Memaparkan catatan dengan label American. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label American. Papar semua catatan

Khamis, 14 Disember 2017

Perubahan Fizikal dan Hidrologi TPG

Assalamualaikum semua. Aku minta maaf kerana dah berbulan tak menulis apa-apa dalam blog ini. Mesti korang rindu pakcik kan,kan,kan. Bukannya apa, merajuk tidak, malas pun bukan. Cuma masa tak mengizinkan. Sorry yer bro-bro dan otai-otai TPG.

Kali ini aku nak ceritakan bagaimana Telok mengalami Transformasi. Apa? Ada Transformer kat Telok? Biar betul! Korang tu biar betul. Ada aku cerita pasal robot atau Najib? Takde kan,kan,kan?Biarlah Najib terjun dengan tranformasi-transformasinya. Aku cerita pasal transformasi Telok. Bagaimana Telok berubah bentuk fizikalnya. Itu jer. Eloklah korang belajar English education sikit. Malukan Telok  jer nanti kalau Mat Salleh tersesat kat Telok tanyakan jalan. Kih3. Eloklah korang baca sikit info yang aku tulis dal entri-entri aku yang terdahulu kat bawah ini. Bagi tuned sikit. Korang ini dah macam kena stoned jer aku tengok. Hahahaha...

Latar belakang Sejarah TPG
Telok wujud sejak zaman sultan Selangor bersemayam di Jugra suatu masa dahulu. Kalau tak silap aku, Telok Panglima Garang ini sudah wujud  sebelum 1850-an lagi . Hal ini disahkan oleh catatan Inggeris pada masa itu. Tapi kedudukan Telok masa itu bukanlah sebagaimana Telok masa sekarang. Telok masa itu memang  dekat anak sungai yang masuk ke Sungai Langat. Untuk lebih tepat lagi sekitar Telok Mengkuang, iaitu tapak asal Taman Datok Hormat.

Di sepanjang sungai itu merupakan hutan nipah Orang dulu-dulu buat rumah atas tebing sungai yang berlumpur, ataupun mungkin di atas tanah darat yang kering tetapi masih hampir dengan sungai. Maklumlah sungai memang nadi utama kehidupan dan pengangkutan masa itu. Makan minum , berak kencing semuanya dalam rumah atas air itu. Lagipun hutan kat Telok dulu hutan tebal…harimau memang banyak berkeliaran. Tak selamat untuk duduk dan tinggal di daratan.
Kemudian, kira-kira tahun 1895. apabila British menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbirannya (memang ler pasal Sultan bersemayam kat situ), mereka membina feri pontoon yang ditarik menggunakan kabel dalam air (dengan winch) yang boleh membawa 2 buah kereta pada satu-satu masa. Pada masa itu jalan darat dari Bandar ke Klang melalui Telok Panglima Garang telah dibina. Pengkalan kedua-dua tebing sungai adalah di sekitar Sungai Buaya di Jugra dan Segenting Kg. Bandar di sebelah Telok. Perjalanan mengambil masa 15 minit jer. Biasanya feri itu untuk kegunaan rasmi pihak istana, Sultan, pegawai kerajaan Inggeris dan pengurus estet di sebelah Jugra dan Telok serta Klang.

Pembinaan jalan darat dari Jugra ke Klang juga memberi impak penting kepada kewujudan kampung-kambung sepanjang laluan tersebut. Hutan tebal dan hidupan liar bukan lagi halangan besar kepada peneroka-peneroka awal yang berani ini. Bahkan Inggeris membayar wang ganjaran bagi setiap binatang buas yang ditangkap atau ditembak. Dengan pemberian tanah pertanian oleh Inggeris dan bantuan insentif untuk tanaman, mereka gigih mengerjakan tanah tersebut secara bergotong royong bersama ahli keluarga dan jiran sekampung. Pembukaan estet-estet  di sepanjang laluan tersebut dan di Pulau Carey juga menjadi pemangkin perkembangan Telok. Di sebelah kiri jalan raya tersebut, kawasan estet dan kampung manakala di sebelah kanannya masih lagi diselubungi Hutan Simpan Kuala Langat Utara sehinggalah ke Klang. Kereta lembu merupakan pengangkutan utama membawa manusia dan barangan di laluan tersebut, menggantikan sampan dan tongkang di sungai. Dengan kehadiran beribu-ribu pekerja asing India dan Cina di estet. Sebuah sekolah vernakular Melayu  atau Sekolah Melayu yang ditanggung sepenuhnya oleh Inggeris mula dibina dan beroperasi di Telok pada tahun 1900. Telok kini merupakan petempatan penting dan singgahan pegawai-pegawai dan pengurus ladang berbangsa British dari Jugra ke Klang

 
Walaupun tidak terdapat sebarang jambatan dibina merentangi Sungai Langat, perkhidmatan feri disediakan di Segenting ke Kampung Bandar dan ke Pulau Carey atau  Jugra Island pada masa itu.    Justeru, Telok kini bercirikan sebuah pekan dan berfungsi sebagai  hab atau pusat pengumpulan hasil pertanian dan juga keperluan harian penduduk setempat.

