Salam buat semua. Alhamdulillah, Malaysia masih aman. Tiada rusuhan walaupun PRU 15 yang baharu lepas sengit. Kita sudah ada PM ke-10 beserta barisan kabinetnya. Masa untuk kita bersatu kembali, walaupun masih ada yang terbuku di hati. Lupakanlah, lima tahun lagi kita berentap kembali. Macam World Cup di Qatar baru-baru ini, siapa yang kalah, sedar diri. Tak ada pula yang merusuh. Begitulah kita hendaknya. Menang taklah bergaya, kalah taklah sampai hilang maruah. Sportmanship mesti mahu tinggi. Life goes on....
Oklah...kali ini Atok banyak bahan dan idea. Minggu lepas, kita dah selesai membicarakan hal-hal di Penjara Pudu dalam dekad 1970-an. Sudah baca ke belum? Kali ini kita bergerak ke tahun-tahun 1980-an. Kali ini banyak cerita penjenayah elit, pengganas, pengedar dadah. Kisah askar mengamuk pasal adiknya dibunuh kerabat diraja. Konsert artis di penjara dan banyak lagi. Korang ambil masa dahulu. Nak buang air ke, buat kopicino ke. Rileks, kosongkan minda, kemudian baru baca sampai habis.Lepas itu komenlah sikit. Beritahu kat Atok pendapat korang. Kena tambah ke, kena korek lagi cerita ke, berilah tahu Atok.
Cerita pasal penjara ini sampai kiamat pun takkan habis punya. Yang beza cuma penjenayahnya, teknologi penjaranya, dan menu makanannya. Yang tetap sama ialah kebosanannya. Perkara pertama yang mengejutkan Atok tentang penjara ialah kebosanan. Setiap hari bekerja adalah lebih kurang sama—minggu demi minggu, bulan demi bulan, dan ya, tahun demi tahun demi tahun. Rutin membuatkan kita seperti kebas dan batuk yang berterusan, yang akhirnya, akan memadamkan rasa dan pemahaman kita tentang masa itu sendiri.
Pakaian setiap orang adalah sama. Sel adalah sama. Jadual harian adalah sama. Makanan, bagaimanapun, adalah sedikit variasi namun berputar perkara yang sama, berulang kali. Bayangkan, korang pergi bekerja pada masa yang sama setiap hari. Pergi untuk rekreasi pada masa yang sama. Mandi pada masa yang sama. TV dihidupkan dan dimatikan pada masa yang sama setiap hari. Bagi sesetengah orang, ia selesa, boleh diramal. Bagi yang lain, bagaimanapun, ia menjengkelkan.
Kebosanan menghakis keperibadian sehingga kita merasakan kita tidak lagi wujud. Setiap banduan mempunyai nombor. Sesetengah orang mempunyai nama yang nama atau serupa, tetapi tidak ada yang mempunyai nombor yang sama. Rutin … rutin … dan kemudian beberapa rutin lagi.
Perkara kedua yang Atok tidak sangka ternyata adalah penghuninya. Ya, Atok menjangkakan orang yang "jahat". Tetapi Atok tidak menjangkakan begitu ramai daripada mereka mempunyai "kapasiti yang semakin merendah." Bukan untuk meletakkan perkara yang terlalu baik, tetapi terdapat ramai orang di penjara membuat keputusan yang sangat bodoh. Tetapi apabila anda perlu membuat pengiraan sosial berdasarkan kemungkinan seseorang melakukan sesuatu yang tidak wajar atau bodoh, ia menjadikan hidup lebih rumit daripada yang sepatutnya.
Penjara Pudu dalam tahun 1980-an |
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU
Sumber Manusia
Statistik kes hukuman mati kerana memiliki senjata api secara haram dan rayuan pengampunan 1970-1988 |
Kad waran Warder Penjara (Muka belakang) |
Kad Waran Penjara (Muka depan) |
Penjara Kajang dalam bulan Mac 195 |
Maktab Penjara Kajang |
Pegawai berpangkat Inspektor Penjara |
Selain digeruni banduan di penjara, warder-warder juga digeruni lawan di atas padang bola |
Pengedaran Dadah oleh kakitangan Penjara di Penjara Pudu
Statistik tentang Kemasukan berulang ke penjara dalam tahun 1983 |
Statistik tentang kemasukan ke Penjara di Malaysia dalam tahun 1984 |
Tahun 1985 juga menyaksikan kesesakan teruk berlaku di semua sel bilik dalam penjara ini yang padat memaksa mereka tidur secara bergilir-gilir sehinggakan ada yang bersuara di tengah malam meminta belas ihsan, “cikgu, tolong! Kami tidak boleh tidur.
”Bayangkan bagaimana keadaan mereka seramai belasan orang, sepatutnya untuk lima orang banduan sahaja, boleh duduk di dalam sebuah sel, Keluasannya lebih kurang 5 x15 kaki yang panas sampai berpeluh badan, ada yang tidur kepalanya berhampiran tong najis. Dalam sel bilik penjara ini tiada tandas atau jamban, setiap bilik dibekalkan tong najis kecil berwarna hitam sekiranya hendak membuang air besar dan setiap pagi mereka akan keluar dan wajib mengangkut tong najis di sel masing-masing untuk dibersihkan.
Setiap hari wadar penjara bertugas akan membuat rutin pemeriksaan khas dan membuka bilik pada jam 7.00 pagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menghirup udara yang keluar dari bilik banduan amat kurang menyenangkan, rasa tidak tahan dengan bau badan mereka yang cukup menusuk hidung!.
Program-program untuk Mengatasi Masalah kesesakan Banduan dan Kes Tertunda di Penjara Pudu
1. Pemindahan Banduan ke Penjara Kajang
Kesesakan di penjara Pudu mula terasa sehingga 400 orang banduan dipindahkan ke Penjara Kajang dalam tahun 1983 |
2. Perbicaraan Mahkamah di Penjara Pudu
Hakim pula ke Penjara dalam tahun 1983. Pejabat-pejabat di Penjara Pudu terpaksa dijadikan ruang mahkamah kerana kes-kes tertunda mencecah 500 seminggu |
3. Penggiliran Penggunaan Sel Tahanan oleh Banduan
Penjara Pudu sesak dengan 3,500 banduan dan banduan wanita seramai 300 orang dalam tahun 1983 |
Program untuk pesalah kecil diberikan khidmat masyarakat berbanding hukuman penjara dalam tahun 1983 |
Inovasi program-program penjara dalam tahun 1983 |
6. Perubahan Landskap Penjara Pudu
Aktiviti Melukis Mural terpanjang di dunia pada dinding luar Penjara Pudu dalam tahun 1984 |
Khong Yen Chong, pelukis asal mural Penjara Pudu. (sumber : The Star, 17 June 2008) |
7. Program Hiburan untuk Banduan
Ito and the Blues Gang |
Konsert Jail House Rock dijayakan oleh Kumpulan Rock Search, Gersang, dan Shima and The Boys di Penjara Pudu, Kuala Lumpur mendapat sambutan hangat. Konsert yang diadakan di dalam Penjara pada bulan Oktober 1989 adalah khusus untuk banduan-banduan sempena sambutan Hari Raya .
Kumpulan Gersang menghiburkan hampir 2, 500 banduan selama dua jam dalam konsert tersebut. |
Kumpulan Shima and The Boys juga tidak ketinggalan menghiburkan para banduan dalam tahun 1989.
PENGURUSAN BANDUAN
Mengikut penulisan S. Karthigesu, bekas pensyarah yang dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi sebelum dibebaskan dalam tahun 1981, kita mengetahui serba sedikit kehidupan seharian serta rutin yang terpaksa dijalani oleh semua banduan sepanjang mereka ditahan di Penjara Pudu. Sememangnya MEMBOSANKAN. PENUH KEMURUNGAN.
Kemasukan ke Penjara
Terdapat 3 kategori banduan mengikut warna kolar baju seragam banduan;
Banduan Baharu : (3 bulan ke bawah) Warna merah
Banduan Biasa: (4 -18 bulan) Warna hijau
Banduan Senior (19 bulan ke atas) Warna biru.
Mereka hanya dibenarkan keluar dari sel mengikut waktu dan giliran yang ditetapkan.
Landskap Penjara Pudu |
Pintu Kemasukan ke Blok Sel Tahanan |
Kelam dan gelap ketika melalui pintu besi ini |
Suasana kaki lima antara sel-sel tahanan |
Setiap ahli sel diberikan kad bilik |
Banduan baharu akan 'dibicarakan' dalam sel dan disuruh 'membela diri'. Sesetengah banduan hanya duduk sahaja, meratapi nasib, serta menambah kemurungan, dan tidak bersedia untuk move on. Yang lain berusaha untuk 'meriangkan' kehidupan mereka di penjara. Setiap sel menempatkan lima orang banduan kecuali Banduan Akhir yang diletakkan seorang sebilik. Ramai juga anggota polis, tentera dan pegawai kerajaan ditempatkan dalam bilik khas, yang dinamakan Bilik Asingan, dan mendapat sedikit kelebihan dari segi layanan. Tempat tidur banduan memang teruk. Mereka tidur di atas lantai simen berbekalkan selimut kecil. Banduan Akhir mendapat tilam nipis dan selimut. Semua orang tidur tanpa bantal.
Suasana ketika mandi pagi di kolah awam |
Roll Call setiap pagi di kawasan lapang penjara |
Waktu makan di Penjara Pudu begitu pelik. Mungkin juga perkara yang sama berlaku di seluruh sistem penjara di Malaysia pada masa itu. OKlah, sarapan pagi bermula jam 7 pagi. Nampak normal, macam kat warung dan kopitiam di kampung dan pekan. Tapi,kalau makan tengah hari tepat jam 10 pagi dan Waktu makan malam pukul 2 petang sememangnya pelik dan menghairankan. Kenapa dan rasionalnya boleh tercipta jadual makan semacam itu, sebegitu, korang tanyalah orang-orang besar Penjara, Atok tak ada jawapan. Blank macam korang juga. Bayangkan jarak antara waktu Makan Malam (2 petang) dan waktu Sarapan Pagi esoknya (7 pagi) hanyalah 17 jam. Umangai! Mahu gastrik siap tercirit banduan pasal perut masuk angin. Makanan tak boleh, minuman pun tak dibenarkan. Apakah ini salah satu bentuk penderaan dan pengajaran untuk mereka? Wallahu alam bissawab. Ente tanya ana memang tak boleh jawab! Mahu tak mahu, mereka perlu kreatif. Nak hidup mesti bijak dan panjang akal. Tak boleh cara ini, buat cara itu.
Apa yang mereka buat. Mereka makan sedikit dan simpan baki makanan untuk dibawa balik ke sel. Tetapi ada masalah besar. Tray makanan dan gelas minuman tak boleh dibawa keluar dari Dewan Makan. So solutionnya , beg plastik ler. Beg plastik tak apa, cuma janganlah bawa terang-terang depan mata warder. Kena respek sikit warder. Lagipun warder itu cuma manusia biasa, ada peri kemanusiaannya. Diorang tahu, tapi buat donno (don't know) jer. Sorok-soroklah sikit. Yang jadi masalah, cuma semut dan lipas serta kucing dalam sel sahaja. Pandai-pandailah korang settlekan.
Banduan mengambil tray makanan mereka |
Menu standard penjara memang teruk daripada level B40, tapi seimbang. Makan 3 kali sehari. Bubur nasi, lauk ikan 3 hari sekali, 2 kali seminggu, serta lauk ikan masin 4 hari seminggu, selain nasi dan sayur. Sorrylah, tak ada kopi atau teh. Cappucino dan latte Malu Apa Bossku?!. Seminggu sekali jer baru dapat makan sedap-sedap seperti lauk kambing, lembu atau babi🐟 🐃🐄.🐖.
Setiap banduan layak untuk kuota 60 batang rokok. Tiada wang dibenarkan disimpan di sel tahanan. Kadang-kadang rokok dijadikan wang tunai untuk pertukaran dengan makanan. satu atau dua batang untuk makanan, 4 batang untuk daging kambing, untuk ikan pula, harganya rokok sebatang. Pelawat berupa ahli keluarga terdekat dibenarkan datang seminggu sekali kecuali hari Ahad. Pelawat hanya boleh membelikan minuman dari kantin penjara untuk banduan. Seminggu sekali,mereka dibenarkan menulis surat.
Mereka banyak menghabiskan masa dalam sel, cuma sekejap sahaja mereka ke tempat-tempat yang diarahkan. Semuanya patuh tanpa bantahan. Pukul 7 pagi semua keluar daripada sel untuk roll call, Dewan Makan, Mandi, kerja. Semua dikurung semula dalam sel dari 11 pagi sampai 2 petang, turun makan malam pukul 2 petang, masuk balik sel pukul 4 petang, turun balik untuk berekreasi 5 petang sehingga 7 malam.Tahanan reman dan banduan kolar merah masuk sel 7 malam, Hijau dan biru dikurung pukul 4 petang tetapi dibenarkan keluar jam 5 petang. Hijau pula kena kurung balik jam 6 petang manakala kolar biru jam 7 malam. Masuk balik dalam sel sehingga pukul 7 pagi keesokan harinya. Bayangkanlah, keseluruhannya, 17 jam dalam lokap.
Blok Banduan Akhir menempatkan banduan yang disabitkan hukuman mati dan tahanan ISA. Seorang satu sel. Mereka tidak dibenarkan keluar kecuali untuk mandi, itupun hanya untuk 20 minit sahaja sebelum dikurung semula. Makanan mereka dihantar ke sel. Mereka tidak dibenarkan bekerja atau bergaul dengan banduan lain menyebabkan mereka hampir gila. 3 buah bilik akhir untuk banduan yang akan digantung keesokan harinya. Mereka akan bersalam-salaman dengan banduan-banduan lain. Biasanya tiga orang akan digantung serentak Semalaman sebelum hari hukuman, mereka tidak tidur. Mereka bernyanyi atau meminta seseorang menyanyikan lagu kegemaran mereka, bertujuan menghilangkan kerisauan memikirkan nasib malang yang pasti tiba selepas Subuh keesokan harinya.
Suasana suram dan muram di blok Banduan Akhir |
Suasana Bilik Gantung menyeramkan |
Rutin Harian Banduan
Penulisan S. Kartigesu tentang kehidupannya di Penjara Pudu dalam tahun 1981 |
Dato' Mokhtar Hashim ialah seorang bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Datuk Mokhtar Hashim telah dituduh membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib. Beliau ditembak mati secara kejam oleh Datuk Mokhtar Hashim untuk menghalangnya daripada pilihan raya umum. Ketika itu 8 hari lagi akan diadakan Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 pada 22 April 1982. Puncanya kedua-dua mereka adalah musuh politik dalam UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing berebut jawatan.
Pembunuhan itu dilakukan di Kampung Seri Asahan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982. Datuk Mokhtar Hashim telah ditangkap di rumahnya di Jalan 16/6, Petaling Jaya jam 1.30 pagi. Orang lain yang terlibat termasuklah Rahmat Satiman (46 tahun - ketua kampung ), Nordin Johan (33 tahun - peniaga) , Aziz Abdullah (65 tahun, kerja sendiri, Aziz PJK) dan Aziz Tumpuk. Sekurang-kurangnya lima orang dipercayai terlibat dalam cubaan membunuh seorang saksi dalam perbicaraan termasuk Menteri Kebudayaan.
Sumber yang boleh dipercayai berkata Mokhtar telah dinasihatkan demi kepentingan terbaik beliau dan keluarganya untuk menawarkan peletakan jawatannya sebelum perbicaraan bermula dalam bulan Oktober. Mokhtar Hashim meletak jawatan tidak lama kemudian. Beliau memfailkan permohonan kebenaran bagi membatalkan dua sijil dikeluarkan oleh Peguam Negara dan perintah Mahkamah Majistret Tampin dalam memindahkan kesnya ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran tersebut.
"Headman beritahu saya plot terhadap Taha'. Perancangan telah dilakukan di rumah Mokhtar, inspektor memberitahu mahkamah Ketua Kampung Rahmat Satiman memberitahu polis mengenai plot oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar hashim untuk menjatuhkan bekas Speaker Negeri Sembilan Datuk Mohamed Taha Talib, Satu set daftar lokap dan diari balai yang dikehendaki pihak pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Mohamad Tana di sini didapati telah tiada".
Mahkamah Tinggi menolak permohonan peguam bela yang mencabar kredibiliti pekerja kampung dan pemberi maklumat polis, Encik Atun bin Ali, yang merupakan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Mokhtar. Mahkamah Tinggi menolak keterangan saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan Mokhtar apabila kreditnya diselewengkan. Dalam mendakwa kredit Abdullah Ambek. Hashim Yeop Sani disifatkan sebagai penjelasan Abdullah yang tidak munasabah
Jawapan Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi Malaysia tidak syak lagi bahawa peluru yang membunuh fomer Speaker DUN Negeri Sembilan telah dilepaskan daripada senjata api Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar hashim,
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan menteri Kabinet Mokhtar hashim memulakan pembelaannya terhadap tuduhan membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negri Sembilan itu. Hakim Hashim Yeop Sani berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pendakwaan dalam masa 45 hari pendengaran.
Orang ramai berhimpun di Mahkamah Tinggi untuk mendengar Datuk Mokhtar hashim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, mulakan hujah pembelaannya. Mahkamah Tinggi yang telah melepas dan membebaskan dua lelaki atas satu pertuduhan membunuh bersama Datuk Mokhtar Hashim, memerintahkan mereka ditahan semula sementara menunggu rayuan pendakwaan.
Tidak ada saksi yang nampak Mokhtar Hashim di ladang kebun getah, pada waktu bulan mengambang. Tetapi pistol dan peluru yang menjalani ujian balistik jelas menunjukkan ia milik Mokhtar Hashim. Kebanyakan ahli parlimen menyimpan pistol mereka demi keselamatan peribadi.
Mokhtar, bagaimanapun gagal dalam permohonan di mahkamah Tinggi untuk mendapatkan kebenaran menguji senjata api yang didakwa digunakan oleh Datuk Mokhtar Hashim dan empat yang lain yang didakwa digunakan untuk membunuh Datuk Mohamed Taha Talib, tahun lepas.
Pihak pembelaan dalam perbicaraan Mokhtar menutup kesnya selepas perbicaraan selama 75 hari, antara perbicaraan terpanjang di Malaysia. Penyerahan akan bermula selepas cuti Tahun Baharu Cina. Seramai 74 saksi telah dipanggil. Awalnya, hanya 20 hari sahaja yang diketepikan untuk perbicaraan Mokhtar. Namun ketika perbicaraan berlangsung, pihak pendakwaan memanggil 31 saksi, manakala pembelaan 43 orang lagi menyebabkan perbicaraan mengambil masa 75 hari.
Penghakiman dikhaskan pada 19 Feb 1983. Perbicaraan selama 75 hari pada 1983 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguambela bagi pihak Mokhtar Hashim ialah Jagjit Singh. Peneroka Felda yang menjadi saksi alibi tidak hadir semasa perbicaraan. Ketua polis yang menyiasat kes itu ialah Musa Hassan. Datuk Mokhtar hashim yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh bekas Speaker DUN Sembilan, Datuk Mohamed Taha Talib oleh Mahkamah Tinggi . Pada 6 Mac 1983, Hakim Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani menjatuhkan hukuman mati terhadap Datuk Mokhtar hashim, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Ketua kampung, Rahmat Satiman, turut dijatuhi hukuman mati,
Mahkamah mendapati pembunuhan Taha dirancang dengan bijak, dilaksanakan dengan kemas dan hampir menjadi jenayah sempurna' Hakim berkata Datuk Taha adalah "penghalang kepada perluasan kuasa dan pengaruh Datuk Mokhtar" dan alibi itu "benar-benar palsu dan direka bentuk."
Datuk Mokhtar Hashim kemudiannya mengemukakan rayuan terhadap sabitan terhadapnya. Peguamnya telah memfailkan 33 alasan rayuan. Rayuan terhadap hukuman mati ditolak Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas bekas menteri Datuk Mokhtar Hashim, tetapi membebaskan ketua kampung Rahmat Satiman, 55, daripada tuduhan membunuh Datuk Mohamed Taha Talib.
"Fungsi Lembaga Pengampunan Malaysia hanyalah untuk memberi nasihat kepada Agong, bukan untuk meringankan hukuman mati", kata Mahkamah Agung dalam memberi alasan menolak rayuan kes terhadap hukuman mati.
Hanya pengampunan diraja boleh menyelamatkan bekas menteri kabinet itu, selepas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya. Peguamnya, Jagjit Singh, berkata beliau akan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Pengampunan dan memfailkan pengampunan diraja, hanya harapan kini kepada pengampunan Agong. Sementara itu, Datuk Mokhtar Hashim yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh bekas Speaker DUN Sembilan, Datuk Mohamed Taha Talib oleh Mahkamah Tinggi, masih ahli Parlimen Tampin. Dia akan terus menerima $ 3,000 sebulan. Bekas menteri Kabinet Datuk Mokhtar hashim akan kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga petisyen pengampunannya terhadap hukuman matinya didengar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Kedudukan Dato Mokhtar Hashim dalam UMNO dalam tahun 1983 |
Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim, yang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Pudu, dibebaskan selepas mendapat pengampunan diraja. Timbalan Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Mohd Nazri Khushairi mengesahkan bahawa Datuk Mokhtar, 49 tahun, dibebaskan oleh mahkamah pada 10 Julai 1991, selepas menerima pengampunan diraja. Beliau disambut oleh isteri dan anak perempuannya. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pada 18 November 2020, jam 3.10 pagi di Hospital Ampang dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada jam 12.30 tengahari.
Pada 9 November 1983 , dua orang rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin. Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.
Kevin John Barlow Brian Geoffrey Shergold ChambersPerjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak. Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia. Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapura dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah. Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam di sebuah pantai di Pulau Pinang. Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya. Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersesebut ke dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers.
Semasa mereka tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas 9 November 1983, Barlow dan Chambers telah diperhatikan sejak mereka turun dari teksi. Barlow membawa beg merah yang mengandungi dadah tersebut dan berjalan memasuki lapangan terbang manakala Chambers dilihat sedang membayarwang kepada pemandu teksi dan memegang beg kepunyaan Barlow. Semasa Barlow melintasi ''luggage scanning area'' pegawai yang bertugas memerhatikan keadaan Barlow pada masa itu sangat gugup dan takut.Pegawai bertugas menghampiri mereka dan menyoal siasat mereka. Mereka telah dibawa ke ''interview room'' dan pegawai bertugas mengarahkan mereka membuka beg-beg yang mereka bawa bersama.Chambers membuka beg seperti biasa tetapi Barlow enggan berbuat demikian dan mendakwa beg merah yang dibawa oleh nya adalah kepunyaan Chambers. Akhirnya Chambers membuka beg merah tersebut dan pegawai bertugas menemui dadah di dalamya. Bagaimanapun beliau mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah di dalam beg tersebut. Polis memberi keterangan yang mereka menggigil sewaktu tangan digari.
Mereka telah dipenjarakan di Penjara Pulau Pinang pada tahun 1984 & 1985. Mereka menggambarkan penjara itu penuh sesak. Barlow dan Chambers telah dikurung di dalam sel yang bersaiz dua tiga persegi bersama dengan tiga tahanan lain selama 22 jam sehari. Chambers sangat disukai di dalam penjara tetapi Barlow digambarkan sebagai seorang "gila" dan sering membuat masalah.
Perbicaraan mereka bermula pada 17 Julai, 1985 di Mahkamah tinggi Pulau Pinang. Chambers telah melantik peguam Rasiah Rajasingham dan Barlow pula ialah Karpal Singh. Pada 1 Ogos 1985 Barlow dan Chambers telah hadir untuk mendengar keputusan mahkamah dan mereka menerima hukuman gantung sampai mati. Perbicaraan Kes Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers yang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia bahkan telah dijadikan siri TV pada tahun 1988 dengan tajuk “Dadah Is Death”, bahkan kes ini turut mendapat tentangan daripada rakyat penduduk Australia dan juga Bob Hawke selaku Perdana menteri mereka pada masa itu sehinggakan beliau mengatakan tindakan itu adalah kerja orang gasar (barbarian).
Hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan pengedaran dadah ini adalah hasil daripada pindaan yang dilakukan pada tahun 1983 iaitu tahun yang sama kedua mereka ditangkap, Pindaaan yang dibuat adalah selari dengan pengistiharan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad (PM waktu itu) bahawa Dadah adalah musuh negara dan ancaman kepada negara.
Pada 15 Disember 1985 mereka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Malaysia dan mereka dipenjarakan di Penjara Pudu. Pada 18 Disember 1985 Mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan hakim untuk mengekalkan hukuman mati ke atas mereka. Chambers dilihat menangis di kandang tertuduh apabila hakim membaca hukuman ke atas mereka. Selepas penolakan rayuan mereka, Menteri Luar Australia, Bill Hayden menghubungi Gabenor Pulau Pinang dan meminta agar hukuman itu ditukarkan kepada hukuman penjara atas alasan kemanusiaan. Gabenor Pulau Pinang, sumber belas kasihan terakhir, menolak rayuan pengampunan berulang kali. Dia tidak pernah mengampunkan pengedar dadah. Rayuannya gagal pada Disember tahun itu.
Ibu mereka, Sue Chambers dan Barbara Barlow, telah membuat pembelaan tidak bersalah ke atas anak mereka. Mereka telah menulis surat kepada Sultan Iskandar dan mengakui kesalahan anak-anak mereka dan menyesal dengan perbuatan tersebut. Ibu Chambers berkata dalam satu kenyataan bertulis: "Tiada siapa yang berhak mengambil nyawa orang lain. Ia tidak berperikemanusiaan. Tidak ada lagi yang boleh dikatakan, tetapi dia akan bebas selama-lamanya. '
Karpal, yang membantu Barlow merangka wasiatnya mengenai hukuman mati, berkata beliau telah memberitahunya bagaimana beliau gagal berjumpa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahathir Mohamad, untuk merayu penangguhan pelaksanaan hukuman. Beliau berkata Barlow memberitahunya bahawa Dr Mahathir 'perlu mengambil banyak perkara di dunia antarabangsa.' Kata-kata terakhirnya kepada Encik Karpal adalah: 'Anda telah mencuba yang terbaik. Itulah pengakhirannya.'
Kisah perbicaraan mereka mendapat liputan meluas di England dan Australia |
Barlow dan Chambers telah digantung di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986. Ibu Barlow iaitu, Barbara Barlow dilaporkan menyediakan minuman untuk membuat anaknya mabuk sebelum hukuman dijalankan. Beliau menyediakan campuran sebanyak 75 pil tidur ke dalam dalam akohol di bilik hotel itu dan diseludup ke dalam penjara dalam botol plastik kecil disembunyikan di dalam beg tangannya.
Chambers dan Barlow digantung walaupun terdapat rayuan untuk pengampunan daripada Perdana Menteri Australia dan Britain dan dari kumpulan hak asasi manusia Amnesty International. Rayuan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman masih belum selesai di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Satu kes ditangguhkan dalam kegemparan minggu lalu sehingga 14 Julai selepas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, memberitahu mahkamah bahawa waran kematian lelaki itu telah diproses walaupun berjanji sebelum ini bahawa ia akan ditahan sementara menunggu tindakan undang-undang. Amnesty International telah memanggil Pulau Pinang untuk mengatakan bahawa Malaysia telah melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengharamkan hukuman mati sementara rayuan belas kasihan belum selesai.
Pusara Barlow |
Pusara Chambers |
Rentetan kejadian itu, Malaysia dan Tun Dr.Mahathir Muhammad teruk dikecam oleh Australia dan juga media mereka, bahkan ada juga negara lain turut sama mengecam hukuman tersebut, dan yang lebih mengecewakan ialah apabila ada juga ahli Parlimen kita yang turut sama tidak puas hati dengan hukuman tersebut, ini dapat dilihat semasa Persidangan Parlimen Ketujuh, penggal pertama pada 8 Oktober 1986, di mana Karpal Singh telah menganggap hukuman yang dikenakan kepada kedua penjenayah tersebut telah menjejaskan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa. Namun dengan ketegasan dan semangat yang ada pada Tun Dr Mahathir dia langsung tidak berganjak dan tidak langsung terpengaruh dengan gesaan supaya akta tersebut dimansuhkan semula, walaupun peristiwa tersebut talah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia menjadi renggang, namun demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat beliau langsung tidak berganjak walau setapakpun, bahkan beliau turut memberi amaran yang berbunyi..
“Kita akan terus menggantung sesiapa saja yang mengedar dadah di negara kita, tidak kira warna kulit atau kepercayaan”
Ucapan tersebut turut disiarkan oleh akhbar di South Australia. Akhirnya sekarang sudah banyak negara telah mengikut jejak Malaysia dalam melaksanakan hukuman mati pada pengedar dadah.
Tangkapan ke atas Jimmy Chua Selepas Serbuan PDRM |
Jimmy Chua sedang tidur ketika diserbu |
Jimmy Chua ketika dibawa ke mahkamah atas dakwaan menculik tebusan di Penjara Pudu |
Jimmy Chua dihukum gantung kerana kesalahan memiliki senjata api. Peliknya, kesemua 6 orang perusuh di Penjara Pudu tidak dikenakan sebarang tuduhan atas drama tebusan itu oleh Mahkamah |
Kejadian amuk membabitkan Adam di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987, pernah menggemparkan negara dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang. Adam yang berumur 26 tahun ketika kejadian, terlepas daripada hukuman mati dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun kerana disahkan tidak siuman ketika melakukan kesalahan berkenaan. Isu mengenai kejadian Adam mengamuk itu kembali mendapat perhatian ramai pihak selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan pendapat peribadinya dan mengkritik "individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri". Adik perempuan Adam, Hawa Jaafar, memohon maaf kepada kerabat diraja Johor yang diheret ke dalam insiden amukan abangnya dan menyatakan abangnya mengamuk disebabkan masalah di tempat kerja dan tiada kaitan dengan kerabat diraja Johor. - BERNAMA
Kes Prebet Adam Jaafar yang mengamuk di Chow Kit dalam tahun 1987 |
Prebet Adam ditenangkan oleh pegawai-pegawai atasannya ketika ditahan |
Lagi berita tentang Amukan Prebet Adam di Chow Kit |
3 lagi pengedar dadah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dalam tahun 1982 |
Minuman khayal bercampur dadah diseludup ke penjara |
Bukan pusaranya yang menjadi persoalan tetapi kata-kata di atas pusaranya yang menjadi sebab mereka ke penjara |
Tak pasal-pasal dia kena dakwa di mahkamah hanya kerana kata-kata yang memuji Komunis dan PKM |
Geng Mokhtar Komando yang melarikan diri dapat dicekup kembali |
2 lagi banduan geng Mokhtar Komando dipercayai cuba lari ke Indonesia |
Pelik! Kes lari dari penjara ketika di bawah pengawasan 5 warder penjara |
Pembunuh Ratu Cantik digantung |
Kes dadah dalam penjara kini disahkan realiti |
1985
Lari tetapi ditangkap semula |
Suatu rahmat apabila hukuman gantungnya dibatalkan |
Hukuman Gantung untuk pengedar dadah ini |
Ahli PKM dihukum gantung kerana kesalahan memiliki senjata api |
JENIS-JENIS HUKUMAN
So, Atok nak korang baca sambungan cerita hari itu. Yang tak sempat hari itu, klik sahaja link kat bawah ini.
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_30.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_5.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_11.html
https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_14.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan