Salam. Hari ini hari Ahad. Atok dan Wan berehat santai di rumah jer hujung minggu ini. Anak-anak Atok balik. Yang di Senawang dan di Sendayan tiap-tiap minggu menjengok Atok. Alhamdulillah. Hari ini yang di Bukit Jelutong pun katanya nak balik. Seronok hati Atok dan Wan korang, anak-anak berkumpul di rumah hari ini. Itulah pasal Wan engkau orang pagi-pagi lagi dah ke market Seremban, beli ikan, udang, sotong untuk makan tengah hari nanti. Apa yang nak dibeli Atok message jer Wan. Mudahnya hidup zaman IT ini. Semuanya di hujung jari jer.
Teringat Atok zaman Atok baru nak mula hidup berkeluarga dahulu. Masih lagi pakai surat mel, bukan e-mel. Berhari-hari baru sampai. Nasib baiklah telefon ada. Bolehlah contact, itu pun dengar suara jer, takde video call macam sekarang. Itu pun Atok dah bersyukur banyak-banyak sebab kalau nak dibandingkan zaman Atok dengan zaman Abah Atok dan sebelum itu zaman Atok Atok, memang takde ler. Sunyi sepi takde orang, takde gelombang mikro, takde gajet. Yang ada, basikal, posmen dan pejabat pos. Itu pun bukan kat Telok. Syukurlah. Tak ada hiruk pikuk kota, Telok menenangkan. Takde khabar berita saudara mara yang jauh tak mengapa. Yang penting kami bahagia. Kalau ada kecemasan dan kematian, telegram itu kemestian. Baliklah semua saudara mara. Yang lambat terima berita atau jauh di perantauan, reda jer. Mungkin tersurat takdirnya begitu. Tak dapat bertemu di dunia. Namun doa tetap menemukan kita di alam berikutnya. Ada tak ada sama sahaja, hidup tetap diteruskan.
Hahaha... entri Atok kali ini pun pasal pejabat pos dan telekomunikasi. Tapi kali ini khas untuk orang-orang Telok, Banting, Jugra, serta seluruh warga Kuala Langat. Atok nak bawa korang balik ke zaman Sultan Abdul Samad, kemudian ke zaman kita mula merdeka sehinggalah zaman kini...Ok murid-murid , buka buku sejarah...Sejarah Pejabat Pos di Banting dan Kuala Langat. Begini kisahnya....
Kisah bermula ketika British baharu menipu Sultan dan anak-anak raja di Jugra. British dah buka pejabat tanah dan hasil di Jugra untuk mengaut segala hasil usaha anak watan, pendatang dan kapitalis Eropah di Kuala Langat. Banyak estet dah dibuka di sekitar daerah Kuala Langat dan Sepang. Sejarah kewujudan Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat adalah berdasarkan bangunan pertama yang terletak di pinggir Bukit Jugra. Bangunan ini telah dibina pada tahun 1876. Bangunan ini merupakan bangunan dua tingkat yang menggunakan batu granit dan teknologi terkini pada masa itu. Atapnya pula dibina dari atap genting yang sama dengan yang digunakan bagi bumbung Istana Jugra.

Sebelum Atok meraban lebih jauh, baik kiranya Atok fokuskan kepada sistem pos jer. So, pejabat pos pertama di Kuala Langat kita dah tahu, iaitu di Jugra. Sultan Abdul Samad dan kerajaan negeri Selangor bersemayam dan beroperasi dari sana, at least pada dasarnya. Mahu tak mahu, segala urusan pentadbiran mestilah ditandatangani Sultan untuk menjadikannya dokumen yang sah. Maka, urusan surat-menyurat kini dibuat menggunakan pos dan khidmat utusan. Surat-surat rasmi jabatan dan ladang-ladang seluruh Kuala Langat dihantar menggunakan bot rasmi kerajaan Selangor yang berulang alik dari Klang ke Jugra dua minggu sekali kerana pada masa itu belum ada lagi perhubungan darat. Seluruh urusan di Kuala Langat dan Sepang (masih di bawah Kuala Langat) bertumpu di Jugra.
