Khamis, 27 November 2025

Sejarah Menarik Penanaman Durian di Mantin (1900–2025)

 

Salam buat semua. Hari ini hari Khamis. Atok betul-betul teruja anak perempuan Atok yang sulung balik bawa anaknya yang berdua itu. Terasa terubat rindu Atok terhadap mereka. Maklumlah sebulan penuh Atok dan Wan duduk di rumah diorang, jaga, basuh berak kencing diorang. 

Wan dah preparekan menu tengah hari yang best-best, termasuklah sambal sotong, masak lemak ketam, tempoyak dan ikan  masin. Wah, berselera sungguh Atok makan tengah hari ini! Kalaulah ada buah durian, alangkah seronoknya mereka.Tapi apakan daya. Musim durian dah berlalu kira-kira 2 bulan yang lepas. Masa itu, seluruh Negeri Sembilan berlambak-lambak durian. Dari Rembau, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu hingga ke Mantin. Berlonggok-longgok, berbakul-bakul. Harga pun berbagai-bagai. Ikut gred dan jenis buah. 

Memang durian-durian Mantin sedap rasanya, tambahan pula durian D24 atau IOI. Kalau kat sini memang Atok cari durian kampung hasil jualan orang kampung. Atok tak cari buah durian daripada kebun-kebun Cina. Bukan pasal Atok rasis atau tidak. Atok lebih pentingkan kesihatan diri. Tengok sahajalah kebun durian Cina kat sini. Bersih tanpa rumput atau semak belukar. Memang dijaga sungguh. Tapi bagi Atok di sinilah kebimbangan Atok bermula. Kebun yang disiram racun serangga dan rumpai ini, walaupun diberi baca kimia, sebenarnya tidak mesra kesihatan. Betul, kita tak nak buah durian yang berulat atau rosak ditebuk tupai, tapi kalau racun rumpai dan serangga ini boleh meresap ke pokok dan buah, Atok surrender. Membahayakan kesihatan!. Carilah durian dari kebun bersemak, lebih selamat.

Kalau buah kampung, setakat 6 hingga 8 ringgit sekilo. Durian kahwin RM 8-12, IOI 15 ringgit, Musang King dan klon tahap dewa mencapai 25 hingga 45 sekilo. Atok tak kisah, durian kampung pun dah cukup. Lagi pun baka kampung ini  ada pelbagai, Rupa, rasa dan warna.:manis, lemak manis, manis pahit dan 3 dalam satu manis, lemak, dan pahit. Kecil, besar, bulat, panjang, lonjong. Berduri panjang, pendek, atau 'botak'. Warna isi pula ada yang kekuningan, keputihan, ke'oren'an serta kemerahan. Wow, memang macam pesta lah!  Makan semahu tekak dan poket. Siap open table kat pangkin jualan. 

Ada pelbagai promosi untuk menarik pelanggan. Ada penjual menawarkan buffet All you can Eat. Yang ini paling ramai response. Bayar 10-15 ringgit satu kepala (seorang), makanlah selagi mahu, syaratnya mesti makan di situ sahaja. Tak dibenarkan bawa pulang. Kalau korang Hantu durian, memang berbaloi. Macam makan kat kebun korang sendiri. Paling minimum 3,4 biji seorang, baru berbaloi. Kalau korang, makan setakat 2,3 ulas jer, baik beli timbang kilo, atau yang dah siap kopek, dalam peket. 

Atok sejak tua-tua ini, makan seluas dua jer. Nak jaga kesihatan, konon. Tapi masa muda-muda dahulu, bekfes durian, lunch durian, dinner pun sama, durian. Masa itu boleh lah, kebun sendiri. Bukan sahaja kenyang makan durian, dompet pun tebal. Apa tidaknya,  sebiji durian kalau tolak kepada peraih pun, paling cekai RM 2. Bayangkan semalaman Atok berjaya di kebun, Kutip dan kumpulkan. Purata semalaman 40 biji. Dekat situ jer dah terkumpul 80 ringgit untuk abah Atok. Atok dapat lah upah 15 ringgit. Itu durian malam tadi. Selepas itu setiap yang gugur, Atok punya lah. Black Market sokmo🤣🤣🤣🤣. Tapi betul lah.. Durian paling banyak gugur waktu malam. Kenapa ekk? Atok Tak ambil port pasal itu. Korang kajilah. Atok nak yang gugur jer, Tak kira lah siang atau malam. 

Yang terhebat pada musim durian ini adalah semangat dan keberanian. Bayangkan.. dalam kebun Atok banyak kubur-kubur lama dan... Kebetulan atau tidak, di situlah paling banyak pokok durian. Memang durian kelas A. Buah pula lebat... Mahu Tak mahu teerpaksalah Atok buat pondok di celah-celah batu nesan dekat situ. Sebulan kurang lebih musim durian bererti sebulan lebih juga lah Atok bermalam di pondok itu. Ironisnya, takde pulak ada rasa takut atau seram tentang bermalam dan berjirankan arwah-arwah di situ. Tak ada pula terserempak hantu mengilai atau Pontianak duduk atas pokok durian. Yang hebatnya, pantang dengar bunyi durian gugur, terus turun pergi menyuluh. Cuba bukan musim durian, nak pergi ke jamban belakang rumah pun kena heret adik ikut sama. 😅😅😅😅. Itulah kenangan Atok dengan kebun durian, kira-kira 30 tahun lampau. 

Pengenalan

Pada awal abad ke-20, Mantin terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih timah dan penempatan pelbagai kaum. Namun di pinggir lombong — khususnya di kawasan berbukit kecil seperti Bukit Mantin dan sepanjang jalan ke Pajam dan Lenggeng — orang Melayu tempatan dan peladang Cina sudah menanam pokok buah-buahan, termasuk durian. Rekod Negri Sembilan Annual Report (1909–1915) menyebut bahawa native holdings near Mantin menanam “fruit trees such as durian and rambutan for home use.” Walaupun berskala kecil, ia menandakan wujudnya tradisi awal penanaman durian kampung sebelum wujud nya, ladang komersial. Ketika getah menjadi tanaman utama di Mantin, sebahagian pekerja estet — terutama pekerja Tamil dan Melayu tempatan — menanam durian di pinggir kuarters atau di sempadan ladang. 

Untuk bacaan selanjutnya, sila tekan link di bawah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Hospital Mantin

  Salam buat semua. Anak perempuan Atok memaklumkan bahawa anak keduanya dimasukkan ke hospital di Serdang kerana masalah pernafasan. Katany...