Memaparkan catatan dengan label 1910. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1910. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2022

Menyingkap Tirai Besi di Penjara Pudu (1910-1919)

Assalamualaikum. Salam. Salam Keluarga Malaysia. Salam 1 Malaysia. Salam  Apa Malu Bossku. Berjumpa lagi kita. Nak pergi mana? Dunia ini kecil jer...Ke manapun, jumpa balik kita. Hahaha..Ya tak ya juga... Kitakan masih di dunia lagi,  lainlah kalau di Alam Barzakh ke, Alam Akhirat ke. Barulah masing-masing bawa diri masing-masing sama ada, bawa ke syurga atau ke neraka. Itu cerita kemudian. Yang penting semasa kita masih di alam nyata  yang fana ini. Pastikan setiap kali kita bertemu, pertemuan itu perjumpaan yang bermakna dan berpahala. IKHLAS. Kerana Allah,  bukan kerana maksud yang lain. Mulai sekarang, berniatlah apa sahaja yang kita nak buat, mesti kerana Allah SAHAJA. 

Entri Atok masih lagi tentang penjara. Makin lama, Atok rasa makin seronok pula korek cerita-cerita lama ini. Kalau dalam dekad akhir kurun ke -19, sekitar 1895-1899 dahulu, masa mula-mula Penjara Pudu ini dibina, banyak kisahnya pasal kematian akibat Dysentery, Beriberi, dan  Kolera. Kemudian dalam tahun-tahun awal abad ke-20, (1900-1909) hukuman kerja berat buat banduan dan cubaan lari dari penjara, kini dalam tahun-tahun 1910-1919, lain pula cerita kisahnya. Korang bacalah, kalau nak tahu. Yang sebelum-belum ini korang dah baca ke belum? So, Atok nak korang baca sambungan cerita hari itu. Yang tak sempat hari itu, klik sahaja link kat bawah ini.

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2015/02/sejarah-penjara-di-klang-1872-1896.html 

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html 

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/09/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu_30.html

https://akubudaktelok64.blogspot.com/2022/10/menyingkap-tirai-besi-di-penjara-pudu.html

Oh ya, sebelum Atok terlupa, Atok nak khabarkan apa bezanya, Gaol (sebut:Gaul), Jail, dan Prison? Mesti korang perasan dan tertanya-tanya juga, kan? Kih,kih,kih. Sebenarnya semuanya sama maksud dan ertinya. PENJARA. Cuma, Gaol itu sering dirujuk sebagai penjara sehingga tahun 1935, Selepas itu Jail digunakan dalam penulisan sehingga kini. Wallahualam. Enjoy your reading, okay?

Novel berinspirasikan cerita benar Pembunuhan yang dilakukan oleh Ethel Proudlock dalam tahun 1911 di Kuala Lumpur

PEMBINAAN INFRASTUKTUR DAN KEMUDAHAN PENJARA

Menurut laporan tahun 1910, pemeriksaan teliti telah dilakukan ke atas kesemua bangunan dalam kawasan penjara. Kerja-kerja pembaikan segera dijalankan bagi memastikan penjara dalam keadaan selamat dan memuaskan. Dalam tahun 1911, walaupun bekalan air paip ke penjara ini telah ada, perigi asal masih diselenggara sebagai kegunaan ketika kecemasan di penjara ini. Pembekalan air bersih yang bermula daripada Ampang Waterworks pada tahun 1895 telah membantu membendung penularan penyakit taun akibat penggunaan air perigi yang tercemar di Penjara Pudu dalam tahun tersebut. Menurut laporan akhbar, sistem bekalan air bersih (belum dirawat, cuma ditapis) telah dapat dibuat untuk keseluruhan Kuala Lumpur pada tahun 1914 menjadikan Kuala Lumpur bandar ketiga dilengkapi sistem  bekalan air bersih selepas Singapura dan Pulau Pinang. Dalam tahun 1914 juga, dua buah sel tambahan untuk Banduan Akhir (banduan yang dijatuhi hukuman gantung) disiapkan.

