Tragedi Keganasan Komunis di Mantin
Salam buat semua! Atok dah terjebak dengan Mantin, daripada kisah duriannya, membawa kepada getah dan lombong timahnya. Sejarah Mantin mengagumkan Atok dan ramai orang. Mereka boleh terus move on walaupun menghadapi pelbangai rintangan hidup. Atok kagum dengan semangat dan iltizam mereka. Kini, entri Atok lebih daring. Atok bongkar cerita sisi gelapnya. Huuu.. seram wey! Bayangkan kita tengah duduk-duduk di kedai kopi lama Mantin, sambil hirup kopi O panas. Tapi zaman 1940-an dulu, kedai kopi Mantin bukan tempat yang selamat macam sekarang. Setiap sudut ada cerita, setiap lorong ada sejarahnya yang tersendiri - terutama pasal zaman komunis yang buatkan ramai orang dulu hidup dalam ketakutan.
Kalau korang jalan-jalan di Mantin sekarang, nampak je kedamaian, tapi ketika zaman Darurat dulu, kawasan ni jadi antara 'kebencian dan harmonis' yang sentiasa berbahaya dan bergilir ganti. PKM yang dulunya lawan Jepun, bertukar jadi ancaman kepada orang mereka sendiri. Ada yang panggil diorang pejuang, ada yang gelar pengganas. Tapi bagi penduduk Mantin waktu tu, diorang cuma nak hidup aman, tapi terperangkap di tengah-tengah - kena tindas komunis, kena curiga British, kadang-kadang kena sangka pengkhianat pulak.
Atok cerita ni bukan nak buka pekung siapa-siapa, tapi nak kita faham betapa sukarnya hidup zaman tu. Makcik-makcik yang jual sayur kena bayar 'cukai' kepada komunis, pakcik-pakcik yang jadi mata-mata kena ancam bunuh, budak-budak sekolah pun tak boleh main bebas sebab takut kena tembak tersasar. Mantin yang kita kenal hari ni sebagai pekan yang tenang, dulu sebenarnya jadi medan perang senyap yang penuh dengan risikan, serangan hendap, dan pembunuhan. Begitu juga dengan pengorbanan dan usaha gigih anak-anak tempatan membantu kerajaan menggagalkan usaha komunis ketika itu. Kita kenangkan jasa mereka. Alfatihah buat yang Islam dan Muslim.
Jom kita imbas kembali zaman gelap itu - bukan untuk dendam, tapi untuk ambil iktibar. Jangan ambil mudah soal perpaduan dan itegrasi kaum. Sebab sejarah yang kita lupa, mungkin akan berulang. Tapi jangan risau, Atok akan cerita dalam bahasa yang santai, taklah heavy sangat. Yang penting, kita faham dan hargai keamanan yang kita ada sekarang ni.😊 Pleasant reading.
Pendahuluan
Kajian sejarah mengenai aktiviti komunis di Mantin mendedahkan dinamika kompleks dalam naratif pembentukan negara-bangsa Malaysia. Sebagai pekan strategik di Negeri Sembilan, Mantin menjadi mikro-kosmos, suatu sistem teratur atau berharmoni, pertembungan ideologi semasa era Darurat (1948-1960). Penelitian ini menganalisis perkembangan gerakan komunis dari perspektif sejarah sosial, meneliti bagaimana konflik ini membentuk landskap politik dan komuniti tempatan.
Untuk cerita selanjutnya, sila tekan link dibawah
https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/11/tragedi-keganasan-komunis-di-mantin.html?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan