Salam buat semua. Apa khabar korang? Sihat harapnya. Aku
doakan kita sekalian sejahtera dunia dan akhirat. Selamat dan berbahagia
bersama-sama keluarga tercinta.
Hari ini aku masih bercuti. Cuti Hari Wesak. Kat highway
tengah jem teruk. Berdedai-dedai kereta menghala ke KL dari kampung halaman
masing-masing. Eloklah tu. Aku bangga dengan orang kita yang setiap kali cuti
panjang, tak kira ler raya Cina , Hindu, apa lagi raya Puasa dan raya Haji,
pasti ambil kesempatan untuk balik ke kampung, jumpa ibu ayah, atuk nenek. Aku seronok bila anak murid aku bercerita
mereka balik kampong pasal ada kenduri kendara sedara mara. Siap minta maaf
pasal kerja rumah yang aku beri tak dapat disiapkan. Walaupun mereka tahu aku
tegas dalam hal kerja-kerja sekolah, tapi tak sampai hati aku nak marah bila
dengar cerita mereka atuk nenek seronok dapat jumpa diorang. Hati aku cepat
sejuk. Betul lah kata cikgu-cikgu kengkawan aku, dalam hati ada taman.
Hari Jumaat lepas, 1 Mei, cuti Hari Buruh, aku balik ke
TPG. Lepas solat Jumaat, aku berdua laki bini bergegas ke Telok. Bukannya apa,
saja balik jengok kakak aku kat Taman Dato Hormat tu. Lagipun, esok Sabtu,
kawan lama aku masa kat SMK Jugra nikahkan anaknya. Mana boleh tak datang,
merajuk terus nanti dia!
Pagi Sabtu itu aku terbaca dalam surat khabar, orang Batu
10 Kebun Baru terjumpa bom mortar lama. era zaman Jepun ketika membersihkan
kebunnya. Alamak! TPG jadi medan pertempuran tentera Jepun dengan Inggeris ke?
Wah, seronok baca kisah ini! Jadi, balik
jer ke Seremban, aku terus google, cari bahan. Manalah tahu,kalau-kalau betul
berita dalam surat khabar tu….
Cari punya cari, banyak yang aku jumpa! Bukan sahaja TPG,
Port Klang termasuk bandar Klang jadi sasaran peluru dan bom kapal terbang
Jepun. Aku cari lagi. Then aku follow cerita kezaliman dan penyeksaan Kempeitai
terhadap orang awam. Kempeitai tu apa? Hahaha…Kempeitai tu…nanti ler aku cerita
satu persatu. Aku ikut juga stories bagaimana di bulan Ogos dan September 1945, Jepun menyerah kalah dan
pegawai-pegawai atasannya dibicarakan atas dakwaan membunuh secara
beramai-ramai dan menyeksa tawanan tak ikut Konvensyen Geneva yang Jepun
sendiri sain pada tahun 1929. Panjang ceritanya…kalau macam tu, korang pergi
ler buang apa yang patut-patut dulu. Takut nanti tengah-tengah sedap baca, baru pulak
perut buat hal..memang potong stim habis.
Oklah..ceritanya begini…Ooops, sebelum itu aku nak tanya
korang. Pernah tak korang dengar cerita emak abah atau atok nenek korang yang
pernah melalui kehidupan zaman Jepun dahulu? Kalau sudah, elok ler tu. Korang
bandingkan cerita aku ini dengan cerita diorang. Kalau belum tanya, lepas ini tanya
cepat-cepat. Takut kalau-kalau kenangan silam itu tak sempat dikongsi dengan
anak cucu. Sebelum aku teruskan, aku nak beritahu korang, emak dan bapa aku
memang dilahirkan sebelum dan semasa perang Dunia Kedua. Bapa aku lahir tahun
1938 di Telok manakala arwah emak aku pula dalam bulan Mac 1942 di Muar, dua
bulan lepas armada kapal terbang Jepun mengebom hebat bandar tersebut..Datuk
dan nenek serta moyang perempuan aku serta seluruh keluarga mereka terselamat
daripada bencana peperangan tersebut. Jadi daripada diorang ler aku dapat tahu
cerita lisan tentang askar Jepun ini. Yang lainnya aku rujuk buku-buku sejarah
dan maklumat-maklumat kerajaan dan peribadi secara online. So, korang jangan
risau cerita aku ini bukan cerita rekaan untuk bodoh-bodohkan orang. Ini kisah
benar berdasarkan kehidupan sebenar individu dan fakta-fakta sejarah. Cuma aku
nak beritahu ler. Lain orang lain pengalamannya. Oklah kita mulakan
semula…Ceritanya begini….
Semua orang kat Telok dan satu Malaya dah tahu Jepun
sudah mendarat di Kota Bharu. Semuanya cemas. Mereka tertanya-tanya, bilakah
TPG akan dilanda garuda Jepun pendek misai kontot itu? Masing-masing dah buat
persiapan. Kalau tentera Tojo (bukan Toyo tau) masuk Telok, habislah! Orang kampong
dah tahu betapa tentera Jepun akan merampas apa sahaja yang diorang berkenan;
basikal ke, kereta ke, ayam itik, hatta anak dara dengan emak darapun diorang
rembat buat kekah ramai-ramai. Kalau dihalang, dibunuhnya on the spot. Mati katak, takde siapa yang datang membela. Semua
orang, Melayu,Cina, Keling termasuk Sakai Telok Gonjeng pun berdoa moga-moga
kemaraan Jepun dapat disekat dan dihalau keluar, balik ke negara mereka. Tapi
ini suratan takdir Allah SWT. Maka apabila dikatakanNya “ Jadi, maka jadilah”.
Tak ada sesiapa yang dapat menahan Qada dan Qadar Allah. Maka berlakulah apa
yang telah berlaku yang menjadi sebahagian lipatan sejarah negara.
Peta menunjukkan kemaraan Tentera Jepun di Malaya, 1941-1942 |
Akhirnya pada 10
Januari 1942, tentera Imperialist Guard Jepun mara dari laut dan mendarat di
Kuala Selangor. Tak banyak tentangan daripada pihak Inggeris kerana memang tak
sangka Jepun masuk ikut situ. Senang jer Jepun masuk, seolah-olah tentera
Inggeris sudah tak ada semangat nak lawan Jepun yang dah naik minyak itu:
British forces were
further weakened by the need to detail forces to guard against Japanese
landings at Kuala Selangor (101.249E 3.331N). Guns were not in position, mines
(though available in quantity) were not emplaced, and dead ground was not
covered along the main highway, which had recently been straightened to leave
loops on either side. The Japanese hit this position on the run, conducting
reconnaissance by drawing fire with a force strong enough to launch its own
attack off its line of march. The Commonwealth troops were caught in the open
and overwhelmed, and by the end of the day the two brigades had been reduced to
about a battalion of effectives. Most of the casualties were listed as missing
rather that dead or wounded, an indication that the British force was very
close to collapse.
Pada hari yang sama juga, Jepun sudah sampai ke Pelabuhan
Swettenham (Pelabuhan Klang). Habis dibomnya semua gudang dan dermaga di situ.
Kemudian mereka ke bergerak menuju ke Bandar Klang. Deretan kedai di Jalan
Melayu terbakar, mungkin kerana pengeboman tentera udara Jepun. Pertempuran
hebat untuk menguasai bandar Klang menjadi penentu antara tentera British dan
tentera Jepun. Tentera Jepun dari Batalion Oka telah menyekat jalan utama
menyeberangi jambatan besi yang menghubungkan Klang dengan Kuala Lumpur.
Menurut laporan di pihak tentera Jepun sejumlah 5000 orang tentera British dan
India mempertahankan Klang tetapi tewas kepada 2 rejimen askar Jepun.
Askar-askar India British selesai membuat pengunduran melalui Kuala Lumpur pada
awal pagi itu. Jambatan-jambatan termasuk jambatan Belfield di Klang diletupkan
apabila pasukan terakhir melepasi jambatan tersebut.
Pertempuran di Kuala Selangor hingga ke Morib di Kuala Langat, 1942 |
Memang betul seperti apa yang disangkakan. Dalam
perjalanan mereka ke selatan menuju Singapura melalui TPG, Banting, Morib dan
seterusnya ke Port Dickson, sesetengah askar Jepun ini dah tersasar daripada
kumpulan mereka. Mereka akan berhenti di kampung-kampung mencari apa-apa sahaja
yang boleh dimakan dan dipakai, termasuklah ayam itik, basikal dan perempuan.
Tak ada istilah minta izin bagi diorang. Tak bagi ,memang cari nahas. Yang ada kereta, cepat-cepat
sorokkan kereta dalam estet getah, siap bungkus dengan pelepah kelapa, cuma tak
ikat tepi jer lagi…Hahaha
Orang-orang Telok awal-awal lagi dah sorokkan anak-anak dara dan isteri mereka
kat hutan dan belukar belakang kebun. Anak -anak daranya semua tak boleh keluar
rumah. Apabila ada askar Jepun datang , semua anak dara akan disorok di mana-mana
yang boleh. Ada di dalam perigi, di atas
loteng bumbung atap dan juga digulung dalam tikar supaya nampak hanya tikar dan
tiada orangnya. Bayangkan ketakutan yang mereka alami. Maklumlah harimau pendek
dan sepet baru lepas berperang, semua nak dibahamnya. Tapi ada pula orang-orang
tua Telok dahulu kata, Jepun ini secara umumnya baik dan berdisiplin. Cuma
tentera mereka yang berasal dari Manchuria,Korea dan Formosa yang membuat
perangai buruk dan mencemarkan nama askar Jepun. dan tak dinafikan juga
perlakuan ganas mereka juga disebabkan tekanan oleh perang waktu tu. Baik ke
jahat ke, kalau dah merosakkan dan membunuh, memang tak dapat dimaafkan.
