Memaparkan catatan dengan label sakai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sakai. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2022

Sejarah Balai Polis Telok Panglima Garang

Salam buat semua. Apa khabar orang kampung Atok di Telok? Semoga sihat-sihat belaka. Atok dan Wan dah lama tak balik ke Telok. Cuma hari itu singgah sebentar bermalam di rumah kakak di Taman Dato Hormat dan menziarahi kuburan kedua-dua orang tua Atok di Jalan Pusara. Alfatihah (dibaca) buat kedua-dua mereka termasuklah seluruh penghuni Tama Perkuburan Alor Pak Datu Fasa 1 dan 2. Semoga damai arwah-arwah di sana. Amiin. Entri kali ini Atok nak bicarakan pasal Balai Polis. Dah banyak yang Atok tulis pasal Balai Polis di Jugra, Telok Datoh, Banting, Batu Laut, Tanjong Sepat dan Klang tetapi tidak banyak mengenai Balai Polis di Telok. Memang tak banyak cerita pasal itu kerana Telok hanyalah pekan kecil, lagipun orang-orangnya, tak kiralah Jawa Sijangkang, Banjar Kg. Medan, Melayu Telok dan Keling serta Sakai Pulau Carey semuanya  hidup harmonis, cintakan kedamaian. Itu pasal lah lambat dapat Balai Polis! Tak apa, biar Atok story dahulu..Begini ceritanya.

Peranan polis ketika itu memang untuk menemani Pegawai Pemungut Cukai ke kampung-kampung di seluruh negeri, menjaga keselamatan para peladang Inggeris, mengawal tingkah laku pendatang asing di estet dan lombong, menyelesaikan kes jenayah anak negeri, membuang negeri penjahat dan lanun, mengiringi orang kenamaan dalam urusan rasmi dan kematian keluarga diraja dan istana. Tak lupa juga mencatat kelahiran dan kematian anak bangsa dan penduduk setiap masa.

Pasukan polis merangkap tentera daripada keturunan Sikh ini sememangnya digeruni terutama oleh masyarakat Cina yang menggelar mereka Bengali kwai  atau Syaitan Benggali.  Kesetiaan, disiplin yang tinggi dalam diri mereka ini menyebabkan mereka digemari sebagai bodyguard, pegawal sekuriti dan lain-lain tugas yang merbahaya. Petempatan di mana ada terdapat balai polis, kini lebih aman kerana penduduk boleh membuat aduan dan masalah dapat diselesaikan secara aman. Pihak penghulu juga dipantau oleh pihak polis dan laporan dihantar ke pentadbiran negeri berhubung tingkah laku dan prestasi kerja penghulu tersebut. Apabila negeri aman, pendapatan negeri dapat dikumpul dengan berkesan. 

Pada tahun 1882, terdapat beberapa buah balai polis di Kuala Langat selain di Bukit Jugra. Dikatakan kekuatan pihak polis di Kuala Langat adalah seperti berikut:

A.Balai Polis Bukit Jugra...........................Seorang berpangkat Sarjan, 3 orang konstabel
    Gudang Kerajaan di Bukit Jugra.............. 3 orang konstabel
    Pejabat Collector and Magistrate..............Seorang konstabel
    Off Duty Emergency)............................... 2 orang konstabel 
                            
B.Balai Polis Kuala Jugra..........................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

C.Balai Polis Kanchong.............................Seorang Koperal, 3 orang konstabel

D.Balai Polis Bandar..................................Seorang Koperal, seorang konstabel


Pada tahun 1898, cadangan membina Balai Polis Telok Panglima Garang disuarakan kerana keperluan penduduk semasa yang semakin ramai berikutan pembukaan lebih banyak estet  termasuk di Pulau Carey dan perkampungan di mukim Telok Panglima Garang yang memerlukan tindakan yang lebih pantas daripada pihak polis. Bahkan Telok Panglima Garang merupakan perkampungan terpenting di sebelah utara Sungai Langat dalam daerah Kuala Langat kerana kedudukannya yang strategik di laluan terbaru jalan darat menghubungkan Jugra dengan Klang. Perkembangan dan pembangunan ekonomi Kuala Langat sememangnya berkait rapat dengan lingkungan pengaruh bandar Klang dan Pelabuhan Swettenham. Sudah pasti Telok Panglima Garang menerima tempiasnya. Maka sewajarnya Telok Panglima Garang dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan awam termasuk Balai Polis.



