Ahad, 18 Disember 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1990-2020)

Assalamualaikum buat semua. Salam kerajaan perpaduan, katanya.HAHAHA...Apa khabar semua? Atok doakan korang sihat-sihat belaka. Syukur kita kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus menyedut masuk udara ketakwaan dan keimanan dan pada masa yang sama juga kita menghembus keluar hawa dosa dan kemaksiatan semalam daripada kehidupan kita hari ini. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan moga-moga hari esok lebih baik daripada hari ini. Salam takziah daripada Atok dan Wan buat keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh di Batang Kali tempoh hari. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Atok sedar itu semua. Hanya yang dapat Atok katakan takziah, semoga cekal, bersabar dan reda menghadapi ujian Allah SWT ini.

OKlah, kita dah sampai ke penghujung mini siri Atok tentang Penjara Pudu. Entri kali ini dikira Finale atau klimaks sesuatu penceritaan. Bayangkan, kalau tak salah Atok termasuk yang ini dah masuk 12 atau 13 episod tentang kehidupan di penjara tersohor suatu masa dahulu ini. Memang membosankan bagi orang yang tidak menghayati sisi hitam  kehidupan di negara kita ini TETAPI percayalah apa yang telah Atok persembahkan atau ceritakan dalam blog ini akan suatu masa dihargai dan dikaji sebagai sumber makluman oleh generasi akan datang. Wartawan merangkap cikgu pencen ini hanya merakamkan sekelumit kisah kehidupan peribadi Atok dan masyarakat sekeliling Atok. Cuma Atok kongsikan di sini bukan untuk dibangga-banggakan, bahkan seharusnya direnungi dan diamati pengajaran di sebaliknya.

Kita sudah memasuki dekad 1990-an, tahun-tahun terakhir hayat penjara Pudu ini. Walaupun begitu, banyak peristiwa menarik yang dapat Atok kongsikan di sini. Atok tekad dan nekad hendak ceritakan semuanya sehingga detik-detik penjara ini dikuburkan dengan hanya sepasang tiang di pintu masuk penjara ini sebagai batu nesannya. Sebelum itu Atok hendak ucapakan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan tuan punya gambar foto dan  bahan-bahan ini yang Atok peroleh, Atok sauk, dan Atok sakau daripada internet. Halalkanlah, demi ilmu pengetahuan buat generasi masa depan. Begini berakhir kisahnya....


Pandangan dari udara Penjara Pudu dalam tahun 1990-an

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Susunletak bangunan dan kemudahan dalam Penjara Pudu dalam tahun 1990-an

Pada tahun 1985, lebih daripada 6500 orang banduan telah dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan menjadi lebih parah apabila seramai 982 banduan dari Pulau Jerejak telah dipindahkan ke penjara Pudu di Kuala Lumpur pada tahun 1993. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah dan penjara era kolonial ditutup secara rasmi pada bulan November 1996. Kesemua banduan kemudiannya dipindahkan ke penjara baru di Sungai Buloh yang bernilai RM170 juta.

Sumber Manusia

31 Oktober 1990  -Skandal dadah terkenal di penjara M'sia. Banduan di penjara Malaysia telah menemui cara baharu untuk menyeludup dadah ke dalam sel mereka. Mereka menelan dadah dalam bungkusan plastik bersalut mentega. pegawai penjara telah mendedahkan perkara ini.

12 Disember 1992 -Polis telah menahan sembilan kakitangan Penjara Pudu kerana didakwa terlibat dalam pengedaran dadah di penjara itu, menurut timbalan bandar, Superintendan Jabatan Siasatan Jenayah Yahya Ismail. Mereka ditahan pada Khamis di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas)

1 Mei 1993 -Penyeludupan dadah oleh warder berleluasa di empat penjara  Penjara Kajang, Pudu, Pulau Pinang dan JB disenaraikan Jabatan Penjara Malaysia telah mengenal pasti penjara di mana penyeludupan dadah kepada banduan oleh pengawal penjara berleluasa.