Itulah, pasal seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit.
Tapi Alhamdulillahlah, selepas diorang tawan Malaya dan
Singapura sepenuhnya, orang Melayu dan Keling dekat Telok, Banting dan Klang tidak
diapa-apakan dek Jepun. Kata orang, memang layanan istimewa tentera Jepun terhadap
kedua-dua kaum ini, bukan hanya di Telok tapi seluruh Malaya. Ada udang di sebalik
mee. Tapi yang kasihannya, kaum Cina. Marah betul diorang dengan Cina ini.
Habis dibunuhnya yang lelaki, yang perempuan dibuat pemuas nafsu serakah , yang
masih kanak-kanak pun ada yang dibunuh secara kejam. Bayi-bayi sering kali dibuang ke udara dan beberapa askar
Jepun akan bersaing untuk menikam bayi-bayi itu dengan benet mereka Pada masa itu, orang-orang
Cina telah dipindahkan oleh Jepun dari Banting ke kawasan Telok Panglima Garang
dan Jenjarom.
Jepun membunuh kanak-kanak tidak berdosa |
Orang Awam menjadi mangsa penyeksaan tentera Jepun |
Pembunuhan terus berlaku |
Pembunuhan dan penahanan orang awam termasuk kaum wanita |
Untuk mengukuhkan penguasaan mereka di Kuala Langat dan
selatan Selangor, tentera darat Jepun telah mendirikan kem di Morib, manakala
tentera udara mereka membina lapangan terbang di Kelanang. Kedua-dua lokasi ini
begitu strategik untuk mengawal perairan selat Melaka mengikut percaturan
mereka masa itu. Mereka juga dikatakan mendirikan kem di Bukit Changgang, di
tepi sungai Langat di situ.. Tentera Jepun telah menubuhkan Heiho iaitu askar-askar yang terdiri
daripada orang Melayu tempatan. Bagi Heiho
ini, mereka merupakan penduduk di sekitar kem tersebut yang kebanyakannya
dipaksa bertugas untuk menjaga kawasan kem.
Pemeriksaan Perbarisan Anggota Heiho oleh pegawai atasan Jepun |
Jadi untuk mengawal orang awam, tugas ini dipikul oleh
Kempeitai, polis rahsia tentera Jepun yang terkenal dengan kezaliman mereka
menyeksa mangsa sehingga mati. Semua balai polis di Banting, Telok Datok di
bawah kawalan mereka. Sudah puluhan malah ratusan orang di Kuala Langat melalui
mimpi ngeri diseksa Kempeitai ini. Sebiji macam cerita dalam filem ‘Sarjan
Hassan’ lakonan Allahyarham P.Ramlee. Siapa yang tak kenal Tanaka Hideo,
kempeitai yang paling digeruni di Banting? Pendek jer orangnya tapi dah ramai
Cina yang mati di tangan dia dan orang-orangnya. Kononnya melawan Jepun, atau
menyatakan kebencian terhadap Jepun, katanya. Banyak mata-matanya yang terdiri
daripada orang Melayu dan India termasuk Cina. Cakap siang pandang-pandang,
cakap malam dengar-dengar. Silap cakap jer, tahu-tahu Jepun bawa geng heret
kita ke balai, hanya sebab ada orang sebut nama kita bencikan Jepun.
Dah banyak yang dah disamurai kepala mereka dek Jepun dan kepalanya dicacak atas kayu dan dipamerkan di simpang jalan besar kat Banting untuk takut-takutkan orang agar tidak menentang Jepun Bagero ini. Begitu juga di Klang. Di Clock Tower and Maxwell Square – di hadapan Balai Bomba Klang Selatan. Mengikut cerita seorang saksi, Tok Haji Jamaluddin menyatakan bahawa di sinilah pihak Jepun menayangkan kepala kepala komunis (Bintang Tiga) yang telah dipotong. Dengar-dengar cerita dekat Bukit Changgang ada jalan yang dipanggil Jalan Jepun, tempat tentera Jepun pancung kepala orang dan dikebumikan di situ. Wallahualam. Kalau ada sejarahwan tempatan, mohon disahkan khabar angin ini.
Dah banyak yang dah disamurai kepala mereka dek Jepun dan kepalanya dicacak atas kayu dan dipamerkan di simpang jalan besar kat Banting untuk takut-takutkan orang agar tidak menentang Jepun Bagero ini. Begitu juga di Klang. Di Clock Tower and Maxwell Square – di hadapan Balai Bomba Klang Selatan. Mengikut cerita seorang saksi, Tok Haji Jamaluddin menyatakan bahawa di sinilah pihak Jepun menayangkan kepala kepala komunis (Bintang Tiga) yang telah dipotong. Dengar-dengar cerita dekat Bukit Changgang ada jalan yang dipanggil Jalan Jepun, tempat tentera Jepun pancung kepala orang dan dikebumikan di situ. Wallahualam. Kalau ada sejarahwan tempatan, mohon disahkan khabar angin ini.