Tender Membina Balai Polis TPG pada tahun 1899

          
                  

Tender Baharu dikeluarkan pada bulan November 1900 untuk Pembinaan Balai Polis TPG. Mengapa tender lama dibatalkan tidak diketahui.



Balai Polis TPG telah siap namun tiada arahan beroperasi  daripada pihak berkuasa

Penempatan sementara  Kuarters Renjer Hutan Telok Reserve Forest di Balai Polis TPG dalam tahun 1902



Telok Panglima Garang dalam Peta Kuala Langat dalam tahun 1898

Kawasan Operasi Balai Polis TPG meliputi semua kampung dalam Mukim TPG  sehingga  Sijangkang pada tahun 1913

Estet-estet di Pulau Carey juga dibawah pentabiran dan pengurusan Balai Polis TPG pada tahun 1910




 Balai Polis Jenjarom 
Kampung-kampung Cina di atas bukit dan pinggir hutan seluruh Kuala Langat dan Sepang dipindahkan ke Kampung Baru Jenjarom. Perkampungan baru terbesar di Kuala Langat. Sebuah balai polis kecil diwujudkan di situ,  di pintu masuk.Kawalan polis diperhebat. 24/7, setiap detik setiap ketika. Seluruh kawasan dikawal, berkawat. Berkekalanlah balai polis itu sehingga kini.

Balai Polis Telok Panglima Garang

Ura-ura pembinaan balai polis di sini mula diperkatakan sejak awal 1963 lagi, ekoran banyak kejadian samseng bergaduh dan mengugut para pekedai bagi wang perlindungan. Pernah Telok Panglima Garang digegarkan dengan pembunuhan kanak-kanak berusia 4 tahun ketika zaman Darurat. Sebagai sebuah mukim yang pesat membangun ekoran perkembangan industri di Lembah Klang, seharusnya sudah ada sebuah balai polis di sini. Hal ini terus disuarakan oleh para pemimpin masyarakat  terutama UMNO dan MCA di TPG. Mungkin juga kewujudan balai polis sedia ada di Jenjarom yang berdekatan dengan TPG melambatkan keputusan kerajaan membina balai polis di situ.

Namun, keadaan mula berubah pada awal 1970-an.  Kesan dan status Telok sebagai kawasan perindustrian bebas yang baharu di Kuala Langat serta pertambahan penduduk yang mendadak ekoran penghijrahan masuk penduduk ke sini memaksa kerajaan mengadakan infrastruktur lengkap termasuk sebuah balai polis baharu yang kekal dan besar. Tetapi, entah di mana silapnya, mungkin tiada peruntukan oleh kerajaan pada masa itu, sebuah balai polis yang unik diwujudkan di Telok. Unik kerana inilah mungkin satu-satunya balai polis di Kuala Langat, bahkan mungkin di Selangor yang disewa di sebuah blok rumah kedai dua tingkat di Batu 10 Kebun Baru, berhadapan jalan raya utama Klang-Banting. Sudah pasti fasilitinya terhad tanpa kuarters. Sepatutnya balai polis ini disebut pondok polis sahaja. Tak ada rotan akar pun berguna. Berkat kesabaran penduduk dan warga polis di sini, maka, di tapak berhampiran bersebelahan lot rumah kedai itu kini dibina sebuah balai polis serba lengkap dan besar, menggantikan 'pondok' yang telah lebih 30 tahun mencurahkan berbakti.

Balai Polis Telok Panglima Garang yang disewa daripada rumah kedai di Taman Desawira di selekoh Batu 10 Jalan Kebun Baharu dalam tahun 1970-an

Balai Polis Telok Panglima Garang kini

Klik pada pautan-pautan di bawah untuk butiran terperinci

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
23 JUL 1902
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0103513W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE STATUTORY BODIES
Source
:
Date
:
25 JAN 1952
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0688510W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
31 DEC 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0081886W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Rabu, 22 Jun 2022

Sejarah Jeti Batu Ampar di Jugra

Salam buat cucu-cucu Atok semua. Semoga korang sihat-sihat belaka. Atok dan Wan pun sama. Sihat Walafiat Wallet masih tebal and minyak urut Afiat masih ada stok kat rumah. HaHaHa...Saja Atok buat lawak-lawak bodoh pagi-pagi ini. Tak gelak pun tak apa asalkan muka ada senyum. Cuti-cuti hujung minggu jarang Atok dan Wan ada kat rumah. Berjalan sakan aja kita orang.. Bukannya apa, bosanlah asyik terperap jer kat rumah.  Maka Sabtu dan hari minggu memang escapism buat kami. Bukannya apa sangat, dapat tengok suasana kat kampung-kampung pun kami dah seronok banget.. Anak Atok pulak minat memancing. Kadang-kadang sampai ke Jugra dia membangau. Katanya Jugra seronok, menenangkan. Mungkin ada benarnya. Ramai kaki-kaki pancing pilih Batu Ampar kat Jugra tu sebagai favourite spot diorang.. Korang tahu tak Batu Ampar tu apa? Batu Ampar itu tempat bot berlabuh suatu ketika dahulu. Maksud Atok tempat macam jeti atau pengkalan. Kalau nak kata pelabuhan pun OK juga tapi panggil jer pelabuhan sungai. Itu dahulu! Zaman Sultan Abdul Samad. Sekarang tak ada apa yang tinggal kecuali tapak jeti konkritnya. Itupun kalau korang perasan. Yang tak tahu ingatkan macam sebahagian daripada jalan raya sahaja. So, entri Atok kali ini memang ada berkaitannya dengan jeti Batu Ampar di Jugra suatu masa dahulu. Begini kisahnyAa.......

Pengenalan

Batu Ampar bermaksud sebuah batu besar yang lebar dan rata yang kelihatan terhampar atau terbentang luas. Batu Hampar dulunya merupakan sebuah pelabuhan sungai yang agak pesat membangun pada kurun ke-14.Sekiranya berlakunya angin ribut yang kuat di laut Selat Melaka, maka kapal kapal pedagang ini akan memasuki Kuala Sungai Jugra dan mudik menyusuli sungai Jugra hinggalah sampai ke Batu Ampar.Di sinilah semua kapal akan berlabuh dan mengambil air tawar. Ketika itu Sungai Jugra tidaklah sebesar dan seluas sekarang. Menurut cerita orang tua tua dahulu Batu Ampar mendapat namanya dari sebuah batu berwarna hitam kelabu yang terdampar di tepi sungai itu. Batu ini dikatakan hidup. Setiap tahun ianya akan melebar. Selain mempunyai sejarah, Batu Ampar juga menyimpan banyak cerita cerita misteri dan mistiknya. Di sini juga dikatakan Laksamana Hang Tuah pernah datang dan menyabung ayam. Di atas batu tersebut  kononnya ada kesan tapak kaki Hang Tuah dan tapak kaki ayamnya. 

Batu besar yang terdapat di lereng Bukit Jugra mengunjur ke tebing sungai
Kelihatan batu keras itu menghampar dan rata
Pandangan dari atas bukit batu ampar di Jugra

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut.  Bijih timah diangkut dengan tongkang sehingga pengkalan berhampiran bandar Temasya (Bandar Langat) dan kemudian diangkut menggunakan kereta lembu melalui jalan darat sejauh 4 batu ke Batu Ampar dan dipunggah semula ke atas kapal wap yang sedia menunggu di Kuala Jugra. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan sejauh 200 ela dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak cabang kedua sungai Langat tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. 

Maka pada sekitar pertengahan tahun 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan. Usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding  aliran utama Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu. Dalam masa beberapa tahun sahaja sungai ini semakin membesar dan mendalam kerana  hakisan tebing akibat arus sungai yang deras sehinggalah menjadi sungai.  Maka wujudlah Pulau Carey yang kita kenali sekarang.

Setelah campurtangan Inggeris di Selangor pada tahun 1873 bermula, Jugra semakin dikenali. Pentadbiran Inggeris mula membina infrastruktur awam seperti Balai Polis dan penjara, jeti dan pelabuhan Jugra. Sebagai pusat pentadbiran Selangor, beberapa perahu dan kapal wap milik kerajaan berulang alik dari Klang ke Jugra. Kapal wap Abdul Samad membawa penumpang diraja, pengurus- pengurus estet berdekatan dan pegawai kerajaan di samping mel. Kapal wap Enid berulang alik ke Jugra dari Klang ke Jugra  dua minggu sekali. Pada minggu berikutnya kapal tersebut belayar dari Klang ke Kuala Selangor. Kapal Sri Panchore sebuah kapal wap dari Singapura menjadikan Jugra sebahagian daripada laluan dan singgahannya.Tongkang dan kapal wap kepunyaan pedagang berbangsa Cina juga berlabuh di jeti Batu Ampar, Jugra. Jeti Batu Ampar terletak di tepi sungai Jugra.Jarak dari Rumah Pasung ke Batu Ampar lebih kurang 400 meter sahaja.

tapak jeti lama jelas kelihatan dari susur Bukit Jugra

Pada bulan Jun 1881, kerajaan merancang untuk membina jeti kayu berlantaikan papan daripada kayu merbau di Batu Ampar. Pembinaannya dan sebuah  pejabat kastam dianggarkan memakan biaya sebanyak $700 serta dijangka mengambil masa tidak melebihi 5 bulan untuk disiapkan. Dalam bulan  Oktober 1881 satu pelan jeti baharu diluluskan dan dibina oleh kontraktor bernama Hendrick Appoo. Jeti itu dikatakan sejauh 20 kaki dari tebing dan mempunyai  tangga turun hingga ke paras air surut.

Lima tahun kemudian, dalam bulan Disember tahun 1886, kerajaan merancang membina sebuah jeti baharu yang lebih baik, lengkap, serta jeti penambatan bot, dengan penginapan untuk pekerja bot. Keseluruhan kos projek ini dianggarkan $1000. Dalam bulan Disember 1887, sebuah jeti baharu telah siap dibina oleh kontraktor Haji Mohamad Tahir bin Mat Sadin (Saidin?) dari Jugra. Kerajaan juga menaiktaraf jalan ke jeti tersebut. Sekali lagi pada 13 Julai 1889, dermaga di Jugra  dapat disiapkan sepenuhnya.

Pelabuhan jugra sebagai pintu masuk Candu ke Selangor pada tahun 1880

                                

    Kapal-kapal Louise III dan Helene membuat persinggahan di pelabuhan Jugra

Bilangan kapal dan tongkang serta sampan yang masuk dan keluar dari Jeti Batu Ampar pada tahun 1890.

Jugra kemudian berkembang menjadi sebuah pekan yang maju berikutan penemuan longgokan timah bermutu tinggi (68% tulin) Pada bulan November 1891, dan seterusnya bijih timah dilombong di  sepanjang Sungai Jugra hingga ke pantai Selat Melaka. Terdapat dua baris deretan kedai dibina di pekan ini bagi memenuhi keperluan penduduk tempatan, pekerja estet dan pentadbir British. Untuk memastikan kemajuan ekonomi pekan Jugra terus berkembang, semua kedai dan perusahaan di sekitar Kg. Bandar dipindahkan ke sana.

Dalam tahun 1892, pelan pembangunan jeti Jugra dianggarkan sebanyak $1297.67 telah diluluskan kerana keadaannya yang kian membahayakan akibat hakisan arus sungai. Tender baharu untuk jeti baharu dengan peruntukan sebanyak $1250 dikeluarkan dalam bulan Disember 1896. Pada 2 Disember 1896 Haji Mohamad Tahir bin Mat Sadin (Saidin?) dari Jugra  telah menulis surat kepada Residen British ketika itu, memohon agar kerja-kerja pembinaan jeti, pasar dan penambakan kawasan paya di Jugra diberikan terus kepadanya. Namun tender tersebut berjaya diperoleh oleh kontaktor bernama Lee Bing. Dikatakan dalam bulan Mei 1897, pembinaan jeti baharu mula tergendala kerana masalah yang disebabkan oleh kekurangan tenaga pekerja. Dalam bulan September 1897, pihak Jurutera Negeri mendapati jeti ini tidak lagi selamat untuk dibaiki kerana sebahagiannya telah runtuh ke dalam sungai. Mereka mencadangkan agar kontrak baharu dikeluarkan memandangkan kontraktor kini tidak dapat menyiapkan kerja-kerja yang tertunda walaupun tambahan masa telah diberikan. Mereka juga mencadangkan agar penambakan dasar sungai dengan batu granit yang diambil dari kuari Bukit Jugra dengan kedalaman 30 kaki supaya asas jeti menjadi lebih kukuh. 

Bekas Kuari di Bukit Jugra dari mana batuan granit diperoleh untuk membina asas jeti

Peta lakar binaan dan kedudukan jeti ini pada tahun 1899

Dalam tahun 1908, jeti ini dibaiki lagi dengan peruntukan sebanyak $500. Pada tahun 1909 pekan Jugra diuruskan oleh Sanitary board yang menguruskan kerja-kerja perbandaran seperti penyalaan lampu awam dan sebagainya. Namun pada tahun1912, keadaan jeti jugra begitu daif kerana sudah tenggelam ke dalam sungai kerana arus sungai yang deras. Jeti ini terus ditinggalkan apabila pentadbiran daerah Kuala Langat dipindahkan ke Telok Datok dalam tahun 1920.

Pelabuhan Jugra kehilangan kepentingannya setelah wujudnya Pelabuhan Swettenham di Kuala Klang

Jugra became a place of importance for fully a generation. Hari ini Batu Ampar lebih dikenali sebagai tempat memancing ikan.                 








Dokumen-dokumen dari Arkib Negara Malaysia tentang Jeti di Jugra

Surat Makluman Jadual Pergerakan Bot wap 'Abdul Samad' ke Jugra pada tahun 1908

Kos Pembaikan Jeti sebannyak $500 pada tahun 1908

Kerja-kerja membina Susur Anak Gajah menyambungkan jeti ke Station di Jugra dalam tahun 1885


 Berita Kemasukan Steamer 'Sri Panchore' ke Jeti Jugra pada 1881


Sila klik pada pautan-pautan di bawah untuk butiran terperinci dokumen:

Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
4 OCT 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001551W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 SEP 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0072347W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
20 DEC 1887
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0009720W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 DEC 1896
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0066670W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 MAR 1912
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0162686W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 JUN 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001414W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
26 MAY 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0070565W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
9 SEP 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001524W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 JUN 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001419W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
2 DEC 1896
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0066574W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
19 JUN 1888
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0011487W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
20 OCT 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0035076W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
31 MAY 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0032223W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
16 MAR 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0141327W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
22 MAR 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0069545W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
11 JUN 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0040267W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
30 SEP 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0079327W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 AUG 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001491W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 DEC 1886
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0006681W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
13 JAN 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0075293W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
28 SEP 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0072423W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 OCT 1929
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0257809W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 JUN 1927
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0248667W
Hit
:
.
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
13 FEB 1889
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0014158W
Hit
:
34
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:

HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
10 APR 1903
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0108212W
Hit
:
48
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
4 OCT 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001551W
Hit
:
41
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 SEP 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0072347W
Hit
:
36
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
20 DEC 1887
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0009720W
Hit
:
26
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
8 DEC 1896
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0066670W
Hit
:
26
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
29 MAR 1912
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0162686W
Hit
:
26
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 JUN 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001414W
Hit
:
25
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
26 MAY 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0070565W
Hit
:
24
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
9 SEP 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001524W
Hit
:
22
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
21 JUN 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001419W
Hit
:
22
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
2 DEC 1896
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0066574W
Hit
:
21
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
19 JUN 1888
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0011487W
Hit
:
20
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
20 OCT 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0035076W
Hit
:
20
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
31 MAY 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0032223W
Hit
:
19
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
16 MAR 1908
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0141327W
Hit
:
19
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
22 MAR 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0069545W
Hit
:
18
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
11 JUN 1892
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0040267W
Hit
:
18
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
30 SEP 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0079327W
Hit
:
18
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
18 AUG 1881
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0001491W
Hit
:
17
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
14 DEC 1886
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0006681W
Hit
:
16
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
13 JAN 1898
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0075293W
Hit
:
14
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS
Title
:
Category
:
PUBLIC ARCHIVES
Subcategory
:
STATE
Source
:
Date
:
28 SEP 1897
Record Type
:
DOCUMENT
Accession No
:
1957/0072423W
Hit
:
12
Subject
:
DOCUMENT  
Location
:
HEADQUARTERS

Fakta Menarik tentang Stadium Jugra di Telok Datok

  Penyediaan kemudahan awam secara sistematik  di Kuala Langat  hanya bermula apabila British menyediakan  sistem pentadbiran moden. Perkemb...