14 Mei 1995 -Susulan siasatan selama setahun, dua puluh tujuh pengawal penjara telah ditahan kerana mengedar dadah kepada banduan  Sebelas penjaga dari Taiping. Enam dari Kajang. Lima dari Pulau Pinang. Tiga dari Pudu, setiap seorang dari penjara Alor Star dan Simpang Renggam DITAHAN. 

17 Julai 1995 -Kekurangan jurubahasa untuk mengendalikan kes melibatkan warga asing dan keengganan ibu bapa untuk menyelamatkan kanak-kanak yang terlibat dalam kes berkaitan dadah telah menyebabkan kesesakan di penjara, kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Eusoff Chin. Beliau berkata kes melibatkan warga asing telah berlaku kerana kekurangan jurubahasa.

Pelbagai teknik penyeludupan dadah ke penjara dilakukan oleh banduan. Penyeludupan dadah ini mendapat bantuan warder yang telah disogok oleh keluarga penagih. 



Dadah diseludup masuk melalui makanan seperti ayam goreng,songkok dan kasut dengan bantuan warder yang korup.

PENGURUSAN BANDUAN

Banduan Berprofil Tinggi

1990- Aman Shah Ahmad

Ini merupakan kisah dahulunya menjadi “viral” bagaimana pencuri satu sen dari Malaysia ini menjadi jutawan dengan cara yang licik dan hebat.    Ada banyak artikel yang menyebut bahawa Aman Shah Ahmad mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan. Walau bagaimanapun, dilaporkan bahawa dia mencuri jumlah wang yang tidak ditentukan jumlahnya ke dalam akaunnya sendiri. Dia lebih dikenali sebagai pencuri ‘1 sen’ berkemungkinan ada juga jumlah yang dicuri dari setiap akaun bernilai 1 sen. Ia bermula ketika Aman Shah Ahmad berusia 25 tahun bekerja di Hock Hua Bank, di Jalan Raja Laut KL, sebagai eksekutif muda pada tahun 1990.

Aman Shah ketika dibawa ke mahkamah

Sedikit maklumat latar belakang mengenai Hock Hua Bank, ia ditubuhkan pada tahun 1951, didaftarkan di Sarawak, tetapi pada tahun 2001 ia diserap oleh Public Bank.

Aman digambarkan oleh kawan-kawannya sebagai seorang lelaki yang ramah, yang suka bertemu orang baru dan dia suka akan kereta yang berkelajuan tinggi. Dia kemudian dilantik menjadi Ketua Jabatan Pemprosesan Pasaran Wang, dengan gaji kira-kira RM1,800 sebulan. Bekas pelajar perakaunan dari Universiti Teknologi MARA merupakan pekerja yang cekap dan tidak lama kemudian dia dipercayai oleh majikan untuk menguruskan akaun pelanggan. tetapi semua itu berubah apabila bank menghantarnya untuk menghadiri latihan komputer.

Beliau dengan pengetahuan komputer dan peranan barunya sebagai ketua jabatan yang memproses Sistem Pemindahan Elektronik Bagi Dana dan Sekuriti (SPEEDS)  untuk sistem dana dan pemindahan, dia menetapkan SPEEDS untuk memindahkan wang setiap hari dari setiap akaun pelanggan di Hock Hua Bank ke dalam akaunnya sendiri di Bank Bumiputra. 

Setelah Aman menjadi kaya dengan wang orang lain, dia meninggalkan Hock Hua Bank untuk membuka syarikat pengiklanannya sendiri, Bistro, di KL. Dengan kekayaan yang diperolehinya, dia telah membeli: 

  • Lamborghini Countach pada harga RM1.3 juta, 
  • Mercedes Benz 300SL pada RM502,000, 
  • Mercedes Benz 300E pada RM192,000, 
  • Porsche 928 S4 pada RM638,000, 
  • Porsche Carrera pada RM350,000,
  • BMW 329i pada RM68,000.

