Khamis, 27 November 2025

Sejarah Menarik Hospital Mantin

 


Salam buat semua. Anak perempuan Atok memaklumkan bahawa anak keduanya dimasukkan ke hospital di Serdang kerana masalah pernafasan. Katanya lagi, anaknya itu banyak lendir dalam kerongkong dan paru-parunya. Lebih parah lagi, ada kuman dalam paru-parunya. Atok dan Wan sedih tetapi pasrah dan reda dengan ujian Tuhan ini. Syukurlah, setelah dua hari di hospital, kesihatan cucu atok itu bertambah baik. Walaupun masih di hospital kerana doktor ingin membuat pemerhatian tentang penyakitnya, Atok bersyukur yang teramat, kerana ibu bapanya cepat bertindak, ke hospital, bukan lagi ke klinik swasta. Mungkin sehari dua lagi, dischargedlah cucu Atok itu.

Entri Atok kali ini ini masih mengenai Mantin. Lebih tepat lagi tentang klinik kesihatan di Mantin. Sebelum ini, mengikut naratif sejarah, Klinik ini pada mulanya dikenali sebagai Mantin Dispensary, kemudian  menjadi Mantin Hospital, seterusnya Mantin Military Hospital, sebelum diturun taraf menjadi Mantin Dispensary semula, dan akhirnya dalam tahun 1960-an menjadi Klinik Kesihatan Mantin sehinggalah ke hari ini. Sejarahnya sangat panjang, malah hospital/klinik ini pernah menjadi salah satu institusi perubatan utama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).

Kalau nak dicari gambar-gambar lama hospital ini, Atok minta maaf banyak-banyak. Atok tak jumpa langsung, tapi penulisan perubatan mengenainya memang banyak. Kalau korang nak cari gambar-gambar foto tentangnya, dan kalau korang terjumpa kongsi-kongsikanlah dengan Atok. Atok memang teruja nak tengok. So korang layanlah membaca sedikit artikel di bawah yang Atok tuliskan buat korang. Wassalam. 

Untuk ke kisah dan ceritanya, teus tekan link di bawah

https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/11/sejarah-menarik-hospital-mantin.html?m=1

Sejarah Menarik Penanaman Durian di Mantin (1900–2025)

 

Salam buat semua. Hari ini hari Khamis. Atok betul-betul teruja anak perempuan Atok yang sulung balik bawa anaknya yang berdua itu. Terasa terubat rindu Atok terhadap mereka. Maklumlah sebulan penuh Atok dan Wan duduk di rumah diorang, jaga, basuh berak kencing diorang. 

Wan dah preparekan menu tengah hari yang best-best, termasuklah sambal sotong, masak lemak ketam, tempoyak dan ikan  masin. Wah, berselera sungguh Atok makan tengah hari ini! Kalaulah ada buah durian, alangkah seronoknya mereka.Tapi apakan daya. Musim durian dah berlalu kira-kira 2 bulan yang lepas. Masa itu, seluruh Negeri Sembilan berlambak-lambak durian. Dari Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu hingga ke Mantin. Berlonggok-longgok, berbakul-bakul. Harga pun berbagai-bagai. Ikut gred dan jenis buah. 

Memang durian-durian Mantin sedap rasanya, tambahan pula durian D24 atau IOI. Kalau kat sini memang Atok cari durian kampung hasil jualan orang kampung. Atok tak cari buah durian daripada kebun-kebun Cina. Bukan pasal Atok rasis atau tidak. Atok lebih pentingkan kesihatan diri. Tengok sahajalah kebun durian Cina kat sini. Bersih tanpa rumput atau semak belukar. Memang dijaga sungguh. Tapi bagi Atok di sinilah kebimbangan Atok bermula. Kebun yang disiram racun serangga dan rumpai ini, walaupun diberi baca kimia, sebenarnya tidak mesra kesihatan. Betul, kita tak nak buah durian yang berulat atau rosak ditebuk tupai, tapi kalau racun rumpai dan serangga ini boleh meresap ke pokok dan buah, Atok surrender. Membahayakan kesihatan!. Carilah durian dari kebun bersemak, lebih selamat.

