Memaparkan catatan dengan label 2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2020. Papar semua catatan

Khamis, 1 Disember 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1960-1969)

Salam. Syukur Atok ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan hidayahNya ke atas kita semua umat Islam di Malaysia. Kita baharu sahaja lepas mengundi, memilih wakil rakyat ke parlimen. Alhamdulillah, ramai wakil rakyat beragama Islam, tak kiralah daripada PKR, PN, BN, Amanah, GPS, GRS atau DAP sekalipun. InsyaAllah. Walaupun berbeza aliran pemikiran, Atok pasti mereka tidak akan sesekali menjual agama demi agenda Barat, Yahudi atau kaum kafir. Tahniah kepada PM ke-10. Kuasa kini di tangan kamu tapi ingat, Allah SWT Maha Berkuasa.  Jangan jadi seperti Firaun atau Namrud, meninggi diri, mengaku Tuhan tapi jadilah seperti Nabi Sulaiman A.S ataupun Iskandar Zulkarnain, kaya dan berkuasa tetapi tunduk kepada Allah.

Macam-macam Allah tunjukkan selepas PRU 15 ini. Bagaimana kerakusan pemimpin menjahanamkan masa depan partinya. Bagaimana pengkhianatan dilakukan terhadap partinya sendiri dan masa depan ummah. Allah tunjukkan kepada kita semua siapa teman sebenar, siapa musuh yang tersembunyi. Allah tangguhkan kemenangan ummah untuk membersihkan diri dan parti daripada kotoran dan kemunafikan. OKlah, cukup sekadar itu komen Atok.

Entri kali ini tidak lagi mengenai komunis. Cukuplah setakat dua siri Atok membicarakan tentang musuh ummah tersebut, baik dahulu atau masa kini. Atok nak sambung balik cerita pasal Penjara Pudu. Kali ini kita di tahun 1960-an. Baru beberapa tahun sahaja  negara kita merdeka. Baharu sahaja nak aman daripada ancaman komunis, berkonfrontasi pula dengan Indonesia dan Filipina pasal pembentukan Malaysia. Dalam negara pula, kemiskinan mengasak rakyat marhaein. Pembangunan negara di bandar rancak, tetapi di luar bandar masih ketinggalan. Mujur ada pejuang-pejuang rakyat yang memprotes agihan kekayaan ekonomi negara. Barulah pemimpin-pemimpin atasan tersentak dan tersedar bahawa masih ada kemiskinan yang perlu diuruskan dan dibela. Penjara Pudulah yang sentiasa menjadi saksi pertembungan kekuasaan pemerintah dan  perjuangan rakyat.

Kali ini Atok nak ubah sedikit format. Kalau sebelum-sebelum ini Atok sisihkan bahan penceritaan secara umum dalam satu dekad. Kali ini Atok himpunkan bahan-bahan tersebut mengikut tahun kejadian agar urutan peristiwa dan pelakunya jelas dan tertib, menurut cerita dan isunya. Atok hendak korang explore dan baca bahan-bahan arkib ini.Seperti biasa, kesemua bahan bergambar ini dan kisah disebaliknya Atok kutip, sunting, sauk dan cedok dari internet. Kalau ada pertembungan hakcipta, Atok mintak maaf banyak-banyak, tak disengajakan. Minta dihalalkan sahaja kerana Atok menulis ini demi ilmu pengetahuan, bukan untuk cari keuntungan.

Begini kira-kira kisahnya .......


Penjara Pudu dalam tahun 1960-an

Penjara Pudu dalam tahun 1968


1960

PENGURUSAN BANDUAN

Banduan Mati dalam Penjara


Banduan Lari dari Penjara





1961

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

PENGURUSAN BANDUAN


Banduan Lari dari Penjara


1962

PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA

1963

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Kelab Sukan dan Rekreasi Staf Penjara

Banduan-banduan Politik

Ahmad Boestamam ditangkap pada tahun 1963, buat kali ketiga dalam sejarah hidup politiknya. Pada kali ini, Ahmad ditangkap oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat sendiri selama empat tahun. Ketika itu, beliau masih menjadi ahli parlimen Setapak. Alasan kerajaan Perikatan adalah kerana Ahmad terlibat dalam usaha Indonesia menentang gagasan Malaysia yang sedang diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman, ketua kerajaan Perikatan dan Perdana Menteri Malaysia. Ahmad dituduh bekerjasama dengan Partai Komunis Indonesia (PKI) dan terlibat dalam pemberontakan Brunei 1962. Tuduhan ini sangat menarik kerana ia menimbulkan dua gambaran yang sangat penting. Pertama, ternyata Ahmad dilihat sebagai orang setia dan tetap Indonesia . Kedua, penonjolan satu penglibatan politik Ahmad yang menyeluruh Kepulauan Melayu atau Nusantara. Hal ini bermakna bahawa Ahmad mahu menjadi juara Melayu Raya.

