Salam buat semua. Hari ini Atok ada surprise buat korang. Mesti korang takkan percaya punya! Yang pasti korang mesti tak pernah akan menyangka! Suprise! Atok ada cerita dan bukti tentang wujudnya Hospital di Jugra! Ya hospital, tempat orang sakit macam kat hospital di Banting tuu. Ada doktor, misi, jururawat,M.A, dan staf- staf bawahan yang lain. Juga ada Bilik Mayat sekali..... So, dengarkanlah..... Atok nak story ini....Begini ceritanya....
Masa British mula-mula masuk ke Selangor dahulu, memang Mat Saleh ini tak buatkan klinik atau hospital untuk rakyat jelata. Yang penting bagi mereka macam mana nak punggah hasil bumi Selangor dan Malaya seperti bijih timah, emas dan lain-lain keluar untuk dibawa balik ke England, tempat tinggal Opah Penyamun (Queen) itu.
Tahap kesihatan rakyat yang dijajah langsung tak masuk dalam buku diorang. Orang Melayu tetap ke bomoh dan dukun. Imigran Cina hanya berubat dengan ubat-ubatan tradisional Cina yang disediakan oleh Singseh di lombong-lombong mereka. Mereka (British) hanya bina hospital atau wad rawatan untuk pegawai-pegawai atasan Inggeris termasuk para pengurus ladang dan kaki tangan kulit putih berpangkat rendah. Segala ubat-ubatan dibekalkan daripada ibupejabat kerajaan di Kuala Lumpur. Kalau di Klang atau Kuala Langat, pegawai British yang sakit dan memerlukan rawatan lanjut akan dihantar ke Hospital Eropah (khas untuk orang puteh) di Bangsar atau di Kuala Lumpur.
Mengikut perangkaan British, pada tahun 1891, penduduk Melayu di Kuala Langat seramai 3,092 orang iaitu seramai 827 di Jugra, 818 di Bandar, 324 di Tanjong Dua belas dan 244 di Telok Panglima Garang. Selebihnya di beberapa buah perkampungan yang mempunyai penduduk kurang daripada 100 orang. Hanya apabila kematian demi kematian akibat wabak penyakit seperti kolera beri-beri dan malaria memberi impak besar kepada tenaga kerja di estet dan pejabat mereka, barulah kesihatan umum dipertingkatkan.
Tidak wujud sebarang hospital di Kuala Langat dalam tahun 1888. |
Tahukah korang hospital yang ada di Banting itu bukanlah hospital yang pertama di Kuala Langat? Pada tahun 1893 telah terbina hospital di Jugra. Dari segi takrifan ianya bukanlah hospital yang besar, cuma beberapa buah wad di atas Bukit Jugra dan dibantu seorang dua Dresser atau Medical Assistant, serta beberapa orang staf bawahan seperti tukang masak dan pembantu hospital dan Tukang Kebun merangkap Cleaner.
Penubuhan dan Pembinaan Hospital Jugra
Pada 21 September 1888, satu pasukan perubatan dari Hospital Klang dihantar ke Jugra untuk memeriksa tahap kesihatan Pegawai Daerah Kuala Langat ketika itu yang bernama Turney. Dalam laporan itu dinyatakan dengan jelas penyakit yang menimpa beliau. Juga dimuatkan dalam laporan tersebut pergerakan mereka dari Klang ke Jugra dan sebaliknya yang memakan masa berhari-hari.
Di situ dapat dilihat kepayahan untuk mendapatkan dan memberikan rawatan bagi penyakit biasa. Bayangkanlah kalau hal-hal kecemasan perubatan yang berlaku, terlalu sukar untuk mendapatkan rawatan kerana masalah jalan pengangkutan dan perhubungan ketika itu. Kemudian dalam bulan Februari tahun 1889, berlaku wabak taun dan campak di mana seluruh penduduk Kuala Langat diberikan suntikan vaksin.
Justeru, atas rentetan peristiwa-peristiwa tersebut, maka pada 29 Mei 1891, pihak Pejabat Daerah Kuala Langat, dengan sokongan daripada PWD (JKR kini) serta Pejabat Kesihatan memajukan permohonan kepada pihak Residen di Kuala Lumpur agar dibina sebuah hospital kecil di daerah Kuala Langat dan ditempatkan juga Dresser di hospital tersebut. Mereka juga mencadangkan agar hospital tersebut dibina di atas Bukit Jugra. Pada 17 Mei 1892, Pihak PWD telah mengemukakan pelan pembangunan Hospital Jugra, siap dengan kuarters Dresser dan gudang ubat.
Lokasi dan Kedudukan Hospital di Jugra
Tidak lama kemudian, pada 17 Jun 1892, kerajaan menawarkan tender pembinaan hospital tersebut kepada kontraktor awam. Namun pihak kontraktor memaklumkan kesukaran mengangkut bahan binaan ke lokasi tapak hospital tersebut yang terletak di atas Bukit Jugra. Alhamdulillah, pembinaannya dapat disiapkan dan beroperasi mulai tahun 1893.
Kedudukan Hospital Jugra di atas Bukit Jugra dalam tahun 1903 |
Kedudukan hospital yang nyaman dan berangin menghadap Selat Melaka dan Pulau Carey |
Pada 27 November 1897, kerajaan merancang untuk membina sebuah reservoir untuk kegunaan dan penyimpanan air hospital ini memandangkan kesukaran mengangkut air dari perigi awam yang terletak di kaki Bukit Jugra ini sebelum ini. Punca anak sungai di atas bukit tersebut telah dikenalpasti untuk tujuan pengempangan dan penyaluran air bersih ke hospital tersebut.
Dalam tahun 1898, kuarters untuk Dresser Melayu telah didirikan. Dalam tahun 1905 berlaku peningkatan pesakit seramai 197 orang berbanding 122 orang dalam tahun 1904. Pernah ramai pekerja estet dari Ladang Tumbok dimasukkan ke dalam wad di hospital ini dalam bulan Februari 1913.
Hospital ini pernah ditutup buat sementara pada 19 April 1918 hingga 15 Oktober 1918. Pada tahun 1924, penambahan kuarters di Hospital Jugra diluluskan. Selepas itu tiada lagi sebarang berita atau dokumen rasmi daripada Arkib Negara Malaysia tentang nasib Hospital Jugra sehingga kini.
Sumber Manusia
Dresser
Dresser pada istilahnya merujuk kepada pembantu. Terdapat pelbagai gred Dresser ini. Tahap IV merujuk kepada pembantu yang mempunyai pengetahuan dalam membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Juga dikenali sebagai Apperentice Dresser. Tugasnya umum, membantu Dresser yang terlatih dan lebih berpengalaman. Dresser Gred I setaraf dengan Medical Assistant yang mempunyai Diploma in Medicine. Pada mulanya dikatakan seorang sahaja Dresser, mungkin Gred III ditempatkan di Jugra pada tahun 1892. Kemudian seorang lagi Dresser berketurunan Melayu ditempatkan di sana pada tahun 1898, mungkin untuk meyakinkan orang-orang Melayu tentang perubatan moden dari Barat.
Pada tahun 1899, Ketua Dresser bernama En. Pachy Muttu dikenakan tindakan tatatertib kerana mabuk ketika bertugas, memaki hamun kakitangan hospital dan kegagalan menguruskan pengkebumian jenazah seorang pesakit di hospital tersebut. Pada 16 Ogos 1911, seorang lagi Dresser dituduh membuat laporan perubatan yang tidak tepat terhadap Ketua Pos Jugra dengan mengatakan beliau menghidap demam campak sehinggakan perkhidmatan pos di Jugra tergendala selama lebih 10 hari.
Kakitangan Bawahan
Pada tahun 1898, terdapat seorang Atendan Hospital, seorang Tukang Masak, seorang Tukang Kebun serta seorang Pengangkut Air yang digajikan di Hospital Jugra. Selepas pembinaan empangan kecil di atas Bukit Jugra untuk kegunaan hospital didirikan, jawatan Pengangkut Air telah ditiadakan, sebaliknya digantikan dengan 'Toty', seakan Pekerja Am. Mulai tahun 1907, terdapat 6 orang kakitangan bawahan, iaitu 2 orang Atendan, 2 orang Tukang Kebun, seorang Toty dan seorang Tukang Masak yang bekerja di hospital ini
Setiap tahun pihak hospital telah mengeluarkan tender untuk membekalkan barangan basah dan kering untuk bekalan pemakanan pesakit di wad. Biasanya tender diterima daripada pekedai -pekedai di pekan Jugra kerana cepat, segar dan lebih murah.
Berikut adalah perincian tender untuk dapur Wad di Hospital Jugra pada tahun 1899:
Atok memang rasa terkilan dan ralat mengapalah orang putih dahulu robohkan terus hospital di atas bukit itu? Kalau mereka hendak pindahkan keseluruhan ibupejabat pentadbiran Kuala Langat ke Telok Datoh pada tahun 1920, at least biarkanlah hospital dan rumah rehat di Jugra kekal di sana. Lagipun orang sakit memerlukan tempat yang tenang lagi menyihatkan seperti di atas bukit. Lihat sahaja Rumah Rehat di Bukit Fraser dan di Cameron Highlands, wujud sehingga ke hari ini. Akibatnya, berpuluh-puluh tahun orang-orang di Kuala Langat dan Sepang terpaksa berkorban wang ringgit dan masa ke Hospital Klang kerana tiada lagi perkhidmatan di Hospital Jugra. Jika mereka pekerja estet, mereka sememangnya ada hospital estet masing-masing. Tapi untuk golongan marhaein, orang kampung biasa bayangkanlah mereka terpaksa ke Klang yang jauh jaraknya dari Banting kira-kira 32 km, berbanding ke Jugra yang hanya 10 km sahaja dari pekan Banting. Kalaulah penyakit mereka serius dan kronik, kita faham tetapi kalau sakit yang hanya memerlukan sehari dua pengawasan doktor di wad, tidak perlulah mereka ke sana. Mereka hanya rakyat bawahan, bukanlah pegawai besar!
Bayangkanlah, dari tahun, mungkin tahun 1924 sehinggalah terbina hospital di Banting pada tahun 1975, jarak masa lebih 50 tahun, mereka terpaksa dan dipaksa ke Hospital Klang. Pasti ramai yang tak mampu berulang alik ke hospital Klang. Akhirnya mereka pasrah dengan penyakit mereka dan beralih kembali kepada perubatan tradisional di kampung masing-masing sehingga ajal menjemput mereka. Kalaulah dapat diundurkan masa, pasti Atok bertekak dengan Pegawai Daerah dan Residen Mat Saleh bongok di Kuala Langat dan KL itu.. Bia Atok hempuk kepala diorang, bagi bergerak sikit otak beku mereka yang tak berpandangan jauh itu. Rascals and Cinabeng!
Notification
Sorry! To add this item you have to login/register.