Sejarah Penanaman Getah di Mantin (1898–1970-an)
Salam buat semua. Atok masih menceritakan kisah dan sejarah Mantin. Kali ini Atok nak orang-orang Mantin sendiri mengimbau kembali kenangan mereka ketika estet getah masih mewarnai kehidupan di sana. Rata-rata orang Melayu, Cina dan India, yang mempunyai tanah atau dipanggil pekebun kecil,mahupun mereka yang bekerja di estet-estet berhampiran,merasa atau berpengalaman dalam kerja-kerja menoreh sehinggalah membuat getah keping atau paling simple pun, mengutip getah sekerap. Kanak-kanak dan orang-orang perempuan sekalipun pernah mengutip kayu api daripada ranting dan dahan getah yang patah dan terjatuh di dalam kebun mereka. Juga mungkin sebahagian mereka pernah mengutip cendawan kukur yang tumbuh selepas hujan di batang atau dahan getah yeng mereput di sana. Itulah kegiatan seharian penduduk Mantin selain mengharapkan jualan buahan mereka seperti durian, manggis, cempedak dan sebagainya ketika musim buah tiba, biasanya sekitar Julai dan Ogos setiap tahun.
Penghidupan mereka ini umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bergantung kepada keadaan cuaca dan harga getah di pasaran. Cukup sederhana. Cukup-cukup untuk menyara kehidupan, jauh sekali untuk menjadi kaya. Bahkan kalau musim hujan, biasanya getah tidak ditoreh, mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari wang. Untunglah Mantin tidak jauh dari Seremban atau Kajang. Mereka boleh menjual hasil-hasil kampung dan hutan berhampiran ke sana. Atau paling kurang pun, untuk kegunaan harian mereka sendiri.
Jadi, dalam entri Atok kali ini kita balik ke Mantin era penjajah masih menjadi 'tuan tanah' negeri ini. Kita lihat dan kaji jerih payah masyarakat pertanian di sana. Begini kisahnya...
Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila tekan link di bawah
https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/11/sejarah-penanaman-getah-di-mantin.html?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan