Salam buat semua pembaca blog Atok ini. Kisah perjuangan Syed Mashor kini telah hampir ke kemuncaknya. Biasanya, dalam mana-mana penceritaan, baik di TV mahupun dalam wayang gambar atau drama termasuk sinetron, penonton atau pembaca tidak sabar-sabar untuk mengetahui klimaks dan kesudahan ceritanya. Begitulah realiti kehidupan ini. Bukan permulaan tetapi pengakhiran kita yang menentukan nasib kita di dunia mahupun diakhirat. So, tanpa banyak basa basi, Atok teruskan. Begini kisahnya.....
Keberadaannya di Perak telah membuatkan dia berfikir panjang tentang masa depan hidup dan perjuangannya. Perjuangannya di Selangor sebelum itu mengajarnya erti kesetiaan. Ketaatan dan kesetiaannya kepada kerabat diraja Selangor dipandang sepi kerana mereka akur kepada kekuasaan dan kekuatan Inggeris, setelah dijanjikan pelbagai habuan politik.
Pergolakan politik dan perebutan kuasa dalam kalangan kerabat dan pembesar di Istana Perak juga pasti memberi kesan yang sama kepadanya. Bukan kerana dia tidak setia kepada raja atau sultan, tetapi merekalah yang tidak tahu menghargai ketaatannya. Betapa dia berjaya menyatukan kaum Iban, Melanau, Melayu dan Bidayuh di Sarawak menentang penjajah, tetapi di Selangor, Perak, dan Pahang dia seakan tidak mampu mengubah takdir. Mana mungkin dia bersendirian menentang Inggeris sedangkan pembesar dan kerabat diraja setempat berkelahi merebut kekuasaan dan takhta. Umurnya semakin lanjut seperti rakan seperjuangannya, Raja Asal. Maka, Syed Mashor membuat keputusan untuk bukan sahaja terus bersikap berkecuali tetapi terpaksa mengambil peluang dan ruang demi diri dan keluarganya.
Selepas Perak Enquiry, Syed Mashor telah menghilangkan diri daripada dunia politik di Perak. Pada tahun 1883, Syed Mashor kembali semula ke Selangor. Beliau kemudiannya berjaya berhubung semula dengan Baginda Sultan Selangor, menumpahkan taat setia beliau kepada baginda dan meyakinkan kepercayaan baginda sultan terhadapnya. Beliau menceritakan kesusahan yang dialaminya kepada Baginda Sultan. Baginda setuju memberi pengampunan kepada beliau dan pada 26 Mac 1883, Sultan Abdul Samad memperkenankan Syed Mashor berkhidmat di Selangor. Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah mengutus surat kepada Frank Swettenham, Residen Inggeris di Selangor memperkenankan supaya ditawarkan pekerjaan dan elaun kepada Syed Mashor untuk berkhidmat di Negeri Selangor. Hasil dari permintaan Baginda Sultan, Syed Mashor telah ditawarkan dan dilantik menjadi Penghulu Ulu Kerling pada 12 Disember 1883.
Kelihatan Syed Mashor (no.3 berdiri dari kanan)bergambar bersama-sama Almarhum Sultan Abdul Samad dan para pembesar Istana Selangor |
Sungguh, beliau dikagumi kawan dan lawan. Syed Mashor telah menunjukkan kebolehannya semasa berkhidmat sebagai Penghulu Ulu Kerling. Dengan kuasa terhad sebagai Penghulu, beliau berjaya memimpin mukim Ulu Kerling dengan jayanya, makmur dan aman. Dalam masa yang singkat beliau berjaya membangunkan Ulu Kerling melalui pembukaan lombong oleh pelombong-pelombong Cina serta juga pembukaan tanah-tanah baru termasuk ladang-ladang getah. Beliau telah banyak menyelesaikan masalah -masalah yang dihadapi oleh anak-anak mukimnya tanpa mengira bangsa, warna kulit dan latar belakang mereka. Dia begitu disanjung oleh orang Asli dari suku kaum Temuan di kawasannya, mungkin kerana persahabatannya dengan mereka sejak era Perang Klang atau Perang Saudara di Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1873 dahulu.
Syed Mashor bersara sebagai Penghulu Ulu Kerling pada 01 Februari 1899 serta diberikan pencen. Sejak itu beliau menyepikan diri dengan beribadah kepada Allah SWT. Beliau terus tinggal di Kerling sehingga hari kematiannya dalam tahun 1917 ketika berumur 80 tahun. Allahyarham meninggalkan tiga anak lelaki bernama Syed Hashim , Syed Sapi dan Syed Mandak, serta dua orang anak perempuan, Sharifah Puchong dan Sharifah Rokiah.