Bot dan kapal wap milik kerajaan di Klang pada sebelum akhir abad ke-19 |
Kemudian timbul ura-ura untuk buat jalan rentas darat dari Klang ke Bandar dan Jugra dalam tahun 1896. Maka dipanggillah jurutera sivil dan dikeluarkan tender untuk menjadikan pembangunan jalan raya di laluan itu satu realiti. Kaum asli digunakan dan diupah untuk membuka dan menunjuk arah lokasi terbaik laluan tersebut:
(No. rujukan: 1957/0070305; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
(No. rujukan: 1957/0061864; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
Asks permission to allow the Collector of Langat to go over the path from Telok Panglima Garang to Klang Memohon kebenaran untuk membolehkan `Pengutip Hasil Langat' melewati batas sempadan dari Telok Panglima Garang ke Kelang Minit Bahasa Inggeris Rodger, J.P.; Bellamy, Henry Franklin (No. rujukan: 1957/0004270; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) | |||||||
Report on the track from Telok Panglima Garang to Klang Laporan keadaan jalan dari Teluk Panglima Garang ke Kelang yang becak teruk kerana hujan Surat; minit Bahasa Inggeris Bellamy, G.C.; Bellamy, H.F.; Rodger, J.P.; PWD, Kuala Lumpur (No. rujukan: 1957/0004378; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT) | |||||||
Forwards a draft contract and specification for the construction of three miles of a proposed road from Klang to Bandar Jugra via Telok Panglima Garang. (No. rujukan: 1957/0010103; Jenis bahan: Fail; Negeri: IBU PEJABAT)
|
Laluan baharu untuk jalan darat merentas hutan |
PEJABAT POS JUGRA
Yang Atok nak fokuskan ialah pejabat pos di Jugra. Di dalam bangunan pejabat daerah itu terdapat juga kemudahan bank (pejabat pos?) dan mahkamah bagi memudahkan orang ramai berurusan. Bukti kewujudan pejabat pos Jugra ini ditemukan pada postmark JUGRA 1907 pada sekeping setem bermotif harimau bernilai 3 cents. Tanda pos (postmark) merupakan cetakan (cop) yang dibuat ke atas surat, poskad dan bungkusan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran. Penandaan cop dilakukan oleh petugas di pejabat pos untuk membatalkan setem yang ditampal ke atas barangan pos tersebut. Pada tanda pos tersebut terdapat nama tempat yang membuat tanda pos, serta tarikh pengecopan dibuat.
Postmark JUGRA 1907 sebagai bukti pejabat pos pernah wujud di Jugra satu masa dahulu |
HAH. Itu tahun 1907! Maknanya, masa itu,post office kat Jugra tu dah berumur 31 tahun. dan pejabat pos satu-satunya di Kuala Langat ini pada masa itu, bukan hanya menjual setem atau hantar surat menyurat ke seluuruh kawasan di Kuala Langat, malah menjadi bank untuk simpanan rakyat di sana termasuklah di kampung,estet, lombong dan tempat-tempat lain di daerah ini. Apabila sudah dibina pejabat pos bererti telah ada juga kakitangan yang mengendalikannya.
Surat Berdaftar dari Jugra ditujukan kepada Residen British di Kuala Lumpur pada 25 Februari tahun 1918 |
Dalam laporan The FMS Government Gazzette pada tahun 1914, dimaklumkan beberapa buah pejabat pos termasuklah di Banting sudah sedia ada di seluruh negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang):
Daripada sebuah ibu negeri kini Jugra hanyalah menjadi pusat pentadbiran daerah Kuala Langat sehinggalah pada tahun 1920, Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat telah berpindah ke Telok Datok sebelum dibina kompleks barunya di Sungai Sedu kini. Selepas tahun 1921, tiada lagi khabar berita tentang pejabat pos di Jugra.
Tentang kewujudan pejabat pos Banting pula tak dapat dikenal pasti bila. Yang pasti dalam laporan kerajaan tersebut juga diberitahu beberapa buah pejabat pos yang ada di FMS, termasuklah di Banting. Bahkan dalam sumber-sumber media lain juga Banting disebut sudah mempunyai pejabat posnya sendiri.