Untuk memberikan perspektif yang lebih baik mengenai pembelian ini, harga Proton Saga hanya sekitar RM30,000 pada masa itu.    Lambo dan Porsche Carrera diterbangkan khas dari London, manakala BMW 329i adalah kereta terpakai. Dia membayar secara tunai untuk semua kenderaan mewah tersebut. Tiga kenderaan daripada senarai kereta mewahnya tidak berdaftar dan dia tidak perlu membayar cukai import, sementara dua didaftarkan di bawah namanya, dan satu lagi didaftarkan atas nama teman wanitanya, Raha V V Aboo.   Untuk melindungi asetnya yang luar biasa, Aman meletakkan kereta mewahnya di pusat pameran di Plaza Bukit Bintang dan akan membawa kenderaannya keluar untuk bersiar setiap kali dia mahu. Dia bijak untuk tidak meletakkan kenderaan mewahnya di rumah, sebagai langkah bijak dari menjadi bualan oleh jiran-jirannya.

Tuduhan-tuduhan terhadap Aman Shah berjumlah  jutaan ringgit

Apabila rancangan popular segmen pagi TV3 "Sekapur Sirih" menjemputnya ke program tersebut, dia bersetuju untuk pergi. Dalam episod itu, dia bercakap tentang kenderaan-kenderaan mewahnya. Tanpa disedari, bekas pengurusnya di Hock Hua Bank menyaksikan episod itu dan dari situlah permulaan penghujung kehidupan impiannya. Encik Pengurus berbau sesuatu yang mencurigakan tentang gaya hidup Aman sehingga keesokan harinya dia melakukan beberapa audit dalaman dan terkejut dengan apa yang ditemuinya – RM4.1 juta hilang dari akaun pelanggan bank. Pengurus membuat laporan polis di Balai Polis Campbell (dikenali sebagai Balai Polis Dang Wangi) pada 8 Jun 1990. Tiga hari kemudian, polis menahan Aman Shah Ahmad di sebuah kondominium di Bangsar (11 Jun 1990).

Pada 26-06-1990 Aman Shah Ahmad, 24, dari Bangsar Indah, bekas eksekutif Hock Hua Bank.Lelaki, 24, dituduh menipu bank dengan komputer memindahkan wang Cik 3 juta (5*2.04 juta) secara haram dari sebuah bank ke akaun peribadinya dan membelanjakannya untuk kereta mewah didakwa semalam atas empat pertuduhan menipu. Mahkamah Sesyen menyabitkan dia bersalah kerana melakukan pecah amanah di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan sebanyak tujuh kali, antara 26 Januari hingga 27 Mac 1990. Hakim Haji Muhammad Noor Abdullah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepadanya. Pada masa dijatuhkan hukuman ke atasnya, Aman berusia 26 tahun. Malangnya, dengan segala kekayaan yang diperolehnya melalui cara jenayah, Aman tidak dapat membayar wang jaminan yang ditetapkan oleh hakim sebanyak RM200,000. 

Akhirnya dia dihantar ke Penjara Pudu. Kes ini telah menjadi tajuk perbincangan yang meluas di tahun 90-an, tetapi kita tidak tahu apa yang berlaku kepada Aman selepas itu. Ketika di dalam penjara, dia diberikan kerja pejabat sedangkan orang lain bekerja di bengkel kasut, bengkel jahit, bengkel dobi dan sebagainya. Tiada berita tentang pembebasannya daripenjara selepas lima tahun. Kini dia dikatakan masih hidup dan tinggal di Ampang. Wallahu alam.

1993  -Kes Mona Fandey 

17 Ogos 1993 -Pasangan Bomoh yang dikaitkan dengan pembunuhan ADUN Umno telah direman di penjara. Polis semalam mendapat perintah mahkamah supaya Maznah Ismail alias Mona Fandey, 37, direman di penjara Kajang manakala Nor Affendy Abdul Rahman, 36, serta anak angkat mereka, Juraimi Hussin di penjara Pudu.

