Khamis, 27 November 2025

Sejarah Menarik Perlombongan di Mantin


Sejarah Menarik Perlombongan di Mantin

Salam buat semua. Atok teruskan cerita mengenai kisah lombong bijih timah di Mantin. Mungkin korang terasa pelik sambil perhatikan sekeliling, terus angkat kening dengan bahu, tanda pelik dan tak pernah dengar pasalnya. Memanglah tak ada lagi kini, tapi dahulu Mantin memang terkenal dengan hasil bijih timahnya, lebih terdahulu daripada getah dan duriannya. Bahkan nama Mantin itu sendiri ada kaitannya dengan bijih berharga itu. Tapi bekas lombongnya kini juga hilang daripada lipatan sejarah, sepertimana pelombong dan jenteea lombong mereka. Berkubur dan terkubur. Tak nampak di mata, tapi jelas ada dalam buku-buku sejarah.

Jadi, entri kali ini Atok nak korek, bongkar dan selongkar apa sahaja yang terkait dengan kisah bijih timah di Mantin. Korang dah lepas baca komenlah sedikit, beritahu Atok reaksi korang tentang penulisan Atok ini ya. Oklah, Selamat Membaca.

a.  Status Istimewa Mantin

Kegiatan ekonomi perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan yang telah bermula sejak kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Masyarakat tempatan mengusahakan aktiviti perlombongan ini dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu dengan cara mendulang dan melampan. Masyarakat tempatan juga menjalankan kaedah melombong secara lombong dedah. Teknik ini bukanlah satu teknik yang diperkenalkan oleh imigran Cina yang datang dari Yunnan dan Kwangsi. Lombong dedah secara faktanya diusahakan oleh masyarakat Melayu namun imigran Cina hanyalah menyesuaikan dan memperbaiki kaedah tersebut. Kaedah lombong dedah yang dijalankan oleh masyarakat Melayu ini mempunyai dua permasalahan iaitu mereka tidak mempunyai alat-alat perlombongan yang sesuai untuk menggali bijih timah dengan lebih dalam serta menghadapi masalah berterusan akibat banjir yang menyukarkan aktiviti perlombongan ini (Yip Yat Hoong, 1969:82-83). 

Disebabkan sumber bijih timah di Negeri Sembilan khususnya di Sungai Ujong jugalah yang menjadi punca pergaduhan politik untuk menguasai kawasan-kawasan kutipan cukai yang akhirnya membawa kepada campur tangan Inggeris di Sungai Ujong dan Negeri Sembilan (Winstedt, 1934). Walau bagaimanapun, Winstedt tidak banyak menyentuh mengenai aktiviti perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan pada abad ke-20 semasa di bawah pentadbiran Inggeris. Dalam usaha memajukan sektor perlombongan, pihak pentadbiran kolonial Inggeris telah membawa masuk imigran Cina ke Negeri Sembilan.

Untuk membaca cerita selanjutnya, sila tekan link di bawah 

 https://syedalsagaff64.blogspot.com/2025/11/sejarah-menarik-perlombongan-di-mantin.html?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Hospital Mantin

  Salam buat semua. Anak perempuan Atok memaklumkan bahawa anak keduanya dimasukkan ke hospital di Serdang kerana masalah pernafasan. Katany...