mendiang Encik John Fraser, salah seorang pengasas Fraser dan Neave, telah dibeli oleh Misi Episcopal Methodist sebagai’ stesen bukit, di mana pekerjan-pekerja mereka boleh berehat dan menyedut udara segar.
1. Banglo di Bukit Larut/ Maxwell Hill
Bukit Larut adalah tempat menarik di Taiping yang sangat popular. Ia merupakan salah satu tempat warisan dan sejarah yang ada di bandar ini. Selain itu, ia juga merupakan destinasi popular jungle trekking dan mendaki bukit. Hutan semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna serta suasana yang tenang dengan udara yang segar dapat mendamaikan setiap jiwa yang datang ke sini.
Maxwell's Hill dinamakan sempena mendiang Sir William Maxwell, Penolong Residen, mula-mula membuat pembukaan di situ. Di Tea Gardens (2,152 kaki) dalam perjalanan ke atas, terdapat sebuah banglo dengan lapan bilik tidur. Bukit itu sendiri terdapat enam banglo yang selesa pada ketinggian antara 8,400 dan 8,650 kaki. ‘“The Cottage” (banglo Ketua Setiausaha Negara) dan “The Box” (banglo Residen British, Perak) berada di dua puncak pada ketinggian masing-masing 4,580 kaki dan 4,076 kaki. Hujan di bukit itu tinggi, tetapi taman bunganya menarik, dan taman tenusu dan sayur-sayuran dijaga dengan baik.
Dari segi sejarahnya, Bukit Larut adalah tempat peranginan tanah tinggi yang pertama dan tertua di Malaysia Ia dibangunkan pada tahun 1870 dan diberi nama Maxwell Hill sempena nama pembantu residen British pertama di Perak, George Maxwell .Pada awalnya, Maxwell Hill menjadi lokasi percutian golongan atasan British yang membina rumah percutian mereka dipuncak bukit dan ada diantaranya masih kekal hingga hari ini. Disini juga pernah wujud ladang teh dan terdapat Tea Garden House dimana pengunjung bersantai menikmati teh.
Pada tahun 1935, Bukit Taiping menawarkan kemudahan penginapan yang luar biasa dengan harga yang cukup berpatutan—hanya $2 sehari. Pengunjung yang menginap di banglo-banglo di sini bukan sahaja menikmati suasana nyaman di kawasan tanah tinggi, tetapi juga diberikan layanan yang setanding dengan kediaman eksklusif. Setiap banglo dilengkapi dengan perabot berkualiti tinggi, katil yang selesa, linen bersih, serta kelengkapan makan seperti kutleri dan pinggan mangkuk.
Lebih menarik, perkhidmatan tukang masak dan tukang-ayer turut disediakan, memastikan tetamu tidak perlu bersusah payah dalam urusan harian. Dengan bayaran tambahan sebanyak 50 sen sehari, pengunjung boleh menikmati pencahayaan elektrik serta bekalan kayu api yang mencukupi. Sebagai nilai tambah, setiap banglo turut dilengkapi dengan telefon yang boleh digunakan secara percuma—sesuatu yang jarang ditemui di stesen peranginan lain pada ketika itu.
Penginapan di Bukit Taiping memberikan kebebasan sepenuhnya kepada tetamu, seolah-olah mereka berada di kediaman sendiri. Waktu makan tidak terikat dengan jadual tetap, membolehkan pengunjung menikmati hidangan mengikut keselesaan mereka. Dengan keistimewaan ini, timbul persoalan—adakah mungkin mendapatkan kemudahan sebegini di mana-mana stesen bukit lain di Malaya?
Bagi mereka yang pernah mengunjungi Maxwell’s Hill, pasti akan bersetuju bahawa keistimewaan dan keindahan tempat ini sukar ditandingi. Bukit Taiping bukan sekadar destinasi percutian, tetapi sebuah syurga tanah tinggi yang menawarkan pengalaman penginapan luar biasa.
Pada tahun 1949, Maxwell Hill terus mengekalkan reputasinya sebagai resort tanah tinggi paling murah di Malaya. Popularitinya semakin meningkat sehingga semua tempahan untuk musim cuti telah pun penuh, malah banyak permohonan terpaksa ditolak. Dengan kadar sewa yang berpatutan, banglo di sini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menikmati percutian dalam suasana nyaman dan tenteram.
