Jumaat, 6 Mac 2020

Sejarah Perkhidmatan Pos di Selangor



BANGUN BUDAK FLAT! BANGUN BUDAK FLAT!...Hahaha...Atok suka lirik lagu tu. Ingatkan Atok suruh anak-anak semua bangun untuk solat Subuh…Atok berharap korang semua anak cucu serta anak cucu murid Atok serta korang pembaca blog Atok yang setia ini, bahkan kepada semua umat Islam seluruh dunia, sejak Nabi Adam sehinggalah hari Kiamat nanti dirahmati dan diampunkan Allah hendaknya. Amin. OKlah. Kali ini Atok nak sekolahkan korang pasal Sejarah Perkhidmatan Pos Selangor, bermula di Jugra selepas Selangor dijahanamkan oleh Perang Saudara atau Perang Klang oleh pembesar-pembesar negeri yang terlupa seketika akan Tuhan dan amanah mereka terhadap manusia  marhaein pimpinan mereka. Tapi Atok tak boleh fokuskan sangat negeri Selangor kerana Selangor sendiri mengalami metamorfosisnya sendiri. Amekkau! Kisahnya begini.....

A.  PENGENALAN

Setelah tamatnya perang tersebut, keamanan perlu dipulihkan. Rakyat yang melarikan diri perlu dipujuk agar kembali ke kampung halaman. Negeri perlu dibangunkan. Kali ini di bawah pengurusan baharu. Pengurus yang diimport, CEO yang telah lama mengidamkan jawatan dan kekayaan negeri. Tuan tanah dinasihatkan bersara awal dengan pencen sebanyak 2000 pound sterling setahun seumur hidup, sambil terus menghisap vape kegemarannya.
"Biarkan kami bekerja untuk tuanku," kata CEO baru itu.
   Sebahagian daripada Negeri Selangor pada 1882

                                                       
Sepanjang tempoh 10 tahun sahaja (1875-1884), penduduk Kuala Langat seramai 3000 orang Melayu (termasuk Melayu Dagang) dan 300 penduduk Cina. Mengikut perangkaan British, pada tahun 1891, penduduk Melayu di Kuala Langat seramai 3,092 orang iaitu seramai 827 di Jugra,818 di Bandar, 324 di Tanjong Dua belas dan 244 di Telok Panglima Garang. Selebihnya di beberapa buah perkampungan yang mempunyai penduduk kurang daripada 100 orang. Jugra merupakan pusat pentadbiran pada zaman pemerintahan Inggeris yang menguruskan hal-hal kewangan dan perundangan negeri.

Hanya setahun sahaja Frank Swettenham tinggal di Jugra untuk menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran negeri. Setelah  itu, British mengubah pentadbiran negeri ke Klang pada tahun 1875,kerana mengikut perkiraan mereka, pentadbiran negeri sepatutnya berada di tengah-tengah hab ekonomi negeri, iaitu di Klang. Maka, dibuatnya negeri Selangor ini semahu emak abah dia. Dipanggilnya kaum kerabatnya dari England membantu kerja-kerjanya di pejabat, di ladang, manakala kaum-kaum pendatang, diangkutnya berkapal-kapal ke mari,terus ke lombong bijih timah atau ke estet-estet kelapa,kopi dan getah. Penduduk asal,kaum Melayu menjadi golongan minoriti, terperosok di hujung kampung dan di pinggir hutan, cuma lebih baik sedikit kehidupan mereka berbanding Sakai.
Pada tahun 1936, Sultan Alaudin  mula bersemayam di istana baru baginda di Klang.  Klang kini menjadi bandar diraja menggantikan bandar Temasya di Jugra. Sejak itu, Jugra, Bandar dan Langat kian dilupakan dalam kemajuan pesat negeri Selangor. Jugra hanyalah perkampungan desa yang pernah dijadikan 'permaisuri' oleh golongan istana suatu masa dahulu.Jugra mula mengalami zaman pudarnya.

Kekayaan negeri di tangan CEO dan kaum pendatang yang bermata sepet dan mencintai dunia seumpama Yahudi. Saban hari dan waktu, berkapal-kapal jongkong timah dibawa balik ke kampung halaman penjajah nun jauh di Eropah, berpikul-pikul kelapa,getah menjadi milik mereka. Kita pula hanya mampu memandang harta milik kita diambil orang, dengan restu Sultan. Kita juga semakin bijak dan pandai.... menguruskan kemiskinan, malah terus akur dan patuh setia terhadap Sultan dan penasihat baharu baginda. Untuk terus bermaharajalela di negeri milik umat Islam ini, Penjajah mula menjalankan strategi serampang dua mata. Dimajukan negeri dan negara untuk mengutip hasil semaksimum mungkin tetapi hanya sedikit sahaja manfaat untuk faedah anak negeri, yang lain dijual pada harga paling minimum kepada kapitalis di negara mereka. Maka dimodenkan sistem perhubungan dan telekomunikasi mengikut teknologi pada masa itu. Selain Pejabat Hasil dan Cukai, mereka bina pejabat pos. Tujuannya untuk urusan rasmi dan peribadi; urusan antara jabatan kerajaan, komuniti peladang dan peniaga Eropah dan Cina. Anak peribumi hanya menjadi saksi kemajuan tanpa merasai nikmatnya.

B.  SEJARAH TELEKOMUNIKASI NEGERI SELANGOR

Perkhidmatan pos ini mungkin kedua tertua selepas perkhidmatan polis di negeri ini.  

Antara Balai Polis terawal di Malaya
Malaysia’s first post office was most likely opened in Penang in 1805 under the British administration. At the time all of Penang’s administrative matters including those related to postal services were decided in India which was the seat of the British Empire in the East at that time. On 1 September 1867 the Straits Settlements issued their own stamps which were essentially overprints of Indian issues inscribed with the words ‘Straits Settlements’.  Communication among the Straits Settlements was mostly by sea before the turn of the 20th century.

Sebelum wujudnya sistem pos ini, British menggunakan khidmat firma utusan mereka atau MASSENGERS yang berpusat di Negeri-negeri Selat yang telah mereka kuasai sebelum Selangor. Oklah,sebelum kita bicarakan sejarah pos ini secara teperinci, harus diingat ketika itu teknologi telekomunikasi mula berkembang. Kalau sistem pos dan setem ini dikatakan berkembang di Tanah Melayu ini seawal 1800, di negeri-negeri Selat (Singapura, Pulau Pinang dan Melaka) namun tempiasnya mengenai negeri-negeri lain kerana pihak istana ada juga berkomunikasi dengan pihak Inggeris di sana sama ada dalam hubungan bisnes atau diplomatik. Pada tahun 1886, perkhidmatan telegraf yang menghubungkan Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura diperkenalkan. Selepas system telegraf moden diperkenalkan, muncul satu lagi alat telekomunikasi yang dianggap lebih canggih iaitu telefon. terdapat beberapa percanggahan mengenai tarikh mula telefon diperkenalkan di Selangor umumnya dan Kuala Lumpur khasnya. Perkara yang sama turut dinyatakan secara ‘samar’ di dalam Laporan Tahunan dan Warta Kerajaan tahun 1891. Ini kerana kedua-dua sumber tersebut tidak menyatakan secara jelas dan terang tentang tarikh pengenalan telefon di Selangor berdasarkan  perkara ini pengkaji sejarah merasakan telefon telah digunakan lebih awal  dari tahun 1891 namun selewat-lewatnya pada hujung tahun 1889 telah ada sumber-sumber yang menunjukan telefon telah digunakan  di Selangor. Misalnya surat daripada pejabat Residen bertarikh 13 Ogos 1889 kepada Baxendale yang kandungannya membuktikan bahawa Residen Selangor telah menggunakan telefon pada tarikh tersebut kandungan surat itu antara lain  menyatakan:
“Please inform (Baxendale) that I (Resident) wish him to inspect the residency telephone which does not satisfactory…” 
(Lihat surat daripada Residen Selangor kepada Pesuruhjaya Jabatan Pos dan Telegraf bertarikh 13 Ogos 1889, SSF,KL 2643/89)

Jadi, tidak hairanlah apabila mereka meletakkan jaringan ketiga-ketiga alat telekomunikasi ini (pos,telegraf dan telefon) di bawah pengawasan dan urusan Jabatan Pos dan Telegraf Selangor. Atok tak dapat nak sembang panjang tentang sejarah perkembangan telegraf dan telefon ini secara terperinci di sini. Nanti jadi  macam novel pulak, terlampau tebal. Lagipun entri dan jurnal Atok dalam blog ini ringan dan ringkas, untuk bacaan santai korang jer. Atok tak berminat nak jadikan dia benda untuk budak universiti rujuk dan ceduk untuk research mereka, cukup sekadar membuka mata untuk menghargai dan mensyukuri sejarah masa lampau kita. 

Sultan dan para pembesar negeri seronok melihat Mat Saleh ini memajukan negeri ini, walaupun pada masa yang sama mereka sedar atau tidak, khazanah dan perbendaharaan negeri dibawa keluar dan masuk ke kantung Opah Queen di England sana.

The Federated Malays States (FMS) made up of Selangor, Perak, Negeri Sembilan and Pahang were formed in 1896. Postal services for these were separate from those of the Straits Settlements. For example, only stamps marked with the inscription ‘Federated Malay States’ were valid for use in the FMS. This autonomy caused inconvenience. It was only in 1934 that the postal services of the FMS and the Straits Settlements merged. This followed the formation of the Malayan Postal Union.


Kerajaan FMS atau Negeri-negeri Melayu Bersekutu mula terbentuk pada tahun 1896. Bermula penubuhan FMS atau Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini,  maka banyak pejabat pos pelbagai gred didirikan di kesemua empat negeri tersebut. Di Selangor, pejabat-pejabat pos dibina dan dibuka di Ampang, Bangi, Banting, Batang Berjuntai, Batu Arang, Batu Caves, Batu Laut, Batu road, Batu Tiga, Beranang, Brickfields Road, Bukit Rotan, Gap, Jugra, Jeram, Kajang, Kalumpang, Kapar, Kepong, Kerling, Klang, Kuala Kubu, Kuala Kubu Bharu, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Kuala Selengar, Kuang, Pengkalan Kundang, Petaling, Port Swettenham, Puchong, Pudu, Pulau Ketam, Rasa, Sabak, Sabak Bernam, Salak South, Semenyih, Sentul, Sepang, Serendah, Station Street, Sungei Ayer tawar, Sungei Besi, Sungei Buloh, Sungei Choh, Sungei way, Telok (?), Ulu Langat, dan Ulu Yam.
Posmen Melayu di Singapura 1906


Pada tahun 1907, satu laporan tentang kemajuan pembangunan pos Negeri-negeri Melayu Bersekutu, FMS telah dikeluarkan dalam The Selangor Journal:

The post-office telephone lines measure 1,063 miles in length. There are telephone offices at Kuala Lumpor, Klang, and Port Swetten-ham, with trunk wire connections between all three places. There are exchanges at Ipoh, Kampar, Gopeng, Tapah, and Batu Gajah, which places are also connected with the trunk line. At Taiping there is a local exchange. Exchanges are about to be opened at Seremban, the capital of Negri Sambilan, and at Kuala Selangor ; and these will be connected with the Kuala Lumpor, Klang, and Port Swettenham trunk service. A charge of 5 dollars per month is made to subscribers living within a radius of two miles of an exchange, with an extra of 1.25 dollars for each subsequent mile. There is, of course, an additional fee for trunk line messages. The number of applications for connection with the various telephone exchanges in Selangor during 1906 largely exceeded anticipations, and there was consequently some delay in completing them, The amount spent on construction work in 1906 was 40,439 dollars.

A new post-office was erected at Port Dickson, There are now 52 post-offices at which officers of the Postal Department are employed, and 28 places at which postal business is transacted by station-masters and others. There are 1,281 miles of telegraphic lines in the Federated Malay States, made up of 629 miles in Perak, 351 in Selangor, 225 in Negri Sambilan, and 76 in Pahang. For 418 miles the lines follow the route of the railway. In those districts where there are no post-office lines telegrams are accepted at the railway stations for transmission over the railway lines. 

The staff of the Postal Department consists of a Director, an Accountant, and 2 Assistants ; 1 Superintendent, and 1 Assistant in Perak ; ALLIN. (Director of Posts and Telegraphs, Federated Malay States.) i Superintendent and 2 Assistants at Selangor, Negri Sambilan, and Pahang ; 269 Postmasters and clerks, 244 postmen and messengers, 3 Inspectors of Telegraphs, 6 sub-inspectors, and 80 linemen, and a number of coolies on daily wages. for the stationmasters in Salak North, Sungei Gadut, Padang Java, and Batu Caves, and the District Officer's clerk at Parit, to keep a supply of postage stamps, accept letters for despatch, and deliver letters to persons residing in the districts named. 
Setem khas untuk penghantaran surat khabar
Laporan FMS Government Gazzette pada tahun 1914 pula memaklumkan perkembangan semasa pembangunan pos, telegraf dan telefon di FMS.
Rumusan Laporan 1914:
1.  Jumlah pejabat pos dengan kemudahan kiriman wang di seluruh FMS sebanyak 77 buah.
2.  Jumlah pendeposit dalam Bank Simpanan meningkat seramai 931 orang menjadikan jumlah               keseluruhan akaun yang dibuka iaitu 8,036 manakala jumlah wang terkumpul dalam 
     simpanan adalah sebanyak $842,218.
3.  Jumlah pelanggan telefon seramai 993 orang.
4.  Pejabat pos baharu dibuka di Bruas,Batu Caves, Kroh, Labu dan Sepang Road. Terdapat 82 buah         pejabat pos di seluruh FMS dengan pegawai pos dan 37 tempat transaksi pos dijalankan.
5.  192 lesen pungutan surat ke China dikeluarkan
6.  Surat ke Hulu Pahang masih dihantar melalui Kuala Kubu Baru dan Gap tetapi surat ke Bentong         melalui Genting Sempah
7.  Surat ke dan dari Pekan kini menggunakan perkhidmatan bot sebanyak 2 kali seminggu.
8.  Penghantaran pos berkereta lembu kini digantikan dengan kenderaan bermotor di laluan Klang-           Banting

Rumusan Laporan FMS Government Gazzette 1924:

1.  Penyambungan semula perkhidmatan keretapi mel dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bermula 1       Oktober 1923.
2. 86 penghantaran pos ke United Kingdom yang mengambil masa 24 1/2 hari berbanding         penghantaran pos dari UK ke FMS yang mengambil masa 22 1/2 hari. 
3.  Penghantaran kereta mel ke Kelantan dan Terengganu melalui Jerantut tergendala akibat banjir.
4.  Pejabat pos dan Telegraf baharu dibuka di Batu Road Kuala Lumpur. Kini terdapat 99 buah            pejabat pos dengan pegawai di seluruh FMS dengan  39 tempat transaksi pos dibuat.
5.  289 lesen pungutan surat ke China dikeluarkan.
6.  Penghantaran terus barangan pos ke India bermula 1 April 1923.

Laporan terperinci Pos dan Telegraf  1913 dalam Laporan Government Gazzette 1914


Laporan terperinci Pos dan Telegraf  1913 dalam Laporan Government Gazzette 1914


Laporan terperinci Pos dan Telegraf  1913 dalam Laporan Government Gazzette 1914
Laporan terperinci Pos dan Telegraf  1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924


Laporan terperinci Pos dan Telegraf  1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924


Laporan terperinci Pos dan Telegraf  1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924


Laporan terperinci Pos dan Telegraf  1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924


Laporan terperinci Pos dan Telegraf  1923 dalam Laporan Government Gazzette 1924


Analisis Pendapatan Jabatan Pos dan Telegraf 1905-1923
Pada tahun 1939, jajaran jalan raya pantai di Selangor dari Klang ke Sepang dan dari Klang ke Teluk Anson juga dibuka kepada pengguna jalan raya.
Ketika Kependudukan Jepun di Malaya 1942-1945 dahulu, Jepun  di Selangor telah mengambil alih peranan dan fungsi Jabatan Pos dan Telegraf ini dengan menubuhkan kabinet tentera mereka.

Struktur Pentadbiran Tentera Jepun di Malaya 1942-1945
The outbreak of World War Two saw strict censorship of all overseas mail. Shortage of stamps was also a problem. This went on until after the end of the war and beyond. After World War Two, Malaya was briefly ruled by the British Military Administration. 

 By 14 April 1947, the Malayan Post Office took over the postal services from the British army and Royal Air Force. Soon the Federation of Malaya was formed. Malaya issued her own stamps as did each state within the federation. Each had her own stamps and related stationery, and these were valid for use throughout the new federation.

 Malaya became an independent nation on 31 August 1957. Definitive stamps were issued to mark this significant moment. As a young nation Malaya joined many international organizations such as the Universal Postal Union UPU to keep abreast of developments in various parts of the world. Malaysia has been a dynamic member ever since.

Selepas merdeka, perkhidmatan pos dijadikan sebagai jabatan kerajaan iaitu Jabatan Pos Negara.
Ia berfungsi untuk menyampaikan khidmat perkhidmatan pos dan menghantar surat-surat rakyat ke seluruh negara.

B.    PERKHIDMATAN PENGHANTARAN POS

Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya. Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos.
Kalau dahulu, zaman awal British bertapak di Selangor, sepucuk surat mungkin mengambil masa hampir dua minggu untuk sampai ke tangan sipenerimanya, kerana tiada jalan perhubungan darat dibina, maka surat tersebut terpaksa dihantar melaui bot atau kapal wap. Apabila jalan raya banyak yang telah dibina di seluruh Selangor dan FMS amnya, maka banyaklah pejabat-pejabat pos yang telah dibina.
Peta Selangor 1901
Sepanjang terbentuknya kerajaan FMS ini, banyak pejabat pos yang dibuka di Selangor. Antaranya;

Ampang,
Bangi, Banting, Batang Berjuntai, Batu Arang, Batu Caves, Batu Laut, Batu road, Batu Tiga, Beranang, Brickfields Road, Bukit Rotan,
Gap,
Jugra, Jeram,
Kajang, Kalumpang, Kapar, Kepong, Kerling, Klang, Kuala Kubu, Kuala Kubu Bharu, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuang,
Pengkalan Kundang, Petaling, Port Swettenham, Puchong, Pudu, Pulau Ketam,
Rasa,
Sabak, Sabak Bernam, Salak South, Semenyih, Sentul, Sepang, Serendah, Station Street, Sungei Ayer tawar, Sungei Besi, Sungei Buloh, Sungei Choh, Sungei way,
Ulu Langat, Ulu Yam.

Nota: Beranang (beroperasi hanya 5 tahun), Salak Selatan (sehingga 1931) and Sungei Ayer tawar

Surat-surat yang ingin diposkan akan dipungut dari peti-peti surat yang ada di sekitar bandar atau di tepi-tepi jalan utama. Surat-surat ini kemudiaanya dibawa ke pejabat pos utama berhampiran untuk diproses dan disisihkan mengikut destinasi. Setem yang ditampal pada sampul surat tersebut kemudiannya akan dibatalkan dengan postmark pejabat post tersebut, menandakan surat tersebut kini di bawah jagaan jabatan pos dan akan diedarkan ke destinasinya. Kalau pejabat pos besar itu BESAR, maka ada mesin penyisih  automatik yang akan membantu kerja-kerja posmen. Kalau tidak, terpaksalah posmen menyisihkannya secara manual. Biasanya surat dan bungkusan tersebut akan dihantar mulai keesokan harinya.
Beberapa evidens  postmarks daripada surat-surat yang ditemui berlegar di internet membuktikan kewujudan pejabat-pejabat pos ini:

Ampang 1913
Bangi 1910
Banting 1911 2n49 101e30
Batang Berjuntai 1917 3n23 101e25
Batu Arang 1918 3n19 101e28
Batu Caves 1906 3n14 101e40
Batu Laut 1930 2n41 101e30
Batu Road Kuala Lumpur 1908
Batu Tiga 1903
Beranang 1927
Brickfields Road Kuala Lumpur 1926
Bukit Rotan 1938
Gap 1902
Jeram 1909
Kalumpang 1909
Kapar 1909
Kepong 1910
Kerling 1918 3n35 101e36
Klang 1881 3n02 101e27
Kuala Kubu Bharu 1931 3n34 101e39
Kuang 1922
Kwala Kubu 1890
Kwala Langat 1889
Kwala Lumpur 1882
Kwala Selangor 1890 3n21 101e15
Padang Java 1906
Pengkalan Kundang 1930
Petaling 1905
Port Swettenham 1911 3n00 101e23
Puchong 1914
Pudu 1914
Pulau Ketam 1932
Rasa 1903
Rawang 1890 3n19 101e35
Sabak 1896 3n46 100e58
Salak South K.L. 1908
Semenyih 1913 2n57 101e51
Sentul 1913
Sepang 1894 2n42 101e45
Serendah 1893
Station Street K.L. 1912
Sungei Ayer Tawar 1931
Sungei Besi 1895
Sungei Buloh 1910
Sungei Choh 1915
Sungei Pelek 1937
Sungei Way 1911
Telok 1930 2n49 101e31
Ulu Langat 1929
Ulu Yam 1904 3n27 101e38
Vallambrosa 1914

Analisis Perkhidmatan Surat dan Parcels di FMS 1905-1923

Walaupun jalan raya telah banyak dibina, penghantaran surat  masih terlalu lambat. Dahulu, sekeping surat dari Klang kepada penerimanya di Pahang terpaksa melalui laluan yang merumitkan. Dari Klang surat itu dihantar ke Kuala Lumpur, Kemudian ke Kuala Kubu Bharu. Dari situ ke Bukit Fraser sebelum sampai ke Raub. Kemudian, barulah ke destinasinya di Pahang.makan masa banyak hari, berhari-hari. itu belum dikira bencana alam dan kesukaran yang menimpa.


kereta bermotor kini menggantikan kereta lembu untuk penghantaran mel



Posmen,Basikal dan peti surat di Singapura


Posmen Bandar

posmen Taman perumahan dan luar bandar

Posmen kemalangan ketika bertugas

Posmen meredah banjir

Penghantaran tetap diteruskan

Amanah masyarakat
Harus diingat. Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda. Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos). Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan.


Logo Perkhidmatan Pos semenjak 1957 sehingga 1992
Logo Perkhidmatan Pos semenjak 1992 sehingga 2009
Logo Perkhidmatan Pos semenjak 2009 sehingga kini

C.     SEJARAH PERKHIDMATAN BANK SIMPANAN PEJABAT POS


Rupanya bank yang wujud bukanlah bank komersial macam Maybank, CIMB yag kita tahu dan tengok kini. Bank itu bank yang diwujudkan kerajaan untuk urusan penyimpanan oleh masyarakat umum dan syarikat. Selangor Savings Bank mengumpul dan menggunakan sebahagian modal penyimpan untuk pembangunan negeri. Simpanan ini dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Jadi, daripada menyimpan bawah bantal, dalam tempayan ataupun peti besi, orang-orang kampung, Cina di bandar dan Tamil di estet-estet mula menyimpan duit di bank kerana lebih selamat dan menguntungkan.

Bagi masyarakat India di estet-estet,“Kootoo” yang dijalankan di ladang pada zaman kolonial merupakan satu aktiviti mengisi masa lapang buruh dan memberi semangat kepada buruh India dalam menyimpan wang dan menghantar ke India serta menggunakan untuk majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan.
"Kootoo" adalah perkataan Tamil yang bermaksud gabungan atau kesatuan. Ia merujuk kepada sebuah persatuan yang bergabung oleh beberapa orang untuk tujuan menyimpan wang dengan membayar langganan bulanan tetap untuk beberapa bulan kepada ketua pemegang “Kootoo”. Seorang ahli dipercayai dilantik sebagai ketua atau pengurus “Kootoo” dan akan mengambil wang “Kootoo” daripada ahli-ahli pada bulan pertama dan seterusnya duit “Kootoo” akan dibayar kepada setiap ahli mengikut angka giliran yang ditetapkan oleh ketua pemegang “Kootoo”.  

Masalah Dalam Simpanan “Kootoo” Buruh India Selatan di ladang telah biasa dengan melabur simpanan mereka dalam urus niaga lembu dan kambing. Satu lagi kaedah pelaburan yang sama ialah adalah penyertaan dalam "Kootoos" tetapi ini dilihat sebagai satu masalah besar oleh majikan dan juga oleh Jabatan Buruh kerana ia sering menyebabkan pendeposit yang bertanggungjawab kehilangan wang “Kootoo” apabila ada ahli yang tidak membayarnya.Jika ada ahli yang meninggalkan daripada membayar “Kootoo”, maka ahli-ahli yang lain akan membahagikan untung atau rugi secara sama rata mengikut perjanjian asal yang dipersetujui oleh semua sebelum memulakan “Kootoo”.
Imigran Tamil di estet
Bagi orang Melayu,maka ditunjukkan jalannya oleh Ungku Abdul Aziz, seorang pensyarah (kini bergelar professor) Ekonomi di Universiti Malaya. Beliau menyarankan agar diwujudkan kaedah menabung menggunakan setem untuk  menunaikan haji. Caranya, penyimpan perlu membeli setem  bernilai 50sen-$100 di pejabat-pejabat pos yang berhampiran tempat tinggal mereka. Mereka kemudiannya akan diberi buku setem dan setem-setem tersebut hendaklah ditampalkan kedalam buku tersebut dan disimpan di rumah masing-masing. Kalau penyimpan mengumpul setem bernilai $4 sebulan, ditambah dengan pemberian bonus 3% setahun oleh pihak pejabat pos, mereka memerlukan simpanan selama 22 tahun untuk cukup sebagai tambang haji keseluruhannya. ( Pada tahun 1959, minimum $1500 diperlukan untuk ke Mekah). Kalau $100 sebulan pula, cukup 13 tahun penyimpanan, bolehlah mereka menghantar kesemua buku setem tersebut  ke RIDA (MARA) sebelum dihantar kepada  Lembaga Perusahaan Tabung Haji (Muslim Pilgrimage Savings Fund Board) untuk pengurusan perjalanan ke Mekah. Biasanya, bakal-bakal haji ini diberi notis 12 bulan untuk bersedia ke Mekah.

Tambahan pula, Faedah sebanyak tiga peratus setahun diberi. Sistem riba Yahudi dan Barat mula mencengkam ekonomi negeri. Pelbagai strategi diatur untuk menggalakkan penyimpanan di bank ini. Rakyat biasa boleh memulakan tabungan dengan membeli buku setem. Apabila buku setem ini penuh, maka penyimpan bolehlah membawanya ke bank tersebut untuk didepositkan pada nilai muka setem tersebut. RM1 untuk setem bernilai RM1, contohnya. Masa itu ekonomi negeri berkembang dan makmur, maka ramailah rakyat yang menabung dan menyimpan di bank ini. Dikatakan jumlah terkumpul simpanan atau deposit lebih banyak berbanding Perak Savings Bank yang dua tahun lebih awal ditubuhkan.

Until April, 1907, there were post-office savings banks only in Perak and Selangor, and they were quite independent of one another. A confederated bank for all the States has now been established, and savings bank business is transacted at every money order office. In the Perak Savings Bank at the end of 1906 there were 1,215 depositors, with 161,330 dollars to their credit ; in Selangor the figures were 1,759 dollars and 194,275 dollars respectively. Interest is paid on deposits at the rate of 3 per cent. 
Analisis Statistik Bank Simpanan Kerajaan /Pejabat Pos 1903-1915, FMS




Kedua-dua bank ini, Selangor dan Perak Savings Bank, kemudian disatukan menjadi Government Savings Bank apabila Federated Malay States yang meliputi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang terbentuk pada 1896. Bank inilah yang kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan Bank Simpanan Nasional pada tahun 1974|;
Our roots date back to the late 19th century when the first Savings Bank service opened in Perak and Selangor. These banks soon became part of the country’s Post Office Savings Bank network which grew to serve over 2.5 million depositors by 1974, with accumulated assets worth over RM537 million.
When BSN was officially established on 1st December 1974, the Bank Simpanan Nasional Act, 1974, enabled the transfer of the management power from the Postal Services Department to the bank’s Board of Directors. With that, BSN was officially launched on 5th December by YAB Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein, the Second Prime Minister of Malaysia:

" Bank Simpanan Nasional represents a new way in our efforts to instill thrift
so that the people will be encouraged to save their money. It will maintain
the high standards of the Post Office Savings Bank and at the same time
bring several changes in keeping with present time.

I hope that with the launching of Bank Simpanan Nasional today, it will
develop as a major saving institution and will expand the savings campaign
of the government an anti-inflationary move and quicken the pace of
national development.

Therefore Bank Simpanan Nasional has an important role in the lives of the
people and National Development."
Buku Simpanan Pos Negeri-Negeri Selat

Buku simpanan pos Negeri-negeri Melayu Bersekutu FMS


Buku Simpanan Pos Negeri Johor




Buku Simpanan Pos Zaman Jepun

kad setem bagi tujuan simpanan di pejabat pos ketika zaman Jepun
Buku Simpanan pos selepas British kembali (1947)


 

 





Buku simpanan pejabat pos selepas 1963



Buku setem  10 sen untuk penyimpanan pejabat pos bagi murid sekolah
Buku setem  5 sen untuk penyimpanan pejabat pos bagi murid sekolah
D.   PERKHIDMATAN KIRIMAN  PEJABAT POS

Petikan Laporan Perkhidmatan Pos Dalam FMS Government Gazzette 1907:

When the present Director of Posts and Telegraphs (Mr. C. H. Allin) was appointed, he found that the English system of dealing with money orders prevailed in some parts of the States and the Indian system in others. He decided to have one uniform method, and, in view of the number of Indians employed in the States and the extent of, business done with India, he selected the Indian method. Instead of issuing an order to the remitter for transmission to the payee, as is done in the United Kingdom and the Straits Settlements, an advice is sent to the post-office that is nearest to the payee, and this branch, in the case of a small sum, sends a postman to deliver the money ; or, in case of a large sum, advises the payee that it is awaiting him. In either instance the payee signs two receipts, one of which is retained by the post-office, while the other is sent to the remitter. By this arrangement very few void orders are left in the hands of the Post Office Department. At the end of 1906 there were 48 money order offices in the Federated Malay States. Money orders issued during the year represented a value of 2,136,618 dollars, or 338,470 dollars more than in 1905. 



Analisis kiriman wang di pejabat pos 1905-1923


Perincian laporan Pejabat Pos FMS mengenai perbandingan kiriman wang antara negeri dalam FMS 1922 dan 1923
E.  PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAIN DI KAUNTER POS

Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya., pejabat pos merupakan satu institusi masyarakat yang penting, bukan hanya untuk pos dan terima surat atau bungkusan. Sejak dahulu lagi, pejabat pos menjadi ejen untuk insurans,transaksi wang menerusi kiriman wang dan wang pos dan juga ejen bank simpanan pejabat pos.

Setelah mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia memulakan penyertaan secara aktif di dalam pertubuhan antarabangsa agar seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi. Antara lain, ia menjadi ahli Kesatuan Pos Sejagat (UPU) pada 17 Januari 1958, satu penyertaan di mana Malaysia menjadi ahli yang dinamik sehingga ke hari ini. Pejabat pos kini merupakan bangunan yang bersejarah kerana lama digunakan.

Setelah negara melangkah ke abad 21, perkhidmatan pos di Malaysia yang lebih dikenali sebagai Pos Malaysia Berhad terus berusaha untuk memenuhi permintaan dan keperluan pasaran dan tingkahlaku pelanggan yang sering berubah. Awal tahun 1992, Pos Malaysia Berhad telah mencipta sejarah dengan membuat perubahan besar sejajar dengan kebebasan perniagaan. Dengan kebebasan, muncul pula satu cabaran yang lebih hebat. Berdepan dengan persaingan yang kompetitif, Pos Malaysia Berhad memulakan perjalanannya dengan mengukuhkan operasinya melalui pengasingan perniagaan yang terdiri daripada empat unit utama Perniagaan Strategik yang dinamakan PosMel, PosLaju, PosNiaga dan PosLogistik. 

Dalam dunia moden kini, e-mel dan mel ekspres semalaman mula menggantikan peranan pos tradisional. Dalam lain perkataan, dunia telah masuk era teknologi canggih dan terkini, namun pejabat pos tetap menjadi pilihan orang ramai bagi pengiriman barangan dan surat. Bahkan, kini Pejabat pos telah meluaskan perkhidmatan dengan membenarkan transaksi pembayaran bil internet, pembaharuan lesen memandu dan sebagainya.

Kini pelbagai urusan boleh disediakan, dijalankan dan diterima di pejabat pos terbahagi kepada dua jenis iaitu Perkhidmatan Pos dan Perkhidmatan Agensi:

PERKHIDMATAN POS

- Setem dan Alat Tulis Pos
- Surat Berdaftar
- Bungkusan
- Wang Pos Malaysia
- Pos Laju
- Kiriman Wang Dalam Negara
- Kiriman Wang Luar Negara

PERKHIDMATAN AGENSI

- Bil TNB, Telekom dan Air
- Memperbaharui Lesen


- ASB, ASN, ASW, dan Tabung Haji
- Pinjaman Mara dan PTPTN
- Bil Celcom, Maxis dan Mobilkom
- Emartel, Megan TV dan ASTRO
- Mutiara Telekom, Time Telekom
- Easy Call dan Indah Water
- Cukai Taksiran, MPSJ dan JPJ



suasana dalam pejabat pos kini


AGEN WAKAF ANDA
TAK PERLU KAUNTER, MESIN KAN ADA!

PENUTUP
Nah, terbukti sejarah pos di negara kita begitu panjang. Tak dapat dinafikan betapa pentingnya mereka yang bekerja, berkhidmat dengannya. Seharusnya, TIDAK. Salah Statement. SEMESTINYA, jasa mereka diingati. Tak kira bangsa, agama, latar belakang kaum dan kedudukan sosioekonomi mereka, pakaian seragam mereka, basikal atau apa jua kenderaan mereka, zaman bila mereka berkhidmat, British ,Jepun, Malaya, Malaysia, merekalah the Unsung Heroes kita.

PENSWASTAAN POS MALAYSIA
Hari Pos Sedunia adalah untuk menghargai lebih 8 000 posmen dan 23 000 pegawai pos yang ada di Malaysia. Tujuan sambutan Hari Pos Sedunia adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang peranan sektor pos di kalangan kehidupan harian rakyat dan sektor perniagaan serta sumbangannya kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara-negara.

Sambutan menggalakkan negara-negara anggota untuk menjalankan aktiviti-aktiviti program yang bertujuan untuk menjana kesedaran yang lebih luas peranan pos dan aktiviti-aktiviti di kalangan orang awam serta media. Setiap tahun, lebih daripada 150 buah negara menyambut Hari Pos Sedunia dalam pelbagai cara. Di negara-negara tertentu, Hari Pos Sedunia disambut sebagai cuti bekerja.

Banyak pihak ‘Pos’ menggunakan sambutan hari itu sebagai acara itu untuk memperkenalkan atau mempromosikan produk dan perkhidmatan pos baru. Beberapa pihak ‘Pos’ juga menggunakan Hari Pos Sedunia untuk memberi ganjaran kepada pekerja mereka kerana menghargai perkhidmatan kakitangan. Kebanyakan negara megadakan pameran filateli, mempamerkan setem baru atau yang berkaitan dengannya.



bandingan kenderaan pos dulu dan kini

Bandingan peti surat Dulu dan kini

Bandingan pakaian seragam dan basikal pos dahulu dan sekarang


Bandingan pakaian seragam pos dahulu dan sekarang

pejabat-pejabat  pos lama 

penulisan tentang sejarah  pakaian seragam pos

pakaian  seragam pos (sorting)

pakaian posmen (penghantaran) selepas merdeka 1957

motorsikal pos kini


Jumaat, 14 Februari 2020

Aku, Posmen dan TPG: Suatu Memoir Terindah

Salam buat semua. Bertemu lagi Atok dengan kalian. Syukur alhamdulillah kerana tahun ini Atok dah nak pencen. Iyo, bersaro. Bersara daripada perkhidmatan kepada masyarakat. Atok sebagai seorang pendidik,cikgu,guru. Atok dah takkan rotan anak murid lagi. Atok tak akan marah-marah lagi budak-budak yang tak buat kerja sekolah  Atok dah tak kejar budak-budak lompat pagar sekolah lagi dah. Atok nak BERSARA WAJIB dah. Lepas bulan November nanti, tak payah pergi sekolah lagi. Tak payah lagi nak gosok baju, seluar, tali leher bagai. Atok tak perlu berlumba-lumba masuk pagar sekolah tekan punch card lagi. Tak payah menghadap tuan pengetua kalau nak keluar kejap. Semuanya tak payah. Atok akan jadi orang pencen...menganggur takde kerja tapi ada hasil. Atok cuma perlu ke sekolah untuk hantar dan ambil cucu jer. Itu jer. Itupun tunggu kat luar pagar.

Seronoknya Atok menanti tarikh pencen itu nanti. Tapi kalau difikirkan kembali, sekolahlah tempat Atok menghabiskan seluruh hidup (tolak 6 tahun) Atok di bangku sekolah, in a way of speaking. Bermula dari tahun satu di MES Primary School di Telok Datok pada tahun 1971-1976, kemudian bersambung ke sekolah menengah di MES Secondary School di Telok Datok juga 1977-1979, ke Technical Institute, Malacca dua tahun 1980-1981..sambung belajar kejap kat SMK Ampuan Rahimah ,Klang buat Form Six sebelum masuk UNCC. Apokobondo UNCC tu Atok, woi?

HAHAHAHA...Atok sambung belajar kat Amarikalah! U.N.C.C tu singkatan untuk University of North Carolina at Charlotte, USA. Amekkau! Pecah dah rahsia Atok bersekolah dengan Donald Trump, Donald Duck dan Mickey Mouse. Atok main snow kat sana selama 4 1/2 tahun,  dari 1982-1987.
Kemudian lima tahun (1987-1992) Atok balik duduk Telok petik buah anggur sambil petik kelapa bali kat kebun. Kadang-kadang Atok kutip durian, Ada masa Atok bawa orang ke hulu ke hilir, kekadang ke Klang, kekadang ke Banting, naik teksi. Ada kala jadi saudagar jual minyak urat, tapi kebanyakannya jual temberang, sebelum Atok balik ke sekolah semula. HAHAHA. Ada mamat tanya, ada ke anggur kat kebun Atok di Telok dulu? HAHAHA....HAHAHA... Dua kali Atok tergelak besar. Petik anggur pun tak faham? MENGANGGUR ler.Takde job.

Itulah sejarah hidup Atok di sekolah, dan tempat sewaktu dengannya. Kemudian setahun Atok menghilangkan diri dari Telok. Atok merantau mencari tempat perguruan. Bukan kat Bukit Jugra atau Gua Tempurung...tapi jauh lagi. Atok bertapa di Kelantan. Atok tinggalkan anak bini untuk ke sana. Siapa yang tak sayang bini dan anak woi..tapi Atok lakukan demi masa depan kami sekeluarga. Atok berguru di MPKB. Bukan Majlis Perbandaran tapi Maktab Perguruan Kota Bharu (Newcastle) di Pengkalan Chepa.

Tapi Atok sikit pun tak risau. Walaupun Atok ke Melaka, ke Amerika ataupun ke Kelantan ...maknanya jauh dari Telok, Atok tahu apa yang berlaku kat Telok. Ada orang tolong Atok. Dia bukan bini baru Atok atau sesiapapun dengan Atok tapi kehadirannya memang Atok tunggu. Dia setia dengan Atok. Atok tak kesah kalau dia beritahu Atok berita gembira ke sedih ke atau apa jua barang yang dia beri, ada sahaja untuk Atok. Kadang-kadang tak sempat Atok nak ucap terima kasih kat dia, dia dah pergi kat rumah orang lain. Adakalanya Atok kalau ada hal, Atok pergi rumah dia. Bukan Atok sorang yang suka dia,sekampung sukakan dia. Susah hati Tok Kadi kalau dia tak datang. Marah Pegawai Daerah kalau dia tak ada. Resah hati kumbang tak dapat nak sunting bunga kalau dia takde. Hari Raya tak berseri kalau dia tak ada. Pendek kata dia orang penting walaupun dia orang biasa. Kadang-kadang dia beri duit, kadang kadang pulak dia hantar saman. Ada orang lari daripada dia, tapi ramai yang menyerbu bila dia ke rumah. Ada orang panggil dia abang,encik, pakcik tapi tak pernah kakak atau makcik. Korang pun mesti kenal dia, tapi sekarang dia tak datang saja-saja kalau takde hal penting. Pernah ke korang tengok dia? Siapa? Brader kat bawah ini...dialah yang aku maksudkan. Entri Atok kali ini mengenai mereka. Mereka yang menghantar surat, bungkusan, kad raya dan macam-macam lagi. Mereka bukan hanya menghantar benda-benda yang kita nanti-nantikan, tetapi lebih daripada itu. Mereka sebenarnya menghantar amanah. This entry is my tribute to them for their efforts, sacrifices and nation-building visions. We salute you, Mr. Postmen.
So, Atok nak korang rileks, bersandar sambil baca entri ini. Jangan ke mana-mana, ya.



Kali pertama aku kenal abang-abang posmen ini tahun 1974. Aku pasti 1974 kerana masa itu aku first time tulis surat kat bapa aku/ Aku baru darjah 4. Masa itu aku dan arwah emak aku dan adik beradik aku kat Muar, rumah datuk emak aku. Masa tu time cuti sekolah akhir tahun. Aku tulis surat minta abah aku datang ambil kitorang pasal cuti dan nak habis. Aku main hentam jer tulis. bapak aku aku panggil kekanda, mana tak gelak dia bila terima surat aku itu. Tahu-tahu seminggu selepas itu, arwah bapa aku datang ke Muar sambil bawa buah durian. Telok masa itu tengah rahat durian gugur.
Ketika kat sekolah rendah dulu, pernah cikgu-cikgu menyuruh kami menabung menggunakan buku setem yang dibeli daripada van pejabat pos bergerak yang datang ke sekolah. Aku pun tak ingat apa jadi pada buku setem yang dah penuh tu. Aku lagi suka simpan duit syiling dalam tabung ayam yang aku simpan bawah katil dulu.

Kemudian bila aku ke Melaka sambung belajar ke Tingkatan 4 dan 5. Tinggal pula di asrama, suratlah pengganti dan penghilang rindu terhadap keluarga. Abah aku kirim duit tunai menggunakan surat beregister (registered) setiap bulan. Duit itulah aku buat bayar yuran makan asrama dan yuran SPM. Bukan dapat biasiswapun dulu. Walaupun lambat, tetap aku tunggu. 

Kemudian ketika aku kat A.S, lagi akrablah persahabatan aku dengan posmen Mat Saleh. Aku hantar surat kat kampung pakai aerogram. senang, murah dan tak payah beli setem. Setiap bulan , dua tiga surat aku hantar buat tatapan emak, abahku semua. 'Meleleh air mata emak bila dapat surat engkau', kata adik aku.
Rindu aku kadang-kadang tak tertahan kepada emak dan keluargaku di Telok. Maklumlah tak pernah sejauh dan semuda ini aku berpisah jauh daripada keluarga. Umur baru setampok pinang, baru setahun jagung.  Aku terperosok di sudut dunia. Hidup, mati semuanya kuserahkan pada Allah SWT.  Kengkawan yang sama-sama masih budak hingusan berdiri mengurus diri di perantauan. Bayangkan jarak Telok ke Charlotte, North Carolina cuma 15,764 km jer, one way. Tak ada telefon, henfon, jauh sekali video call. Naik kapal terbang pun makan masa 3 hari baru sampai.Tak percaya? Ukurlah sendiri...Hahaha.


aerogram dari USA
Kekadang kerinduan mengilhamkan kreativiti. Aku tahu emak dan keluargaku tak puas sekadar membaca surat seringkas aerogram itu. Aku pasti diulangnya berkali-kali membaca surat aku itu sebelum tiba surat berikutnya.kadang-kadang berminggu-minggu. Jadi pernah aku kirimkan (post) kaset rakaman suaraku yang aku buat secara spontan. Bayangkan aku secara monolog bercakap dengan ibuku, bertanya khabar, bercerita tentang kegiatan aku di universiti dan kehidupan seharianku, memberi nasihat kepada adik-adikku agar teruskan perjuangan belajar bersungguh-sungguh.
Tak terhingga sukanya ibu ku mendengar berulang-ulang kali tanpa jemu putaran pita kaset yang hampir sejam rakamannya itu. Itulah pengubat rindunya kepada aku sebelum ketibaan surat aku seterusnya sehinggalah aku pulang bercuti dua tahun kemudian pada Summer 1984. Selepas itu setiap tahun apabila tiba masa Summer (musim panas universiti di sana cuti 3 bulan), aku terus booking tiket untuk pulang ke Telok. Aku tak peduli, ibu dan keluargaku terlebih penting daripada segala makhluk lain di muka bumi pada masa itu.



Itulah pasal kalau ada orang kutuk-kutuk posmen, pemalaslah, tak amanah ke,  jenis tak campur oranglah, Atok naik angin. Atok tahulah pasal Atok pernah tengok dan dengar kisah diorang ketika menjalankan tugas. Memang mereka ini tak ada bila kita semua lepak di warung dan kedai-kedai kopi sebab mereka sedang bekerja. Kalau kita sapa mereka, mereka senyum sambil jawab salam kita. Tapi kalau kita pelawa mereka singgah kejap walaupun untuk minum sebentar dan kita yang belanja, dengan manis diorang tolak pelawaan kita itu kerana mereka ada job nak dibuat, ada surat yang nak diserahkan. Ribuan yang menanti mereka. Selepas itu tugas mereka belum selesai lagi. Mereka mesti balik ke pejabat pos kerana ada banyak surat dan bungkusan yang hendak disisihkan dan untuk dihantar ke destinasi luar kerana tak lama lagi lori pos akan datang mengutip. Itu belum dikira lagi penjagaan kaunter melayan seribu satu macam karenah pelanggan yang hendakkan setem, surat berdaftar, bayar bil api,  bil air, lesen TV dan Radio, dan bungkusan untuk diserahkan. Biasalah, pejabat pos kecil di Telok, Batu Laut, Jenjarom sama sahaja. Kakitangan tak ramai, Postmaster mesti tegas dengan anak buahnya. Nak mengopi ke,mengeteh ke, menetek ke,oops, terover pulak Atok, itu semua lepas habis kerja, atau hujung minggu. Patutlah Atok tengok Postmaster Pejabt Pos Telok dahulu susah sangat nak senyum, walaupun dia tak marah-marah. Atok dapat tengok dia hanya kalau hari Jumaat time solat Jumaat ataupun kalau Atok ke post office, itupun tengok nasib, kadang-kadang seharian  dia duduk kat belakang, bukan di kaunter.




GEDEGANG! Atok dengar dia mengecop bungkusan dan surat-surat, macam bunyi orang menukang ketuk paku dengan tukul besi. Nak kata marah pun ada, pasal stres sangat...banyak benar kotak dan surat terutama surat kilang-kilang Jepun kat Batu 9 dan Batu 10. Itu ler pasal.


Oh ya, terlupa Atok nak khabarkan. Pejabat Pos Telok tu kira baru lagi dibuat berbanding Pejabat Pos Banting.  Atok rasa awal 1980-an jer berbanding Banting yang dah ada sejak zaman Omputeh lagi. Kalau tak silap Atok, Post Office Jenjarom lebih dahulu dibina berbanding Telok sebab Atok pernah disuruh untuk bayar bil api atau bil air kat sana. Terpaksalah naik bas Mara atau teksi untuk ke sana. Lagipun seingat Atok yang dah banyak lupa daripada ingat ini, kalau Atok nak beli setem dan envelope, beli kat kedai Mamak Hussien kat pekat Telok itu jer. Dia wakil pos. Tapi tak pernah pulak Atok tengok dia timbang bungkusan pos selain timbang beras dan gula serta terigu makanan ayam. Sekali sekala Atok tengok ramai orang berkerumun dekat van pejabat pos bergerak yang datang dari Banting. Mungkin dah diwar-warkan bila masa diorang nak datang masa kat Masjid sebelum solat Jumaat. Atok masa itu tak ambil port pun pengumuman camtu. Tak ingat Atok kat mana. Kat Balai Penghulu atau depan kedai Mamak Hussien. Memang blurr. Tak ingat langsung. Cuba korang tanya emak, bapak atau atok nenek korang kalau-kalau diorang masih ingat.

Wah, sekarang Pejabat Pos Telok dah naik taraf dah! Kini dipanggil Pusat Serahan Mel Telok Panglima Garang. Wow, hebat korang. Dah ramai staf yang proses, sisih dan hantar bungkusan, oops, maaf bang posmen, parcels. Dah beraircond dah. Canggih! Efisen kata Mat Saleh. Tapi manusia tetap manusia. Asyik nak komplen jer. Servis lambatlah, kaunter tak cukup oranglah, surat lambat sampai,  surat salah alamatlah...macam-macam. Yalah, betul..itu hak awak nak komplen, awak customer, client..tapi sesekali dengarlah pulak rintihan mereka..
Pernah kita terfikir basah kuyup bajunya ketika dalam perjalanan? Kemalangan ketika dalam perjalanan hantar barang sedangkan kesalahan dilakukan oleh orang lain? Meredah banjir mahupun panas terik??  Kakitangan tak cukup, orang ramai, bungkusan barai, yang  lagi sedih tu, basic gaji tak sampai RM 2000 walaupun dah kerja 22 tahun! Bonus ciput, Boss asyik kata tiap-tiap tahun kita rugi jer, tak dapat nak bayar bonus. Dah tahu rugi, tutup jerlah post office tu. Biar kurier lain pulak buat duit. Staf diorang takde pulak komplen gaji kecil. Boleh pun bayar ribu-ribu bonus. Yalah, serba salah. Nak tukar kerja lain dah tua, siapa nak ambil bekerja? Mahu tak mahu hentak jer rubberstamp tu kuat-kuat, lepaskan geram. Kalau boleh, kita semua nakkan perubahan, bak kata Samy Vellu, “Besok kirim, hari ini sampai.”


 


Kisah posmen: Yazid terharu setiap kali penerima bungkusan ucap terima kasih
SETIAP pekerjaan ada cabaran dan dugaan, namun di sebalik itu ada kemanisan yang sering menjadi pembakar semangat untuk seseorang itu terus berusaha bertugas dengan lebih baik serta bertanggungjawab.
Begitu juga dengan tugas sebagai seorang posmen. Cabaran yang dihadapi setiap hari tidak dapat dijangka.
Itulah yang berlaku kepada Md Yazid Hassan, seorang posmen yang bertugas di Pusat Serahan Mel Telok Panglima Garang, Selangor. Kenangan yang sukar dilupakan oleh En Md Yazid yang berusia 52 tahun dan telah bertugas dengan Pos Malaysia sejak 1995 lagi. Md Yazid ketika awal penugasannya di Pos Malaysia telah berkhidmat di Pusat Serahan Mel Subang Jaya sebelum berpindah ke Pusat Serahan Mel Port Klang setahun selepas itu sehingga tahun 1999. Akhirnya, Md Yazid berpindah ke Pusat Serahan Mel Telok Panglima Garang sejak 1999 sehinggalah sekarang.
Di Pusat Mel Telok Panglima Garang terdapat 14 orang posmen termasuklah dua orang Posmen tingkatan kanan. Mereka akan akan ditugaskan untuk menguruskan mel sejumlah 63,785 unit dalam masa seminggu.Bagi bulan Oktober tahun lepas sahaja, mereka telah uruskan sejumlah 255,142 mel sebulan. Bukan senang tugas ini, secara puratanya seorang Posmen akan uruskan sejumlah 18,224 mel seorang dalam sebulan. Mengagih, menyusun dan mengatur semua 18,000 mel ini mengikut zon alamatnya juga mengambil masa yang panjang, sekurang-kurangnya dua jam. Barulah boleh mel itu dihantar kepada penerimanya. Inilah rutin tugas seorang Posmen.
Banyak kenangan manis yang dikongsi oleh Md Yazid sepanjang 25 tahun bertugas sebagai seorang Posmen. Antara yang paling diingatinya adalah layanan yang diterima daripada rakyat yang mengucapkan terima kasih kepadanya setiap kali beliau datang menghantar surat dan bungkusan. Itu yang membuatkan Md Yazid cukup terharu. Lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi tanggungjawabnya itu adalah bukan majoriti orang Melayu. Kebanyakkannya orang berbangsa Cina dan India, namun mereka cukup gembira dan berterima kasih bila mendapat surat dan serahan bungkusan daripada Md Yazid. Paling tidak boleh dilupakan oleh Md Yazid adalah kemalangan yang dialaminya ketika membuat serahan di Pulau Carey.
Md Yazid telah terjatuh ke dalam longkang yang besar ketika membuat serahan tersebut. Nasib baiklah tidak mengalami kecederaan yang teruk pada waktu tersebut. Itu pengalaman yang akan diingatinya sampai bila-bila. Inilah pengalaman pahit dan manis seorang posmen. Di mata rakyat mereka hanya nampak posmen yang naik motosikal dan datang menyerahkan surat. Namun di belakang posmen tersebut ada keluarga yang perlu mereka sara. Bagi Md Yazid sendiri, beliau sendiri mempunyai isteri dan tiga orang cahaya mata, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Pengorbanan besar seorang posmen dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah rakyat. Diucap terima kasih adalah sesuatu yang cukup berharga. Kemalangan hingga putus kaki, dikejar anjing dan jatuh longkang adalah sesuatu dugaan yang mewarnai kerjaya mereka sebagai seorang posmen. Semoga semua petugas posmen semua terus tabah dan kuat menghadapi tahun 2020 ini. Teruskan berkhidmat untuk rakyat dan demi keluarga. Anyway, korang kalau betul-betul baca dan mengikuti sejarah pos di Kuala Langat khususnya dan Selangor serta Malaysia amnya, mesti menitik air mata atas jasa dan pengorbanan mereka. Itu entri Atok seterusnya. Happy International Postal Day. Selamat Hari Pos Sedunia,abang dan kakak postmen. KITA POSMEN, KITA POSMEN. Love you all.


Ahad, 22 September 2019

Misteri Peti Besi Berpuaka di Jugra


Salam semua. Semoga  hari ini  bertambah kemuliaan dan ketakwaan kita semua. Bersyukur Atok diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup keampunanNya di samping menghela keluar dosa-dosa semalam. Atok dan Tok Wan korang alhamdulillah, sihat-sihat sahaja. Harap korang pun begitu juga.Jom Atok sambung cerita semalam. Setelah lama Jugra kesepian, tiada khabar berita, tiba-tiba masuk surat khabar, berita yang pelik,misteri dan mistik. Atok ada terbaca kisah ini, terjadi pada tahun 1960. Berita tentang batuan berwajah almarhum Sultan Abdul Samad di lereng bukit Jugra berhampiran tokong Cina, tak jauh dari istana lama itu. Kemudian kisah penjaga makam diraja yang tiba-tiba lumpuh setelah ditolak jatuh oleh makhluk halus daripada bukit tersebut. Atok rasa ada baiknya korang baca sendiri petikan akhbar itu.

 
          
           
            
           


Kemudian pada tahin 1968, kewujudan peti besi ini berdepan dengan pelbagai perkara pelik dan luar biasa. Pengarah  Muzium Negara, Dato'Shahrom Yeop, pada masa itu berminat untuk mempamerkan peti besi Sultan ini untuk tatapan umum. Maka beliau dikatakan mendapat kebenaran khas daripada Tuanku Abdul Rahman, DYMM Yang Dipertuan Agong Malaysia ketika itu untuk mengalihkan dan membawa peti itu ke Kuala Lumpur.  Harus diingat beliau (YDPA) pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Kuala Langat suatu masa dahulu dan beliau mengetahui perihal peti misteri ini. Lagipun, istana tersebut masih milik kekandanya, Tengku Yaakob. Maka operasi memindahkannya dirancang. Namun beberapa perkara pelik berlaku pada hari kejadian. Salah satu daripadanya adalah kesukaran yang dihadapi kakitangan muzium untuk mengangkat peti sehingga terpaksa menggunakan khidmat kren.
"Memang pelik kerana saiz peti itu hanya satu meter panjang dan setinggi paras paha. Secara logiknya ia boleh diusung oleh empat hingga lima orang.
Pihak penduduk yang gempar dengan pemindahan peti itu membuat laporan polis.  Penjaga peti itu, YM Raja Sakiah binti Raja Mustar memanjangkan hal ini ke pendengaran Timbalan Menteri Besar Selangor pada masa itu, memohon campurtangan politik agar dipulangkan kembali peti itu.
Bahkan, seorang bomoh wanita terkenal di Jugra, memberi amaran bahawa penduduk Jugra akan ditimpa malapetaka jika peti itu tidak dipulangkan segera.

"Kejadian misteri itu tidak berakhir di situ kerana selepas dipindahkan ke muzium berlaku banyak gangguan terhadap kakitangan dan pelawat.
Ia hangat diperbincangkan apabila pengawal yang bertugas di muzium negara sepanjang tempoh pameran peti tersebut berasa tidak senang dan sering terdengar bunyi yang aneh walhal peti tersebut tidak mempunyai isi apa-apa.


"Lebih kurang seminggu kemudian pihak muzium mengambil keputusan menghantar semula peti itu ke tempat asalnya,''
Dalam perjalanan ke Jugra dengan diiringi oleh polis dengan mengambil masa lama kira-kira 7 jam.Kereta yang membawa peti itu tidak boleh bergerak dengan laju seolah-olah membawa bebanan yang amat berat. Apabila sampai di perkarangan istana kren yang sudah sedia menunggu hampir patah ketika menurunkan peti tersebut. Akhirnya Pak Ungku (Raja Kassim) dapat menurunkan peti itu bersama seorang rakannya dan dimasukkan ke dalam istana tersebut dengan mudah. Yang peliknya walau tidak bermangga, peti besi yang padu itu sukar dibuka penutupnya. Peti besi tersebut kini aman ditempatkan di Istana Jugra.

Sewaktu Peti besi milik Al Marhum ini telah dikembalikan ke Istana lama tersebut pada waktu itu ramailah penduduk tempatan dan pengunjung luar tidak mengira bangsa dan agama yang datang melihat sendiri akan Peti besi tersebut. Mungkin selama ini ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan Peti tersebut. Hanya apa bila liputan meluas dipaparkan didalam akbar barulah orang ramai mengetahuinya. Sewaktu orang ramai berduyun duyun datang untuk melihat sendiri Peti tersebut terdapat juga segelintir kumpulan,dan individu tertentu yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan, yakni perbuatan Syirik,khurafat dan bidaah. Kumpulan atau individu ini adalah KAKI NOMBOR EKOR atau 4D.Biasanya kegiatan ini akan dijalankan pada malam hari. Selain itu ada juga kumpulan atau individu yang datang bagi tujuan BERNAZAR diatas satu satu hajat atau permintaan atau penyakit.
Nauzubillahhiminzolik.

Raja Kassim Raja Jaafar, adalah pemegang amanah sebuah peti besi milik Sultan Abdul Samad - sultan keempat negeri Selangor. Pak Ungku telah diamanahkan untuk menjaga peti besi itu oleh ibu tirinya. Sejak daripada itu, beliau kerap ke istana lama itu untuk memastikan "keselamatannya". Namun demikian, ada pihak yang menceroboh kedalam Istana dan melakukan upacara pemujaan seperti mendapatkan nombor ekor dan lain-lain tujuan menggunakan khidmat bomoh. Walaupun ditegur, tetapi mereka sangat degil bahkan menengking sesiapa yang menghalang perbuatan syirik yang dilakukan. Kerana tidak tahan, Pak Ungku mengambil keputusan untuk tidak lagi menjaga peti besi tersebut.


HANYA menunggu masa untuk menyembah bumi. Itulah gambaran yang tepat kepada sebuah rumah agam yang terselindung di sebalik rimbunan semak-samun di Kampung Permatang Pasir, Jugra. Atas rasa tanggungjawab dan amanah, peti besi tersebut sudah tiada di istana usang itu kerana telah dipindahkan oleh kaum kerabat sultan iaitu Raja Kasim yang mendakwa bertanggungjawab menjaga peti berkenaan. Sehingga ke hari ini, peti besi itu tersimpan di rumah Yang Mulia Raja Kassim di Kampung Permatang Pasir.