Pada 13 Julai 1993, Datuk Mazlan Idris telah menemui Mona Fandey bagi mendapatkan bantuan ghaib untuk meningkatkan kerjaya politik beliau dan mendaki tangga parti. Beliau telah dipelawa oleh Mona Fandey dan pasangannya, untuk mengambil bahagian dalam satu upacara ilmu hitam di rumah Mona Fandey tersebut. Datuk Mazlan Idris telah diminta baring di lantai dengan matanya tertutup sambil menunggu wang untuk "jatuh dari langit." (seperti yang diberitahu oleh bomoh tersebut) Tiada wang jatuh, sebaliknya ia merupakan sebilah kapak. Datuk Mazlan Idris telah dipancung dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey di negeri Pahang, kira-kira 130 kilometer timur laut dari Kuala Lumpur. Datuk Mazlan Idris dilaporkan hilang pada 2 Julai, 1993 selepas dia telah keluarkan RM300,000 daripada beberapa buah bank di Kuala Lumpur.

Sehari selepas pembunuhan itu, Mona Fandey telah pergi membeli-belah di Kuala Lumpur, dan kemudian membeli sebuah Mercedes-Benz serta menonjolkan wajah baru. Apabila disoal, pembantu Mona Fandey, Juraimi Hussin telah buat kenyataan kepada pihak polis yang membawa kepada penemuan mayat Datuk Mazlan Idris. Tidak mengejutkan, Mona Fandey dan suaminya segera menjadi suspek utama.

Misteri kehilangan Datuk Mohd Mazlan Idris,  Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, akhirnya terbongkar apabila ditemui mati dibunuh dan mayatnya dikerat di kawasan kebun tanah rancangan FELDA Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub, Pahang sekitar Julai 1993. Mayat Mazlan dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dengan permukaannya disimen. Begitu juga dengan  satu lubang, di bawahnya pula ada tengkorak seorang pelacur yang dibunuh, tulangnya dikatakan diambil Mona untuk tujuan pemujaan. 

Tempat pembunuhan dato Mazlan dilakukan di Ulu Dong,Pahang

Maznah Ismail (1 Januari 1956 –2 November 2001) atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.

Ketidakupayaan Mona menyanyi dengan baik dikatakan menjadi punca beliau beralih arah ke bidang perubatan tradsional. Mohd Affandi Abdul Rahman merupakan suami ketiga Mona dan menuntut ilmu persilatan di Indonesia.

Akhirnya pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey, 46, dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman, 45, serta pembantu mereka, Juraimi Husin, 32, didapati terbabit dan disabitkan kesalahan membunuh Mazlan pada 9 Februari tahun 1995 di Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Sejak penangkapan itu, pelbagai cerita timbul termasuklah Mona Fandey dikatakan mengamalkan ilmu hitam di Penjara Wanita Kajang untuk membolehkannya 'menghilangkan diri'. 

Hukuman gantung sampai mati dilakukan pada November 2001 di Penjara Kajang yang baru sahaja dibuka. Sebelum fajar pada pagi Jumaat, ketiga-tiganya digari dan kepalanya ditutup dalam sel-sel mereka yang bersebelahan dengan bilik hukuman. Mereka kemudian dibawa ke tiang pergantungan dengan tiga tali gantungnya dalam gaya Inggeris yang bergantung dari tiang logam. Kaki mereka diikat pada pelantar boleh gerak dan tali gantung disesuaikan sekeliling leher mereka. Pada 05:59 pagi, drop telah dijatuhkan dan ketiga-tiganya telah jatuh ke bawah. Hukuman gantung sampai mati tersebut telah disaksikan oleh sejumlah kecil penjaga penjara, pegawai dan doktor penjara. Pihak akhbar dan masyarakat umum tidak terlibat. Seorang pegawai mengatakan kepada surat khabar Malay Mail pagi itu bahawa ketiga-tiga tertuduh tidak bertaubat sehingga ke saat akhir. "Mereka tidak mengatakan apa-apa, mereka tenang – seolah-olah mereka menerima hakikat bahawa mereka akan mati." Hukuman gantung sampai mati diumumkan secara rasmi pada pagi hari oleh seorang wakil Penjara Malaysia. Jamil Razif Kassim memberitahu wartawan, "Ketiga-tiga mereka telah menjalani hukuman mereka pada pagi ini."