Keratan Akhbar tentang perkhidmatan bekalan air di Kuala Lumpur




























VAGRANT WARD

Laporan Nazir Penjara tentang Wad Vagrant dalam tahun 1910


Surat Mengenai Rumah Perlindungan Wanita di Wad Vagrants lama di Hospital KL pada tahun 1912.


Pembinaan Wad Vagrant (Gelandangan) yang baharu telah hampir siap dalam tahun 1913. Bangunan yang baharu ini  dapat menempatkan lebih 40 penghuni dengan selesa. Bangunan lamanya yang terletak bersebelahan Hospital Pauper (HKL kini) yang terletak di Jalan Pahang dijadikan sebagai Rumah Perlindungan Wanita pada tahun 1912

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PENJARA PUDU

Dalam laporan Nazir Penjara dalam tahun 1910, mendapati terdapat 12 kakitangan berbangsa Eropah di penjara ini: Seorang Pengarah, seorang ketua warden dan 9 warden Eropah. Namun setahun selepas itu, tiga orang daripada warden tersebut diarahkan berpindah ke Penjara Taiping. Dengan pertambahan banduan, pihak penjara Kuala Lumpur memohon agar ketiga-tiga warder itu dipulangkan kembali ke Pudu. Kekuatan Sub-warder atau warder berpangkat rendah berbangsa Asia adalah seorang ketua sub-warder serta 31 orang sub-warder yang majoritinya berbangsa Sikh. Mereka telah menjalankan latihan menembak menggunakan revolver dan mesingan untuk semua anggota di penjara ini.

Sumber Manusia

Sebahagian surat Pengarah Penjara Pudu  memohon kembali warden lama balik ke Penjara Pudu

Berita kematian Warder Eropah  di Penjara Pudu yang baru berumur 31 tahun akibat pneumonia dalam tahun 1914
.

Majlis Perpisahan buat tiga bantuan Eropah yang kembali ke England di Kelab Warder Penjara Pudu dalam tahun 1914


Berita seorang warder Sikh di Penjara Pudu yang didapati menyeludup tembakau ke Penjara Pudu

Peralatan dan Keperluan Penjara

Pihak penjara juga telah mengeluarkan tender-tender untuk pembekalan beras Rangoon no.2 sebagai makanan asas untuk semua banduan. Beras ini dimasak, bukan direbus terlebih dahulu.  Di samping itu juga, pihak penjara ada mendapatkan bekalan padi untuk tahun 1912. Ada juga pembelian yang dibuat secara runding terus dengan pembekal untuk barangan penting dan segera dalam kuantiti yang sedikit. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis diet atau pakej makanan yang disediakan oleh pengurusan penjara ini untuk para banduannya yang berbilang kaum dan kategori:

1. Diet Biasa
terbahagi kepada 5 jenis:
a. Cina
b. Melayu
c. Tamil
d. Sikh/Bengali
e. Eropah/Eurasia

2. Diet Hukuman
3. Diet Penal

Tender Perbekalan Barangan Makanan ke Penjara untuk tahun 1912

Diet Pemakanan untuk Jenis dan Kategori Banduan di Penjara Pudu pada 1911


Perbandingan Tender untuk Perbekalan Makana tahun 1912


Tende untuk Pembekalan Padi ke Penjara Pudu untuk tahun 1912



Runding Terus Pengarah dengan Kontraktor tentang pembelian barangan di Penjara Pudu dalam tahun 1911


Petisyen Pembekalan batu blok untuk Penjara daripada kontraktor pada tahun 1911

Makluman kenaikan harga Beras pada tahun 1911





PENGURUSAN BANDUAN

Kemasukan ke Penjara-Penjara

Kemasukan ke Vagrant Ward





SEL TAHANAN

Kes Pembunuhan oleh Ethel Proudlock

Kes Ethel Proudlock merujuk kepada perbicaraan Ethel Proudlock pada 1911 kerana membunuh yang berlaku di Kuala Lumpur, FMS (kini Malaysia). Perbicaraan itu menjadi punca skandal yang menimpa masyarakat penjajah British. Ethel Proudlock adalah seorang Eurasia yang berkahwin dengan William Proudlock, Pemangku Guru Besar Victoria Institution yang berprestij di Kuala Lumpur, pada usia 19 tahun pada tahun 1907.