Oklah, Atok memang tak kenal dan tak pernah berjumpa dengan Almarhum Raja Kassim ini, tapi salah seorang cucu lelakinya pernah menjadi anak murid Atok ketika Atok jadi Guru Disiplin di SMK Jugra sekitar 1997-2003. Boleh tahanlah juga perangai cucu Pak Ungku ini. Pernah jugalah merasa 'air tangan'  Atok kat punggung dan pipi dia. Tapi Atok pasti dia dah matang dan bertanggung jawab macam datuknya juga. Peti itu menyimpan 1001 rahsia. Yang menakjubkan, ia tidak berkunci, tetapi sukar dibuka. Tidak ada apa-apa di dalamnya, kecuali beberapa naskah surat khabar lama.

Rujukan....
PENGALAMAN MISTIK @ Istana Bandar & Masjid Sultan Aleadin Shah, Jugra https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=709958&extra=&page=2&mobile=2
www.google.com/amp/s/www.nst.com.my/node/441067/amp#ampshare=https://www.nst.com.my/lifestyle/sunday-vibes/2018/12/441067/lets-learn-more-about-one-selangors-greatest-rulers-sultan
http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2013/04/sejarah-kegemilangan-kuala-langat.html?m=1
https://hafizmusleem.wordpress.com/2013/07/31/nr2-bukit-jugra-banting/
http://projekmakam.blogspot.com/2015/05/makam-sultan-abdul-samad-makam-panglima.html?m=1
https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=354809208291694&id=194689100970373
http://www.krissmerah.com/2019/07/misteri-peti-besi-istana-jugra-apa-yang.html?m=1
http://arashmisteri.blogspot.com/2012/08/peti-besi-sultan-abdul-samad-al-marhum.html?m=1







Sabtu, 21 September 2019

Bukit Jugra dan misteri peti besi Sultan


Assalamualaikum...
Salam Jumaat. Salam buat semua sahabat,rakan dan pembaca sekalian.Maaf dah lama tak turun padang..bukan nak bersenam, main bola atau bersukan. Dah tua dah Atok ni..untuk jalan-jalan ok lagi kot tapi nak berlari, menendang bagai dah tak larat dah, maklumlah kereta tua, boleh start enjin jer, round-round kampung tapi kalau bawa berlumba kat highway, rasa-rasa makan asap jer lah..takut laju-laju nanti, bukan makan asap jer, siap makan bubur kat spital. Hahahaha.
Dah lama benar Atok tak menulis kat sini. Rindu benar dengan korang. Kali terakhir Atok menulis pasal apa ya? Entahlah, Atok dak tak ingat dah. Tak kesahlah itu semua.  Apa yang penting penulisan Atok ini korang ambillah pengajaran serba sedikit sekiranya ada ilmu yang bermanfaat di dalamnya. Kalau merapu jer tulisan Atok ni, maafkanlah dan abaikanlah.

Anggaplah sebagai hiburan semata-mata. Bak kata pendeta, andai penulisan ini kurang sempurna, susun kata yang kurang arif, bahasa yang kurang sempurna. Jika ada sepatah kalam, sebaris ayat yang boleh dijadikan ilmu, kepada tuan jualah pendeta yang arif lagi bijaksana dalam perkongsian ilmu.

Hari itu, Ahad, 8 September 2019, Atok ke Banting, menjemput kengkawan lama ke majlis perkahwinan Atok bulan 10 nanti. Eh, silap! Majlis perkahwinan anak Atok! Anak Atok yang keempat nak kahwin. Anak lelaki.  Ini masuk kali keempat Atok buat majlis kahwinkan anak. Alhamdulillah, dah tiga masuk empat menantu Atok, Semuanya bagus-bagus belaka. Bagi Atoklah, perkahwinan itu ibarat membina masjid. Sebagaimana masjid penting untuk beribadat, begitulah pentingnya perkahwinan, untuk membina keluarga, membanyakkan zuriat hamba Allah yang soleh dan solehah di muka bumi Allah ini.

Jadi, dengan membantu anak-anak membina masjid, mahligai perkahwinan ini, maka dapatlah Atok, insha Allah menumpang pahala sedekah jariah buat bekalan akhirat kelak. Nak beramal sekuat para sahabat Nabi , Atok tak mampu. Nak bersedekah semampu Abu Bakar r.a.,lagilah Atok tak ada. Yang ada cuma sedikit wang simpanan gaji Atok sebagai pendidik dan doa agar Allah makbulkan hajat Atok untuk mendapat kebahagian di dunia dan akhirat, dimasukkan ke dalam Syurga bersama -sana Rasulullah s.a w tanpa hisab, serta dijauhkan daripada api neraka. Itu sahaja. Atok cuma mahu kehadiran sebentar Atok ke dunia yang fana ini menjadi penebus dosa dan bukti ketaatan semata-mata kepada Allah, bukan syirik kufur kepadaNya. Atok takut kalau-kalau umur sesingkat 60-70 tahun di dunia ini menjadi sebab musabab disiksa di alam barzakh dan neraka nanti. Nauzubillahiminzalik.

Aduuh.panjang sungguh celoteh Atok pagi ini, mengalahkan khutbah Jumaat pulak! Hahaha....Ammekkau!
Sambung balik cerita Atok ke Banting.  Lepas Atok edarkan kad-kad itu, Atok pun ondewey ke TPG untuk ziarah sedara mara di sana. So, for surelah Bukit Jugra terbentang di depan mata. Tetiba jer Atok teringatkan kisah dan peristiwa pelik dan misteri Atok ketika di puncaknya. Korang godek-godeklah entri-entri Atok terdahulu kalau korang nak tahu what's the hal going on? So, balik dari ekspedisi hantar kad jemputan tu, Atok pun godek-godek internet, cari bahan tentang misteri Bukit Jugra...seram wey!

Begini kisahnya....
Jugra dahulu memang tempat bersejarah buat negeri Selangor. Jugra juga termaktub dalam sejarah Melaka. Itu semua korang dah tahu. Berlambak bahan dalam internet tentang hal-hal gitu. Cuma yang kurang adalah kemisterian dan mistiknya Bukit Jugra di mata dan kepala penduduknya. bermula daripada sultan Abdul Samad memindahkan kerajaannya, dari Bukit Malawati, Kuala Selangor ke Bukit Jugra, Kuala Langat. Ramai orang pertikaikan pemindahan ini termasuklah orang-orang puteh penjajah British dulu. Kata diorang, Jugra itu tempat terpencil, jauh daripada peradaban manusia, tempat jin bertendang, tempat jin buang anak, sarang nyamuk dan penyakit Malaria (yang itu Atok yang tambah, bagi sedap sikit....kih3). Betul, betul, betul. Tapi itu kata deme, kata Sultan dengan penasihat baginda lain pulak. 

Kadang-kadang pemikiran kita tak nampak dan tak sama dengan pemikiran orang lain. Mungkin ada benda yang kita terlepas pandang yang diorang nampak. Atok tak tahu. Atok tak hidup zaman tu.  Kita baca jer sejarah diorang, suratan takdir mereka. Mungkin juga keputusan pindah ibu negeri ini jadi ikutan PM, bertukar dari KL ke Putrajaya. Mungkin juga atas sebab kepanasan politik ketika itu, atau mungkin juga atas nasihat ketua pawang diraja yang merasakan Sultan baharu ini tak akan selamat di istana lama itu. Wallahualam. Atok tak tahu. Atok macam korang jugak, blurr semacam. Lantak pi lah, kata orang Penang.
Setakat ini ok tak cerita Atok? Ke dah boring, panjang sangat foreplay Atok, bila nak part geli-gelinya, Tok? Gelojoh betul korang, anak muda!







Ok,oklah...tapi sebelum itu, Atok nak minta maaf awal-awal..maklumlah hal ini bahan sejarah, pasti ada nama-nama yang Atok petik atau sebut terkena batang hidung waris mereka. Atok cakap ini berdasarkan bahan di internet yang mungkin fakta atau mungkin spekulasi (khabar angin, dongeng, fitnah). Sekali lagi Atok minta maaf. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tak ada niat nak mengaibkan nama seseorang, apatah lagi orang-orang yang telah mati. So, korang bacalah dengan open minded sebab cikgu tahu korang educated, pasal cikgu yang ajar didik korang, kan? Tahu tak apa. Hahahaha.

Kisah misteri Bukit Jugra ini tak habis-habis diperkata orang sejak dahulu kala lagi. Ada yang taksub dan mempercayai Bukit Jugra ini berpenunggu, rimau belaan Puteri Gunung Ledang. Ada yang mati-mati percaya daulat sultan yang kononnya menjadi ketua bagi para wali seluruh  Tanah Melayu. Kata mereka, Sultan Abdul Samad dilantik dan direstui oleh Wali Sunan sebagai ketua para wali. Kalau dah ketua Wali itu, faham-faham jerlah. Titah baginda jangan sesekali disanggah.

Bahkan di Bukit Jugra ini, kata mereka telah diadakan pertemuan dengan Puteri Gunung Ledang setiap 14,15,dan 16 haribulan mengikut kalendar Islam, ketika bulan purnama. Kononnya juga  hasil rompakan lanun akan dibawa ke Jugra dan disimpan dalam gua-gua di Bukit Jugra. Terdapat dua buah gua di Bukit Jugra, satu di kaki bukit, dan satu lagi di atas bukit tersebut. Sembang mereka lagi, ada laluan rahsia dan gua -gua tempat harta karun milik keturunan Sultan selama 500 tahun tersimpan dan dikawal ketat oleh jin-jin. Hanya mereka yang terpilih sahaja dapat menembus pandang gua dan harta tersebut yang dikatakan gateway atau stargate ke alam jin. Wah, dah macam cerita 'Pirates of the Carribeans' dan filem 'Stargate' pulak! Dikatakan di bawah bukit inilah terdapatnya pelabuhan perdagangan pesat di alam jin. Keras tempat ini kata mereka.

Bagi Atok, memanglah keras Bukit Jugra ini. Batunya jenis batuan granit, pasal itu ler ada bekas kuari di  situ dahulu. Lagi satu Atok sangsi, biasanya gua terbentuk di batuan batu kapur macam kat Batu Caves, bukan di batuan granit seperti di Bukit Jugra ini. Atokkan cikgu Geografi, jangan nak kelentong Atok! Orang Jugra pun tak pernah cerita ada gua kat situ.