Sepanjang terbentuknya kerajaan FMS ini, banyak pejabat pos yang dibuka di Selangor. Antaranya;
Ampang,
Bangi, Banting, Batang Berjuntai, Batu Arang, Batu Caves, Batu Laut, Batu road, Batu Tiga, Beranang, Brickfields Road, Bukit Rotan,
Gap,
Jugra, Jeram,
Kajang, Kalumpang, Kapar, Kepong, Kerling, Klang, Kuala Kubu, Kuala Kubu Bharu, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuang,
Pengkalan Kundang, Petaling, Port Swettenham, Puchong, Pudu, Pulau Ketam,
Rasa,
Sabak, Sabak Bernam, Salak South, Semenyih, Sentul, Sepang, Serendah, Station Street, Sungei Ayer tawar, Sungei Besi, Sungei Buloh, Sungei Choh, Sungei way,
Ulu Langat, Ulu Yam.
Nota: Beranang (beroperasi hanya 5 tahun), Salak Selatan (sehingga 1931) and Sungei Ayer tawar
Beberapa evidens postmarks daripada surat-surat yang ditemui berlegar di internet membuktikan kewujudan pejabat-pejabat pos ini:
Ampang 1913
Bangi 1910
Banting 1911 2n49 101e30
YA! Postmarks BANTING juga ada tertera pada sekeping setem bertarikh 1911 menguatkan lagi dakwaan bahawa pejabat pos Banting telah wujud sebelum Banting diwartakan sebagai kampung pada tahun 1916.
postmark Banting bertarikh 1924 |
Perwartaan Banting 1916 |
Dalam laporan FMS tahun 1932 juga ada dimaklumkan jarak jalan raya antara Telok Datoh (Datok) ke Pejabat Pos Banting sejauh satu setengah batu, kira-kira 2.4 km sahaja. dan surprisingly itulah juga lokasi pejabat pos Banting yang terlihat di sana sebelum terbakar pada tahun 2010, mungkin. Atok dah ukur pakai Google map, memang itulah jaraknya!
OK. Tadi Atok ada kata di pejabat Daerah dan Hasil di Jugra itu, terdapat bank. So Atok google dan roger kawan-kawan Atok di internet tentang kewujudan bank di tengah-tengah hutan paya dan belantara di Jugra ini. Siapa yang waras nak buat bank dalam hutan tempat jin bertendang di Jugra ini? HAHAHA...terduduk korang dengar cerita Atok! Itulah pasal kita dijajah. Orang putih nampak apa yang kita tak nampak. Kita nampak sampah, orang putih nampak duit.Selangor dan Jugra lubuk duit! Ada lombong bijih timah, ada estet getah, kopi dan kelapa. Ada hasil hutan, ada hasil kampung dan ada hasil bandar. Yang diorang nampak tanda RM. Semua benda yang boleh dijual nak dicukainya. Itulah pasal Dato Maharaja Lela di Perak dan Dato Bahaman di Pahang memberontak. Semuanya berpunca daripada sikap menekan dan tamak British terhadap rakyat.
Rupanya bank yang wujud bukanlah bank komersial macam Maybank, CIMB yag kita tahu dan tengok kini. Bank itu bank yang diwujudkan kerajaan untuk urusan penyimpanan oleh masyarakat umum dan syarikat. Selangor Savings Bank mengumpul dan menggunakan sebahagian modal penyimpan untuk pembangunan negeri. Simpanan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi, daripada menyimpan bawah bantal, dalam tempayan ataupun peti besi, orang-orang kampung, Cina di bandar dan Tamil di estet-estet mula menyimpan duit di bank kerana lebih selamat dan menguntungkan.

petikan Selangor Journal terbitan tahun 1895 |
|
There were no churches or services to attend. Wayang Hassan and Wayang Inche Puteh were the two popular amuse-ments. The collection for a night often amounted to $500. Bullock cart was the only means of travel between Klang and Banting. A Government coach ran from Klang to Kuala Selangor.
Untuk penduduk di kawasan laluan Klang ke Jugra (termasuk TPG), perkhidmatan 'bas mini' dan lori ini menggantikan kereta lembu mulai tahun 1913.
Begitu juga urusan penghantaran pos. Sebelum tahun 1913, kereta lembu digunakan untuk menghantar mel dari Pusat Mel Klang ke Pejabat Pos di Banting. Setelah mel dan parcels disisihkan mengikut alamat dan lokasi, semua surat ke destinasi di daerah Kuala Langat akan dinaikkan ke atas kereta lembu dari Klang awal pagi dan dijangka tiba di Banting sekitar 3.00 petang hari yang sama. Ketika sampai di Pejabat Pos Banting, pemandu kereta lembu yang berbangsa Tamil itu akan meniup semboyan atau horn untuk memaklumkan ketibaannya. Begitu juga kereta lembu mel dari Banting ke Klang akan tiba sekitar waktu yang sama setelah melalui perjalanan sejauh 20 batu itu.
