Assalamualaikum semua. Wow dah dekat hampir sebulan Atok tak menulis. Memang Atok rindukan korang. Atok teruja benar bila korang singgah jenguk-jenguk kat laman Atok ini. Atok dah anggap korang anak dan cucu-cucu Atok. Bila korang singgah, Atok rasa macam anak cucu Atok singgah balik kampung menjenguk Atok dan Wan, bertanya khabar, bermalam dan makan minum kat rumah Atok. Takpe, korang tak payah keluar duit satu sen pun untuk beli makanan. Duit pencen Atok alhamdulillah cukup untuk jamu makan satu kampung sekalipun, selama dua tiga hari. Takpe, yang penting korang kerap-keraplah balik kampung. Atok rindukan gelak ketawa anak dan cucu Atok sesekali mereka berkumpul di sini, kerana selepas mereka pulang, Atok dan Wan korang duduk termenung di tepi tangga menghadap jalan raya, memerhatikan kereta dan kenderaan ke hulu ke hilir, untuk membuang jauh rasa kesepian kami.
So, untuk entri kali ini, elok Atok sudahkan hal yang telah Atok mulakan. Dua entri Atok yang lepas, kita berbincang pasal peta Klang. Daripada Klang yang hanya ada Melayu Kampung, Cina Lombong dan India Estet, beralih kepada Klang yang ramai Melayu Kampong ditambah Melayu Perantau, Cina Komunis, Cina Industralis serta India Estet dan India Pelabuhan. Komposisi kaum di Klang sudah banyak berubah. Kini, dalam tahun 2020, Klang bukan lagi milik Cina, Melayu dan India sahaja. Di Klang sudah ada Little Nepal, Little Dhaka dengan kebanjiran warga asing yang bekerja di kilang-kilang sekitar Klang, Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Kuala Langat. Tak payah pergi jauh atau cari statistik, pergi sahaja ke Klang pada hari Sabtu dan Minggu, Siapa yang penuhkan bas awam? Siapa yang penuhkan shopping center, panggung wayang serta pasar malam? Sudah pastilah bapak Rudi, Ning Sutinah dan Bhai Mujibur...HAHAHA. Klang kini milik pendatang asing! Yang banyak menyumbang untuk statistik COVID 19, merekalah! Memang mereka agak kurang menjaga kebersihan diri dan persekitaran tetapi jasa mereka kepada pembangunan ekonomi negeri dan Malaysia tak boleh dinafikan.
OKlah. Atok nak korang teliti peta-peta di bawah ini. Atok selongkar internet dan terjumpa dua peta untuk korang buat perbandingan. Atok nak korang teliti baik-baik ciri geografi di Klang dan sekitarnya pada tahun 1966, tarikh peta itu dicetak dan dikeluarkan. Pasti banyak yang berubah berbanding peta tahun 1933,1945,1951 yang Atok sertakan dalam entri sebelum ini. Ini peta Klang selepas Merdeka. Zaman pembangunan Klang meroket naik! Banyak kawasan estet dah bertukar jadi taman-taman perumahan. Zaman kampung-kampung Melayu sudah berubah wajah. Rumah atap nipah kini bertukar atap zing. Rumah papan menjadi rumah separuh batu dan banglo mewah. Tak kurang juga kawasan setinggan untuk mereka yang tak mampu menyewa dan bersaing dalam kehidupan bandar ini. Kebun kelapa dan jadi kawasan perkilangan. Kalau dahulu banyak orang kampung tanam kelapa, kini mereka tanam getah, kopi dan nenas. Sepanjang jalan-jalan utama, rumah kedai menumbuh, bak cendawan selepas hujan. Hutan kat Telok dah mula diteroka menjadi kampung baharu. Estet masih wujud tapi semakin mengecil.
Kalau boleh Atok nak korang catatkan dalam buku nota atau kertas atau note dalam henfon korang perubahan yang boleh korang kenal pasti. Lepas itu, ceritakan apa yang korang dapat dan tulis itu dalam ruangan komen di bawah. Kita kongsi,OK? Benda boleh kongsi kenapa nak kemut sorang-sorang!HAHAHA. OK,jom kita mulakan.....
Title:
Malaysia Map Extracts: . Kelang
Covering Date:
1957-1966
Scope and Content:
Malaysia. Kelang
Map shows physical landscape, land use, buildings, villages, roads, railways, embarkments, forest reserves, rubber plantations, coconut plantations, pineapple plantations, oil pipeline, rivers, wharves, Malayan Pineapple Company Limited, Bata Shoe Company, Sungei Kelang, Port Swettenham, and others
Bacaan Tambahan:
Demographics
The following are the census figures for the population of Klang. The 1957 and 1970 figures are for the Klang district and were collected before the reorganisation of Klang and the Bumiputra status being used as a category. The 2010 figures are for MP Klang. The figure for Klang city is not given as what constitutes Bandar Klang appears to be inconsistent with considerable fluctuation in population figures over the years.
Ethnic Group | Population | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
1957[32] | 1970[32] | 2010[33] | ||||
Malay | 37,003 | 24.68% | 72,734 | 31.13% | 234,293 | 41.18% |
Other Bumiputras | 9,107 | 1.60% | ||||
Bumiputra total | 243,400 | 42.78% | ||||
Chinese | 65,454 | 43.65% | 100,524 | 43.02% | 152,582 | 26.83% |
Indian | 44,393 | 29.60% | 59,333 | 25.39% | 121,533 | 21.37% |
Others | 3,105 | 2.07% | 1,079 | 0.46% | 2,994 | 0.53% |
Malaysian total | 520,509 | 91.53% | ||||
Non-Malaysian | 48,198 | 8.47% | ||||
Total | 149,955 | 100.00% | 233,670 | 100.00% | 568,707 | 100.00% |