Kalau buah kampung, setakat 6 hingga 8 ringgit sekilo. Durian kahwin RM 8-12, IOI 15 ringgit, Musang King dan klon tahap dewa mencapai 25 hingga 45 sekilo. Atok tak kisah, durian kampung pun dah cukup. Lagi pun baka kampung ini  ada pelbagai, Rupa, rasa dan warna.:manis, lemak manis, manis pahit dan 3 dalam satu manis, lemak, dan pahit. Kecil, besar, bulat, panjang, lonjong. Berduri panjang, pendek, atau 'botak'. Warna isi pula ada yang kekuningan, keputihan, ke'oren'an serta kemerahan. Wow, memang macam pesta lah!  Makan semahu tekak dan poket. Siap open table kat pangkin jualan. 

Ada pelbagai promosi untuk menarik pelanggan. Ada penjual menawarkan buffet All you can Eat. Yang ini paling ramai response. Bayar 10-15 ringgit satu kepala (seorang), makanlah selagi mahu, syaratnya mesti makan di situ sahaja. Tak dibenarkan bawa pulang. Kalau korang Hantu durian, memang berbaloi. Macam makan kat kebun korang sendiri. Paling minimum 3,4 biji seorang, baru berbaloi. Kalau korang, makan setakat 2,3 ulas jer, baik beli timbang kilo, atau yang dah siap kopek, dalam peket. 

Atok sejak tua-tua ini, makan seluas dua jer. Nak jaga kesihatan, konon. Tapi masa muda-muda dahulu, bekfes durian, lunch durian, dinner pun sama, durian. Masa itu boleh lah, kebun sendiri. Bukan sahaja kenyang makan durian, dompet pun tebal. Apa tidaknya,  sebiji durian kalau tolak kepada peraih pun, paling cekai RM 2. Bayangkan semalaman Atok berjaya di kebun, Kutip dan kumpulkan. Purata semalaman 40 biji. Dekat situ jer dah terkumpul 80 ringgit untuk abah Atok. Atok dapat lah upah 15 ringgit. Itu durian malam tadi. Selepas itu setiap yang gugur, Atok punya lah. Black Market sokmo🤣🤣🤣🤣. Tapi betul lah.. Durian paling banyak gugur waktu malam. Kenapa ekk? Atok Tak ambil port pasal itu. Korang kajilah. Atok nak yang gugur jer, Tak kira lah siang atau malam. 

Yang terhebat pada musim durian ini adalah semangat dan keberanian. Bayangkan.. dalam kebun Atok banyak kubur-kubur lama dan... Kebetulan atau tidak, di situlah paling banyak pokok durian. Memang durian kelas A. Buah pula lebat... Mahu Tak mahu teerpaksalah Atok buat pondok di celah-celah batu nesan dekat situ. Sebulan kurang lebih musim durian bererti sebulan lebih juga lah Atok bermalam di pondok itu. Ironisnya, takde pulak ada rasa takut atau seram tentang bermalam dan berjirankan arwah-arwah di situ. Tak ada pula terserempak hantu mengilai atau Pontianak duduk atas pokok durian. Yang hebatnya, pantang dengar bunyi durian gugur, terus turun pergi menyuluh. Cuba bukan musim durian, nak pergi ke jamban belakang rumah pun kena heret adik ikut sama. 😅😅😅😅. Itulah kenangan Atok dengan kebun durian, kira-kira 30 tahun lampau. 

Pengenalan

Pada awal abad ke-20, Mantin terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih timah dan penempatan pelbagai kaum. Namun di pinggir lombong — khususnya di kawasan berbukit kecil seperti Bukit Mantin dan sepanjang jalan ke Pajam dan Lenggeng — orang Melayu tempatan dan peladang Cina sudah menanam pokok buah-buahan, termasuk durian. Rekod Negri Sembilan Annual Report (1909–1915) menyebut bahawa native holdings near Mantin menanam “fruit trees such as durian and rambutan for home use.” Walaupun berskala kecil, ia menandakan wujudnya tradisi awal penanaman durian kampung sebelum wujud nya, ladang komersial. Ketika getah menjadi tanaman utama di Mantin, sebahagian pekerja estet — terutama pekerja Tamil dan Melayu tempatan — menanam durian di pinggir kuarters atau di sempadan ladang. 

Untuk bacaan selanjutnya, sila tekan link di bawah

Sejarah Menarik Perlombongan di Mantin


Sejarah Menarik Perlombongan di Mantin

Salam buat semua. Atok teruskan cerita mengenai kisah lombong bijih timah di Mantin. Mungkin korang terasa pelik sambil perhatikan sekeliling, terus angkat kening dengan bahu, tanda pelik dan tak pernah dengar pasalnya. Memanglah tak ada lagi kini, tapi dahulu Mantin memang terkenal dengan hasil bijih timahnya, lebih terdahulu daripada getah dan duriannya. Bahkan nama Mantin itu sendiri ada kaitannya dengan bijih berharga itu. Tapi bekas lombongnya kini juga hilang daripada lipatan sejarah, sepertimana pelombong dan jenteea lombong mereka. Berkubur dan terkubur. Tak nampak di mata, tapi jelas ada dalam buku-buku sejarah.

Jadi, entri kali ini Atok nak korek, bongkar dan selongkar apa sahaja yang terkait dengan kisah bijih timah di Mantin. Korang dah lepas baca komenlah sedikit, beritahu Atok reaksi korang tentang penulisan Atok ini ya. Oklah, Selamat Membaca.

a.  Status Istimewa Mantin

Kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan yang telah bermula sejak kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Masyarakat tempatan mengusahakan aktiviti perlombongan ini dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan cara mendulang dan melampan. Masyarakat tempatan juga menjalankan kaedah melombong secara lombong dedah. Teknik ini bukanlah satu teknik yang diperkenalkan oleh imigran Cina yang datang dari Yunnan dan Kwangsi. Lombong dedah secara faktanya diusahakan oleh masyarakat Melayu namun imigran Cina hanyalah menyesuaikan dan memperbaiki kaedah tersebut. Kaedah lombong dedah yang dijalankan oleh masyarakat Melayu ini mempunyai dua permasalahan iaitu mereka tidak mempunyai alat-alat perlombongan yang sesuai untuk menggali bijih timah dengan lebih dalam serta menghadapi masalah berterusan akibat banjir yang menyukarkan aktiviti perlombongan ini (Yip Yat Hoong, 1969:82-83). 

Disebabkan sumber bijih timah di Negeri Sembilan khususnya di Sungai Ujong jugalah yang menjadi punca pergaduhan politik untuk menguasai kawasan-kawasan kutipan cukai yang akhirnya membawa kepada campur tangan Inggeris di Sungai Ujong dan Negeri Sembilan (Winstedt, 1934). Walau bagaimanapun, Winstedt tidak banyak menyentuh mengenai aktiviti perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan pada abad ke-20 semasa di bawah pentadbiran Inggeris. Dalam usaha memajukan sektor perlombongan, pihak pentadbiran kolonial Inggeris telah membawa masuk imigran Cina ke Negeri Sembilan.

Untuk membaca cerita selanjutnya, sila tekan link di bawah 

 https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/11/sejarah-menarik-perlombongan-di-mantin.html?m=1

Sejarah Penanaman Getah di Mantin (1898–1970-an)

 

Sejarah Penanaman Getah di Mantin (1898–1970-an)

Salam buat semua. Atok  masih menceritakan kisah dan sejarah Mantin. Kali ini Atok nak orang-orang Mantin sendiri mengimbau kembali kenangan mereka ketika estet getah masih mewarnai kehidupan di sana. Rata-rata orang Melayu, Cina dan India, yang mempunyai tanah atau dipanggil pekebun kecil,mahupun mereka yang bekerja di estet-estet berhampiran,merasa atau berpengalaman dalam kerja-kerja menoreh sehinggalah membuat getah keping atau paling simple pun, mengutip getah sekerap. Kanak-kanak dan orang-orang perempuan sekalipun pernah mengutip kayu api daripada ranting dan dahan getah yang patah dan terjatuh di dalam kebun mereka. Juga mungkin sebahagian mereka pernah mengutip cendawan kukur yang tumbuh selepas hujan di batang atau dahan getah yeng mereput di sana. Itulah kegiatan seharian penduduk Mantin selain mengharapkan jualan buahan mereka seperti durian, manggis, cempedak dan sebagainya ketika musim buah tiba, biasanya sekitar Julai dan Ogos setiap tahun.

Penghidupan mereka ini umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bergantung kepada keadaan cuaca dan harga getah di pasaran. Cukup sederhana. Cukup-cukup untuk menyara kehidupan, jauh sekali untuk menjadi kaya. Bahkan kalau musim hujan, biasanya getah tidak ditoreh, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari wang. Untunglah Mantin tidak jauh dari Seremban atau Kajang. Mereka boleh menjual hasil-hasil kampung dan hutan berhampiran ke sana. Atau paling kurang pun, untuk kegunaan harian mereka sendiri.

Jadi, dalam entri Atok kali ini kita balik ke Mantin era penjajah masih menjadi 'tuan tanah' negeri ini. Kita lihat dan kaji jerih payah masyarakat pertanian di sana. Begini kisahnya...

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila tekan link di bawah

https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/11/sejarah-penanaman-getah-di-mantin.html?m=1

Tragedi Keganasan Komunis di Mantin

 

Tragedi Keganasan Komunis di Mantin

Salam buat semua! Atok dah terjebak dengan Mantin, daripada kisah duriannya, membawa kepada getah dan lombong timahnya. Sejarah Mantin mengagumkan Atok dan ramai orang. Mereka boleh terus move on walaupun menghadapi pelbangai rintangan hidup. Atok kagum dengan semangat dan iltizam mereka. Kini, entri Atok lebih daring.  Atok bongkar cerita sisi gelapnya. Huuu.. seram wey! Bayangkan kita tengah duduk-duduk di kedai kopi lama Mantin, sambil hirup kopi O panas. Tapi zaman 1940-an dulu, kedai kopi Mantin bukan tempat yang selamat macam sekarang. Setiap sudut ada cerita, setiap lorong ada sejarahnya yang tersendiri - terutama pasal zaman komunis yang buatkan ramai orang dulu hidup dalam ketakutan.

Kalau korang jalan-jalan di Mantin sekarang, nampak je kedamaian, tapi ketika zaman Darurat dulu, kawasan ni jadi antara 'kebencian dan harmonis' yang sentiasa berbahaya dan bergilir ganti. PKM yang dulunya lawan Jepun, bertukar jadi ancaman kepada orang mereka sendiri. Ada yang panggil diorang pejuang, ada yang gelar pengganas. Tapi bagi penduduk Mantin waktu tu, diorang cuma nak hidup aman, tapi terperangkap di tengah-tengah - kena tindas komunis, kena curiga British, kadang-kadang kena sangka pengkhianat pulak.

Atok cerita ni bukan nak buka pekung siapa-siapa, tapi nak kita faham betapa sukarnya hidup zaman tu. Makcik-makcik yang jual sayur kena bayar 'cukai' kepada komunis, pakcik-pakcik yang jadi mata-mata kena ancam bunuh, budak-budak sekolah pun tak boleh main bebas sebab takut kena tembak tersasar. Mantin yang kita kenal hari ni sebagai pekan yang tenang, dulu sebenarnya jadi medan perang senyap yang penuh dengan risikan, serangan hendap, dan pembunuhan. Begitu juga dengan pengorbanan dan usaha gigih anak-anak tempatan membantu kerajaan menggagalkan usaha komunis ketika itu. Kita kenangkan jasa mereka. Alfatihah buat yang Islam dan Muslim.

Jom kita imbas kembali zaman gelap itu - bukan untuk dendam, tapi untuk ambil iktibar. Jangan ambil mudah soal perpaduan dan itegrasi kaum. Sebab sejarah yang kita lupa, mungkin akan berulang. Tapi jangan risau, Atok akan cerita dalam bahasa yang santai, taklah heavy sangat. Yang penting, kita faham dan hargai keamanan yang kita ada sekarang ni.😊 Pleasant reading.

Pendahuluan

Kajian sejarah mengenai aktiviti komunis di Mantin mendedahkan dinamika kompleks dalam naratif pembentukan negara-bangsa Malaysia. Sebagai pekan strategik di Negeri Sembilan, Mantin menjadi mikro-kosmos, suatu sistem teratur atau berharmoni,  pertembungan ideologi semasa era Darurat (1948-1960). Penelitian ini menganalisis perkembangan gerakan komunis dari perspektif sejarah sosial, meneliti bagaimana konflik ini membentuk landskap politik dan komuniti tempatan.

Untuk cerita selanjutnya, sila tekan link dibawah

https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/11/tragedi-keganasan-komunis-di-mantin.html?m=1

Menariknya Sejarah Mantin

Salam buat semua. Atok harap semuanya sihat walafiat. Atok dan Wan alhamdulillah.Sihat-sihat belaka.Minggu ini Kami tak ke mana-mana, duduk ontok-ontok jer kat rumah di Seremban. Minggu  depan Atok rancang nak ke Mantin, ziarah anak saudara kat sana. Pagi Ahad nanti, kami rancang nak bekfes kat Pasar Tani Beranang, tak jauh dari Mantin tapi dalam Selangor. Best pasar paginya. Tak jauh pun, depan masjid Beranang jer. Rasa-rasa Atok dah 2,3 kali kami ke sana. Kuih muihnya memang original Minang. Sodap bona. Kalau nak cari anak benih pokok buah-buahan singgahlah ke pasar pagi ini. Macam-macam ada. Hari Minggu memang happening kat sini. Spendlah dua, tiga jam kat sini sambil bermesra dengan penduduk tempatan. Beranang ini unik sikit. Kedudukannya di negeri Selangor, tapi suasananya macam kampung-kampung kat Pilah atau Rembau. Macam tak kena jer dalam Selangor yang 'bustling' dengan hiruk pikuk kota. Patutlah diorang panggil Beranang, " The Sleepy Hollow of Selangor".

Berbalik cerita kita ke Mantin tadi. Mantin ini bukanlah asing bagi Atok. Saudara mara Atok ramai kat sini suatu masa dahulu. Kenapa Atok cakap begitu? Pasalnya mereka dah berpindah ke TPG sejak awal 1980-an lagi. Tanah di Mantin sudah dijual, buat modal bina rumah di Telok. Atok saudara Atok memang dah bertahun tinggal di Mantin ini. Arwah bekerja sebagai pemandu teksi di sini. Rumahnya betul-betul bersebelahan dengan Kuil Benggali di jalan lama KL-Seremban ini. Tak sampai setengah kilometer ke pekan Mantin. Atok masih ingat lagi pernah ke sana ketika berumur 14,15 tahun. Ada kenduri kahwin di sana. 

Seronoknya meraikan perkahwinan ibu saudara Atok sambil menikmati buah durian di sana. Memang durian-durian Mantin sedap rasanya, tambahan pula durian D24 atau IOI. Kalau kat sini memang Atok cari durian kampung hasil jualan orang kampung. Atok tak cari buah durian daripada kebun-kebun Cina. Bukan pasal Atok rasis atau tidak. Atok lebih pentingkan kesihatan diri. Tengok sahajalah kebun durian Cina kat sini. Bersih tanpa rumput atau semak belukar. Memang dijaga sungguh. Tapi bagi Atok di sinilah kebimbangan Atok bermula. Kebun yang disiram racun serangga dan rumpai ini, walaupun diberi baca kimia, sebenarnya tidak mesra kesihatan. Betul, kita tak nak buah durian yang berulat atau rosak ditebuk tupai, tapi kalau racun rumpai dan serangga ini boleh meresap ke pokok dan buah, Atok surrender. Membahayakan kesihatan!. Carilah durian dari kebun bersemak, lebih selamat.

Selepas majlis perkahwinan di sana, 25 tahun kemudian, Atok tidak lagi ke Mantin sehinggalah kami berpindah ke Senawang ini. Kalau ada pun kami ikut jalan lama ini ke KL bagi mengelakkan jem kat highway pada hujung minggu. Atok  selalu ziarah saudara Atok di Kg. Abdullah dan anak saudara Atok di Taman Surian, Mantin. Lagipun Mantin ni pekan kecil yang tenang dan damai, sesuai kalau nak lari dari kesibukan bandar besar. Penduduknya tak ramai, jadi hidup kat sini lebih santai, tak tergesa-gesa macam kat kota. Memang sesuai untuk nikmati hidup yang lebih santai sambil rasa suasana kampung yang nyaman. Lagi best, tempat ni terkenal dengan hasil pertanian, jadi senang je nak dapat buah-buahan dan sayur segar kat pasar tempatan. Kalau korang nak cari buah-buahan fresh dan murah daripada dusun di kampung-kampung berhampiran, datanglah ke Mantin ini. Kalau nak buat kerepek, berlambak-lambak pisang kat sini. Harga borong. Bawa jer duit lebih. 

So, dalam entri kali ini Atok nak ceritakan pasal Mantin. Atok nak selongkar cerita-cerita tentang asal usul kampung Mantin ini. Dengar cerita, hebat Mantin ini suatu masa dahulu. Ada hospital sendiri, siap ada dua panggung wayang. Sakai dari Kg. Belihoi berdekatan pun ramai yang turun ke sini pada hujung minggu. Tak payah lagi ke Seremban. Cukup berurusan di sini. Sekolah ada, balai polis ada. Seperti pekan dan bandar kecil lainnya ketika zaman kolonial dahulu, Cinanya di bandar dan lombong, India di estet, Melayu pula di kampung-kampung sekitarnya. Segregated but harmony. Duduk asing-asing, tapi berjumpanya di pekan. Penduduknya aman dan tenteram. Tak ada rusuhan kaum, Namun pernah juga beberapa kes jenayah berat yang  dilaporkan dari sini. Begitulah Mantin yang dahulu kini dan selamanya, tenang dan mendamaikan. Seperti biasa, komenlah sikit setelah membaca. Atok amat menghargai setiap kritikan dan pendapat korang. Selamat Membaca.

Pengenalan

Mukim Setul ialah sebuah mukim dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia merangkumi Nilai, Mantin, Pajam dan Batang Benar. Ia terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban. Ia berjiran dengan Mukim Labu, Mukim Seremban, Mukim Lenggeng, dan Mukim Semenyih (Selangor).

Untuk cerita selanjutnya, klik link di bawah

https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/10/menariknya-sejarah-mantin.html?m=1


Sejarah Menarik Hospital Mantin

  Salam buat semua. Anak perempuan Atok memaklumkan bahawa anak keduanya dimasukkan ke hospital di Serdang kerana masalah pernafasan. Katany...