Jepun dan pedang Samurai tak dapat dipisahkan |
Penghinaan terhadap mangsa berterusan setelah dipancung |
Klang Clock Tower and Maxwell Square menjadi saksi kepala-kepala mangsa pedang samurai Jepun dipamerkan
Semua orang hidup dalam keadaan huru-hara. Kehidupan
semakin sempit. Ladang getah dah tidak
ditoreh lagi. Geng-geng India di estet dah tak bertuan. Awal-awal lagi Tuan dah cabut balik England.
Gaji tarak! Mahu tak mahu mereka kenalah tanam
ubi dan sayur-sayuran untuk hidup. Ambil upah kerja kampong atau pergi
tangkap ikan di sungai, macam orang kampung. Yang Cina pula terus berniaga
walaupun pelanggan semakin berkurang, bekalan jualan pula semakin sedikit
kerana perang ini Perang Dunia, tiada lagi perdagangan antarabangsa. Hanya
urusniaga dalam Malaya sahaja dibenarkan, tambahan pula cukai yang dikenakan
tinggi banget. Duit British dah tak laku lagi, hanya duit kertas cap pokok
pisang milik Jepun sah diperlakukan. Semua orang terpaksa makan ubi. Beras
dicatu. Setiap keluarga hanya dibenarkan mendapat dua gantang beras sebulan.
Itupun kena pakai kupon. . Makanan susah nak dapat dan hanya ubi kayu sahaja
yang mudah untuk dimakan. Ubi direbus jadi makanan ruji seperti nasi dan kulit
ubi kayu disiat-siat dan direbus buat kerabu. Daun ubi direbus jadi sayur.
Itulah yang dimakan setiap hari.
Had Pekerjaan kaum lelaki ketika zaman Jepun |
Yang hidup susah, yang mati lagi susah. Terpaksalah
keluarga arwah menguruskan jenazahnya seadanya. Kain kapan tidak ada kerana
bekalan kain dari China dan India tidak ada lagi. Sesetengah keluarga
mengapankan jenazah dengan tikar
mengkuang sahaja. Dah tak ada, nak buat macam mana? Baju jangan harap dapat
yang baru. Buntil tepung dan gula dijadikan baju. Di sesetengah tempat, mereka
modified pelepah nenas menjadi baju. Aku pernah tengok baju buatan nenas ini. Kawan
aku tunjukkan. Pusaka atuk katanya. Nak hidup mesti berakal. Tidur malam mereka
tak nyenyak. Hanya pelita minyak tanah sahaja peneman mereka anak beranak
.Kalau terdengar jer bunyi trak datang, mereka akan terus lari ke kebun atau
hutan berhampiran di belakang rumah.
Mengikut emak saudara aku yang berumur kira-kira 6 tahun
ketika Jepun masuk Malaya, ketika bersekolah Melayu di Telok dahulu,
budak-budak diajar menyanyi lagu kebangsaan Jepun iaitu Kamigayo. Lagu ini dinyanyikan pada
setiap pagi ketika menghadap matahari terbit. Kemudian mereka bersenam sebelum masuk kelas
untuk belajar. Bahasa Jepun dijadikan sebagai Bahasa Pengantar di semua
sekolah.
Pendidikan sekolah Zaman Jepun |
Pengajian Nippon-Go di sekolah-sekolah |
Di Klang, bangunan sekolah SMK ACS digunakan sebagai ibu
pejabat, rumah sakit dan mahkamah oleh pihak Jepun. Di Sekolah Tinggi Klang
pula, Encik V.K Chinniah telah dilantik sebagai pengetua dan guru-guru yang
lain masih sama. Selepas setahun, sekolah dijadikan hospital tentera dan tempat
pengawalan tentera. Ia juga digunakan untuk tempat rehat tentera yang berbakti
di Burma. Kemudian semua murid dipindahkan ke sekolah Ping Hwa di Jalan Harper,
Klang. Para pelajar wajib belajar Bahasa Jepun (Nippon-Go). Bahasa penghantaran
pada masa itu ialah Nippon Go dan ramai guru yang cekap dalam penggunaan bahasa
tersebut setelah menjalani latihan oleh pensyarah Jepun di Klang dan Kuala
Lumpur. Kelab Diraja Klang yang terletak di Jalan Istana
berhampiran Istana Alam Shah ditubuhkan
bertujuan untuk aktiviti sosial dan rekreasi kepada kelab khususnya
berketurunan Eropah dan British. Pada zaman pendudukan Jepun (1942-1945), kelab
ini digunakan sebagai mes rekreasi untuk pegawai tentera Jepun. Bangunan Sultan Suleiman di Klang menjadi
ibupejabat perang bagi tentera Jepun sepanjang kependudukan mereka dalam Perang
Dunia Kedua.