Legasi Syed Mashor terus mekar
dan segar apabila anak lelakinya yang bernama Syed Hashim telah dilantik
sebagai Penghulu pertama Mukim Kerling pada tahun 1913 dan bersara pada tahun 1938. Syed
Hashim kemudiannya dilantik sebagai J.P (Jaksa Pendamai) di Selangor. Syed Sapi berkhidmat sebagai kerani di Sepang, manakala Syed Mandak menjadi Penolong Penghulu di Rawang. Kedua-dua
anak perempuannya terus diberikan pencen
dan elaun sara hidup masing-masing sebanyak $300 setahun seumur hidup mereka.
Makam Syed
Mashor di Kerling telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba 1976 pada 11
September 1980 dengan Warta P.U (A) 261. Kerja-kerja konservasi dan naik taraf
Makam Syed Mashor tersebut telah dilakukan. Makamnya kini berada dalam keadaan
baik dan dijaga oleh waris-waris almarhum.
Kini, nama beliau tetap dikenang oleh generasi kini sebagai pahlawan terbilang, pejuang anti penjajah, pemimpin yang disegani. Bermula di Sarawak, kemudian ke Selangor, Perak dan Pahang, berakhirnya di Kerling, Selangor, perjuangannya menjadi aspirasi anak muda masa kini. Justeru, sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya, namanya diabadikan pada jalan raya, sekolah-sekolah dan perpustakaan awam di Kerling, Batang Kali dan Bandar Kuala Kubu Baru, di daerah Hulu Selangor. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempat bersama-sama orang-orang yang beriman. Alfatihah.
DOKUMEN-DOKUMEN RASMI BERKAITAN SYED MASHOR
1/2 Dokumen tentang Syed Mashor kembali bertugas setelah bercuti ke Kuala Langat pada tahun 1884 |
2/2 Dokumen tentang Syed Mashor kembali bertugas setelah bercuti ke Kuala Langat pada tahun 1884 |
1/3 Dokumen Persediaan Pesaraan Syed Mashor sebagai Penghulu Ulu Kerling |
2/3 Dokumen Persediaan Pesaraan Syed Mashor sebagai Penghulu Ulu Kerling |
3/3 Dokumen Persediaan Pesaraan Syed Mashor sebagai Penghulu Ulu Kerling |
Keratan Akhbar tentang Pelantikan syed Hashim bin Syed Mashor sebagai Jaksa Pendamai di Selangor pada tahun 1939 |
1/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
2/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
3/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
4/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
5/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
6/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
7/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
8/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
9/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
10/10 Dokumen Permohonan Pencen Waris Syed Mashor oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1921 |
1dan2/10 Dokumen Permohonan Pencen Tambahan oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927 |
5dan6/10 Dokumen Permohonan Pencen Tambahan oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927 |
oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927
9dan10/10 Dokumen Permohonan Pencen Tambahan oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927 |
Closeup Dokumen Permohonan Pencen Tambahan dan Pekerjaan untuk anak lelakinya Syed Ibrahim bin Syed Zahir oleh Sharifah Puchong binti Syed Mashor pada tahun 1927 |
Terjemahan Bahasa Inggeris Surat Sharifah Puchong binti Syed Mahsor pada 1927
Gambar keratan akhbar tahun 1964 menunjukkan keadaan makam Syed Mashor yang terbiar |
Kompleks Makam Keluarga Syed Mashor di Kerling |
Batu Peringatan Syed Mahsor yang didirikan oleh Lembaga Muzium Selangor |
Makam Pusara Syed Mahsor |
Makam Salah Seorang Anakanda Syed Mashor |
Batu Nesan di Pusara Sharifah Rokiah binti Syed Mashor di tempat yang sama |
Keadaan Terkini Kompleks Makam Keluarga Syed Mashor di Kerling yang dijaga rapi oleh waris-warisnya |
SEJARAH KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN ULU SELANGOR
Keratan Akhbar tentang Pembinaan stesen-sten kereta api di Hulu Selangor termasuk di Kerling pada tahun 1899 |
Stesen Kereta Api Kuala Kubu pada tahun 1900 |
Hotel Kuala Kubu tahun 1910 |
Perkhidmatan Mel ke Pantai Timur melalui Kuala Kubu dalam tahun 1910 |