Pada petang 23 April 1911, ketika beliau bersendirian di banglo guru besar VI manakala suaminya keluar makan  bersama seorang rakan guru. William Steward, seorang pengurus lombong,telah melawatnya dengan beca dan telah memberitahu tukang beca itu untuk menunggu di luar. Tidak lama selepas itu, tukang beca itu mendengar dua tembakan dan melihat Steward tersandung keluar dari rumah di seberang beranda diikuti Proudlock yang membawa sepucuk revolver; Puan Proudlock kemudiannya melepaskan baki empat peluru ke arahnya. Pada petang itu, dia telah menembak mati Steward.

Bangunan sekolah Victoria Institution di Kuala Lumpur. Sebelah kiri gambar rumah Pengetua VI, tempat pembunuhan dalam kes Proudlock berlaku dalam tahun 1911

Ethel Proudlock dibicarakan kerana membunuh pada Jun 1911. Kesnya didengar oleh hakim dan dua orang penilai. Perbicaraan berlangsung selama 10 hari dan menarik minat ramai orang tempatan.  Proudlock mendakwa Steward  cuba merogolnya dan  dia bertindak mempertahankan diri. Bagaimanapun, hakim mendapati terdapat bukti  yang menunjukkan hubungan curang, dan pembunuhan yang terjadi itu oleh sebab rasa cemburu. Dia didapati bersalah atas tuduhan membunuh atas dasar keterangannya yang tidak konsisten dan juga bukti lain lalu hakim menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

Proudlock merayu keputusan itu dan terpaksa menghabiskan masa lima bulan di penjara Pudu sementara menunggu rayuannya. Sepanjang tempoh itu, beberapa petisyen telah dibuat untuknya, termasuk  daripada suaminya dan pelajar-pelajar lelaki Institusi Victoria, menyebabkan Sultan Selangor berkenan mengampunkannya walaupun hal ini bertentangan dengan kehendak ramai pegawai British. Ethel Proudlock segera meninggalkan Malaya dengan anak perempuannya yang berusia tiga tahun ke England dan akhirnya ke Amerika. William Proudlock juga meninggalkan Malaya untuk ke England tidak lama selepas itu.

Novel berinspirasikan cerita benar Pembunuhan yang dilakukan oleh Ethel Proudlock dalam tahun 1911 di Kuala Lumpur

Surat daripada Ethel Proudlock tentang rayuan kesnya.
       
Berita tentang pembebasan Ethel Proudlock daripada Penjara Pudu setelah mendapatkan pengampunan daripada Sultan Selangor pada tahun 1911

Penangkapan dan Pembasmian Nyamuk dalam Sel

Pengiraan nyamuk yang ditangkap dalam sel Penjara Pudu tahun 1911

























Banduan Akhir (Hukuman Gantung)

Banduan yang digantung dalam Penjara Pudu pada tahun 1914


Banduan Cina yang dihukum gantung dalam tahun 1916

Banduan Lari dari Penjara

Banduan-banduan yang pernah melepaskan diri dalam tahun 1915 ditangkap semula



PELAKSANAAN HUKUMAN 

JENIS-JENIS HUKUMAN

Amaran Keras
Kata-kata lisan atau bertulis sebagai amaran untuk tidak lagi mengulangi kesalahan.

Pengurangan Mata Ganjaran
Mata ganjaran ini menjadi imbuhan kepada banduan di atas perlakuan tertentu dan boleh ditukarkan kepada anugerah dan hadiah tertentu jika mencukupi jumlah tertentu.

Pengurangan gred 
berkaitan dengan gaji, denda, pemindahan kerja atau pemecatan

Pengasingan Sel
Banduan dewasa atau juvana diasingkan dan dihalang berhubung atau hubungan bermakna yang minimum dengan individu lain. Mereka yang bersendirian  ini sering mengalami kekurangan deria dan ditawarkan sedikit atau tiada program pendidikan, vokasional, atau pemulihan.

Catuan Diet, Jenis Diet, Masa Makan,
Makanan yang tidak enak sebagai hukuman bukanlah sesuatu yang baru: Banduan diberi roti dan air sehingga mereka mendapat tingkah laku yang baik hak untuk makan daging Dikenali sebagai 'Roti dan Air', ia diberi makan hari demi hari kepada banduan yang membuang makanan atau, dalam beberapa kes, menjadi ganas. Walaupun ia memenuhi garis panduan pemakanan, aktivis hak sivil menggesa agar tidak menggunakan makanan berbentuk bata.

Jenis Makanan dalam Penjara Pudu dalam tahun 1911


Jenis Makanan dalam Wad Vagrants di Penjara Pudu pada tahun 1911






















































































Hukuman Mesin Engkol
Mesin engkol adalah alat yang menghidupkan engkol dengan tangan yang seterusnya memaksa empat cawan besar atau senduk melalui pasir di dalam dram. Hukuman ini tidak membawa apa-apa hasil yang berguna selain sebagai hukuman dera. Banduan lelaki terpaksa menukar pemegang 6,000-14,400 kali dalam tempoh enam jam sehari (1.5-3.6 saat setiap giliran), seperti yang didaftarkan pada dail. Warder boleh membuat tugas lebih sukar dengan mengetatkan skru penyesuaian. Hukuman kuno yang diperkenalkan dalam sistem penjara Britain ini dihentikan setelah hukuman rotan dipersetujui dalam tahun 1909 untuk dijalankan di penjara-penjara  dalam F.M.S.

Hukuman Koperal
Hukuman koperal melibatkan penderitaan kesakitan fizikal ke atas tubuh seseorang sebagai hukuman untuk jenayah atau pelanggaran. Hukuman koperal termasuk dirotan, dicemeti,, pukulan, pencacatan,  dan penggunaan tindakan tidak berperikemanusiaan  di mana mangsa boleh dihina, ditendang, dimaki, diludah,dan yang lain.

Hukuman sebat bagi kesalahan jenayah diperkenalkan oleh pegawai penjajah British yang mengenakan Kanun Keseksaan India di Negeri-negeri Selat pada tahun 1870. Pada tahun 1910, pihak Nazir Penjara Pudu membenarkan hukuman ini dikenakan kepada banduan termasuklah banduan-banduan bermasalah semasa di dalam penjara. Hukuman sebat hanya dibenarkan dilakukan di penjara. Selepas banduan dipanggil untuk hukuman sebat, mereka disusun dalam barisan, kemudian dibawa keluar ke tempat di mana hukuman dilaksanakan.








Daftar Hukuman Rotan ke atas Banduan  dari Januari hingga Mei dalam tahun 1910

LATIHAN VOKASIONAL, PEKERJAAN DAN GANJARAN

Jenis-jenis pekerjaan
Pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan pada tahun 1911 di wad vagrant seperti berkebun sayur, membuat bakul dan tali serta membersihkan wad serta persekitarannya 


TAHAP KESIHATAN BANDUAN

Kes-kes Malaria masih tinggi di hospital Penjara Pudu dalam tahun 1916


LAPORAN-LAPORAN TAHUNAN

Laporan Tahunan 1910


Laporan Kesihatan  Banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1910.







Laporan dipetik daripada Selangor Resident Report dalam tahun 1910



Laporan Penggunaan Beras untuk Banduan di Penjara Pudu dalam tahun 1910


KERATAN-KERATAN AKHBAR

Sambutan Hari Kemenangan V Day di Kuala Lumpur melibatan pelbagai aturcara termasuk pemberian makanan kepada banduan dan penghuni Wad Vagrants di Penjara Pudu dalam tahun 1919

Rujukan:








Sejarah Rumah Rehat dan Halting Bungalow di daerah Kuala Pilah

Assalamualaikum buat semua pembaca dan peminat Blog Atok ini. Selawat dan salam buat Junjungan Besar kita Saidina Muhammad ibni Abdullah, na...