Selepas tahun 1901, apabila Pulau Carey mula diteroka, Mr. V.Carey dan pengurus-pengurus estet di situ mula menggunakan perkhidmatan bot dan pontoon bertunda untuk berulang alik antara pulau dan tanah besar. Bagi rakyat biasa dan pekerja estet, mereka masih menggunakan sampan dan sampan penambang untuk menyeberang.Walaupun tidak terdapat sebarang jambatan dibina merentangi Sungai Langat, perkhidmatan feri disediakan di Segenting ke Kampung Bandar dan ke Pulau Carey atau  Jugra Island pada masa itu.    Justeru, Telok kini bercirikan sebuah pekan dan berfungsi sebagai  hab atau pusat pengumpulan hasil pertanian dan juga keperluan harian penduduk setempat. Selepas tahun 1901, apabila Pulau Carey mula diteroka, Mr. V.Carey dan pengurus-pengurus estet di situ mula menggunakan perkhidmatan bot dan pontoon bertunda untuk berulang alik antara pulau dan tanah besar. Bagi rakyat biasa dan pekerja estet, mereka masih menggunakan sampan dan sampan penambang untuk menyeberang.Walaupun tidak terdapat sebarang jambatan dibina merentangi Sungai Langat, perkhidmatan feri disediakan di Segenting ke Kampung Bandar dan ke Pulau Carey atau  Jugra Island pada masa itu.    Justeru, Telok kini bercirikan sebuah pekan dan berfungsi sebagai  hab atau pusat pengumpulan hasil pertanian dan juga keperluan harian penduduk setempat.

Profil Sungai Langat
Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar petengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).
Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu,(oh ya, memey ler tak dibuat....Hahaha), maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Akhirnya, bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu dan kemudian dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra.

Begitu juga sebaliknya. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu. Maka wujudlah Pulau Carey yang kita kenali sekarang.

                                Pulau Carey: Pandangan dari Rumah Api, Bukit Jugra

Metamorfosis Likuan Sungai  Sekitar TPG

Teluk adalah tubuh perairan yang menjorok ke daratan dan dihadkan oleh daratan pada ketiga sisinya. Oleh karena letaknya yang strategik, teluk banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. Teluk adalah kebalikan dari tanjung, dan biasanya keduanya dapat ditemui pada suatu garis pantai yang sama.
Jika diamati daripada peta-peta TPG terdahulu, memang likuan sungai Langat sekitar TPG hampir terpenggal. Saya rujuk peta lakar tahun1870-an, memang nampak likuan tersebut tidak simetrikal. Ia membesar di likuan masuk (proses hakisan) manakala likuan keluarnya mengecil (proses pemendapan).  Mungkin sebab itu mereka menggunakan sebelah sahaja laluan unuk masuk dan keluar dari Telok.


                          TPG tahun 1910
                             TPG tahun 1918

Proses-proses ini semakin nyata dalam peta topografi TPG tahun 1933. Harus diingat,walaupun likuan ini semakin terpenggal, prosesnya memakan masa panjang sehinggalah pada tahun 1980-an, ianya betul-betul terpenggal dan membentuk tasik ladam (istilah Geografi). Korang tanyalah budak-budak dekolah menengah,pasti diorang boleh terangkan. Tapi jangan pula korang tanya bebudak rempit..apa tahunya? Tasik ladam itu merujuk bahagian air yang terputus daripada laluan sungai manakala hasil kejadian itu maka terbentuklah pulau sungai atau islet. So, keseluruhan Taman Dato Hormat merupakan pulau atau islet yang terbentuk yang mana sebelum ini merupakan sebahagian daripada Pulau Carey. Menarik bukan cerita pakcik ini?
                                     TPG tahun 1933

                       TPG  tahun 1950

So, disebabkan Teluk sudah terputus daripada Pulau Carey dan laluan sungai Langat menjadi lurus di bahagian terpenggal itu, maka pihak JPS (Jabatan Parit dan Saliran) membuat keputusan untuk mengeringkan likuan terpenggal di Telok itu untuk ditebusguna sebagai tanah pertanian (menjadi sebahagian daripada Telok Mengkuang). Maka kerja-kerja pengeringan mula dilakukan dengan membina kunci-kunci air dan mengepam keluar sisa-sisa air yang ada sebelum menjadi tempat pembiakan nyamuk. Setelah kering, seluruh islet (Tapak Taman Dato Hormat kini) ditolak dan dibersihkan.Semua pokok nipah dan semarak api ditebang , dicabut dan disondol bulldozer.  Tiada lagi alur sungai, yang tinggal hanyalah parit-parit yang dibina seperti di kawasan kebun-kebun di Telok Mengkuang. Kawasan pertanian baharu ini kemudian diberi hakmilik kepada orang awam, anak-anak Telok yang pernah mencari nafkah di sungai.

                              TPG masa kini


Namun, biasalah ...Malaysia boleh. Rasuah ada di mana-mana. Yang tak ada kena mengena dengan Telok pun tumpang sekaki. Setiap pemilik mendapat dua ekar. Cuba abang bayangkan, dapat dua ekar di Telok. Wow! Aku dan adik beradik yang mewarisi kebun abahku di Telok Mengkuang, kira-kira 6km jauh ke dalam dari pekan Telok pun cuma 1.75 ekar jer.
Untung ler diorang...Tapi perangai Melayu baru tetap ikut perangai atuk nenek.. Nak hidup senang jangka pendek jer. Bodoh piang kata orang Utara.Tak sampai sepuluh tahun lepas dapat geran terus jual kat Cina. Yang berakal sikit (tapi masih bebal) buat JV dengan Cina buat rumah. Dapatlah 10:2. Korang mesti tertanya-tanya, apa tu 10:2, kan? Itu sifir pemaju. Lu punya tanah wa bikin rumah Dalam 10 lumah bikin, 2 lu angkat, 8 wa punya sebab wa bikin maa.. 2 ekar boleh dapat 40 lumah.Lu angkat 8, lain wa punya...OK meh? Maka seronoklah si Melayu ini dapat rumah free, seorang sebuah untuk 8 orang adik beradiknya. Maka diorang sainlah perjanjian dengan lawyer yang dilantik sendiri pemaju Cina itu. FOC, tak payah bayar. Selamat ribu-ribu duit nak bayar yuran guaman. Itu fikir mereka. Yang Cina pemaju pun ketawabesar siap berguling-guling lagi kerana dapat untung besar tipu Melayu. Lawyer tadi tersengih sambil kata "20% bos". Macam dalam cerita Tiga Abdul.

Bila projek dah naik, rumah dah siap, towkey panggil diorang adik beradik untk serahkan rumah. Diorang cuma dapat rumah teres setingkat sorang sebiji sedangkan pemaju tadi dah bina berderet-deret rumah teres 2 tingkat dan semi-D. Apabila ada di antara adik- beradik yang protes kenapa tak dapat rumah 2 tingkat atau semi D, maka loyar Cina tu pun bersuara.. "Kita ikut agreement maa... lu dapat 8 lumah, tapi dalam itu agreement tala celita rumah apa. Terdiam 8 beradik tadi. Betul juga. Tak ada klausa kata jenis rumah. Kemudian bangun sorang lagi daripada 8 beradik tadi. "Halo towkey, apa pasal lu bagi rumah kita orang tepi loji Indah Water?"
Sekali lagi loyar towkey bangun. Dalam itu agreement tala cakap mana lu punya location. Lu baca itu agreement before you signed meh? Terkedu semua orang . Terasa diri bangang sebengong-bengongnya. Main sain jer. Baca pun tidak! Kemudian towkey rumah itu kata...Haiya..jangan itu macam maa...tala apa, lu olang don't worry, itu cukai semua wa tanggung.. Besok lu olang boleh angkat kunci, minggu depan masuk lumah balu ....Menyesal tak sudah....

Itulah corat coret kehidupan di Telok time aku membesar di sana. Taman Dato Hormat dah ada banyak fasa dah. Mungkin 20 tahun akan datang Telok berubah wajah. Mungkin kena tukar nama jadi Telok Angeles gamaknya....kih3. Adios,bye bye, sayonara...this is me signing off for now...Wassalam.



Khamis, 7 Disember 2017

Perubahan Fizikal dan Hidrologi Telok Panglima Garang


Salam semua. Aku minta maaf kerana dah berbulan tak menulis apa-apa dalam blog ini. Mesti korang rindu pakcik kan,kan,kan. Bukannya apa, merajuk tidak, malas pun bukan. Cuma masa tak mengizinkan. Sorry yer bro-bro dan otai-otai TPG.
 Kali ini aku nak ceritakan bagaimana Telok mengalami Transformasi. Apa? Ada Transformer kat Telok? Biar betul! Korang tu biar betul. Ada aku cerita pasal robot atau Najib? Takde kan,kan,kan?Biarlah Najib terjun dengan tranformasi-transformasinya. Aku cerita pasal transformasi Telok. Bagaimana Telok berubah bentuk fizikalnya. Itu jer. Eloklah korang belajar English education sikit. Malukan Telok  jer nanti kalau Mat Salleh tersesat kat Telok tanyakan jalan. Kih3. Eloklah korang baca sikit info yang aku tulis dal entri-entri aku yang terdahulu kat bawah ini. Bagi tuned sikit. Korang ini dah macam kena stoned jer aku tengok. Hahahaha...

Latar belakang Sejarah Telok
Telok wujud sejak zaman sultan Selangor bersemayam di Jugra suatu masa dahulu. Kalau tak silap aku, Telok Panglima Garang ini sudah wujud  sebelum 1850-an lagi . Hal ini disahkan oleh catatan Inggeris pada masa itu. Tapi kedudukan Telok masa itu bukanlah sebagaimana Telok masa sekarang. Telok masa itu memang  dekat anak sungai yang masuk ke Sungai Langat. Untuk lebih tepat lagi sekitar Telok Mengkuang, iaitu tapak asal Taman Datok Hormat.

      Di sepanjang sungai itu merupakan hutan nipah Orang dulu-dulu buat rumah atas tebing sungai yang berlumpur, ataupun mungkin di atas tanah darat yang kering tetapi masih hampir dengan sungai. Maklumlah sungai memang nadi utama kehidupan dan pengangkutan masa itu. Makan minum , berak kencing semuanya dalam rumah atas air itu. Lagipun hutan kat Telok dulu hutan tebal…harimau memang banyak berkeliaran. Tak selamat untuk duduk dan tinggal di daratan. 

  •  Kemudian, kira-kira tahun 1895. apabila British menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbirannya (memang ler pasal Sultan bersemayam kat situ), mereka membina feri pontoon yang ditarik menggunakan kabel dalam air (dengan winch) yang boleh membawa 2 buah kereta pada satu-satu masa. Pada masa itu jalan darat dari Bandar ke Klang melalui Telok Panglima Garang telah dibina. Pengkalan kedua-dua tebing sungai adalah di sekitar Sungai Buaya di Jugra dan Segenting Kg. Bandar di sebelah Telok. Perjalanan mengambil masa 15 minit jer. Biasanya feri itu untuk kegunaan rasmi pihak istana, Sultan, pegawai kerajaan Inggeris dan pengurus estet di sebelah Jugra dan Telok serta Klang.
   Pembinaan jalan darat dari Jugra ke Klang juga memberi impak penting kepada kewujudan kampung-kambung sepanjang laluan tersebut. Hutan tebal dan hidupan liar bukan lagi halangan besar kepada peneroka-peneroka awal yang berani ini. Bahkan Inggeris membayar wang ganjaran bagi setiap binatang buas yang ditangkap atau ditembak. Dengan pemberian tanah pertanian oleh Inggeris dan bantuan insentif untuk tanaman, mereka gigih mengerjakan tanah tersebut secara bergotong royong bersama ahli keluarga dan jiran sekampung.

    Pembukaan estet-estet  di sepanjang laluan tersebut dan di Pulau Carey juga menjadi pemangkin perkembangan Telok. Di sebelah kiri jalan raya tersebut, kawasan estet dan kampung manakala di sebelah kanannya masih lagi diselubungi Hutan Simpan Kuala Langat Utara sehinggalah ke Klang. Kereta lembu merupakan pengangkutan utama membawa manusia dan barangan di laluan tersebut, menggantikan sampan dan tongkang di sungai. Dengan kehadiran beribu-ribu pekerja asing India dan Cina di estet

      Sebuah sekolah vernakular Melayu  atau Sekolah Melayu yang ditanggung sepenuhnya oleh Inggeris mula dibina dan beroperasi di Telok pada tahun 1900. Telok kini merupakan petempatan penting dan singgahan pegawai-pegawai dan pengurus ladang berbangsa British dari Jugra ke Klang
  
    Walaupun tidak terdapat sebarang jambatan dibina merentangi Sungai Langat, perkhidmatan feri disediakan di Segenting ke Kampung Bandar dan ke Pulau Carey atau  Jugra Island pada masa itu.    Justeru, Telok kini bercirikan sebuah pekan dan berfungsi sebagai  hab atau pusat pengumpulan hasil pertanian dan juga keperluan harian penduduk setempat.

      Selepas tahun 1901, apabila Pulau Carey mula diteroka, Mr. V.Carey dan pengurus-pengurus estet di situ mula menggunakan perkhidmatan bot dan pontoon bertunda untuk berulang alik antara pulau dan tanah besar. Bagi rakyat biasa dan pekerja estet, mereka masih menggunakan sampan dan sampan penambang untuk menyeberang.Walaupun tidak terdapat sebarang jambatan dibina merentangi Sungai Langat, perkhidmatan feri disediakan di Segenting ke Kampung Bandar dan ke Pulau Carey atau  Jugra Island pada masa itu.    Justeru, Telok kini bercirikan sebuah pekan dan berfungsi sebagai  hab atau pusat pengumpulan hasil pertanian dan juga keperluan harian penduduk setempat. Selepas tahun 1901, apabila Pulau Carey mula diteroka, Mr. V.Carey dan pengurus-pengurus estet di situ mula menggunakan perkhidmatan bot dan pontoon bertunda untuk berulang alik antara pulau dan tanah besar. Bagi rakyat biasa dan pekerja estet, mereka masih menggunakan sampan dan sampan penambang untuk menyeberang.Walaupun tidak terdapat sebarang jambatan dibina merentangi Sungai Langat, perkhidmatan feri disediakan di Segenting ke Kampung Bandar dan ke Pulau Carey atau  Jugra Island pada masa itu.    Justeru, Telok kini bercirikan sebuah pekan dan berfungsi sebagai  hab atau pusat pengumpulan hasil pertanian dan juga keperluan harian penduduk setempat














Profil Sungai Langat

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar petengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).

 

Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu,(oh ya, memey ler tak dibuat....Hahaha), maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Akhirnya, bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu dan kemudian dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. 

Begitu juga sebaliknya. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu. Maka wujudlah Pulau Carey yang kita kenali sekarang.
                       Pulau Carey: Pandangan dari Rumah Api, Bukit Jugra


Metamorfosis Likuan Sungai  Sekitar TPG 

Teluk adalah tubuh perairan yang menjorok ke daratan dan dihadkan oleh daratan pada ketiga sisinya. Oleh karena letaknya yang strategik, teluk banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. Teluk adalah kebalikan dari tanjung, dan biasanya keduanya dapat ditemui pada suatu garis pantai yang sama.

Jika diamati daripada peta-peta TPG terdahulu, memang likuan sungai Langat sekitar TPG hampir terpenggal. Saya rujuk peta lakar tahun1870-an, memang nampak likuan tersebut tidak simetrikal. Ia membesar di likuan masuk (proses hakisan) manakala likuan keluarnya mengecil (proses pemendapan).  Mungkin sebab itu mereka menggunakan sebelah sahaja laluan unuk masuk dan keluar dari Telok.

TPG tahun 1910

i
TPG tahun 1918



Proses-proses ini semakin nyata dalam peta topografi TPG tahun 1933. Harus diingat,walaupun likuan ini semakin terpenggal, prosesnya memakan masa panjang sehinggalah pada tahun 1980-an, ianya betul-betul terpenggal dan membentuk tasik ladam (istilah Geografi). Korang tanyalah budak-budak dekolah menengah,pasti diorang boleh terangkan. Tapi jangan pula korang tanya bebudak rempit..apa tahunya? Tasik ladam itu merujuk bahagian air yang terputus daripada laluan sungai manakala hasil kejadian itu maka terbentuklah pulau sungai atau islet. So, keseluruhan Taman Dato Hormat merupakan pulau atau islet yang terbentuk yang mana sebelum ini merupakan sebahagian daripada Pulau Carey. Menarik bukan cerita pakcik ini?

TPG tahun 1933
TPG tahun 1950


So, disebabkan Teluk sudah terputus daripada Pulau Carey dan laluan sungai Langat menjadi lurus di bahagian terpenggal itu, maka pihak JPS (Jabatan Parit dan Saliran) membuat keputusan untuk mengeringkan likuan terpenggal di Telok itu untuk ditebusguna sebagai tanah pertanian (menjadi sebahagian daripada Telok Mengkuang). Maka kerja-kerja pengeringan mula dilakukan dengan membina kunci-kunci air dan mengepam keluar sisa-sisa air yang ada sebelum menjadi tempat pembiakan nyamuk. Setelah kering, seluruh islet (Tapak Taman Dato Hormat kini) ditolak dan dibersihkan.Semua pokok nipah dan semarak api ditebang , dicabut dan disondol bulldozer.  Tiada lagi alur sungai, yang tinggal hanyalah parit-parit yang dibina seperti di kawasan kebun-kebun di Telok Mengkuang. Kawasan pertanian baharu ini kemudian diberi hakmilik kepada orang awam, anak-anak Telok yang pernah mencari nafkah di sungai

Peta TPG masa kini
Namun, biasalah ...Malaysia boleh. Rasuah ada di mana-mana. Yang tak ada kena mengena dengan Telok pun tumpang sekaki. Setiap pemilik mendapat dua ekar. Cuba abang bayangkan, dapat dua ekar di Telok. Wow! Aku dan adik beradik yang mewarisi kebun abahku di Telok Mengkuang, kira-kira 6km jauh ke dalam dari pekan Telok pun cuma 1.75 ekar jer.
 Untung ler diorang...Tapi perangai Melayu baru tetap ikut perangai atuk nenek.. Nak hidup senang jangka pendek jer. Bodoh piang kata orang Utara.Tak sampai sepuluh tahun lepas dapat geran terus jual kat Cina. Yang berakal sikit (tapi masih bebal) buat JV dengan Cina buat rumah. Dapatlah 10:2. Korang mesti tertanya-tanya, apa tu 10:2, kan? Itu sifir pemaju. Lu punya tanah wa bikin rumah Dalam 10 lumah bikin, 2 lu angkat, 8 wa punya sebab wa bikin maa.. 2 ekar boleh dapat 40 lumah.Lu angkat 8, lain wa punya...OK meh? Maka seronoklah si Melayu ini dapat rumah free, seorang sebuah untuk 8 orang adik beradiknya. Maka diorang sainlah perjanjian dengan lawyer yang dilantik sendiri pemaju Cina itu. FOC, tak payah bayar. Selamat ribu-ribu duit nak bayar yuran guaman. Itu fikir mereka. Yang Cina pemaju pun ketawabesar siap berguling-guling lagi kerana dapat untung besar tipu Melayu. Lawyer tadi tersengih sambil kata "20% bos". Macam dalam cerita Tiga Abdul.
 Bila projek dah naik, rumah dah siap, towkey panggil diorang adik beradik untk serahkan rumah. Diorang cuma dapat rumah teres setingkat sorang sebiji sedangkan pemaju tadi dah bina berderet-deret rumah teres 2 tingkat dan semi-D. Apabila ada di antara adik- beradik yang protes kenapa tak dapat rumah 2 tingkat atau semi D, maka loyar Cina tu pun bersuara.. "Kita ikut agreement maa... lu dapat 8 lumah, tapi dalam itu agreement tala celita rumah apa. Terdiam 8 beradik tadi. Betul juga. Tak ada klausa kata jenis rumah. Kemudian bangun sorang lagi daripada 8 beradik tadi. "Halo towkey, apa pasal lu bagi rumah kita orang tepi loji Indah Water?"
 Sekali lagi loyar towkey bangun. Dalam itu agreement tala cakap mana lu punya location. Lu baca itu agreement before you signed meh? Terkedu semua orang . Terasa diri bangang sebengong-bengongnya. Main sain jer. Baca pun tidak! Kemudian towkey rumah itu kata...Haiya..jangan itu macam maa...tala apa, lu olang don't worry, itu cukai semua wa tanggung.. Besok lu olang boleh angkat kunci, minggu depan masuk lumah balu ....
Menyesal tak sudah....

Itulah corat coret kehidupan di Telok time aku membesar di sana. Taman Dato Hormat dah ada banyak fasa dah. Mungkin 20 tahun akan datang Telok berubah wajah. Mungkin kena tukar nama jadi Telok Angeles gamaknya....kih3. Adios,bye bye, sayonara...this is me signing off for now...Wassalam
.









Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...