PEJABAT POS BANTING
Pekan Banting menyimpan beberapa sejarah zaman sebelum Merdeka. Salah satu bangunan yg menarik perhatian di Banting Town ialah Pejabat Pos lama yang terletak di tengah bandar yang kini sudah hangus terbakar. Bentuknya unik kerana sturukturnya dibina pada zaman 'Colonial Government British Malaya'. Bangunan kayu kukuh ini tidak diketahui secara terperincinya bila dibuka. Namun berdasarkan maklumat tersurat dan tersirat dalam pelbagai dokumen rasmi kerajaan, dipercayai pejabat pos ini sudah berfungsi sejak sebelum 1911 lagi. Ini berdasarkan postmarks yang tertera perkataan Banting bertarikh 1911 pada surat bersetem yang berlegar di internet. Kemudian disebut dalam Laporan FMS Government Gazzette tahun 1914 tentang penghantaran mel antara Klang dan Banting kini menggunakan kenderaan bermotor berbanding kereta lembu sebelum ini.
postmark Banting 1919 |
postmarks Banting 1919 closeup
|
Bayangkan betapa kukuhnya struktur bangunan kayu dan papan ini yang dapat bertahan hampir 100 tahun sebelum dibiarkan kosong sebelum terbakar dalam tahun 2010. Bangunan tua dan bersejarah ini megah berdiri menyaksikan peristiwa-peristiwa bersejarah sejak pembukaaan estet dan kampung-kampung sekitar Banting, Telok Datok dan Morib, penjajahan Jepun, Kemerdekaan Tanah Melayu, Pembentukan Malaysia sehinggalah kes pembunuhan yang menyayat hati, Datuk Sosilawati Lawiya, Noohisham Mohamed, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Kamaruddin Shamsuddin dalam tahun 2010.
Struktur kolonial ini akhirnya telah dirobohkan kerana dilaporkan tidak selamat dan tidak lagi strategik kerana terletak di persimpangan jalan raya yang sibuk.
Pendatang Tamil di estet |
Banting 1914 |
Jadual Jarak Jalan raya antara pelbagai destinasi dalam Kuala Langat dan Sepang 1932. |
Bangunan yang terbiar setelah pejabat pos berpindah ke premis baharu di Jalan Bunga Pekan 2 |
postmark Banting 1960 |
postmark Banting 1966 |
Kenderaan pos bergerak dari Pejabat Pos Banting |
postmark Banting pada surat berdaftar bertarikh 1932
|
Surat Berdaftar dari Banting ke Pulau Pinang |
contoh Surat Berdaftar dari Banting |
Akhirnya terbakar akibat litar pintas ataupun perbuatan khianat tidaklah diketahui puncanya. |
Pelbagai versi peti surat untuk kutipan mel |
No. 101, Jalan Bunga, Pekan 2, 42700, Banting, Selangor | |
Business > Courier Service | |
03-3187 1437 | |
https://www.pos.com.my/ |
PEJABAT POS JENJAROM
Alamat | |
---|---|
Telefon | 03-3191 3221 |
E-mel | pc.jenjarom@pos.com.my |
PEJABAT POS TELOK PANGLIMA GARANG
Alamat | |
---|---|
Laman Web | http://www.pos.com.my |
PEJABAT POS BATU LAUT
Di Kampung Batu Laut sekarang ini masih terdapat bangunan Balai Polis lama dan juga kuarters Kastam yang masih kukuh dan baik.Malah bangunan Pejabat Pos lama juga masih ada tetapi tidak boleh digunakan lagi kerana keadaannya yang sudah uzur dan terbiar. Semasa Zaman Darurat dahulu, Pejabat Pos Batu Laut ini pernah dijadikan tempat simpanan makanan untuk Catuan Makanan kepada penduduk kampung.
PEJABAT POS TANJUNG SEPAT
Perihal
KERATAN AKHBAR TENTANG SISTEM POS DI KUALA LANGAT