Sentiasa ceria wajah-wajah Mona Fandey dan suami

MAZNAH Ismail atau Mona Fandey
Wajah MAZNAH Ismail atau Mona Fandey yang agak menyeramkan

Pelbagai fesyen pakaian diperagakan setiap kali Mona ke mahkamah

Senyum sentiasa terukir walaupun maut menanti

Suami Mona, Afendy

Mona, Jurimi dan kubur-kubur Mona dan Afandi di Kg. Sungai Kantan, Kajang

Banduan-banduan lain

Kes dadah Antarabangsa
Kehidupan dalam penjara dalam tahun 1990

Kes Merotan di Penjara Pudu dalam tahun 1991

Kes Kesesakan Pendatang PATI Warga Indonesia di Penjara Pudu dalam tahun 1992

Penggunaan Teknologi terkini untuk pemantauan  penjara dalam tahun 1992









Kes-kes dalam Penjara Pudu dalam tahun 1995

30 Julai 1991 -SEORANG warga Malaysia yang disalah anggap sebagai pekerja asing tanpa izin menghabiskan enam bulan di penjara Kuala Lumpur sebelum pihak berkuasa mendapati kesilapan mereka. Encik G Chandran, bekas buruh kontrak, dibebaskan dari penjara pudu pada hari Sabtu.

JENIS-JENIS HUKUMAN
Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.

Pengurangan gred 
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan

Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian  ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.

Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.

Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan,  dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan  di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.

Penutupan Rasmi Penjara Pudu

2 November 1996  -Penjara tertua di Malaysia, Penjara pudu, akhirnya ditutup semalam. Mulai sekarang. banduan penjara pudu TIDAK perlu beratur untuk mandi. Itulah mandi terakhir di penjara berusia 101 tahun di Kuala Lumpur pada Rabu. sebelum kira-kira 1,580 banduan dipindahkan ke penjara baharu di Sungai Buloh Lebih 1,500 banduan telah dipindahkan ke kompleks penjara baharu itu yang berharga RM170 juta  di pinggir Sungai Buloh, kira-kira 20 km dari ibu negara.  Sebanyak  enam belas bas disediakan untuk proses pemindahan tersebut. 

Empat anggota dari Maktab Penjara Kajang meniupkan tetuang dengan lagu ‘Last Post’ bermaksud berundur, bagi mengiringi upacara menurunkan bendera penjara di pekarangan pintu masuk Penjara Pudu tepat jam 9.10 pagi. Upacara ini dilangsungkan selepas operasi pemindahan semua 1,580 orang banduan Penjara Pudu ke Penjara Sungai Buloh yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Penjara, Omar Mohamad Dan, selesai kira-kira jam 8 pagi.

Selepas menahan banduan selama 101 tahun, Penjara Pudu secara rasmi menghentikan operasinya pada 1996 atas beberapa faktor. Penutupan penjara itu dipercayai secara meluas sebagai kebimbangan keselamatan, kerana perkembangan komersial seperti Imbi dan Bukit Bintang berkembang pesat di sekitar penjara itu sejak 1990-an. Pudu dilihat sebagai alternatif yang berdaya maju kepada kawasan Segitiga Emas. Namun begitu, kedudukannya di dalam kawasan segitiga emas Bukit Bintang yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan kesesakan arus lalulintas terutamanya di Jalan Pudu menyebabkan bangunan penjara ini tidak lagi dapat dipertahankan dan terpaksa akur pada arus pembangunan. 

Justeru, apabila Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengumumkan cadangan merobohkan tembok penjara Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu baru-baru ini memberi isyarat bahawa penjara yang menyimpan seribu satu kenangan yang nyata dan misteri itu akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah. Satu lagi sebab penutupannya adalah kerana keadaan kemudahannya yang semakin teruk.

Pembukaan Rasmi Muzium Penjara Pudu

Pada tahun 1997, penjara itu dijadikan muzium selama enam bulan. Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Penjara pudu yang berusia 101 tahun di tengah-tengah Kuala Lumpur mungkin akan dijadikan tarikan pelancong, sama seperti Alcatraz yang digembar-gemburkan di San Francisco, menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Megat Junid Megat Ayob. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelan oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa. Penjara Pudu diuruskan oleh Jabatan Penjara Malaysia. 

Penjara Pudu Sebagai Pusat Tahanan Penagih Dadah dan PATI

Seterusnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membelanjakan RM3 juta untuk menjadikan Penjara Pudu sebagai pusat tahanan sementara penagih dadah. Polis Persekutuan melihat langkah ini sebagai penyelesaian kepada kesesakan di lokap polis dan meningkatkan kadar jenayah. Tambahan pula, ia berkaitan dengannya penggunaan bekas sebagai penjara dan mengelakkannya daripada usang. 

Penjara pudu  akan sekali lagi menempatkan banduan. Ia akan digunakan oleh polis sebagai pusat tahanan sementara penagih dadah. Penagih tegar boleh dirawat di penjara yang tidak digunakan lagi ini. Penagih dadah tegar mungkin dihantar ke penjara terpakai pada masa hadapan bagi mengatasi masalah kesesakan di pusat pemulihan dadah. Timbalan Menteri Dalam Negeri Zainal Abidin Zin juga berkata pusat pemulihan dadah di negara ini didapati tidak berkesan dalam merawat. Penagih dan gelandangan dimasukkan ke dalam bekas penjara ini ketika Malaysia bersiap sedia untuk sidang kemuncak NAM. Penjara Pudu akan digunakan juga untuk menahan penagih dan pendatang haram. Ia terus digunakan sehingga tahun 2009 sebagai kemudahan reman bagi tahanan menghadiri perbicaraan mahkamah. 

Lapan penyokong Pasukan Tindakan Hak Hindu ditangkap dan dipenjarakan di Penjara Pudu berikutan perhimpunan HINDRAF 2007. Mereka kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti. Walau bagaimanapun, struktur itu kekal digunakan sehingga 2009.

6 Mac 1998   -Pendatang haram Warga Indonesia  telah menyelinap masuk ke Malaysia. Apa yang mereka mahukan hanyalah makanan dan penginapan percuma, kata seorang pegawai kanan polis Malaysia. Butiran telah diberikan oleh komander Operasi Am. Pesalah haram mahu ditangkap walaupun untuk tempoh yang singkat dengan harapan supaya mereka mendapat makanan dan penginapan percuma yang sewajarnya di sini. Cubaan menyelinap masuk ke Malaysia tidak terganggu jika mereka ditangkap. 

Perobohan Penjara Pudu

22 Jun 2010  -Tembok penjara berusia 115 tahun dirobohkan Menara tunggal adalah yang tinggal dari tembok sepanjang 394m yang pernah mengelilingi penjara pudu di tengah Kuala Lumpur. Jentolak mula merobohkan dinding yang terkenal dengan mural, kebanyakannya dilukis oleh banduan penjara  itu pada malam Isnin. Tembok panjang yang menjulang tinggi yang menghalang banduan daripada keluar dari Penjara pudu yang terkenal di Malaysia selama lebih 100 tahun akan dirobohkan pada pukul 10 malam hari ini untuk memberi laluan kepada pelebaran jalan.

Menjelang Disember 2012, semua bangunan di dalam kompleks Penjara Pudu telah benar-benar dirobohkan, dengan hanya sebahagian daripada dinding luar dan pintu utama masih berdiri.

Wajah Pintu Masuk Penjara Pudu dalam tahun 2007

60% Kawasan Penjara Pudu dikatakan ranap ekoran pengabaian dan kecurian besi-besi palang pintu penjara dalam tahun 2010


Tapak lama Penjara Pudu setelah diroboh dan diratakan pada tahun 2012


Sebagai kenang-kenangan....Pintu Masuk Penjara Pudu dikekalkan
di samping bangunan baharu di atas tapak lama Penjara Pudu pada tahun 2022.
Kini, hanya sebahagian daripada dinding luaran dan pintu utama Mercu tanda penjara bersejarah ini yang tinggal sebagai bukti untuk tatapan sejarah oleh generasi akan datang. Sememangnya, Penjara Pudu menjadi saksi sisi hitam sejarah negara kita yang tercinta ini.


Rujukan:

 

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...