Selasa, 26 Oktober 2021

Kisah Edward Valentine John , Gagak dan Pulau Carey

Salam buat semua. Apa Khabar? Khabar baik? Waras? Masih keras? Hahaha...Alhamdulillah, Atok dan Wan sihat-sihat jer. Begitu juga Atok doakan buat korang semua. Pkp, pkp, pkp dah habis dah! Syukur kepada Allah, kes COVID makin menurun, Tak ramai lagi dah yang masuk hospital. Yang selesema, batuk itu biasalah.Tapi Atok nak pesan juga....jaga SOP. Jangan terlampau berani sangat, elakkan berkumpul ramai-ramai, jauhi tempat sempit dan terkurung. Always bawa dan pakai mask di tempat awam. 

Bebudak yang masih kecil dan belum divaksin tu, kasihanlah kat diorang juga. Tak perlu jangan bawa. Kita jaga kita,ok? Yang antivaksin tu, lantaklah korang. Duduk jerlah kat rumah, dan tolong perhatikan rumah-rumah jiran-jiran yang balik kampung tu. Kalau nak pahala lebih, tolong beri makan kucing-kucing diorang tu sekali. Dah orang khabarkan, ambil vaksin, ambil vaksin. Tapi nak ikut kepala sendiri. Cakap orang tak mahu dengar. Dah berbuih  mulut menteri, ulama, doctor pakar virologi pasal virus beritahu tentang faedah vaksinisasi, dia tetap tak mahu ikut. DEGIL. Atas kapala ada batu besar jugak. Konon agenda Yahudi ler. Yahudi Abah Kau! Yahudi pun ramai yang mati pasal COVID ini. Konon ada sel babilah dalam vaksin! Eh,eh...ringan jer lidah Atok nak carutkan golongan macam ini! Tapi bila Atok ingatkan korang yang lain yang baik dan mendengar kata, maka, tak sampailah hati Atok. Atok tukarkan makian itu kepada doa agar kita semua termasuk mereka diselamatkan daripada bala bencana wabak ini. Amiin. 

Oklah semua...Kali ini Atok nak bercerita tentang mamat yang pernah terkenal di Jugra dan Selangor suatu masa dahulu. Mamat ini  bangsa Mat Salleh. Hidupnya pun zaman Mat Salleh kelentong hidup-hidup sultan dan pembesar Melayu kita. Dia bukan Islam. Matinya juga sebagai kafir Kristian. Kuburnyapun takde kat sini atau di Jugra. Takde apa-apapun jasa dia kat kita, tapi namanya sentiasa di bibir kita terutamanya di Kuala Langat termasuk Jugra dan Telok . Nama dia lebih banyak kita sebut daripada nama emak bapak kita yang dah lama meninggal dunia. Cuma dia tiada dalam doa kita. 

Apa pasal Atok beria-ia benar nak korek cerita tentang dia yang dah mati lebih 107 tahun dahulu? Buat apa Atok nak ambil tahu sangat tentang dia yang takde hubungkait sebesar habukpun dengan Atok? Haha...itu persoalannya! Kenapa Sultan baik hati sangat sampai serahkan sebuah pulau seluas 36 km persegi itu kepadanya? Besar tu wey! 1/5 daripada besar Pulau Singapura! Sedangkan kaum kerabat baginda dekat Jugra hidup serba sederhana. Kenapa tidak diberikan pulau itu kepada mereka? Isy,isy,isy...korang pun nak tahu juga ke? Itulah pasal entri Atok kali ini pasal Mamat Salleh ini. Atok nak tahu apa hubungannya dengan baginda sultan? Kenapa baginda sultan beri tanah sebesar pulau itu khusus untuk Mamat itu seorang sedangkan ramai lagi planters kat luar sana yang lebih popular daripada dia? Tak pernah Atok nak ambil tahu tentang seseorang sampai anak keturunannya kecuali anak menantu dan saudara mara terdekat Atok jer sehingga kini. So, Korang memang nak tahu sangat-sangatkan? Duduk ontok-ontok dan teruskan membaca penulisan Atok ini. 

Nama penuhnya Edward Valentine John Carey; lahir di Sri Lanka, hidup di Selangor dan matinya di England. Tak kenal langsung namanya? Memang sah! Korang bukan anak jati Kuala Langat! Nama dialah yang diabadikan pada nama sebuah pulau, Pulau Carey! Hahaha...Kalau korang sebut  Pulau Kari pun takpelah pasal ramai penghuninya peminat parpu kari, cuma jangan panggil Pulau Kera dahlah, walaupun banyak kera dan lotong bergayut dipokok-pokok bakau di sekeliling Pulau ini. Tapi sebelum itu, Atok nak beritahu korang Pulau Carey ini unik sekali. Pulau ini tak macam pulau-pulau lain yang dikelilingi laut. Pulau ini terpisah dengan daratan oleh sebatang sungai di sebelah selatan dan timurnya, Selat Lumut di bahagian utaranya dan Selat Melaka di belah baratnya.

Pulau Carey merupakan pulau lembangan mendatar yang besar terletak di daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Walaupun secara teknikal ia merupakan sebuah pulau, namun pada hakikatnya tanah pulau ini hanya dipisahkan dari tanah besar disebabkan oleh kehadiran Sungai Langat di antara keduanya.

Pulau yang terletak sebelah Jugra itu, tak jauh dari Telok Panglima Garang tu.  Suatu masa dulu pulau ini dikenali sebagai Telok Gonjeng oleh penduduk Telok, Bandar, Kelanang dan sekitarnya. Persoalannya, yang mana satu betul, Telok ke Pulau? Sebelum bertambah pening, jom kita baca apa maksud telok dan Pulau dari sudut geografi:

Teluk adalah tubuh perairan yang menjorok ke daratan dan dihadkan oleh daratan pada ketiga sisinya. Oleh karena letaknya yang strategik, teluk banyak dimanfaatkan sebagai pelabuhan. Teluk adalah kebalikan dari tanjung, dan biasanya keduanya dapat ditemui pada suatu garis pantai yang sama. Manakala Pulau sebagai kawasan daratan yang dikelilingi air dan mampu menampung habitat manusia.

Jadi kesimpulannya, memang  jauh berbeza antara pulau dan telok. Jadi, kenapa dan bila daratan ini dipanggil Pulau Carey sedangkan sebelum ini dipanggil Telok Gunjeng sahaja? 

Mengikut J.M Gullick dalam bukunya, A History of Selangor (1766-1939), bijih timah yang dilombong di Reko, Ulu Langat diangkut melalui sungai Langat untuk dieksport. Namun disebabkan ciri fizikal Sungai Langat yang berliku-liku dan panjang (lebih 50 batu atau 80km), maka pelombong- pelombong berbangsa Amerika telah mengenal pasti satu laluan pintas yang berpotensi untuk memendekkan jarak perjalanan ke laut. Lokasinya dikenalpasti  dengan membina terusan dari Sungai Keluang (sungai kecil yang masuk ke Sungai Langat) hingga ke Sungai Jugra ( juga sungai kecil berpunca dari Bukit Jugra, yang mengalir ke laut). Jarak tersebut dikenal pasti hanyalah sejauh 6 batu sahaja! Sudah pasti mereka tersenyum lebar. Maka pada sekitar petengahan 1850-an, kerja-kerja membina terusan dijalankan.(of courselah, dengan persetujuan sultan).

 

Tapi tanpa kajian EIA (Environmental Impact Analysis) terlebih dahulu, maka usaha yang sepatutnya menguntungkan telah membawa kesan sebaliknya. Air pasang dari laut masuk secara ganasnya menyebabkan banyak hutan di tebing kedua-dua sungai tumbang dan dihanyutkan. Arus deras dan hanyutan pokok-pokok yang tumbang menyukarkan perjalanan tongkang malahan amat merbahaya. Tebing sungai asal runtuh dan saiz sungai semakin melebar. Jadi, terusan yang dibina itu akhirnya menjadi cabang kedua Sungai Langat yang lebih pendek dan lebih lurus berbanding Sungai Langat asal yang sememangnya lebar, panjang dan berliku-liku itu. Maka wujudlah Pulau Carey yang terpisah dengan Jugra oleh 'terusan Sungai Langat' ini. 

Pulau Carey, sebelum ini juga pernah dikenali dengan nama seperti Pulau Bangsar, Pulau Si Alang dan Telok Gonjeng. Dinamakan Telok Gonjeng konon Khabarnya banyak terdapat sejenis paku pakis yang dikenali dengan nama Gonjeng oleh penduduk setempat Dan orang asli yang merupakan penduduk asal Pulau ini. Ia terletak di selatan Pelabuhan Klang dan utara Banting. Pulau ini dinamakan bersempena Edward Valentine John Carey, seorang peneroka ladang British di Malaya. Beliau merupakan pengusaha ladang kopi dan getah dan  dilihat arif dalam aktiviti pertanian dan kesuburan tanah pertanian yang telah digunakan melebihi 100 tahun. 

Valentine Edward John Carey telah memperoleh pulau ini daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Selangor untuk memulakan ladang getah dan sejak itu sehingga kini pulau yang dikenali sebagai Pulau Carey atau Carey Island. Yang hebatnya dia sahaja yang diberi kebenaran meneroka 30,000 ekar tanah hutan di pulau itu dengan tempoh pajakan 999 tahun. Itu cerita pada tahun 1905. Boleh dikatakan seluruh pulau itu milik dia kecuali beberapa petempatan nelayan Melayu di Ayer Itam, Kg. Sialang, serta petempatan orang asli di situ. Itu yang menyebabkan orang lain termasuk Mat-mat Salleh cemburu. Pulau 'persendirian' ini mempunyai pelbagai kemudahan selayaknya di estet termasuklah balai Polis, sekolah, hospital dan dikawal keluar masuknya oleh kumpulan sekuritinya sendiri.

Jadi, sebelum segala persoalan yang Atok Dan korang fikirkan tadi terjawab,eloklah kita ceritakan biografi lengkap V.E John Carey ini berserta keluargadan kerjayanya.

V.E John Carey dilahirkan di Neuralia, Sri Lanka pada 14 Februari 1865. Beliau merupakan anak kepada Arthur Edward Carey, seorang penanam ladang kopi terkenal di Sri Lanka(Ceylon) dan ibunya bernama Marianne Minnie Anne Wright.  V.E John Carey, lebih mesra dengan panggilan Val dalam kalangan rakan dan teman bisnisnya, mendapat pendidikan awal, menengah dan tingginya di England kembali ke Sri Lanka (Ceylon) 

Pada tahun 1882-91 beliau memulakan kerjayanya sebagai planter,(perintis, peneroka, pembuka dan penanam) ladang kopi  di bawah bimbingan ayahnya. Setelah menimba ilmu dalam bidang perladangan, beliau ke Tanah Melayu untuk mencuba nasib di koloni baharu British di Malaya. Beliau mula bekerja sebagai pengurus di ladang kopi milik Selangor Liberian Coffee Co. seluas 800 ekar. Sejak itu beliau mencipta nama sebagai penanam yang berjaya. Pada tahun yang sama, 1892, beliau berkahwin dengan Helen Morley. Mereka dikurniakan 6 orang anak,4 lelaki dan 2 perempuan.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi  pertama Selangor Planters' Association pada tahun 1892 -1899. Di bawah pengurusan beliau,  banyak pencapaian dan kemajuan dalam bidang perladangan dan pertanian.  Pada tahun 1897, Beliau berjaya menyelesaikan masalah kumbang dan ulat bulu yang merosakkan penanaman kelapa dan kopi di sekitar Klang dan Kuala Langat dengan membawa masuk burung gagak dari India dan Sri Lanka sebagai kawalan biologi. Beliau yang begitu arif dengan teknik-teknik penanaman telah berjaya meningkatkan penghasilan kelapa dan kopi di Pasaran Saham London sekaligus menguntungkan pelabur-pelabur dalam sektor perladangan. Beliau tekun meneruskan kerjayanya sebagai Pengurus di New Amherst Estate selama tujuh tahun walaupun terpaksa dipapah dan dibawa pulang ke banglonya dengan kereta lembu akibat demam denggi. Sebelum itu, pada tahun 1895, beliau telah diserang taun ketika lawatan kerja beliau ke selatan India.

Pada tahun 1899, beliau dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi United Planters' Association Negeri-negeri Melayu Bersekutu. F.M.S. sehinggalah beliau meletakkan jawatan tersebut pada tahun  1903. Beliau bersara dari kerjayanya pada tahun 1910 berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot akibat demam malaria.

Pada tahun lewat 1880-an pihak British telah meneroka sebahagian kecil pulau ini yang ketika itu diliputi dengan pokok-pokok pakis gonjeng dan hutan tebal. Bagi membersihkan hutan ini, British membawa masuk orang-orang India (kebanyakan Tamil) dari negara India untuk membersihkan hutan dan menanamkan pokok kelapa dan kopi. Malang sekali harga kopi sedunia menjunam menyebabkan mereka beralih kepada tanaman baharu yang diperkenalkan iaitu getah. Ketika itulah beliau menubuhkan Syarikat Peladangan Jugra Land and Carey Ltd. serta Syarikat Peladangan Getah miliknya yang diberi nama United Carey.

Selepas tahun 1905, apabila sebahagian lagi Pulau Carey mula diteroka kerana keperluan pihak British industri getah pada masa itu. Pada masa itu,orang-orang india telah bertungkus-lumus membersihkan hutan-hutan untuk dijadikan kawasan penanaman getah. Ramai buruh India telah mati kerana serangan harimau dan patukan ular-ular. Menurut anak saudara V.E John Carey , ketika itu  pernah dilihat ada harimau yang berenang-renang menyeberang  Sungai Langat di tebing Pulau Carey.  Mereka juga menempuh pelbagai cabaran  dan kelewatan untuk membangunkan pulau ini akibat penularan demam malaria sehinggakan V.E John Carey terpaksa memujuk kaum asli Mah Meri membantunya membersihkan hutan, membina jaringan jalan raya, banglo pengurus dan kuarters pekerja, parit dan bund  atau benteng di sekeliling pulau itu bagi menghalang kenaikan air laut kerana ramai pekerjanya jatuh sakit dan meninggal. Hanya pada tahun 1907, barulah beliau mempunyai  tenaga kerja tetap termasuklah tenaga buruh dari Pulau Jawa.

Tuan V.E John Carey dan pengurus-pengurus estet serta  pekerja estet di situ mula menggunakan perkhidmatan bot dan pontoon bertunda untuk berulang alik antara pulau dan tanah besar. Bagi rakyat biasa, mereka masih menggunakan sampan dan sampan penambang untuk menyeberang. Kedudukan jeti feri ini terletak di Kampung Segenting di laluan ke jalan Bandar lama - Klang dan satu lagi jeti di bahagian timur Pulau itu untuk pengangkutan ke Pelabuhan Swettenham. Mereka juga membina beberapa bangunan -bangunan seperti banglo, kuil Hindu dan rumah. Ini telah membuktikan bangsa India telah menetap di Pulau Carey melebihi 110 tahun.

V.E John Carey dilihat sebagai manusia bertenaga, punyai iltizam yang tinggi dalam apa jua bidang yang diceburi. beliau berpegang kepada prinsip dan amanah, menjaga kepentingan majikan dan nasib pekerja bawahannya. Hanya terbaik sahaja yang akan diambil bekerja.  Baginya, pekerja yang gembira, keuntungan buat majikan.  Mungkin itulah antara faktor penganugerahan Pulau tersebut oleh Sultan di samping keakraban beliau dengan Frank Swettenham yang pernah tinggal di Jugra bersama Almarhum Sultan Abdul Samad dan kerabat baginda termasuklah baginda Sultan Sulaiman sendiri.

Dari sudut lain pula, dalam bidang sukan, beliau suka akan permainan ragbi, dan pernah memenangi acara larian pecut 100 ela dalam kategori veteran.

Di antara bidang di bawah pengaruh Carey adalah seni bina peladangan kolonial, ianya adalah satu penyaksian Istana Hatter iaitu sebuah banglo pengurus ladang di Pulau Carey. Reka bentuk ini telah diterima dengan baiknya pada masa itu dan ia telah menjadi model untuk semua banglo di kawasan perladangan dan stesen bukit semasa era penjajahan pada ketika itu.

Pada hujung usianya,  V.E John Carey pulang menetap di England untuk tinggal bersama-sama 3 orang anak dan isterinya yang tercinta. Kehidupan mereka serba mewah dan dikatakan mempunyai ramai pembantu rumah. Malangnya, beliau disahkan menghidap kanser di dalam perutnya. Beliau meninggal dunia pada 21 April 1914 di sebuah rumah persaraan orang-orang tua pada umur 49 tahun.. Majlis pengkebumiannya dihadiri rakan taulannya yang sama-sama membesar dan berkhidmat bersamanya di Sri Lanka dan Malaya, termasuklah Frank Swettenham. Tak lama kemudian anak lelakinya yang bernama Arthur John Edward Carey terkorban ketika berberkhidmat di Ypres dalam Perang Dunia Pertama pada 22 Ogos 1917 ketika itu dia  baru berusia 22 tahun. Ambil pengajaran daripada kisah hidupnya. Hidup biar berjasa, bak kata pepatah. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Wasalam.

                                        




Edward Valentine Carey passed away on 21 Apr 1914 in St Marylebone, London, England. He was then laid to rest at Islington and St Pancras Cemetery, also known as St Pancras Cemetery 278 High Road East Finchley, London Borough of Barnet, Greater London, N2 9AG England.

 





Arthur was born in Singapore, then in the Federal Malay State on May 5th 1896, the eldest son and second child of Edward Valentine and Helen Carey. By the time of the 1901 census, Arthur, his mother, brother and sisters are living in Upwood Road in Lewisham. His father is recorded as still living abroad. The 1911 census does not show Arthur, however his mother is living at Lyne, Capel with three of her children. She employed a large number of servants.

Arthur, who was known as John, while at school, was boarding at Malvern College Worcestershire. He was in House 1 at Malvern from 1909-1914. At Malvern he was a College Prefect (one of about 12 ), played Football and Cricket for the College First elevens, was an Athletics colour and an Officer Cadet in the OTC. He joined the Inns of Court OTC in 1914 and after RMC Sandhurst was commissioned into the Gordon Highlanders. By the time he enlisted, his mother Helen, now widowed, was living at Springvale, Whitchurch, Oxon, his father having died.John was commissioned into the 3rd battalion of the Regiment which spent the entire war based at their barracks in Aberdeen. At the end of 1916 or early 1917 the 8th and 10th battalions were merged and it is probably at this time that he was transferred to what then became 8th/10th Battalion.

He was killed on 22 August 1917 and is commemorated at Tyne Cot.  The Third Battle of Ypres offensive was mounted by Commonwealth forces to divert German attention from a weakened French front further south. The initial attempt in June to dislodge the Germans from the Messines Ridge was a complete success, but the main assault north-eastward, which began at the end of July, quickly became a dogged struggle against determined opposition and the rapidly deteriorating weather. The campaign finally came to a close in November with the capture of Passchendaele.





Lawatan Perdana Menteri Malaysia Pertama ke Pulau Carey dalam tahun 1968

Rujukan:



Khamis, 7 Oktober 2021

Kisah Jepun di Banting dan Morib


Salam buat semua. Entri Atok kali ini merupakan kesinambungan entri Atok yang lama tentang musuh. Musuh yang sebenarnya jahat terhadap kita tetapi menjadi dan mengajar kita pelajaran. Dari mereka kita belajar keluar daripada kepompong kita. Sungguh dan memang, merekalah yang menjatuhkan maruah diri dan bangsa, merampas hasil dari penduduk tempatan sesuka hati. Tetapi kitalah sebenar penyebabnya. Kitalah yang melarikan diri dari tali-tali Tuhan. Kami berpegang pada helah dan umpan duniawi mereka. Kita yang mesti dipersalahkan kerana tidak bersandarkan Allah dan Rasul-Nya. Kitalah orang yang memilih Syaitan dalam bentuk manusia sebagai kawan. 

Kemudian Dia membebaskan kita dengan jalan kemerdekaan. Oleh itu, kita seharusnya menangis dan meminta keampunanNya. Oleh itu, nikmat Tuhan yang manakah yang akan kita nafikan? Tatkala itu Tuhan menguji kita dengan pertembungan antara Harimau dan Buaya. Tetapi dengan kuasaNya, kita melihat kehancuran kedua-dua musuh kita pada masa yang hampir sama. Justeru, hargailah kemerdekaan yang telah kita capai sejak tahun 1957. Kemerdekaan kita itu mahal, bukan percuma. Harga yang telah kita bayar dengan darah dan keringat ulama, guru, pejuang serta doa dan harta benda seluruh rakyat.

Kisah di bawah yang pernah terjadi ini, memang ada dalam lipatan sejarah  negara kita. Hasil  carian Atok di internet kali ini berdasarkan memoir saksi-saksi yang dirakam pada hari yang penuh bersejarah itu. Penulisan mereka dalam bahasa Inggeris terpaksa Atok alihbahasakan ke dalam bahasa Melayu demi memastikan korang peminat blog Atok ini mendapat ibrar atau pengajaran daripadanya. Kisahnya begini..........

PERANCANGAN

"Perancangan untuk membebaskan Tanah Melayu tidak dapat dielak. Jepun akan bertahan habis-habisan. Pencerobohan di Semenanjung mesti dijalankan dengan hati-hati tanpa ada kesempatan Jepun untuk membalas. Rancangan pencerobohan yang asal memerlukan pendaratan secara langsung di pantai Selangor, diikuti oleh yang lain di Port Dickson di selatan dan kemudian di Singapura, untuk mendapatkan pelabuhan utama. 

Rancangan operasi penipuan ini, yang dicegat oleh perisik Jepun, menyatakan bahawa pendaratan akan dilakukan di Ithmus of Kra, membuat Jepun bergerak ke arahnya dan sebahagian besar pasukan Jepun ke utara Tanah Melayu. Sebilangan besar pasukan pertahanan, kira-kira 1.000 orang, ditempatkan di tempat yang cukup dekat untuk segera bertindak balas terhadap pendaratan, Kekuatan utama mereka berada di Kedah di mana mereka menjangkakan pencerobohan itu akan berlaku. "

"Sebenarnya, tidak lebih dari satu pasukan tentera Jepun yang ada di kawasan pantai Morib. Apabila mereka termakan umpan, dan meninggalkan tempat pendaratan yang sebenarnya di sekitar pantai Morib dengan lemah pertahanannya, yang mana dapat dengan mudah tersingkir dengan infanteri luar biasa kita yang mendarat tanpa kesulitan."

Pengintaian oleh pasukan Force W dan XXXIV  adalah peranan utama, berkaitan dengan pencerobohan ke Tanah Melayu di pantai Morib dan di kawasan kejiranan Port Dickson  Sebaliknya, sangat sedikit maklumat yang serupa untuk pantai yang dipilih untuk pendaratan Zipper. Pantai barat Tanah Melayu tidak dapat dijangkau dengan cara yang sama kerana pangkalan Inggeris terdekat di India atau Ceylon sekitar 2.400 km jauhnya. Pengintaian yang memerlukan perjalanan selama beberapa hari dan malam melalui lautan yang dikawal ketat oleh Jepun,  perlu dilakukan banyak perhatian untuk penemuan. Maklumat yang diperoleh tidak begitu meyakinkan. 

Port Dickson, dengan  pantai yang dan baik serta lokasi yang terbaik untuk pendaratan tetapi ia dikawal dengan baik oleh tentera Jepun tetapi mengapa Morib, satu perkampungan nelayan Melayu kecil sekitar 50km ke utara dipilih untuk pendaratan? Lapisan lumpur 8 inci di bawah permukaan pasirnya tidak diberi perhatian oleh anggota tentera laut yang melakukan perisikan tersebut. Fakta bahawa pantai Morib tidak sesuai nampaknya menambah teori bahawa mereka tidak akan dapat dipertahankan dengan baik walaupun pendaratan dapat dicapai.

"Tentera Laut Inggeris di India dan Sri Lanka mula bersiap sedia, sesuai dengan rancangan yang telah dibuat untuk serangan ke atas Tanah Melayu. Kami berada di laut lepas, dalam keheningan tanpa wayar, Ketika itu Amerika menjatuhkan dua bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki dan berita Penyerahan Jepun secara tiba-tiba pada 15 Ogos itu cukup antiklimaks setelah berbulan-bulan kami melakukan aktiviti dan persiapan. Perintah pendaratan tetap berjalan seperti yang direncanakan.

Berkaitan dengan pendaratan Korps India XXXIV di pesisir Tanah Melayu; di Pulau Pinang, Morib dan Port Dickson, rancangan untuk tindakan ini telah dilakukan setelah banyak latihan taktik sebelum penyerahan Jepun.

"Mengenai pendaratan yang asal, memang ada pegawai dari ibu pejabat menerangkan perincian pendaratan, yang mana atas sebab keselamatan kami sebelumnya tidak mengetahui. Apa yang kami diberitahu tempatnya di Tanah Melayu sekitar kawasan Morib-Port Dickson di Selangor. Walaupun  di Morib tidak ada satu pun kedudukan pertahanan yang kompleks seperti mana  yang dihadapi ketika pendaratan Angkatan Bersekutu di Normandy pada bulan Jun 1944, pendaratan kami disokong oleh kekuatan besar dari dua puluh satu kapal perang, begitu juga dengan 180 buah pesawat tentera laut. 

Diputuskan bahawa pendaratan serangan itu akan dilakukan di dua bahagian di pantai Morib.   Untuk serangan itu, perancang  mengemukakan dua kaedah: iaitu pendaratan serentak oleh satu bahagian di atas pantai Morib untuk mengamankan landasan udara Kelanang dan Port Swettenham, dan oleh satu di bahagian selatan pantai Morib untuk melindungi jambatan di Sepang. Di Kg. Bagan Lalang, pantai pasirnya lebih kuat dan jalan keluar yang baik berbanding Morib yang ada lumpur  bercampur  pasir dan jalan keluar yang tidak memuaskan.

Di Morib, yang terletak 3.8 batu di sebelah tenggara pintu masuk ke Kuala Jugra, ada rumah rehat pemerintah dan sanatorium, juga, sebuah palisade mandi besar yang jelas kelihatan dari tepi laut. Sebuah tebing pasir kering menjangkau jarak 1.8 batu dari pantai yang kemudiannya mendalami dengan cepat pada jarak 800 ela lebih jauh ke arah laut. 

Pelik tapi benar, Di pantai yang sama inilah, 3 tahun sebelumnya, Bahagian ke-5 Tentera Imperial Jepun mendarat dari kapal di kejiranan Morib untuk menduduki Kajang, pilihan strategi di jalan utama. Bahagian ke-5 telah bertahun-tahun dilatih dalam operasi pendaratan tentera. Secara semula jadi, kejayaan Pengawal Imperial memfasilitasi kemajuan Divisi 5, yang, setelah berjaya di Slim River, mampu memenangkan garis kemunduran musuh di belakang pasukan utama Britain. Pada 10 Januari 1942, tentera Jepun mendakwa bahawa pasukan peninjau mereka telah sampai ke Tanjong Malim dan bahawa gerakan  besar-besaran untuk menawan Singapura telah mereka mulai; Mereka telah menjalankan tugas mereka dengan gagah berani, dan mendarat di Port Swettenham, Morib, Muar, Batu Pahat, dan di banyak tempat lain,   










TEMPOH MENUNGGU

Terdapat kelewatan lebih dari sebulan antara penyerahan Jepun dan pendaratan tentera Inggeris di Morib, di mana wujud kekosongan politik dan pentadbiran yang ingin dipenuhi oleh Parti Komunis Malaya dan kumpulan MPAJA berkumpul. 

Pada 5 September 1945, setelah penandatangan penyerahan oleh tentera Jepun di atas kapal  HMS Sussex, mereka  tiba di Singapura dan pasukan Bahagian India ke-5 mengambil alih pulau itu. Pada hari yang sama, armada mulai menyapu  ranjau periuk api laut Jepun, untuk memudahkan pendaratan pasukan yang selamat, yang akan bermula pada waktu subuh pada 9 September. Objektif kumpulan brigade adalah untuk menyerang Morib, dan memastikan keselamatan seluruh kawasan. 

Pada 8 September, detasmen urusan sivil melintasi Singapura dan sampai di Johor Bharu. Mereka berasa lega apabila isyarat yang memberi masa dan tempat pendaratan (Operation Zipper) diterima. Dengan kereta militer Jepun, John Davis dan Douglas Broadhurst menuju ke Pantai Morib. Kolonel Broadhurst bergabung dengan John Davis yang kini berada di Telok Datok, dekat dengan pantai Morib. Hubungan Davis - Chin Peng begitu dekat sehingga Davis mengundang Chin Peng, yang pada masa itu pegawai perhubungan MCP di Force 136 HQ, untuk menyaksikan pendaratan tentera Inggeris di pesisir barat daya Selangor. Ketika awal pagi, sebelum subuh mereka tiba di pantai Morib, John Davis teringatkan Morib, sebuah pantai yang terkenal sebagai pantai percutian sebelum perang. 

TANAH

"Ketika kami sampai di perairan Selat Melaka yang tenang, kami mendengar bahawa Operasi Ritsleting telah dimulakan. Perisikan Tentera tidak mengetahui bahawa pantai Morib  telah dijaga oleh tentera Jepun yang sudah menyerah. Pendaratan Tanah Melayu dilakukan di kawasan Port Swettenham pada 9 September, dan sebenarnya tidak ada penentangan. Lapan peratus telah mendarat di Pelabuhan Swettenham (sekarang dinamakan semula sebagai Pelabuhan Klang) yang terletak kira-kira separuh jalan antara Pulau Pinang dan Singapura di Selat Melaka. Namun, semuanya berjalan lancar, dan unsur-unsur utama Kumpulan Briged segera sampai ke darat. Terdapat sebilangan besar kapal penyerang yang siap digunakan sekiranya ada penentangan. Operasi Zipper telah berubah menjadi pendaratan yang damai, beberapa kapal yang diperuntukkan telah diarahkan ke tugas-tugas lain dan kehilangan mereka bermaksud perubahan rancangan pada saat-saat terakhir. 

Sebilangan besar pasukan Operasi Zipper berjumlah 100,000 orang mendarat di Morib seperti yang dijadualkan pada 9 September dan menggegarkan Tanah Melayu. Dipilih untuk bergabung dengan pasukan Inggeris yang ditubuhkan untuk menyerang Tanah Melayu dan memerangi Jepun, Tun Hussien Onn (bekas PM Malaysia) mendarat di Morib sebagai sebahagian daripada pasukan penyerang.

Keheningan Subuh Morib dikejutkan oleh bunyi enjin marin. Jumlah Marinir Diraja dalam kapal pendarat, kapal sokongan dan kapal pengiring, yang merangkumi  Nelson  dan tiga kapal penjelajah, mungkin melebihi 2,500. Mereka yang berada di (Peggy Force) mengikuti LC Navigation dari LSI Glenroy, dua LCS (M) Mark 3s. Kapal-kapal itu dikendalikan oleh satu pasukan dari Marinir Diraja. Kapal-kapal berlabuh di pantai Morib di mana askar dan kenderaan diturunkan ke LCM dan LCT untuk mendarat. Penduduk tempatan terkejut dan bingung dengan kejadian ini.

 Walaupun kereta Davis dan Broadhurst mempamerkan bendera gerila dan Britain, tidak ada isyarat pengenalan yang dibuat. pemandangan yang mendebarkan ketika pesawat pejuang meluncur rendah dan pelancaran tentera laut bergerak mendekati pantai.

Lapangan terbang pertama, Kelanang, diserahkan dengan aman oleh 100 tentera Jepun yang ditugaskan untuk menjaganya dan didapati dalam keadaan baik. Spitfire dari skuadron 11 dan 17  diterbangkan dari kapal induk dan kemudiannya disertai oleh Austers of 656 Air OP Squadron. Advanced HQ 224 Group telah ditubuhkan di lapangan terbang pada petang itu. Lapangan udara diamankan pada tengah hari pada hari itu dengan pengawal dan rondaan dihantar segera untuk memutihkan kawasan itu dari tentera Jepun. Rejimen 1324 Wing HQ, di bawah komando Wing Commander Laurie, bersama dengan empat skuadron dan Polis akan membantu mengendalikan persimpangan jalan raya penting dan mengiringi lori penanda untuk memastikan bahawa operasi tidak ditangguhkan secara tidak perlu. Satu pasukan, siap dengan tiang, belon penanda dan buruh, terus ke persimpangan Simpang Morib di mana tiang dinaikkan dalam kedudukan menegak di atas sebuah lori. Lori bergerak pada jarak 50 kaki ke arah Morib setiap kali pesawat melintas di atas kepala. Lori kedua, membawa tiang dan belon tambahan, diikuti dengan dekat dan hanya digunakan ketika belon pertama gagal disebabkan oleh deflasi atau ketika harus diturunkan.

Penerbangan oleh 37 Briged, mendarat di Sepang, manakala OC dan Penerbangan C mendarat di daerah Morib. Bahagian India ke-25 mendarat di pantai Morib. Briged Infantri India ke-37 mendarat lebih jauh ke selatan dan Bahagian India ke-23 mendarat kira-kira lapan batu di barat laut Port Dickson. 

Namun begitu, Ekspedisi ini mempunyai masalah. Mereka mendarat di pantai Morib, yang telah disurvei secara terperinci oleh pihak SOG pada bulan Jun sebelumnya. Sepatutnya pendaratan Kapal  itu ke pantai ketika air surut. Malangnya, terdapat sebuah benteng pasir kira-kira 200 ela dari pantai dan batch pertama kapal pendarat mendarat di atasnya. Mereka mengharapkan pantai berpasir yang bagus, tetapi sering kali berada di atas lutut mereka dengan lumpur lengket. Pantai terpilih di Morib ini didapati terdiri dari lumpur lembut. Jeneral Slim bergumam, "Mereka semua tenggelam di pantai-pantai yang berlumpur itu." 

Ketika kapal pendaratan yang membawa 1324 Wing dan 2748, 2846, 2852 dan 2941 skuadron bergerak menuju pantai di Morib, mereka mendarat sekitar 600 ela dari pantai dan skuadron harus mengarungi. Walaupun gelombang pertama pasukan berhasil mendarat dan dapat bergerak ke pedalaman, air surut menyebabkan pelepasan kenderaan dalam keadaan huru-hara kerana banyak kapal pendaratan mendarat terlalu jauh dari pantai. Kenderaan tersumbat di lumpur atau enjinnya dinaiki air dan hanya beberapa buah yang dapat sampai ke pantai. 

Unit anti-malaria  diminta untuk membantu dalam organisasi penyemburan pantai . Untuk tujuan ini, satu unit anti-malaria mendarat di Morib pada D-Day dan unit kedua pada D-Day plus satu. 











KESAN DAN AKIBAT

Wakil Marshal Udara Bandon dan kakitangan Kumpulan HQ 224  bergerak ke darat ke lapangan terbang Kelanang pada 10 September sebelum bergerak menuju ke Telok Datok pada 14 September. Mereka sampai di Kuala Lumpur pada 18 sebelum tiba di Singapura empat hari kemudian. 

Pada malam 11 September, konvoi D-plus-3, suasana di pantai Morib diwarnai setiap lampu kapal berkelap-kelip , menyerupai Regatta Cowes daripada salah satu operasi amfibi terbesar dalam kempen ini.

Pada 11 September, 2748 infantri dan 2846 Skuadron LAA diturunkan ke luar pesisir dari kapal ke LCI dan kemudian LCM untuk  ke darat. Malangnya, kapal pendaratan mendarat dengan air setinggi empat kaki. Sementara itu, sekumpulan pegawai sayap dan skuadron bergerak ke lapangan terbang di Kelanang. Di sini mereka membuat hubungan dengan Komander Wing Rae, GDO dari 224 Group yang telah mendarat pada D-Day. Keesokan harinya, dua pesawat tiba, lepas landas dari HMS Trumpeter. Tiga hari kemudian 2941 Field Squadron mendarat di pantai Morib. ORB berterusan. 

Pada 14 September, keesokan harinya  Skuadron bergerak ke Kuala Lumpur, untuk melindungi orang awam yang terancam, dan berhubungan dengan RAF Provost, serta menyiapkan pengawal keselamatan.

Pantai Morib ditutup tepat sebelum tengah malam pada 25 September, setelah 44,474 orang tentera, 4305 buah kenderaan dan 11,671 tan kelengkapan ketenteraan didaratkan. Mereka kehilangan enam buah kapal pendaratan dari pelbagai jenis yang tersadai dalam laut di Morib.

Pada saat pantai ditutup, Morib pada 25 September manakala Cape Rachado pada 28 September, kira-kira 63,838 orang tentera, 7,337 buah kenderaan dan 25,671 tan kelengkapan ketenteraan telah mendarat di atasnya. Ketika pendaratan ZIPPER, terdapat 6,000 tentera Jepun menyaksikannya.

KESIMPULANNYA

Dengan rasa tidak percaya, tetapi gembira, orang-orang Tanah Melayu menyambut kembali pasukan penjajah. Sekiranya pemergian Jepun menyebabkan euforia di kalangan orang-orang Melayu, kepulangan Inggeris menggembirakan anak-anak kerana mereka diberikan banyak makanan; coklat, mentega, bar coklat dan tablet Horlicks, daging dari semua jenis dan juga roti sebenar yang terasa begitu enak. Di sekolah, mereka diberi enam tin susu pekat Milkmaid. Berita pembebasan segera tersebar ke Kuala Lumpur. 

Pendaratan di Morib tidak dapat digambarkan sebagai mencapai tahap kejayaan yang sama seperti yang dialami di Port Swettenham dan Port Dickson.  Sejumlah kenderaan MT yang dikemudikan dari kapal pendaratan oleh pemandu Tentera Darat mereka ke tempat yang berlumpur dan berair itu. Terdapat beberapa orang yang mati lemas. Bayangkan kalau pendaratan Operasi Zipper ini disambut oleh tembakan mesingan yang bertubi-tubi dari tentera Jepun yang pasti akan bermati-matian mempertahankan kedudukan dan nyawa mereka hingga ke titisan darah terakhir. Pasti Tragis.

Oh ya, itu dulu! Kini, kita sambut kedatangan Jepun dengan tangan yang terbuka. Mereka datang semula ke Kuala Langat membuka kilang-kilang, bukan Kem tentera. Mereka memberi pekerjaan kepada anak-anak kita mencari sesuap nasi, bukan lagi butiran peluru. Kenderaan mereka Yamaha, Honda, Toyota meluncur di jalan raya kita. Peralatan elektrik dan elektronik mereka membantu kita di rumah dan tempat kerja. Kalaulah dahulu mereka datang sebagaimana kini, pastilah tiada dendam kesumat di hati. Apa-apapun Atok pasti kita akan bersikap "We can forgive but will never forget" kerana pengalaman pahit suatu masa dahulu. Wassalam.

Bacaan / Rujukan seterusnya









Selasa, 28 September 2021

Aku Kontraktor! Bina rumah di atas tanah sendiri 2

Salam buat semua. Apa khabar? Semoga kita semua diberikan kesejahteraan hidup, kewalafiatan kesihatan, keberkatan rezeki, keselamatan jiwa dan kebebasan daripada api neraka. Amiin.

Adapun entri Atok kali ini tentang rumah. YA, rumah. Dah banyak entri Atok yang lepas-lepas pasal niat Atok nak buat rumah kat kampung lepas pencen. Atok dah berangan-angan nak buat rumah berkembar dua unit. Satu unit memang untuk Atok dan keluarga duduk apabila kitorang balik ke kampung TPG menjengok sanak saudara di sana. Tak perlu lagi Atok tergesa-gesa nak kembali ke Seremban ini pada hari Ahad untuk bersiap sedia mengajar pada hari Isnin keesokan harinya. Atok dah bersara, kan? Cukuplah 27 tahun Atok menyemai bakti sebagai guru di merata tempat di Malaysia (sebenarnya 3 buah sekolah jer). Di Miri mula-mulanya dari tahun 1993-1996. Kemudian Atok ke Jugra mulai 1996 hingga 2003 dan yang terakhir di Senawang, iaitu pada 2004 hinggalah Atok pencen cikgu dalam tahun 2020, time tengah PKP. Biarlah Atok dan Wan menghabiskan sisa-sisa usia yang ada di rumah atau ke tempat yang menggembirakan hati kami berdua. 

Alangkah seronoknya, kami mengimbau kembali zaman kanak-kanak dan ketika membesar bersama-sama ibu-ibu dan bapa-bapa saudara serta saudara mara yang masih ada. Dengan adanya rumah di atas tanah pusaka nanti bolehlah kami berpuas-puas duduk bersembang sebelum kembali semula ke rumah fi Senawang. Berapa lama Atok nak tinggal kat Telok, terpulang pada Atok. 

"Tapi Tok kenapa buat dua rumah? Satu kan dah cukup?" Tanya korang. Atok dah agak dah dan Atok dah maklumkan awal-awal lagi dalam penulisan Atok sebelum ini, yang rumah kedua itu untuk...makcik baru? HAHAHA,  tergelak Atok terbahak-bahak

Nasib baik Wan korang takde kat sebelah. Kalau tidak, tak pasal-pasal Atok kena jelingan mata lasernya yang tajam. Mungkin 2,3 hari terpaksalah Atok memekakkan telinga mendengar bebelannya. Atok sejak dari kecil, low profile jer. Bagi Atok, syukur dengan apa yang ada. Atok tak kisahlah kalau ada PU atau Da'ei yang kata Atok low class pasal tak berani pasang dua. Bukan pasal tak mampu. Dengan duit pencen Atok ni, Atok mampu kalau nak pakai Merz, Beemer, Volvo atau lori kontena (yang second hand ler) sekaligus, tapi maintanennya yang buat Atok berpikior banyak kali. Kalau pakaipun lebih-lebih sebulan dua kali, lepas tu tersadai jer kat bawah garasi buat apa? Tak sanggup Atok nak pakai Honda empat roda.

Cukuplah Atok naik motor kapcai Hondua. Isi jer petrol 2 ringgit, ganti minyak hitam dan topup angin kat tayar. Yang penting bila tekan hon bunyi, pijak brek mencengkam. Laju tak laju Atok tak kisah, janji sampai juga ke tepian. Huahuahua......

Takdelah. Kan Atok dah kabarkan dulu, Rumah kedua itu untuk Atok sewakan. Dapat juga jadi side income Atok. Ada juga alasan untuk balik ke kampung setiap hujung bulan.

Tapi kan, sejak 3 kali kita berPKP ini, Atok dapat tahu harga barang binaan dah naik harga. Itulah kata kontraktor yang Atok upah untuk siapkan dapur tambahan kat rumah Senawang ini. Mula-mula Atok sangsi juga cerita dia, tapi lepas kawan Atok yang Atok upah tambah Awning dan gril pintu pun cakap begitu, mungkin juga ada benarnya. Dalam internet pun cakap macam gitu. So, logik akal, kalau bahan binaan naik, harga rumah pun melambung ler. Kos pembinaan rumah, mesti bertambah sebab:

  • Sebatang besi RM18 naik kepada RM30-RM33
  • Sebatang paip RM30 naik kepada RM60
  • Sekampit simen RM14 naik kepada RM18
  • Pasir satu ela RM60 naik kepada RM80

Aduuh, apa nak jadi laaa! Harga barang binaan terus meningkat naik. Tak ada tanda tanda nak turun ni. Kos minimum (spec atap zink, batu simen) bina rumah rm 120 /kps.

PILIHAN YANG ADA

I. Jenis BRICK AND MORTAR  (Konvensional)

Korang bayangkanlah ya. Atok bercadang nak buat rumah setingkat 2 bilik yang biashe-biashe jer, berkeluasan 500 kaki persegi kat atas tanah sendiri,  terperanjat Atok. Rata-rata tawarkan harga pakej RM 89,000 seunit. 

Spesifikasi Bahan dan Binaan 

BINAAN TAPAK :

  • Ground Beam
  • Konkrit asas rakit
  • BRC dan besi y12

2. BINAAN DINDING :

  • Bata pasir / brick
  • Tiang konkrit
  • Plaster dinding

3. TINGKAP :

  • Aluminium frame moden dan panjang 2’x5’@ 4’x5'
  • Cermin kaca bertinted gelap           
4.  PINTU :
  • Kayu ‘flush ply door’ untuk semua pintu
5.  BUMBUNG :

  • Binaan kerangka bumbung kayu /
  • Besi C-Channel
  • Uroll bond (Merah/Biru/Kelabu)
  • Siling luar: Asbestos dan kayu manis
  • Siling dalam: Plaster siling

6.  LANTAI :

  • Lantai rumah simen render
  • Lantai bilik air tiles lantai seramik 1’x1′

7.  KEMASAN DINDING :

  • Simen plaster
  • Dinding luar : Plaster kasar
  • Dinding dalam : Plaster licin
  • Dinding bilik air tiles 1’x1′ setinggi 5 kaki

8.  CAT DINDING :

  • Cat putih dinding bahagian dalam rumah (undercoat)
  • Cat berwarna (boleh pilih warna) pada dinding luar rumah dan coping

9.  AKSESORI :

  • Standard asas wiring dan piping
  • DB dan papan meter
  • Lampu
  • Point lampu dan kipas
  • Sinki dapur
  • Sinki bilik air
  • Rain shower
  • Paip
  • Tandas duduk / Tandas cangkung
  • Table top dapur panjang 6 kaki

 Harga ditawarkan: RM89,900.00

Bajet Atok untuk dua unit rumah itu hanyalah 60K sahaja. Hancur harapan Atok. Even kalau Atok upah tukang jer pun, yang ambil RM 24/kps bererti 24x500= 12 ribu hanya untuk upah tukang seunit rumah. Kalau dua, korang kalikan jerlah jumlahnya, 24 ribu, itu tak termasuk barang binaan, pendawaian elektrik, plumbing,  plaster siling bagai. 60K-24K= 36K , masih tak OK bagi Atok. Tapi Atok tak nak give up. Where there is a WILL, there is a WAY, kata pepatah Inggeris. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, kata nenek Melayu Atok.

II. Jenis IBS (Industrialised Building System)

Atok mulalah surf internet,  cari apa yang Atok boleh capai dengan duit 60K itu. Atok ceria kembali, memang ada opsyen kedua untuk bina rumah idaman Atok ini,iaitu cara IBS, sistem buat rumah pasang siap.

Terdapat 5 kumpulan IBS utama yang dikenalpasti digunakan secara meluas di Malaysia:

  • Sistem kerangka, Panel dan kekotak konkrit pratuang
  • Sistem Blok
  • Sistem Kerangka Keluli
  • Sistem Acuan
  • Sistem Kerangka Kayu

Atok pun mula seronok baca tentang penjimatan kos bahan binaan dengan cara IBS ini. Atok boleh jimatkan hampir 40% daripada buat rumah cara konvensional pakai bata dan simen. 

  • IBS Lebih ringan. Dengan besar yang sama berat IBS kurang 30% daripada batu-bata konvensional.
  • IBS Kalis Haba. Suhu dalam rumah tidak mudah dipengaruhi oleh suhu luar.
  • IBS Kalis Bunyi. Kurang bunyi bising. Bunyi bising dari dalam juga tidak kedengaran diluar.
  • IBS Lebih kuat. Walaupun ringan tapi IBS 1.2 kali lebih kuat daripada bata konvensional.
  • IBS Tahan Gegar. Tidak mudah retak. IBS boleh bertahan hingga 9 skala ritcher! (bata: 2 skala ritcher).
  • IBS Kalis air. Air tidak mudah tembus @ meresap. Tidak perlu risau jika air bertakung dekat luar ke paras dinding.

Sungguhpun sistem IBS lebih murah berbanding sistem konvensional, ini hanya terpakai untuk sebuah projek hartanah kediaman dan bukan untuk satu unit atau satu renovasi kecil menambah bilik. Rumah yang dibina dengan sistem IBS kurang sesuai untuk renovasi, lebih-lebih lagi di bahagian depan dan belakang rumah kerana struktur sistem batu batanya. Pengubahsuaian rumah IBS ni agak terhad sebenarnya. Rumah pasang siap IBS mungkin menghadkan peluang pengubahsuaian kerana sifat binaannya. Untuk mengatasi masalah ni, kebanyakan pemaju tak menggunakan konkrit prapasang di bahagian yang biasanya diubahsuai seperti bahagian depan dan belakang rumah. 

Seperkara lagi, mutu bahan OK, cuma mutu kerja pemasangan dan penyambungan kurang memuaskan. Memang betul, Ramai yang komplen pasal sambungan tak tepat dan bocor. Pengalaman industri dan ketersediaan pekerja mahir untuk rumah pasang siap IBS adalah terhad, tetapi sedang berkembang. 

So, rumah IBS saiz yang Atok hendak itu harganya  kini menjadi RM 52K sahaja seunit. Sekali lagi Atok hampa, walaupun Atok ada bajet 60K, tapi Atok hanya boleh buat sebiji jer rumah guna cara IBS ini. Atok terpaksa lupakan impian nak buat rumah sewa sebuah itu. Mana cukup baki 8 ribu tu Atok nak buat rumah yang satu lagi? Rumah kebun pun belum tentu cukup! Fikir Atok, pening-peninglah kalau macam ini. Kalau nak cari tukang jer, upah buat rumah pasang siap ini pun, belum tentu jumpa yang pandai atau ada ilmu tentangnya.  Tukang Indon mana ada yang ikut kursus buat rumah IBS ini? Silap-silap pilih Indon, siang buat rumah, malam diorang pulak pecah rumah jiran-jiran. Nanti ada sahaja sambungan yang tak tepat atau betul, So, Take it or leave it, IBS mesti dengan kontraktor bertauliahnya. 

RUMAH L SHAPE BUDGET RM60K

  • 3 bilik
  • 1 ruang tamu besar
  • 1 tandas
  • 1 dapur
  • 1 verandah

Tapi Atok tak terhenti kat situ jer, Atok google lagi check tengok hasil kengkawan kat internet yang berjaya buat rumah dengan bajet yang sederhana. Atok teruja jumpa FB seseorang yang katanya dapat siapkan rumah idamannya dengan harga 40K sahaja. Lebih besar daripada saiz rumah yang Atok nak bina itu. Seronok betul Atok. Atok beritahu Wan kau tentang  cerita ini. Apa lagi, beronok-ronoklah kami berdua laki bini. YES, inilah dia caranya. Apa caranya? Gelojoh bebenor kome nak tahu! Inilah Atok  baru nak bercerita!

Kata kawan FB itu, dia buat cenggini. Dia upah tukang dan adakalanya dia laki bini membantu. Barang binaan dia beli sendiri kat semua tempat. Ada yang dia beli time kedai hardware besar buat offer, ada yang second grade punya barang, dan ada juga barang second hand tapi masih elok. Atok rasa memang dia rajin pergi buat survey harga barang binaan. Walaupun lambat siap, kalau tak salah lebih daripada setahun, akhienya dia dapat rumah idamannya. Dia sendiri kontraktornya wey! Atok berbangga dengannya.

III. Jenis HYBRID (Konvensional + IBS)

Tetiba datang pula idea kat kepala otak Atok ini.   Kalau dia boleh buat, Atok pun boleh walaupun Atok kini bergelar OKU kerana sakit slip disc yang membataskan pergerakan Atok. Itu hal kecil jer, bisik hati Atok, yang penting hajat Atok tercapai dengan idea baru ini. Korang nak tahu apa idea baru Atok ya?

Begini.....

Dengan 60K yang Atok ada tu, Atok dah tekad untuk buat dua unit rumah berkembar. Atok akan buat kombinasi cara konvensional dan IBS serta menggunakan bahan binaan yang murah tetapi sama kuat, Atok tak nak kompromikan kualiti.









A. Fondasi atau Asas Bangunan

1. Atok akan tetap bina fondasi cakar ayam tetapi menggunakan 2 besi C Chanel yang dicantumkan untuk menjadi tiang -tiang rumah

2. Fondasi beam dalam tanah secara konvensional masih terus digunakan.

3. Atok akan tinggikan lantai dengan menambak dan memampatkan tanah di atasnya melebihi paras jalan raya.

4. Kemudian Atok akan  bina saluran paip dan saluran pembetungan menggunakan PVC kerana tahan lama bawah tanah bersimen.

5. Atok akan buat raft foundation untuk lantai keseluruhan rumah termasuk kawasan apron (kaki lima)

6. Barulah lepas itu Atok panggil lori cement mixer untuk curah premixed cement atas fondasi dan lantai rumah.

B. Binaan dinding  dan Tiang

1. Mula-mula Atok buat dinding dahulu untuk menjimatkan kayu dan papan. untuk itu, Atok akan ikat bata pasir sehingga 3 kaki ketinggian dari lantai. 

2.  Atok akan gunakan casing tiang yang ada dijual di kedai hardware. Ada pelbagai saiz dan corak. Atok akan cantumkan  kedua-dua casing bagi membentuk tiang yang menarik.

3. Kemudian Atok curahkan simen ke dalam ruang casing ini untuk menguatkan tiang besi C Chanel yang sedia ada. Tinggi tiang ini melebihi 10 kaki dari lantai.