Sewa banglo yang mempunyai empat, tiga, atau dua bilik berharga $4.15 sehari, manakala rumah yang lebih kecil mengenakan bayaran $2 untuk bilik double dan $1.50 bagi bilik single. Setiap banglo dilengkapi dengan pelayan, lampu elektrik, serta bahan api, meskipun bayaran tambahan yang kecil dikenakan untuk penggunaan pendiangan. Bagi mereka yang tidak mahu bersusah payah menyediakan makanan, perkhidmatan katering turut ditawarkan pada kadar $7 seorang.
Salah satu tarikan utama di Maxwell Hill ialah kemudahan pengangkutan yang disediakan. Perjalanan sejauh tujuh batu dari banglo ke Taiping mengambil masa kira-kira 40 minit dan merupakan satu pengalaman yang menarik. Pada asalnya, perkhidmatan jip ini diberikan secara percuma, namun selepas perkhidmatan Easter Land Rover diperkenalkan, tambang dikenakan pada kadar $5 bagi satu perjalanan, atau $2 bagi perjalanan awal.
Selain menikmati keindahan alam dan udara yang menyegarkan, pengunjung juga boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti riadah. Sukan seperti tenis, badminton, dan kriket disediakan, manakala mereka yang gemar menunggang kuda turut boleh menikmati pengalaman berkuda di kawasan berbukit ini. Sebuah kedai kecil juga tersedia untuk memudahkan pengunjung mendapatkan sayur-sayuran segar serta barang catuan lain.
Dengan segala kemudahan yang disediakan, tidak hairanlah Maxwell Hill terus menjadi destinasi tanah tinggi pilihan, menawarkan keselesaan dan keindahan pada kadar yang berpatutan.
"Pondoknya dua kali lebih luas dan tinggi daripada stesen bukit Residen British. Sememangnya tempat yang menawan, jikalau awan tidak menyelubunginya. Kesesuaiannya sebagai resort bukit untuk warga biasa, tidak rasmi serta bukan untuk pegawai kerajaan), Dalam apa jua keadaan, Taiping boleh dihubungi dari bahagian lain di Semenanjung oleh kereta api, setaraf Simla, Darjeeling, Mussorie atau Garoet di India".
Nama Banglo | Ketinggian |
---|---|
Banglo Maxwell's Hill | 3,378 kaki |
Banglo Tea Gardens Hill | 2,149 kaki |
Peraturan Banglo Kerajaan, Bukit Larut
-
Penginapan:
- Banglo Maxwell's Hill: Penginapan untuk satu keluarga.
- Banglo Tea Gardens Hill: Mempunyai empat set bilik untuk empat keluarga.
- Secara keseluruhan, lima keluarga boleh menginap di Bukit Larut.
-
Permohonan:
- Permohonan perlu dibuat secara bertulis kepada Jurutera Negeri.
- Semua yuran mesti dibayar kepada Jurutera Negeri.
-
Keutamaan Penggunaan:
- Pegawai awam mempunyai keutamaan berdasarkan urutan tarikh permohonan.
- Permohonan individu persendirian akan dipertimbangkan selepas pegawai awam.
- Permohonan atas sebab kesihatan, dengan sijil perubatan, boleh diberikan keutamaan.
-
Tempoh Penginapan:
- Kecuali atas alasan kesihatan, penginapan maksimum adalah 14 hari jika terdapat pemohon lain.
-
Tanggungjawab Penghuni:
- Menjaga inventori perabot dan peralatan.
- Bertanggungjawab membayar sebarang kerosakan atau kehilangan.
- Linen katil, tuala, dan selimut tidak disediakan.
-
Tenaga Kerja:
- Kuli hanya dibenarkan bekerja di luar rumah, kecuali pembawa air.
-
Paparan Peraturan:
- Salinan peraturan ini mesti dipamerkan di pejabat Jabatan Jurutera Negeri dan di setiap banglo.
Rumah Rehat Bandar Taiping, yang terletak di Jalan Stesen, dibina pada tahun 1870 dan pernah menjadi kediaman gabenor. Bangunan ini menyerlah dengan seni bina pra-perang yang menampilkan lengkungan gaya Victoria. Ia masih mengekalkan bentuk asalnya tanpa sebarang pengubahsuaian sejak pembinaannya. Pada zaman kolonial, rumah rehat ini menjadi tempat persinggahan pegawai British dan sehingga kini, ia masih berfungsi sebagai penginapan bagi pelancong yang mengunjungi Taiping.