Bangunan Sultan Sulaiman, Klang |
Kemegahan Kempeitai |
Nampak jer suci tapi Setan Besar |
Topi Kempeitai Jepun |
Selama 3 tahun 8 bulan, datuk nenek,dan emak abah kita
menderita. Kini, Qada dan Qadar Allah berubah. Giliran Jepun pula menanggung
derita atas kezaliman yang mereka lakukan. Sesungguhnya doa orang dizalimi itu
tiada hijab dengan Allah SWT, walaupun mereka itu kafir. Pasti Allah kabulkan.
Pada bulan Ogos 1945, dua biji bom atom digugurkan ke atas Hiroshima dan
Nagasaki, dua buah bandar utama di Jepun. Ratusan ribu mati serta merta, jutaan
lain menderita tercedera akibat terbakar dan radiasi radioaktif. Terduduk
Maharaja Jepun, Hirohito dan Perdana Menterinya, Tojo. Huru hara seluruh Jepun.
Surrender terus. Apabila Jepun menyerah kalah kepada British, maka
diadakan perbicaraan jenayah perang atas beberapa pemimpin Jepun dan Kempeitai.
Ramai dijatuhi hukuman gantung atau ditembak:
Members of the
Kempeitai and camp guards were treated as prisoners of war because of their
treatment of military and civilians. There were a number of war crimes trials.
One held in 1947 found 7 Japanese officers guilty. Two were executed:
Lieutenant Colonel Masayuki Oishi, commander of 2 Field Kempeitai and
Lieutenant General Saburo Kawamura on 26 June 1947. Lieutenant General Takuma
Nishimura, one of the five given life sentences, was later found guilty of the
Parit Sulong Massacre by an Australian court and executed. Captain Higashikawa,
head of the Penang Branch of the Kempeitai, was executed. Higashikawa's actions
were brutal enough for Captain S Hidaka, Penang Chief of Staff for the Imperial
Japanese Navy, to raise the matter with Lieutenant-General Ishiguro. Ishiguro
had Higashikawa transferred and replaced by Captain Terata. Sergeant Eiko
Yoshimura, the Head of Kempeitai in Ipoh, was sentenced to death by hanging for
the torture and abuse of civilians, including Sybil Kathigasu. Others executed
were Colonel Watanabe Tsunahiko, commander of the 11th Regiment by firing squad
for his part in the Kuala Pilah massacre and Captain Iwata Mitsugi, Second
Lieutenant Goba Itsuto, and Second Lieutenant Hashimoto Tadashi by hanging at
Pudu Jail on 3 January 1948.
Tanaka Hideo,Kempeitai dari Banting itu ditangkap dan
dibicarakan atas kekejaman terhadap orang awam ketika bertugas di Kuala Langat
dijatuhi hukuman mati.Namun,dia berjaya melarikan diri dari penjara Pudu
sementara menunggu hukuman sebelum berjaya ditangkap semula beberapa hari
kemudian. Ketika ditangkap, dia ditemui dalam keadaan menangis, mungkin
mengenangkan dosa-dosa lamanya dan juga nasib yang akan dilaluinya. Ketika menunggu hukuman, mereka (penjenayah perang Jepun)
bermain mahjong, menyanyi, berdoa, dan saat menuju ke tali gantung mereka
bersorak ‘ Banzai’ dan’ Panjang Umur
Maharaja’. Seketika kemudian, papan tempat mereka berpijak dijatuhkan.
Bukti rekod jenayah perang Kampeitai |
Berita Tanaka ditangkap dan terlepas |
Berita Tanaka ditangkap kembali |
Akhirnya ke tali gantung |
Begitulah cerita
yang aku dengar dan yang aku kaji. Moga tidak berulang lagi sejarah
hitam Jepun masuk ke Telok. Tapi tak lama kemudian, kira-kira 30 tahun
kemudian, kita sendiri yang menjemput Jepun ke Telok. Pada tahun 1975, Jepun
bertapak kembali di Batu 9 TPG. Mereka mendirikan ‘kem’ besar di situ. Kalau
dahulu mereka ke mari membunuh kehidupan rakyat, tapi kini mereka membantu
kehidupan anak-anak TPG dengan pekerjaan di kilang-kilang mereka. Tiada lagi
sorakan ‘Banzai’ ‘Bagero’,dan Kempeitai. Hanya ‘Arigato mas’, Sankyo, Toshiba, NEC yang kedengaran. Salam Sayonara buat
semua.
N.b:Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang
Kempeitai, kat bawah ini aku tuliskan buat korang penulisan (dalam dwibahasa) yang aku jumpa semasa surfing online. Moga-moga bermanfaat
buat kita semua.
Pengenalan
Di samping itu, penindasan dan tekanan yang dilakukan
oleh Jepun terhadap kaum Cina adalah begitu hebat. Oleh kerana terlalu hebat
menerima tekanan dan layanan yang begitu teruk sekali terhadap kaum Cina di
Tanah Melayu, ramai di antara orang Cina yang lain ke dalam hutan untuk
menyelamatkan diri dari seksaan Jepun. Taktik Jepun termasuk keganasan dan ini
dilakukan untuk menamatkan penentangan dan menindas penduduk berbilang kaum.
Kempeitai yang dibenci orang Cina dan ingin menakluk 'hati dan akal' rakyat
tempatan telah menggunakan taktik ketakutan (fear tactics). Masyarakat Cina
diheret darpada rumah mereka dan dibicarakan untuk kesalahan yang tidak
dilakukan. Kepala yang dipancung *dilekatkan di hujung kayu buluh dan
dipamerkan dikhalayak ramai'. Mereka yang tidak bersalah juga menjadi mangsa
kezaliman Jepun. *
Buruh Paksa Jalan Keretapi Maut
Pengambilan tenaga buruh paksa boleh dikatakan berbentuk
penganiayaan yang terburuk sekali. Beribu-ribu orang telah diambil untuk
pembinaan jalan keretapi maut “death railway" yang terkenal itu; yang
menyambungkan Selatan Burma dengan Bangkok melalui Kauburi. Pengambilan tenaga
bumiputera dijalankan oleh Pejabat Buruh dengan kerjasama penghulu ataupun
ketua kampung. Jepun telah mengarahkan setiap kampong menghantar sekurang-kurangnya
5 orang sebagai wakil kampung tersebut.
Pemilihan calon-calon pula berdasarkan kepada kedudukan
sesuatu keluarga itu pula, Sekiranya satu keluarga itu tidak mempunyai anak
lelaki, ataupun anak lelaki tersebut diperlukan untuk membantu menanggung
keluarga, maka dia tidak dipaksa untuk menyumbangkan tenaganya untuk pembinaan
jalan keretapi maut tersebut. Perkara ini dapat dilakukan oleh penghulu atau
ketua kampung kerana adanya persefahaman
di antara penduduk dengan ketua kampung. Pada umumnya, pemuda-pemuda tidaklah
mempunyai keinginan yang begitu besar untuk bekerja sebagai buruh di Siam
walaupun mereka mengalami kesempitan hidup pada ketika itu. Mereka juga telah
diberikan janji- janji yang manis serta gambaran tentang keindahan Siam dan
pekerjaan yang baik telah dipropagandakan oleh pentadbiran Jepun.
Pemilihan tenaga buruh oleh ketua kampung atau penghulu
adalah bersesuaian kerana mereka mengetahui segala aspek dalam kampung
masing-masing. Selalunya, ketua kampung akan memilih orang yang mempunyai
masalah sosial di kampung dan mereka ini tidak diingini di kampungnya sahaja
untuk memenuhi kehendak Jepun tersebut. Orang yang tidak diingini untuk tinggal
di kampung mempunyai kriteria yang buruk seperti mencuri serta pernah melakukan
kejahatan. Mereka ini adalah calon yang paling sesuai untuk di hantar ke Siam
dan menjadi buruh Jepun di sana.
The Burma-Thailand
railway was built principally by the enforced labour of allied prisoners of
war. These POWs were transported from Java, Sumatra, Timor, Malaya and
Singapore to Thailand and Burma to slave in the atrocious conditions to build
the railway across the jungle-covered mountains.
What is less well
known is the fact that between 200,000 and 270,000 native labourers were also
taken from their countries of residence to supplement the work of the POWs.
They were called romusha. The romusha were not prisoners of war but conscripted
or forced labourers. The majority of those used in Burma were Burmese. In
Thailand the majority were Indians - mostly Tamils - from Malaya and Javanese
from Java, but Chinese from Malaya and natives of Indochina and Thailand itself
were also used.
Amazingly, the
Japanese permitted mail facilities to be provided for the civilian labourers.
Post Offices were opened at Aparon, Konkoita, Niike, Kinsaiyoku, Purangkashi,
Kanchanaburi and Tamajo, and on the Kra Isthmus at Chumpon. Postal workers were
sent from Malaya to administer and manage these postal facilities, and they and
the labourers wrote cards back to their friends and relatives. Skilled railway
workers were also sent to Thailand from Malaya to organise and supervise the
procurement of the necessary materials to maintain the railway once completed.
Kempeitai
Salah satu jentera pentadbiran Jepun yang penting ialah
Kempeitei. Ia adalah salah satu organisasi yang paling berkuasa dan ditakuti.
Kuasa kempeitei agak luas dan separuh bebas daripada kuasa pemerintah tentera.
Kempeitei diletakkan dibawah kuasa Ketua Polis Tentera yang bertanggungjawab
terus kepada Menteri Perang.
Tugas kempeitei ialah memerhati kegiatan dan disiplin
tentera dan mengawal penduduk tempatan. Mereka beranggapan bahawa mereka lebih
berkuasa daripada kerajaan tempatan atau polis. Ahli-ahli kempeitei diambil
daripada tentera Jepun yang mempunyai keupayaan tinggi dari segi kecerdasan
fizikal, mental, bahasa dan pelajaran yang dilatih di
sekolah khas kempeitei dan jumlahnya dianggarkan seramai 7000 orang. Kempeitei
yang bertugas di negara taklukan akan memilih ejen-ejen pro-Jepun atau
orang-orang yang menunjukan sikap benci kepada musuh Jepun
Kempeitei dimaklumkan supaya memilih ejen di kalangan
orang-orang yang sama ada pro-Jepun atau sakit hati terhadap musuh, dan memberi
keutamaan kepada buruh kasar, nelayan, orang Cina seberang laut, ketua kampung
dan daerah, penyebar agama dan orang-orang yang terkemuka di kampung-kampung.
Di antara kaedah yang dicadangkan untuk memujuk mereka termasuklah memberi
tawaran wang atau barang-barang, menggunakan ancaman atau mendesak,
mempengaruhi pekerja atau buruh kasar dengan 'Iatihan semangat' dan menggunakan
sikap liberal apabila penduduk tempatan ditangkap kerana kesalahan jenayah
The Kempeitai were
the Japanese military police who took over the control of the local police.
They were responsible to seek out subversive elements, making use of informers,
spies and generally keeping their ears and eyes wide open for anti-Japanese
activities such as listening to the BBC or assisting communist guerrillas. The
Kempeitai were the Japanese version of the German Gestapo, feared by all,
including their fellow Japanese. They routinely executed civilians and captured
allied personnel and on occasion even ate their flesh. Japanese medical
personnel carried out horrific medical experiments on humans and were later
granted immunity by General MacArthur in exchange for the records of their
experiments.
Kekejaman
Kempeitei dan Tentera Jepun
On 17 February 1942
Lieutenant-General Tomoyuki Yamashita, commander of the 25th Army, ordered
anti-Japanese elements within the Chinese be eliminated. The method employed
had been used by the occupying divisions; the 5th, 18th, and Imperial Guards in
earlier actions in China, whereby suspects were executed without trial.That
same day 70 surviving soldiers of the Malay Regiment were taken out of the
prisoner of war holding area at Farrer Park, Singapore by the Japanese to the
battlefield at Pasir Panjang and shot. During the time, Japanese treated
Chinese in Malaya brutally while they tried to retaliate and suppress Chinese’s
support against their invasion in China, People suffered incessantly with the
Japanese army and Kempeitai (secret police) everywhere. “From time to time, Japanese
killed men who allegedly conducted anti-Japanese activities,while the girls
were heard of either being raped or recruited to work as nurses and factory
workers with a good salary – only to find out they would become comfort ladies
to the soldiers later on.
Merogol adalah perkara yang paling banyak sekali berlaku
di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun menjalankan kerja'merogol dengan
meluasnya".
The Japanese
military regarded women as little more than sex slaves. When the locals,
especially Chinese, were considered hostile, Japanese soldiers carried out the
"Three Alls Policy", which included indiscriminately kidnapping and
raping local civilians. They charged the Kempeitai with rounding up women and
girls to fill custom-built brothels throughout the occupied areas.
Euphemistically known as “comfort women”, they were initially recruited from
the ranks of prostitutes but young women were later forcibly taken from prison
camps.
The Japanese Army
has to be a kind of animaL The number of rape cases that happened after the
Japanese landed in Malaya was frightening, Even old women were unable to escape
from them. When the Japanese soldier has to satisfy his sexual needs, he would
go to extremes to do it. It was especially so for the lower rank soldiers. They
were sadists. The female prisoners, apart from the usual torture that all
prisoners were subjected to, were humiliated and have suffered in ways beyond
words. The Japanese would strip the female prisoners, fondle their bodies and
burn their nipples with cigarette butts, before gang-raping them.
Typically,
prisoners were cramped into small cells and forced to be motionless and
absolutely silent. Those arrested would be tortured for the purpose of
extracting names of anti-Japanese accomplices from them; refusal to offer such
names led to further punishment. Should a prisoner surrender under the torment,
any person identified by him as a "subversive force" would be
sentenced to death or imprisonment. The Kempeitai had developed their own
special forms of torture and even published an interrogator’s handbook. It
advised that beatings should be followed by water torture, involving ramming a
hosepipe down a prisoner’s throat and then jumping on his stomach.
Unsurprisingly, many died. Other methods involved electric shocks and intense
heat, usually hot irons applied to the genitals.
Interrogation
methods
The Kempeitai
believed that a person suspected of committing a crime had to prove his
innocence, but was given no opportunity to do so. Pain and threats to life were
standard methods of interrogation used by the Kempeitai to obtain a
'confession'. Called "treatments" by the Kempeitai, some that were
described by victims and witnesses during the Singapore Chinese Massacre Trial
in 1947 were:
Water torture: The
victim was tied up and laid flat on the ground. Water was forced through the
mouth and nose until the victim's stomach became distended, after which the
interrogators would jump on the victim's stomach to force out the water, until
the victim lost consciousness.
Beatings: Victims
were beaten with metal bars, wooden or bamboo sticks, whips, wet knotted ropes,
belts with buckles or revolver butts.
Burning and
electric shocks: 'Live' electric wires, candles, lighted cigarettes, boiling
oil or water were applied to sensitive parts of the victim's body.
Breaking fingers:
Sticks were placed between the victim's fingers and squeezed, fracturing the
bones.
Tearing out
fingernails and toenails: Toothpicks were inserted under the nails before they
were torn out by pliers.
Eardrum piercing:
The sharp ends of pencils were inserted into the victim's ears until they
pierced the victim's eardrums.
Body suspension:
The victim's body was suspended by the wrists or neck or hung upside down by
the legs. Interrogators would then pull the victim's limbs from their sockets.
After the "treatment" was meted out, those who had 'confessed' to
minor crimes were sentenced to imprisonment, while others were summarily
executed.
With the end of the
war imminent the Kempeitai operated a “leave no survivors” policy and oversaw
the notorious death marches of British and Australian PoWs. They were still
beheading captured Allied pilots two weeks after the official surrender in
August 1945.The Kempeitai destroyed evidence to cover their tracks and most of
them vanished. Few were brought to trial.
We had very many
recording assignments, from recording children's concerts to the sentencing of
Japanese War Criminals who had committed atrocities on civilian and prisoners
of war. Some were sentenced to hang others to long prison sentences .Very many
Japanese criminals had vanished into the "other ranks" to hide their
identity, most prisoners were screened, but with only vague descriptions to go
on, many slipped through and escaped punishment. Members of the Kempeitai and
camp guards were treated as prisoners of war because of their treatment of
military and civilians. There were a number of war crimes trials.
DEATH SENTENCES IN
FIRST MALAYA WAR CRIMES TRIAL
In the first war
crimes trial in Malaya the death sentence was passed on one Malay and four
Chinese police who had worked for the Japanese. One accused man was dis
charged. The condemned men had been found guilty of the mass murder of
political prisoners between August 22 and August 29 (of 1945).
Despite an order
for the release of prisoners, the accused had forced prisoners, who were bound,
into prepared graves, where they were shot.
The case was
described as one of the most horrible yet brought to light.-AAP.
MALAYA. WAR TRIALS,
SINGAPORE. Dec. 4 (A.A.P.).
The first treason
trial in Malaya has opened at Klang. A Malay named Abdullah Bin Hadji Hassani
has been charged with disclosing to the Japanese the whereabouts of five
parties of British, Indian, and Gurkha
soldiers during the Malayan campaign.
One held in 1947
found 7 Japanese officers guilty. Two were executed: Lieutenant Colonel
Masayuki Oishi, commander of 2 Field Kempeitai and Lieutenant General Saburo
Kawamura on 26 June 1947. Lieutenant General Takuma Nishimura, one of the five
given life sentences, was later found guilty of the Parit Sulong Massacre by an
Australian court and executed. Captain Higashikawa, head of the Penang Branch
of the Kempeitai, was executed. Higashikawa's actions were brutal enough for
Captain S Hidaka, Penang Chief of Staff for the Imperial Japanese Navy, to
raise the matter with Lieutenant-General Ishiguro. Ishiguro had Higashikawa
transferred and replaced by Captain Terata. Sergeant Eiko Yoshimura, the Head
of Kempeitai in Ipoh, was sentenced to death by hanging for the torture and
abuse of civilians, including Sybil Kathigasu. Others executed were Colonel
Watanabe Tsunahiko, commander of the 11th Regiment by firing squad for his part
in the Kuala Pilah massacre and Captain Iwata Mitsugi, Second Lieutenant Goba
Itsuto, and Second Lieutenant Hashimoto Tadashi by hanging at Pudu Jail on 3
January 1948.
Rujukan:
Lee Ting Hui, “Singapore
Under the Japanese: 1942-1945", dalam Journal of South Sem Studies,
Vol.XVlI, April, 1961, hlm. 59.
V.Puroell, The
Chinese in Malaya, Kuala Lumpur. Oxford University Press, 1956, hlm. 245.
Chin Kee Onn, Malaya
Upside Down, Singapore: Jitt and Co. Ltd, 1946, hlm. 132- 133
Muhammad Yusof Ahmad, Decades
of Change: Malaya 1910- 1970 's, Kuala Lumpur, Pesaka, 1983, hlm. 212
Sheela Abraham, Sejarah
Perkembangan Negara, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1993, hlm 136.