4. Setelah mengering dan kuat, Atok akan pasangkan bingkai frame besi C chanel dengan saiz yang sama dengan kelebaran bata pada tiang ke tiang bagi membentuk keseluruhan dinding.

5. Potongan untuk tingkap kaca dan pintu telah dikenal pasti sebelum bingkai besi utu dibuat dan dipasang.

C. Struktur Binaan Bumbung

1. Untuk kekuda, Atok akan menggunakan besi Hollow 4x4 dan diperkuat oleh besi purlin. Kekuda ini akan dilapisi cat antikarat untuk memanjangkan jangka hayatnya

2. Besi hollow 2x4 yang disalut cat anti karat akan digunakan sebagai lapik bumbung.

3. Untuk atap, Atok akan gunakan board APC. Walaupun lebih mahal daripada metal deck, tapi ia lebih kuat,tahan haba, tahan lama dan tidak bising ketika hujan.  

4. Kerja-kerja kimpalan akan memastikan setiap sambungan besi kukuh dan tepat.

D. Penyiapan Dinding

1. Setelah bumbung siap didirikan, Pemasangan tingkap dan jernang pintu pula dilakukan.

2.  Hanya dinding bahagian luar sahaja dipasang cement board buat masa ini. Keseluruhan permukaan dinding  luar disapu dengan lapisan waterproofing.

3. Sambungan antara cement board mestilah disapu lapisan filler untuk melicinkan permukaan dinding.

E. kerja-kerja pendawaian Elektrik

1.   Pilih hanya daripada kontraktor yang berdaftar dengan TNB sahaja. untuk memastikan keselamatan anda dan rumah anda.

2. Memandangkan kita menggunakan bingkai besi, semua kerja pendawaian mestilah menggunakan konduit pvc bagi mengelakkan renjatan elektrik.  Sebaiknya lebihkan suis lampu dan plag dalam sesebuah bilik atau ruang.

3. Setelah ditentukan kedudukan plug dan suis elektrik barulah dipasang dinding sebelah dalam.

4. Sambungan antara cement board mestilah disapu lapisan filler untuk melicinkan permukaan dinding.

F. Pemasangan Jubin dinding dapur, bilik air dan lantai

1.  Atok akan pasang  jubin besar bersaiz 2x2 di ruang tamu, ruang makan, dan lantai bilik. Pemilihan warna yang sama lebih meluaskan ruang.

2. Di lantai dapur Atok akan pilih jubin yang lebih kecil dan kesat dengan warna yang berlainan berbanding ruang lain.  Jubin untuk dinding dapur pula hendaklah setinggi 5-6 kaki dari lantai.

3. Untuk lantai bilik air pula haruslah jubin yang lebih kesat bagi mengelakkan kelicinan dan kecederaan. Ketinggian yang disyorkan ialah setakat tinggi pancuran (7 kaki).

G. Pemasangan Siling (Luar dan Dalam)

1. Sebaiknya adakan bajet untuk pemasangan siling agar bumbung dan saluran pendawaian  tidak kelihatan.

2.  Siling juga menambahkan kecantikan ruang dalaman rumah di samping menebat haba dari bumbung ketika siang hari.

3.  Pemasangan siling mengurangkan kos penggunaan elektrik untuk kipas dan pendingin hawa. 

H. Kerja-kerja mengecat

1. Mengecat menambahkan seri rumah anda di samping menjadikan bahan binaan kalis haba, kalis hujan atau kalis karat atau tidak berkulat.

2. Pemilihan cat hendaklah mengikut kesesuaiannya. Cat luaran termasuk undercoat haruslah tahan lama dan tahan cuaca sekurang-kurangnya untuk jangka masa lima tahun. Hadkan  kepada 2 warna atau 2 tona sahaja.

3. Pemilihan warna untuk ruang dalaman rumah terpulanglah kepada anda dan ahli keluarga, bergantung kepada ruang. Namun, elakkan pemilihan terlalu banyak warna yang kontra.

Nota: Kalau bajet agak-agak tak cukup atau kritikal sangat, kemungkinan Atok akan lupakan lantai berjubin, hanya simen kosong sahaja dan tikar getah vinyl.

Haah. Itu baru perancangannya, atas kertas. Realitinya belum tahu. Tapi betullah kata cerdik pandai, "Kalau kita gagal merancang, kita sebenarnya merancang untuk gagal." So, baik kita buat perancangan, walaupun di atas kertas, modal kita hanyalah masa dan perbincangan. Air liur jer. Daripada kita main terjah jer terus jahanam atau terbengkalai tengah jalan akibat tak cukup bajet dan tenaga. Biar serabut di kepala sekarang,  daripada berserabut di mata kemudian.

Doakanlah agar segala perancangan dan impian Atok ini menjadi dan berjalan lancar. Kalau korang ada idea nak mantapkan perancangan Atok ini, bolehlah komen kat bawah. Dahulu Atok tertanya-tanya bolehkah aku menjadi seorang kontraktor? Kini Atok lebih berkeyakinan. YES, AKU MEMANG SEORANG KONTRAKTOR!

Untuk korang yang nak belajar, bacalah nota kat bawah ini. Semoga bermanfaat. Wasalam.

Nota:

Oklah, sekarang kita buat kira-kira sikit kos keseluruhan mengikut proses kerja yang kita dah rancangkan itu. 

3 LANGKAH MENGIRA ANGGARAN KOS PEMBINAAN RUMAH 

Kos pembinaan ini termasuk;

  • Kos bahan binaan.
  • Upah pekerja pembinaan. 
  • Upah perkhidmatan kontraktor.
  • Pemasangan paip air. 
  • Pemasangan cable elektrik

LANGKAH 1

Dapatkan harga RM/kaki persegi semasa yang diguna pakai oleh kontraktor di kawasan anda.

Harga adalah berbeza mengikut tempat. Jika tiada boleh gunakan kadar sekitar RM 110 sehingga RM 130/kaki persegi.

Anda boleh tanyakan pada berberapa kontraktor terlebih dahulu dan buat perbandingan mana yang lebih sesuai dengan bajet anda.

LANGKAH 2

Pastikan keluasan berikut:-

  • Luas Ruang Berdinding (LRB)
  • Luas Anjung Berbumbung (LAB)

Pastikan terlebih dahulu design pelan rumah yang anda inginkan dan berapa keluasan yang anda ingin ambil untuk membuat rumah.

Luas Anjung Berbumbung adalah kawasan yang tidak berdinding seperti garage kereta dan bahagian porch depan rumah.

LANGKAH 3

Formula mengira anggaran kasar kos pembinaan.

Luas Ruang Berdinding (LRB) x Harga kontraktor (RM/kaki persegi)

+

Luas Anjung Berbumbung (LAB) x 1/2 Harga Kontraktor (RM/kaki persegi)

Contoh: Design Rumah Atok

Luas Ruang Berdinding = 400 kaki persegi

Luas Anjung Berbumbung = 100 kaki persegi

Harga Kontraktor = RM 120/kaki persegi

ANGGARAN KOS = (400 x RM 120) LRB + (100 x RM 60) LAB

= RM48,000 + RM6,000

= RM54,000 seunit

Total keseluruhan bagi pembinaan sebuah rumah berkeluasan 500 kaki persegi adalah sebanyak RM54,000.

Kalau Atok beli barang sendiri dan hanya upah tukang, Atok mungkin akan dapat berjimat minimum 25% daripada kos keseluruhan.

25% x RM54,000 = RM 13,500

Jumlah Kos keseluruhan bersih:

RM54,000  - RM 13,500 = RM41,500


Sejarah Menarik Rumah Rehat Tampin dan Gemas

Salam buat semua. Hari ini, Khamis, 28 November 2024. Hari ini Atok dan Wan tak ke mana-mana. Hanya duduk kat rumah menanti anak-anak kami p...