Menjelang tahun 1893, terdapat sembilan rumah rehat di daerah Larut termasuk di Taiping, Matang, Trong, Pasir Itam, Tok Alang Lenggoh, Innes Road, Ulu Kurau, Pondok Tanjung, dan Briah. Di Kampar, rumah rehat dibina pada tahun 1906, manakala Rumah Rehat Bruas telah siap digunakan pada tahun 1908. Federal Resthouse di Taiping pula dibina pada tahun 1912.
Pada asalnya, rumah rehat ini dibina dengan kos $1000 oleh pihak British dalam bentuk binaan kayu satu tingkat. Pada tahun 1894, ia dinaik taraf menjadi bangunan batu dua tingkat, dengan perkataan "Rest House 1894" terukir di bahagian tengah pedimen bangunan. Rumah Rehat Bandar Taiping kini dikenali sebagai rumah rehat pertama di Negeri-Negeri Melayu dan kekal sebagai salah satu mercu tanda bersejarah di Taiping.
Namun pembinaan rumah rehat ini sudah dirancang dan ada sejak hari pertama British berkuasa di Perak lagi, mulai tahun 1874, setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani. Rumah rehat terawal ini digunakan khusus untuk pengutip hasil bermalam dalam menjalankan 'tugas'nya di kampung-kampung memaklumkan pengutipan hasil kini dilakukan oleh orang Putih, bukan lagi pembesar-pembesar Melayu, atas perkenan sultan. Cerita Mat Kilau,(kecuali Mat Sakau), Dato Maharaja lela ada kena mengenanya dengan kutipan hasil.
Rumah Rehat Bandar Taiping terletak di Jalan Stesen. Ia pernah menjadi kediaman gabenor dan dibina pada tahun 1870. Bangunan yang megah ini menonjolkan seni bina pra-perang dengan lengkungan Victoria. Masih ada dalam bentuk asal sejak tahun 1870 tanpa kerja-kerja pemulihan atau pengubahsuaian dilakukan di atasnya. Dulu adalah rumah rehat bagi pegawai Britain dan masih merupakan mercu tanda yang luar biasa dan tempat tinggal yang selesa untuk pelancong yang letih. Bangunan berusia 139 tahun itu masih berfungsi sebagai sebahagian daripada kemudahan asrama di Taiping.
Berikut adalah komen seorang wartawan dalam tahun 1905 tentang Rumah Rehat Taiping yang merupakan tempat pertemuan kegemaran warden penjara Taiping.
"Di beberapa kawasan terpencil di negara ini, Rumah Rehat agak primitif Tiada elektrik, hanya lampu minyak tanah. Bilik mandi mengandungi balang tanah besar yang dikenali sebagai balang @ Shanghai yang disimpan diisi oleh pembawa air sepanjang hari. Seorang berdiri di atas pelantar kayu dan mandi dengan mencedok air dari balang. Air panas biasanya dibawa masuk oleh tukang masak atau tukang masak,
Rumah rehat di Taiping adalah sangat rendah mutu layanannya daripada semua orang lain di mana saya pernah tinggal, dan sangat tidak layak untuk ibu negeri Perak. Pihak berkuasa seharusnya tertarik kepada kekurangannya. Setiap orang yang mempunyai kesempatan untuk tinggal di sana akan bersetuju dengan saya bahawa sangat kotor, bahawa kehadiran adalah buruk, dan makanan yang disediakan paling tidak memuaskan dengan mengambil kira harga yang dikenakan. 'Bilik-bilik itu sentiasa ditutup rapat, dan akibatnya menyediakan persekitaran yang gelap dan lembap yang dikenali sebagai tempat mencari roti yang paling sesuai untuk nyamuk. Lebih-lebih lagi keadaan tuala, linen katil dan langsir nyamuk agak memalukan jika dibandingkan dengan apa yang disediakan di rumah rehat di seluruh Kinta.
Akhir sekali, saya akan menarik perhatian kepada bilangan kuli Kling yang kelihatan selalu bermalam di premis itu, dan perbualan animasi secara berkesan menghalang pelawat daripada mendapatkan sebarang jumlah tidur yang begitu kecil yang kehadiran nyamuk."