Abdul Aziz bin Ishak (7 Oktober 1913 – 23 Jun 1999) merupakan seorang pejuang kebebasan Malaysia, ahli politik dan wartawan.Beliau ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) sebelum Perang Dunia II dan adik kepada Presiden Singapura, Yusuf Ishak. Adiknya Rahim Ishak , juga seorang wartawan dan pernah menjadi menteri Kabinet Singapura. Dari 1955-1963, beliau adalah Menteri Pertanian dan Koperasi di bawah Kabinet Menteri Tunku Abdul Rahman.Beliau menjadi tahanan ISA dari 1965-1966 semasa konfrontasi Indonesia.







       



Banduan-banduan Lain




1964

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Penggambaran filem Barat "The 7th Dawn" telah menjulang nama Malaysia ke pentas perfileman dunia. Manakan tidak,  set pembikinannya  dilakukan menggunakan sel-sel  sebenar di dalam penjara Pudu. 

The 7th Dawn ialah sebuah filem drama Technicolor 1964 arahan Lewis Gilbert dan dibintangi oleh William Holden, Capucine dan Tetsurō Tamba. Filem yang berlatarbelakangkan Darurat Tanah Melayu ini berdasarkan novel 1960 The Durian Tree oleh Michael Keon dan difilemkan di lokasi di Malaysia.

Selepas Perang Dunia II, Ferris (William Holden) kekal di Tanah Melayu dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Dia menikmati kewujudan yang tenang dengan teman wanita Malayanya, Dhana (Capucine), walaupun anak perempuan ahli politik bernama Candace (Susannah York) juga meminatinya. Tidak lama kemudian, Ferris menemui seorang lelaki bernama Ng (Tetsuro Tamba), yang berkhidmat dengannya semasa perang dan kini seorang komunis komited untuk revolusi untuk gerila. Selepas Dhana ditangkap, Ferris membuat perjanjian untuk menjejaki Ng untuk menyelamatkannya

Tiga sahabat yang bertempur dengan penjajah Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua mendapati diri mereka berada di pihak lawan dalam pemberontakan komunis selepas perang. Ferris menjadi pemilik ladang getah yang makmur, manakala perempuan simpanannya Dhana adalah ketua kesatuan guru sekolah. Yang ketiga, bekas gerila Ng, pergi ke Moscow untuk mendapatkan pendidikan. Dia kembali sebagai revolusioner yang lebih komited daripada dia semasa perang, dan Dhana terperangkap antara kedua-dua lelaki itu.

Ferris, yang persahabatannya dengan Ng melindunginya daripada serangan, cuba mengelakkan konflik, tetapi dia terlibat secara tidak sengaja apabila Dhana ditangkap dan dihukum mati kerana membawa bahan letupan untuk pemberontak. Apabila pihak berkuasa menemui bom tangan dalam bakul basikal Dhana, dia ditangkap dan dihukum gantung dalam masa tujuh hari kecuali dia menyerahkan Ng; Dia berhadapan dengan polis tentera, yang menangkapnya apabila mereka menemui bom tangan di dalam bakul basikalnya. Di mahkamah, Dhana enggan menawarkan maklumat mengenai keberadaan Ng. Dia didapati bersalah bersubahat dengan pengganas dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Didorong oleh kegilaannya dengan Ferris, Candace menyerahkan dirinya kepada Ng dengan harapan Dhana akan dibebaskan. Ng merebut peluang itu dan mengumumkan bahawa dia akan dihukum mati jika Dhana digantung, Dia mengancam untuk membunuhnya jika hukuman Dhana dilaksanakan. Ferris menawarkan untuk mengusir Ng sebagai pertukaran untuk kehidupan Dhana, tetapi dia hanya diberi tujuh hari untuk berbuat demikian.Ferris akhirnya memilih kehidupan Dhana berbanding Ng; Dia kembali ke kawasan hutan dan berjaya menyelamatkan Candace dan menangkap Ng, dengan harapan bahawa mereka akan memberi keterangan bahawa Dhana tidak bersalah. Apabila Ng membebaskan diri dan cuba membunuh Ferris, Candace campur tangan, menembak Ng di belakang - sebelum dia mati, Ng mengaku bahawa dialah yang meletakkan bom tangan di basikal Dhana, dengan harapan kematiannya akan menjadikannya syahid dan menyebabkan pemberontakan. Ferris dan Candace gagal untuk mengelakkan Dhana daripada digantung. Candace mengaku cintanya kepada Ferris, tetapi dia menyalahkan dirinya kerana kematian Dhana dan meninggalkan Tanah Melayu sendirian, tidak pernah kembali lagi. 

Watak Ng didasarkan pada pengerusi sebenar Parti Komunis Malaya, Chin Peng, yang terselamat dalam perang dan kini tinggal di China. Watak Ferris sebahagiannya berdasarkan Frederick Spencer Chapman, seorang pegawai dan penjelajah British yang bekerja di belakang garisan musuh di Tanah Melayu semasa Perang Dunia II.

Terdapat tiga adegan berasingan Dhana ketika di penjara Pudu. Babak pertamanya adalah ketika Ferris datang melawatnya sebelum perbicaraan, apabila dia enggan menyerahkan Ng, sambil memberitahu Ferris, "Kami adalah apa yang kami ada. Kita tidak boleh memalukan diri kita dengan harga'. Babak seterusnya, Dhana, yang masih berada di dalam selnya, menyaksikan fajar terakhirnya tiba. Ketika itu dia berdoa kepada Tuhan untuk cinta dan kedamaian. Dalam filem itu, "Siksaan Dhana" bermula apabila matahari akhirnya muncul dan menandakan ajalnya sudah tiba.






                                         


Sumber Manusia

Banduan Lari dari Penjara


                    


1965

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

                    

1966

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Sumber Manusia

Penderitaan keluarga Allahyarham Mat Jedi bin Ahmad, 43, seorang warder Penjara Pudu yang teiah meninggal dunia secara mengejut dua minggu lalu, telah mendapat perhatian dari beberapa orang dermawan dan syarikat di ibukota ini. Pegawai Kebajikan Masyarakat Selangor, Che Fatimah Musa, akan mencuba memintakan sebuah rumah murah di kawasan Melayu Kampung Pandan daripada Pesuruhjaya Ibu Kota untuk Che Aminah binti Osman, janda yang berusia 36 tahun itu serta lapan orang anaknya. Pihak Majlis Munisipal Kuala Lumpur sedia memberi rumah murah kepadanya, namun sewa rumah jadi soal memandangkan dia tidak bekerja. Che Fatimah binti Musa menyatakan kesalnya kepada pihak munisipal Kuala Lumpur kerana tidak dapat memberi sebuah rumah murah di Kampung Pandan untuk Che Aminah dan anak-anaknya.

Aminah memerlukan $5,000 untuk membeli rumah murah di Kg Pandan tersebut. Che Aminah bersama-sama anak-anaknya sekarang tinggal di berek penjara pudu dan diberi sehingga tempoh tiga bulan lagi. Che' Aminah masih mengharap bantuan daripada orang ramai.

Walaupun anaknya, Rokiah binti Mat Jedi, berumur 17 tahun, akan bekerja semula dengan Sharikat Malayan Fibre Containers di Petaling Jaya, dia dikatakan akan diberi gaji $4 sehari buat menanggung ibu dan 8 orang adik-adiknya yang lain. Akhirnya, Che' Aminah hanya mampu mendirikan pondok daripada wang derma orang ramai tersebut, namun pondoknya itu telah dirobohkan oleh pihak munisipal Kuala Lumpur

'Ke mana saya hendak pergi sekarang?', janda Allahyarham Mat Jedi bin Ahmad, belum dapat menentukan nasib masa depannya bersama-sama lapan orang anaknya. 

"Kapada Tuhan sahajalah tempat kaml menyerahkan nasib." kata Aminah binti Osman.


                  

                                  

                           
               
           
                            
Kelab  Sukan dan Rekreasi Staf Penjara

                  

PENGURUSAN BANDUAN

Banduan Lari dari Penjara

                                          

1967

PENGURUSAN BANDUAN

Pejuang Masyarakat

Hamid Tuah,  seorang aktivis petani yang memimpin gerakan membuka tanah kepada orang Melayu yang tak bertanah kat luar bandar. Hamid pernah dipenjara beberapa kali pada 1960-an kerana memperjuangkan hak pemilikan tanah orang Melayu kat luar bandar.Beliau yang percaya tentang maruah orang-orang Melayu kat kampung. Dia beri semangat jiwa merdeka agar diorang berusaha dan tak meminta-minta. Selepas kemerdekaan daripada British, dia melihat ada golongan elit baru yang terbentuk melalui pemimpin Perikatan. Masa itu petani Melayu masih ada banyak masalah dengan isu seperti pemilikan tanah dan pengairan pertanian. Ramai yang cuba minta campur tangan Hamid Tuah dalam perkara tu. Tapi setiap kali Hamid cuba membantu, dia pasti akan ditangkap.

Kemudian pada 1967 pendudukan tanah tu dikatakan langgar undang-undang dan pihak berkuasa telah menghantar pasukan keselamatan untuk menahan petani dan memusnahkan tanaman mereka. Selepas tu, Hamid dan empat orang pengikutnya ditangkap pada 4 Januari 1969, diorang ditahan di kem tahanan Muar dan Batu Gajah selama dua tahun.Walaupun ditangkap, ada beberapa detik kejayaan gerakan meneroka tanah dalam kalangan petani Melayu miskin yang dipimpin Hamid Tuah masa tu. Antaranya pada 1950 – 100 orang kampung berjaya dapatkan tanah mereka di kawasan yang kini dikenali sebagai Johan Setia.

Gerakan itu turut melibatkan pelencongan sungai yang berjaya membantu petani kat Tanjung Karang pada 1961 mengatasi masalah kemusnahan tanaman.Kata Siti Nor, walaupun usaha bapanya adalah untuk mengangkat maruah orang Melayu yang tak bertanah waktu itu, namun Hamid Tuah tak lihat kemiskinan melalui perspektif perkauman. Masa tu kaum Cina dah ada perkampungan-perkampungan baru mereka sendiri, dan kebanyakan kaum India pula jadi penoreh.

Jadi, isu itu mungkin sudah diasingkan namun masalah kemiskinan masih dihadapi oleh semua kaum. Selepas kemerdekaan, semua orang yang berada di kampung cuba untuk menentang golongan elit (yang memerintah) ini, tetapi kemudiannya mereka dituduh sebagai golongan penentang dan penyokong gerakan komunis. Hamid ingin melegakan dan mengurangkan masalah kemiskinan dalam kalangan orang Melayu, bukannya dengan menjejaskan hak kaum-kaum lain. Dia juga tak menyertai mana-mana parti politik walaupun usahanya sering disokong oleh gabungan pembangkang masa tu (Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh, Barisan Sosialis).

Tapi malangnya ramai pemimpin berhaluan kiri yang cuba untuk membentuk pakatan bukan perkauman dipenjarakan. Selepas mengetuai pergerakan rakyat di Telok Gong dan dipenjarakan, Hamid Tuah sekali lagi jadi tumpuan utama pihak berkuasa ketika peristiwa bantahan petani dan demonstrasi mahasiswa mengenai isu kemiskinan kat Baling pada 1974.




                            


Banduan Lari dari Penjara
    

Banduan Bunuh Diri


1968

PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Sumber manusia

Kelab Sukan dan Rekreasi Staf Penjara

PENGURUSAN BANDUAN

Pejuang Masyarakat




Banduan Agen Subversif Konfrontasi Indonesia

Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.

Protes kaum ibu terhadap  Presiden Sokarno dari Indonesia

Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Dua orang pemuda Melayu  menghadapi hukum gantung kerana bershubahat dengan Indonesia semasa konfrantasi.

                 



                    


Banduan-banduan lain

 

Lari dari Penjara





1969

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

 

Sumber Manusia


                        

Kelab Sukan dan Rekreasi Staf Penjara

PENGURUSAN BANDUAN



Banduan Bunuh Diri

Bacaan Luas:


Rujukan:


Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...