Pasal alam jin tu, Atok boleh terimalah sikit, pasal Pembesar- pembesar istana dahulu memang ada pakai khidmat jin ini. Itulah pasal. Daripada servis peribadi terus ikat perjanjian Saka 7 keturunan. Bodoh dan singkatnya pemikiran dan ilmu agama mereka.  Beriman kepada Allah dan RasulNya tetapi pada masa yang sama syirik kepadaNya. Kalau dah jin kau jadikan pendamping, hancurlah iman dan amalan kau dipesongkannya. Sampai sekarang masih berkeliaran jin-jin saka keturunan tak bertuan ini di sekitar Jugra dan kampung-kampung berhampiran. Syukurlah generasi moden ini dah tak perlukan khidmat nasihat jin lagi. Mereka dah hantar anak-anak cucu mereka ke sekolah dan sekolah agama, mencari keredhaan Allah,  bukan kemurkaanNya. Bahkan Istana Lama Jugra di Kg. Bandar pun sudah dibaik pulih dan dijadikan pusat tahfiz oleh JAIS.

Sebelum korang terkeliru dan pening kepala, biar Atok jelaskan. Dekat Jugra ini ada empat buah istana:

1. Istana Bandar Temasya...
Istana asal dibina ketika pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad. Di istana ini semua upacara dan istiadat rasmi serta program istana dijalankan.
Tiada lagi wujud kesan bersejarah istana ini.
2. Istana Sedang Masa...
Istana Sultan Abdul Samad yang kedua ini lebih kecil dan berfungsi lebih kepada rumah agam sultan untuk 'retreat' daripada tugas rasmi termasuklah bercucuk tanam.
3. Istana Bandar....
Istana di Kampung Bandar ini merupakan istana baru dan mula dibina oleh baginda Almarhum Sultan Alaudin Syah pada tahun 1899 hinggalah disiapkan pada 1906.
Namun, Istana ini terbiar sejak 1938 ketika kesultanan Selangor berpindah ke Klang.
Namun, istana ini telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri sehinggalah sekarang.
4. Istana Long Puteri/Istana Maimon...
Istana ini kepunyaan cucunda Sultan Abdul Samad. Terletak berhampiran Istana Jugra. Tidak diketahui tarikh pembinaannya. Kini tinggal puing-puingnya sahaja.



Kisah Peti besi Sultan

OKlah, berbalik kita kepada kisah Sultan berhijrah ke Jugra. Sesampai di Bandar Temasha baginda bersama-sama pengikutnya telah mendirikan sebuah istana , di samping beberapa buah rumah pengiring-pengiring baginda. Sultan Abdul Samad memerintahkan pengikutnya membina keperluan asas seperti jalan darat, pengkalan perahu di Kuala Sungai Langat serta kawasan pertanian. Setelah dapat mengawal pengeluaran bijih timah, baginda mula membina istana baru di Jugra  Lama pada tahun 1872 yang lebih hampir dengan pelabuhan Batu Hampar bagi memudahkan pemunggahan bijih. Istana baru yang dibina oleh  Sultan Abdul Samad di Bukit Jugra di namakan “Istana Sedang Masa”. Jangan tanya Atok kenapa nama itu dipilih? Sungguh... Atok tak tahu. Mungkin ada kisah di sebalik nama itu. Korang tanyalah orang istana sendiri.

Istana yang dibina di atas sebidang tanah lapang di pinggir Bukit Jugra  dianggap kedudukannya yang paling baik. Namun, untuk ke lokasi istana ini, kita perlu melalui pekan Permatang Pasir, belok ke kiri menghala ke Bukit Jugra. Setelah melintasi kompleks permakaman diraja Selangor dan petting zoo Rusa belaan Sultan, kita akan melalui tapak bekas relau kayu arang lama...rasa-rasa Atok dah takde dah relau-relau tu lagi...Last Atok tengok awal tahun 1980an. Dah tak ada lagi pasal permintaan untuk kayu arang dah kurang kecuali tukang bakar sate. Tak jauh ke depan daripada lokasi relau itu, terdapat sebuah tokong Cina. Jalan ke depan sehingga berjumpa rumah-rumah tradisional Melayu yang usang dan agak berjauhan antara satu sama lain

Tak jauh dari situ, kira-kira 900 kaki dari jalan raya, dalam kebun buah dragon fruit (dahulu katanya kebun sawit dan sebelumnya dusun buah-buahan kot), tersergam 'indah' istana tersebut. Kini, hanya terdapat kesan tapak Istana Sedang Masa yang menjadi kenangan.



Dahulu, Istana ini merupakan sebuah bangunan dua tingkat.  Rumah agam bertiang 6 batang konkrit gergasi, berdinding dan berlantai papan kukuh.  Di bahagian bawahnya setinggi 10 kaki. Bumbungnya beratapkan genting. Di dalam salah satunya bilik di tingkat atas istana ini, tersimpan satu peti besi. Peti yang berukuran  4 x 2 ½  kaki persegi sentiasa diselimuti dengan kain kuning. Peti besi ini pada mulanya di simpan di Istana Sedang Masa yang digunakan oleh baginda untuk menyimpan hartanya yang berharga, dokumen-dokumen penting  dan beberapa bilah keris kerajaan negeri Selangor.  Hal ini diperakui oleh ramai VVIP British yang menjadi tetamu baginda kerana baginda kerap menunjukkan barangan kebanggaan baginda kepada mereka daripada peti tersebut. 






Raja Sakiah binti Tengku Mustar,
 cucunda almarhum Sultan Abdul Samad

Namun, setelah kemangkatan baginda pada tahun 1898, dan setelah beberapa generasi, istana tersebut mula terabai. Kali terakhir istana ini berpenghuni sekitar 1938. Menurut, Raja Sakiah binti Tengku Mustar, cucunda almarhum Sultan Abdul Samad, istana ini berserta tanah, kemudiannya dijual oleh bondanya kepada Tengku Muda Musa dengan harga $1000 ketika zaman Jepun dahulu. Kemudian Tengku Muda Musa menjualnya kepada Tengku Yaakob, abang Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman pada tahun 1958. Menurut Raja Sakiah, memang tanah dan rumah itu sudah menjadi milik orang lain tetapi peti besi tersebut tetap milik keluarganya. Peti besi itu kekal di istana tersebut manakala rumah dan tanah tersebut diuruskan oleh satu keluarga Cina untuk Tengku Yaakob.

Terdapat khabar angin yang mengatakan peti besi itu berkemungkinan berpuaka telah lama berlegar-legar di telinga khalayak ramai.  Pernah ketika Zaman Jepun dahulu, beberapa orang tentera Jepun yang cuba mengalihkan peti besi itu telah mengalami sakit kepala yang teruk dan kedengaran suara-suara aneh dari dalam istana tersebut. Akhirnya mereka memulangkan dan meletakkan kembali peti itu ke tempat asalnya. Istana terbiar itu terus menjadi tempat bernazar dan merangkung oleh manusia-manusia yang tipis iman, melakukan amalan khurafat dan syirik kepada Allah. Maka menjadi bertambah sombonglah jin-jin di situ apabila manusia sebegini meminta pertolongan makhluk selain daripada Allah SWT.

Kemudian, kira-kira 70 tahun yang lalu, sekitar tahun 1949, penduduk Bukit Jugra gempar dengan kisah seorang lelaki yang digelar dengan nama "Mat" yang diganggu setelah duduk diatas peti besi yang disimpan didalam salah sebuah bilik istana lama Jugra. Alkisahnya, Mat memang seorang kaki memburu di kawasan Bukit Jugra dan kerap singgah masuk ke Istana Lama (Istana Sidang Masa) untuk menghilangkan penat. Namun pada hari kejadian, entah kenapa Mat begitu berani menjengah ke setiap bilik istana lama tersebut dan terlihat sebuah peti besi berwarna hitam didalam salah sebuah bilik.

Mat begitu berani mengetuk peti besi tersebut sehingga bunyi gema ketukan kedengaran sehingga ke luar istana. Orang-orang lama disekitar ada menceritakan bahawa peti besi itu ada penunggu yang menjaganya dan "keras" .Mat begitu teruja, sehingga berani duduk diatas peti besi tersebut untuk menguji sejauh mana "keras"nya. Sebaik sahaja punggungnya mencecah permukaan peti, seluruh badannya tiba-tiba berubah menjadi hitam legam. Seluruh anggotanya terasa longlai dan akhirnya Mat terjelepuk jatuh.

Mat menyesal atas kesombongannya dan bulu romanya menegak apabila terdengar suara seperti mentertawakannya. Dalam keadaan kulitnya hitam legam Mat mengesot untuk keluar daripada istana itu sehingga sampai ke halaman istana.Mat ditemui orang ramai terbaring dan selepas itu kesihatannya mulai merosot walaupun doktor yang merawat gagal menemui punca kerana pada zahirnya Mat nampak tidak sakit tetapi hakikatnya badannya begitu lemah.  dia merintih dan meracau-racau. Antara yang diracaunya ialah perbuatan duduk di atas peti besi itu. Tiga bulan selepas itu, Mat Akhirnya meninggal dunia.

Oklah. Cukup sampai di sini sayang. Relakan perpisahan ini. Walau berat di hati dan berat perasaan, namun kurelakan jua. Itulah antara lirik lagu nyanyian Dato'Malek Ridzuan, anak jati Jugra yang popular satu masa dahulu. Mata Atok dah berat ni. Lagipun bagai terngiang-ngiang di telinga Atok suara Tok Wan korang merayu-rayu Atok masuk ke bilik. Waktu tidur katanya.  Tetiba jer mata dan badan Atok kembali segar. Mungkin sebab pekena kopi Tongkat Ali dengan biskut lutut lepas Isyak tadi kot. Sorry guys, esok Atok sambung cerita. Malam ini Atok nak jadi macam Panglima Hitam, pendekar Sultan dahulu, teroka gua dan Bukit Jugra. Assalamualaikum.


Sejarah Menarik Rumah Rehat, dan Halting Bungalow di Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat semua umat Islam dan peminat blog Atok ini. Syukur alhamdulillah atas segala limpahan rahmat Allah...