Pelawat ke Taiping dalam tahun 1914 akan memerhatikan Stesen kereta api itu terletak hampir dan bertentangan dengan Rumah Rehat, Rumah Rehat lama adalah tapak di mana kuarters Jururawat kini berada. Tasik itu adalah bekas lombong yang besar, dan tidak sampai kira-kira lapan tahun selepas itu ia telah ditukar kepada keadaan sekarang dengan bantuan buruh penjara. Sekolah Lelaki Inggeris, kini dikenali sebagai Sekolah King Edward VII, adalah sebuah sekolah kecil,dibina dan diduduki di hujung jalan Barrack dan jalan utama.
Rumah Rehat Raja
Rumah rehat ini bukan sekadar tempat persinggahan biasa, tetapi sebuah institusi berprestij yang mencerminkan status sosial sejak zaman penjajahan British. Terletak di tengah bandar dengan tahun "1894" terpahat pada bangunannya, rumah rehat ini pernah menempatkan seorang bangsawan dan dikenali sebagai "Rumah Rehat Raja". Namun, tiada ahli keluarga diraja yang pernah menetap di sini. Sebaliknya, bangunan ini lebih sering digunakan oleh pegawai bawahan Inggeris dalam melaksanakan tugas rasmi mereka.
Keistimewaan Rumah Rehat Raja menjadikannya satu-satunya seumpamanya di Perak, bahkan tidak wujud di Selangor, Negeri-Negeri Bersekutu lain, mahupun di Johor. Seni binanya mengagumkan—tingkap kaca yang klasik, bilik yang dilengkapi jaring nyamuk, serta bilik mandi berjubin yang memberikan sentuhan elegan. Memang ada rumah rehat ketua di Pekan, tetapi ia jauh lebih sederhana. Kuala Kangsar juga memiliki sebuah rumah rehat Raja, tetapi hakikat bahawa terdapat dua rumah rehat kerajaan dalam satu bandar menunjukkan perbezaan jelas dalam hierarki sosial Perak pada masa itu.
Untuk menginap di Rumah Rehat Raja, seseorang perlu mempunyai pengaruh yang besar. Namun, bagi yang bijak membawa diri dan berpenampilan seperti pegawai berpangkat tinggi (S.R., D.E.F.M.S.R., atau C.S.G.), peluang untuk mendapatkan tempat di sini mungkin lebih mudah. Walaupun begitu, menikmati keindahan Taiping tidak semestinya bergantung kepada penginapan di rumah rehat ini. Suasana nyaman pinggir bandar, taman awam yang menghijau serta latar belakang pergunungan Taiping yang megah sudah cukup untuk memberikan pengalaman yang menenangkan bagi setiap pengunjung.
Rumah Rehat Raja bukan sekadar bangunan lama, tetapi lambang sejarah dan warisan yang terus menjadi kebanggaan Taiping hingga ke hari ini.
![]() |
1/2 Peta lama negeri Perak pada tahun 1901 yang menunjukkan lokasi Rumah Rehat dalam daerah Larut Matang. Singkatan R.H merujuk kepada Rest House (Rumah Rehat). |
![]() |
2/2 Peta lama negeri Perak pada tahun 1901 yang menunjukkan lokasi Rumah Rehat dalam daerah Larut Matang. Singkatan R.H merujuk kepada Rest House (Rumah Rehat). |
Bandar Taiping dalam tahun 1924 |
![]() |
Kedudukan dan pembangunan di Taiping dalam tahun 1928 |
![]() |
1/2 Bajet untuk pengurusan Banglo di Maxwell Hill bagi tahun 1948 |
![]() |
2/2 Bajet untuk pengurusan Banglo di Maxwell Hill bagi tahun 1948 |
![]() |
Cadangan perubahan tahunan dalam pengurusan Maxwell Hill |
![]() |
Makluman tentang penggunaan sanatorium di Maxwell Hill |
![]() |
Draf perjanjian penggunaan Rumah Rehat Raja di Taiping oleh pihak tentera dalam tahun 1947 |
![]() |
Rumah Rehat Bukit Larut |
Penjenamaan Taiping Rest House kini bertukar kepada Hotel Lagenda ditutup untuk proses renovasi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan